Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,233 hotel)
  3. Pahang(770 hotel)
  4. Rompin(46 hotel)
  5. Pulau Tioman(35 hotel)
  6. Peladang Tioman Chalet

Peladang Tioman Chalet

Resort
Pertubuhan Peladang Kawasan Tioman, Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pulau Tioman, Rompin, Pahang, Malaysia, 86807
EXTERIOR_BUILDING Peladang Tioman Chalet
Others Peladang Tioman Chalet
Others Peladang Tioman Chalet
Others Peladang Tioman Chalet
Others Peladang Tioman Chalet
Lihat semua gambar
Mengagumkan
8.4/10
Merujuk kepada 8 tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
Citra Anugerah Wah Leng Chinese Restaurant
(1.36 km)
Rawa Island
(38.57 km)
Penyabung Beach
(49.00 km)
Sekolah Kebangsaan Penyabong
(49.94 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
9.7
- Kembara Beg Galas
Lokasi strategik, selesa n privacy, kawasan luas di depan bilik, berdekatan kedai makan, kedai burger, kedai runcit, kedai choclate bebas cukai, nak sewa motor basikal dekat n dekat dgn klinik .
Diterjemahkan oleh Google
9.6
- Percutian Romantik
Peladang Tioman chalet adalah yang terbaik. Cinta semua anda gais.
8.5
- Kembara Beg Galas
Ianya sangat bagus. Bilik yang besar. Dan sangat bersih.
5.4
- Kembara Beg Galas
Kakitangan yang tidak ramah di kaunter. Perlu mencari semua pakej aktiviti dengan diri sendiri sebagai kakitangan tidak mahu membantu.
8.5
- Kembara Beg Galas
chalet bagus sedikit, asas tetapi selesa. Mereka mempunyai cerek di bilik-bilik yang Bagus. Kami pergi pada perjalanan bot yang dianjurkan pada masa itu dan mempunyai hari yang cemerlang.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Daftar masuk awal
    • Restoran
    • Restoran sarapan pagi
    • Restoran makan malam
    • Restoran makan tengah hari
    • WiFi di kawasan umum
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Pemanas
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
    • Bebas rokok
  • Perkhidmatan Hotel
    • Daftar Masuk Awal
    • Daftar masuk ekspres
    • Daftar keluar ekspres
    • Meja depan
  • Kemudahan Perniagaan
    • Bilik persidangan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Projektor
  • Aktiviti
    • Kemudahan luar
    • Pantai persendirian berhampiran
  • Kemudahan Berhampiran
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Pancuran mandi
  • Sukan & Rekreasi
    • Memancing
    • Snorkel
  • Pengangkutan
    • Sewaan basikal
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    Ramai orang mengimpikan untuk mempunyai percutian yang indah seperti bercuti di pulau dan menikmati keindahan pantai. Semua ini boleh terjadi jika anda memilih Peladang Tioman Chalet. Peladang Tioman Chalet ini adalah satu chalet yang terletak di Pulau Tioman. Peladang Tioman Chalet ini menjanjikan percutian yang tidak akan anda lupakan. Mereka menawarkan pelbagai kemudahan yang setanding dengan tempat yang lain. Chalet ini ideal bagi mereka yang inginkan pengembaraan atau percutian di pulau. Kadar bilik di chalet ini juga adalah sangat berpatutan. Tidak hairanlah jika chalet ini sering menjadi pilihan para pengunjung yang berkunjung ke Pulau Tioman. Berehat dan hilangkan segala tekanan kesibukan kerja di bandar semasa anda menetap di Peladang Tioman Chalet ini. Sekiranya anda berkunjung ke Pulau Tioman, peladang Tioman Chalet adalah tempat penginapan yang sesuai untuk anda.

    Bagaimana untuk ke Peladang Tioman Chalet

    Terdapat hanya satu cara untuk datang ke Pulau Tioman iaitu dengan menaiki feri. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cara untuk anda sampai ke jeti sebelum menaiki feri ke Pulau Tioman. Anda boleh menaiki bas, kapal terbang ataupun kereta. Terdapat dua jeti berbeza yang menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Tioman iaitu Jeti Mersing dan Jeti Tanjung Gemok.

    Anda boleh menggunakan perkhidmatan bas untuk ke jeti sebelum ke Pulau Tioman. Jika anda datang daripada Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Jeti Mersing ataupun Jeti Tanjung Gemok. Terdapat dua syarikat bas yang menyediakan perjalanan daripada TBS ke jeti tersebut iaitu Transnasional dan Sepakat Liner. Perjalanan dari TBS ke Jeti Mersing akan mengambil masa selama 4 jam dan 30 minit. Manakala perjalanan dari TBS ke Jeti Tanjung Gemok akan mengambil masa selama 4 jam. Kesemua perjalanan itu bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Apabila anda sudah tiba di jeti, anda harus menaiki feri untuk ke Pulau Tioman. Anda perlu memeriksa jadual perjalanan feri terlebih dahulu. Feri daripada Jeti Mersing akan beroperasi selama tiga kali sehari bagi satu hala. Manakala feri daripada Jeti Tanjung Gemok hanya beroperasi selama dua kali sehari bagi satu hala.

    Anda juga boleh mengambil penerbangan untuk datang ke jeti. Jika anda datang daripada Kuala Lumpur. Anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan mengambil masa selama 1 jam. Apabila anda tiba di Johor Bahru, anda boleh mengambil bas dari Larkin Sentral untuk ke Stesen Bas Mersing. Perjalanan dari Larkin Sentral ke Stesen Bas Mersing akan mengambil masa selama 1 jam dan 50 minit. Apabila anda sudah tiba di Mersing, anda boleh mengambil feri di Jeti Mersing untuk pergi ke Pulau Tioman.

    Selain daripada menaiki bas dan penerbangan, anda juga boleh memandu sendiri ke jeti sebelum pergi ke Pulau Tioman. Parkir kenderaan terdapat di sekitar kawasan jeti. Sekiranya anda datang daripada Kuala Lumpur dan melalui Plaza Tol Jalan Duta, anda boleh mengikut cadangan laluan ini untuk ke Jeti Mersing. Dari Plaza Tol Jalan Duta, ikuti Lebuhraya Utara-Selatan / E2 ke Jalan Batu Pahat / Laluan 50 di Ayer Hitam. Ambil jalan keluar 244-Ayer Hitam dari Lebuhraya Utara-Selatan / E2. Teruskan perjalanan di laluan 50 sebelum tiba di Jeti Mersing.

    Pilihan Bilik di Peladang Tioman Chalet

    Terdapat dua jenis bilik di Peladang Tioman Chalet. Anda boleh memilih untuk tinggal di mana-mana bilik yang bersesuaian dengan bajet anda. Bilik yang ada di Peladang Tioman Chalet adalah bilik family standard dengan 2 bilik tidur dan bilik twin standard. Bilik family standard dengan 2 bilik tidur mempunyai 1 katil bersaiz queen dan 2 katil bersaiz single. Manakala bagi bilik twin standard mempunyai 2 katil bersaiz single. Setiap bilik mempunyai kemudahan penghawa dingin dan juga kipas.

    Restoran dan Kafe di Peladang Tioman Chalet

    Terdapat beberapa restoran dan kedai yang berada berhampiran Peladang Tioman Chalet. Anda boleh menikmati makanan dan minuman di restoran tersebut. Kedai serbaneka juga terdapat berhampiran Peladang Tioman Chalet. Ketika anda berada di Pulau Tioman ini, anda pastinya mahu merasa makanan tempat masyarakat di situ. Anda pasti dapat rasakan perbezaan makanan tempatan di situ daripada tempat yang lain. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat aktiviti barbeku bersama-sama pasangan atau keluarga anda. Kemudahan tempat barbeku juga disediakan oleh Peladang Tioman Chalet.

    Kemudahan dan Aktiviti di Peladang Tioman Chalet

    Peladang Tioman Chalet menyediakan pelbagai kemudahan dan cadangan aktiviti yang anda boleh lakukan semasa anda di Pulau Tioman ini. Kemudahan yang disediakan Peladang Tioman Chalet untuk tetamunya adalah seperti perkhidmatan Wi-Fi secara percuma, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan pengemasan bilik harian.

    Bagi anda yang suka melakukan aktiviti, anda boleh mencuba kesemua aktiviti di Pulau Tioman ini seperti memancing, selam skuba dan snorkel. Anda juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di dalam pulau itu.

    Tempat Menarik berhampiran Peladang Tioman Chalet

    Taman Laut Tioman – Hanya terletak 6 minit daripada Peladang Tioman Chalet. Di sini, anda boleh melihat keindahan kehidupan laut yang ada di Pulau Tioman.

    Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.


    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?