Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
1. Hotel
2. Malaysia(7,452 hotel)
3. Penang(678 hotel)
4. Pulau Pinang(614 hotel)
5. Georgetown(380 hotel)
6. Penang Road Suite @ Gurney Home

Penang Road Suite @ Gurney Home

Inap Sarapan (B&B)
56, Medan Lim Cheng Teik, Gurney, Georgetown, Gurney Drive, Penang, Malaysia, 10250
Penang Road suite Penang Road Suite @ Gurney Home
Living Area Penang Road Suite @ Gurney Home
EXTERIOR_BUILDING Penang Road Suite @ Gurney Home
EXTERIOR_BUILDING Penang Road Suite @ Gurney Home
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan hotel
Penyaman Udara
Parkir
WiFi

Tarikan berhampiran
Gleneagles Medical Centre
(0.20 km)
Gleneagles Penang Medical Centre
(0.26 km)
Dhammikarama Burmese Temple
(0.60 km)
Wat Chayamangkalaram
(0.62 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Log masuk sekarang.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan oleh pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan hotel

Keterangan

Polisi hotel

• Kemudahan Berhampiran
• Kedai
• ATM/Perbankan
• Salun rambut
• Kedai runcit
• Pasar raya
• Dobi
• Salun kecantikan
• Kemudahan Umum
• Parkir
• WiFi di kawasan umum
• Daftar masuk awal
• Perkhidmatan Hotel
• Penyimpanan bagasi
• Daftar masuk ekspres
• Daftar Masuk Awal
• Kemudahan Dalam Bilik
• TV
• Pancuran mandi
• Umum
• Penyaman Udara
• Bilik larangan merokok

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 15.00
Daftar keluar: 12.00

Penang Road Suite @ Gurney Home adalah homestay yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Ia adalah rumah kediaman yang telah diubah menjadi tempat yang sesuai untuk disewa setiap malam. Ia memastikan para tetamu yang menyewa rumah ini berasa selesa seperti tinggal di rumah sendiri. Rumah ini terletak di lokasi yang strategik di mana ia berdekatan dengan Georgetown, Pulau Tikus serta Batu Ferringhi.

Bagaimana untuk ke Penang Road Suite @ Gurney Home

Ada beberapa cara untuk sampai Penang Road Suite @ Gurney Home. Memandangkan Pulau Pinang adalah sebuah pulau, ia mempunyai lapangan terbang antarabangsa mereka sendiri di sana. Oleh itu, pelawat boleh terbang terus ke pulau itu dari kedua-dua bahagian Malaysia atau negara jiran seperti Indonesia, Singapura atau Thailand. Beberapa syarikat penerbangan yang terbang ke Pulau Pinang ialah Malindo Air, AirAsia, Malaysia Airlines dan juga Jet Star. Kemudian dari lapangan terbang, pengunjung oleh mengambil teksi untuk menuju ke hotel.

Kemudian pengunjung juga boleh memandu ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur. Mereka perlu memandu menghala ke utara Malaysia iaitu Kedah. Ia akan mengambil masa kira-kira 3 jam dan 50 minit untuk sampai ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur manakala jarak kedua bandar ini adalah kira-kira 355 kilometer. Pelawat mempunyai pilihan sama ada untuk pergi ke pulau melalui Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan semenanjung Malaysia dan pulau itu atau dengan membawa kereta mereka melalui feri. Walau bagaimanapun, ini akan dikenakan bayaran minimum untuk membawa kereta mereka.

Satu lagi cara untuk menuju ke pulau itu ialah melalui bas. Pengunjung boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan dan menuju ke Pulau Pinang. Mereka boleh memilih sama ada untuk diturunkan di Terminal Bas Butterworth atau Terminal Bas Sungai Nibong. Terdapat beberapa bas yang membuat perjalanan ke sana dan mereka adalah Etika Express, Plusliner dan Transnasional. Setiap perjalanan akan dikenakan tambang sekitar RM28 ke atas.

Pilihan Bilik di Penang Road Suite @ Gurney Home

Terdapat tujuh jenis bilik di dalam Penang Road Suite @ Gurney Home. Ia boleh memuatkan sehingga 14 orang tetamu. Terdapat juga lima bilik mandi di dalam rumah. Rumah ini adalah dua tingkat. Tetamu boleh menempah seluruh rumah atau menempah bilik berasingan. Biasanya tetamu akan menempah seluruh rumah kerana ia sangat sesuai untuk keluarga yang besar atau kumpulan rakan-rakan yang ramai.

Tingkat pertama rumah ini mempunyai bilik yang dipanggil Love Lave VIP Suite. Ia mempunyai 1 katil bersaiz King dan sesuai untuk 2 orang. Walau bagaimanapun para tetamu boleh meminta katil tambahan. Ia mempunyai bilik mandi, balkoni dan televisyen sendiri. Kemudian terdapat Campbell Street Suite. Ia adalah untuk 3 orang di mana terdapat 1 katil Single dan 1 katil bersaiz Queen. Seterusnya ialah Penang Road Suite yang terdiri daripada empat orang kerana bilik ini mempunyai 2 katil saiz Queen. Bilik terakhir di tingkat pertama adalah Armenian Street Suite yang sesuai untuk 2 orang. Ia mempunyai 2 katil Single di dalam bilik ini.

Di tingkat bawah, ia mempunyai Chulia Street Suite sesuai untuk 2 orang kerana ia mempunyai 2 katil Single. Kemudian ia mempunyai Beach Street Suite juga sesuai untuk 2 orang kerana ia mempunyai 2 katil Single. Bilik terakhir akan menjadi Suite Gurney Drive yang sesuai untuk 3 orang. Ia mempunyai 1 katil bersaiz Super dan 1 katil bersaiz Queen. Ia mempunyai bilik mandi sendiri dan juga televisyen kabel.

Kemudahan dan Aktiviti di Penang Road Suite @ Gurney Home

Rumah ini mempunyai dapur kering di mana tetamu boleh guna. Kemudian ia mempunyai sebuah taman kecil di mana tetamu boleh menikmati masa lapang mereka dan berehat. Rumah itu juga dilengkapi dengan televisyen kabel di ruang tamu. Mereka juga mempunyai ruang letak kereta untuk tetamu meletak kereta mereka. Pemilik homestay ini juga telah melengkapi homestay ini dengan mesin basuh dan pengering. Di samping semua kemudahan yang disediakan, rumah itu mempunyai ruang yang besar sehingga ia juga sesuai untuk mengadakan majlis di sini. Pemilik homestay ini akan membantu sekiranya ada majlis yang perlu diadakan di sini. Tetapi homestay ini harus dibersihkan kembali kerana pemilik ini tidak akan membersihkan tempat ini jika ada sampah-sarap yang terlampau banyak..

Tempat Menarik berhampiran Penang Road Suite @ Gurney Home

Kuil Buddha Terbaring - Kuil Buddha Terbaring juga dikenali sebagai Patung Buddha Tidur oleh penduduk tempatan. Patung Buddha ini adalah sekitar 33 meter yang menjadikannya salah satu patung Buddha terbesar di dunia. Patung Buddha ini adalah simbol keamanan dan perpisahan dari dunia kerana ia menunjukkan Buddha pada saat kematiannya. Banyak penganut agama Buddha akan melawat dan berdoa kepada Buddha ini untuk kesejahteraan mereka. Penganut agama lain juga boleh datang ke sini untuk melihat tarikan yang tidak mungkin boleh didapati di tempat lain ini.

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.