PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(12,711 hotel)
  3. Labuan(38 hotel)
  4. Labuan(38 hotel)
  5. Pilly Homestay

Pilly Homestay

Inap Sarapan (B&B)
Lot 205312563, Kampung Layangan, Labuan, Labuan, Malaysia, 87015
Guestroom Pilly Homestay
Guestroom Pilly Homestay
In-Room Kitchenette Pilly Homestay
Terrace/Patio Pilly Homestay
Property Amenity Pilly Homestay
Lihat Semua Gambar
Traveloka
-

Belum ada ulasan

Kemudahan
Parkir
Butiran Lokasi
Lot 205312563, Kampung Layangan, Labuan, Labuan, Malaysia, 87015
Kawasan Berhampiran
Layang-Layang BeachAlam Semula Jadi
784 m
Labuan Airport (LBU)Pusat Pengangkutan
7.30 km
Popular di Kawasan ini
Labuan Ferry TerminalPusat Pengangkutan
8.49 km
Labuan Square (Dataran Labuan)Landskap & Tanda Mercu
8.84 km
Financial Park - Duty Free ShoppingKedai & Hadiah
9.13 km
Labuan World War II MemorialLandskap & Tanda Mercu
9.28 km
Jarak yang ditunjukkan dikira mengikut jarak garis lurus, dan mungkin berbeza dengan jarak perjalanan sebenar.
Terokai Tempat Lain di Peta
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan




Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi
Keterangan Hotel
Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: Dari 13:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00

Pilly Homestay adalah tempat penginapan yang ideal bagi pasangan suami isteri semasa bercuti di Labuan. Lokasi ini sangat strategik kerana ia terletak hanya 14 minit sahaja dari Lapangan Terbang Labuan. Para tetamu boleh melawat ke banyak tempat yang menarik di Labuan seperti tapak warisan, taman, pantai dan banyak lagi dengan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja menaiki kereta dari homestay. Selain itu, homestay ini telah menyediakan beberapa bilik yang terdiri daripada kemudahan yang berguna. Para tetamu juga boleh menikmati layanan yang baik dari kakitangan homestay dan kemudahan yang hebat disediakan oleh homestay ini.

Bagaimana untuk ke Pilly Homestay

Pilly Homestay terletak di Labuan, Sabah. Satu-satunya cara untuk sampai ke Pilly Homestay adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang merupakan lapangan terbang terdekat bagi mereka. Terdapat beberapa penerbangan yang akan mendarat ke Lapangan Terbang Labuan seperti AirAsia, Malindo Air dan Malaysia Airlines. Para pengunjung boleh mendapatkan harga tiket penerbangan yang lebih rendah semasa dalam bukan musim cuti. Walau bagaimanapun, bagi para pengunjung yang ingin melancong pada cuti umum dan cuti sekolah, harga tiket kapal terbang akan meningkat daripada harga biasa. Perjalanannya akan mengambil masa selama 2 jam dan 20 minit. Apabila para pengunjung mendarat di Lapangan Terbang Labuan, para pengunjung boleh menyewa kereta atau menaiki teksi dan meneruskan perjalanan mereka ke Pilly Homestay. Pilly Homestay terletak hanya 14 minit dari lapangan terbang.

Pilihan Bilik di Pilly Homestay

Pilly Homestay mempunyai satu jenis bilik untuk ditawarkan kepada tetamu mereka. Ia dipanggil Bilik Deluxe Superior. Bilik ini mempunyai 1 katil king. Homestay ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penyaman udara, kipas siling, televisyen skrin rata, cerek elektrik, pembuat kopi atau teh, dapur, air botol percuma, linen, langsir hitam, selipar dan papan seterika berdasarkan permintaan. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi, pancuran mandian, tuala, peralatan mandian dan pengering rambut. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Terdapat juga perkhidmatan pengemasan harian untuk pakej bilik ini.

Restoran dan Kafe di Pilly Homestay

Tiada restoran atau kafe yang terdapat di Pilly Homestay. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh mencari restoran atau kafe yang terbaik berhampiran homestay ini.

Kemudahan dan Aktiviti di Pilly Homestay

Pilly Homestay telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan para tetamu. Antaranya adalah tempat letak kereta untuk para tetamu, kaunter penyambut tetamu, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan pengemasan harian.

Tempat Menarik berhampiran Pilly Homestay

Pantai Layang-Layang - Terletak bersebelahan dengan Laut China Selatan, Pantai Layang-Layang merupakan salah satu tempat yang menarik di Labuan. Pantai ini sangat terkenal dengan pemandangannya dan aktiviti-aktiviti luar. Pantai Layang-Layang telah menarik ramai penduduk tempatan dan pengunjung asing dari seluruh dunia. Para pengunjung dapat merasakan kelembutan pasir putih dan bersantai di bawah pokok. Ramai pengunjung suka berjemur di pantai ini. Pantai ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk bermain aktiviti luar kerana ruangnya yang luas. Selain itu, para pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di pantai ini. Perjalanan ke Layang-Layang Beach hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki dari Pilly Homestay.

Peace Park & Surrender Point - Peace Park & ​​Surrender Point telah dibina untuk mengingati penduduk Borneo yang telah mengorbankan diri mereka semasa Perang Dunia Kedua. Ia adalah simbol keamanan di antara kedua-dua negara, Malaysia dan Jepun. Yayasan Industri Pembinaan Kapal Jepun telah menyumbang dana untuk membina dan menjaga taman ini sehingga ke hari ini. Para pengunjung dapat melihat lereng batu yang diukir "Peace is the best" di pintu masuk taman ini. Selain itu, taman ini dikelilingi oleh taman-taman yang berlanskap dan beberapa gazebo. Reka bentuk bagi taman ini diilhami oleh gaya Jepun. Para pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah semasa perang tersebut dengan melawati tempat ini. Perjalanan bagi para pengunjung untuk ke Peace Park & ​​Surrender Point mengambil masa selama 2 minit memandu dari Pilly Homestay.

Bebuloh Water Village - Bebuloh Water Village merupakan salah satu tempat yang harus dilawati di Labuan. Kampung ini mempunyai rumah kayu yang dibina di atas air. Terdapat beberapa laluan pejalan kaki yang dihubungkan dengan beberapa rumah di situ. Para pengunjung dapat melihat masjid, beberapa kedai terapung dan kemudahan lain dengan menggunakan laluan pejalan kaki. Kebanyakan orang yang tinggal di kampung ini ialah kaum Melayu Brunei. Para pengunjung dapat mengetahui bahawa hampir setiap rumah di kampung ini mempunyai botnya tersendiri. Bebuloh Water Village mempunyai rumah kampung yang besar dan beranda. Selain itu, para pelawat boleh mengambil beberapa gambar yang indah bersama bougainvillaea dan orkid yang cantik di kampung ini. Bagi para pengunjung yang datang dari Pilly Homestay, perjalanannya akan mengambil masa selama 16 minit memandu ke Bebuloh Water Village.

The Chimney - Salah satu tapak warisan yang harus dilawati di Labuan ialah The Chimney. Ia adalah muzium yang memaparkan sejarah perlombongan arang batu di Labuan dan Tanjung Kubong. Muzium ini dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 26 Oktober 2002. Sebelum ia dikenali sebagai muzium, nama tempat ini dipanggil sebagai Pusat Maklumat Chimney. Para pengunjung dapat mempelajari sejarah perlombongan arang batu dengan memasuki galeri dan mengambil pengalaman berjalan di dalam terowong perlombongan arang batu. Selain itu, para pelawat dapat melihat koleksi artifak perlombongan seperti paip candu tembaga Cina, artifak seramik yang digunakan oleh pelombong dan peralatan perlombongan arang batu yang lain. Terdapat orang yang membawa para pengunjung meneroka di muzium ini. Yuran kemasukan di muzium ini adalah percuma. The Chimney dibuka pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang dan ia akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiadha. Perjalanan dari Pilly Homestay ke The Chimney akan mengambil masa selama 11 minit memandu.

Baca Lebih Lanjut
Polisi Hotel
Polisi hotel belum tersedia.
Kemudahan
  • Perkhidmatan Hotel
    • Meja depan
    • Perkhidmatan dobi
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6037 7243 501 atau +6032 1091 800
    Perlu Bantuan?