Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
1
2
  1. Apartmen
  2. Malaysia(9,562 Apartmen)
  3. Selangor(1,235 Apartmen)
  4. Petaling Jaya(254 Apartmen)
  5. PJ8 Service Suites

PJ8 Service Suites

Apartmen
06-07A, Block D, Num 23, Jalan Barat, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 46050
SWIMMING_POOL PJ8 Service Suites
COMMON_SPACE PJ8 Service Suites
COMMON_SPACE PJ8 Service Suites
LOBBY PJ8 Service Suites
COMMON_SPACE PJ8 Service Suites
Lihat Semua Gambar
Traveloka
-

Belum ada ulasan

Kemudahan
AC
Kolam Renang
Parkir
WiFi
Lif
See More Facilities
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan




Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, tidak akan ada Cukai Pelancongan yang dikenakan dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 untuklihat lagi
Keterangan Hotel
Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14:00 - 23:59
Daftar keluar: 00:01 - 12:00

Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Petaling Jaya merupakan sebuah daerah di negeri Selangor yang pesat membangun dari pelbagai sudut, sama ada penempatan, ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Kemajuan daerah ini lebih jelas dilihat setelah statusnya diiktiraf sebagai sebuah bandar pada tahun 2006. Seiring dengan kemajuan bandar ini, turut dilihat adalah pertumbuhan hotel-hotel dan penginapan-penginapan jenis kondominium mewah. Antaranya adalah PJ8 Service Suites yang beralamat di 06-07A, Block D, Num 23, Jalan Barat, Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 46050.

Bagaimana untuk ke PJ8 Service Suites

Disebabkan lokasinya di sebuah bandar yang maju, ia tidak menjadi masalah untuk pelancong atau tetamu PJ8 Service Suites menuju ke sini. Jika anda dari KL Sentral, anda boleh menaiki LRT menuju ke arah Putra Heights. Turun di Stesen Asia Jaya dan ambil teksi untuk ke kondominium ini. Dari stesen tersebut, anda boleh menaiki teksi atau memanggil grab. Anda juga boleh berjalan kaki kerana ianya terletak hanya 400 meter jauh dari stesen. Jika anda dari Lapangan Terbang Sultan Zainal Abidin Subang pula, anda boleh menuju terus ke PJ8 Suites dengan menggunakan teksi. Terdapat banyak teksi yang sedia menunggu para penumpang di hadapan lobi lapangan terbang tersebut. Jika anda memilih untuk menaiki LRT. Stesen terdekat dengan lapangan terbang adalah Stesen LRT Ara Damansara. Naik LRT tersebut dan turun di Stesen Asia Jaya.

Pilihan Bilik di PJ8 Service Suites

Memandangkan ianya adalah sebuah rumah dan dijadikan penginapan untuk disewa, tiada pilihan bilik yang boleh ditawarkan. Rumah ini dilengkapi dengan sebuah bilik tidur sahaja. Oleh itu, ianya lebih sesuai bagi tetamu yang datang berseorangan atau berdua, atau dalam kumpulan kecil. Ia tidak sesuai bagi tetamu yang datang dengan keluarga besar. Walau bagaimanapun, ianya sesuai bagi tetamu yang datang sama ada untuk bersantai dan melancong di Kuala Lumpur atau Selangor mahupun untuk tujuan bisnes oleh kerana kemudahan yang disediakan.

Restoran dan Kafe di PJ8 Service Suites

Bangunan PJ8 Service Suites ini tidak menyediakan restoran atau kafe tersendiri dengan hidangan sarapan, makan tengahari atau makan malam. Tetapi, lokasinya yang berdekatan dengan pusat membeli-belah amat memudahkan para tetamu di sini untuk mencari makanan. Bukan itu sahaja, tetamu di kondominium ini juga boleh membuat pesanan makanan dengan servis menghantar di hadapan pintu rumah dengan menggunakan aplikasi seperti Dah Makan, Food Panda, Grab Food dan PizzaHut Delivery, KFC Delivery, MCD Delivery dan sebagainya. Oleh itu, bab makanan memang tidak menjadi masalah bagi tetamu di sini.

Kemudahan dan Aktiviti di PJ8 Service Suites

Penginapan PJ8 Service Suites ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah dan membuatkan tetamu berasa selasa dan gembira sepanjang menginap di sini. Di dalam rumah, kemudahan asas seperti penyaman udara, Wi-Fi, perkakas dapur untuk memasak, peti sejuk, televisyen, meja makan keluarga, sofa yang empuk, semua disediakan. Manakala, kemudahan awam yang disediakan adalah; kolam renang terbuka yang besar dan cantik, ruang letak kereta, lif yang efisien, gimnasium, bilik bermain tenis, taman berehat, bilik sauna, servis mencuci pakaian, servis menghantar ke lapangan terbang dan lain-lain lagi. Penginap di sini memberi pengalaman yang sama seperti menginap di hotel-hotel mewah.

Tempat Menarik berhampiran PJ8 Service Suites

Sunway Lagoon – Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema hiburan terbesar dan nombor satu di Malaysia. Ia mula dibuka dan beroperasi pada tahun 1992 yang dimiliki dan diuruskan oleh syarikat terkenal Sunway Group. Taman tema Sunway Lagoon ini terdiri daripada enam taman utama iaitu, Water Park, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park dan Nickelodeon Lost Lagoon. Taman tema ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak malahan juga orang dewasa. Oleh itu, tidak hairan lah jika taman tema ini sentiasa dipenuhi pengunjung tambahan lagi pada musim cuti sekolah. Dengan pelbagai tarikan yang cukup menghiburkan, tidak hairanlah jika kadar kemasukkannya melebihi RM 100.

Sunway Pyramid – Sunway Pyramid merupakan sebuah pusat membeli-belah yang turut dimiliki dan dibina oleh syarikat Sunway Group. Tarikannya bermula pada reka bentuk bangunan pusat membeli-belah ini yang cukup unik. Rekaan ala-ala Mesir dengan sebuah patung singa gergasi di bahagian hadapan membuatkan pusat membeli-belah ini popular dan diingati dalam kalangan rakyat Malaysia. Seperti pusat membeli-belah terkemuka yang lain, Sunway Pyramid ini turut dihuni oleh kedai-kedai pakaian, restoran-restoran dan pelbagai barangan berjenama tempatan dan antarabangsa.

Bukit Gasing – Bukit Gasing adalah nama yang cukup popular dalam kalangan pendaki-pendaki bukit atau pengamal kesihatan. Bukit Gasing merupakan salah sebuah tempat mendaki yang selamat, bersih dan paling dekat dengan Kuala Lumpur. Para pendaki yang dilihat di sini tidak mempunyai had umur, iaitu dari berumur 7 tahun sehingga lah 80 tahun. Pada hujung minggu, Bukit Gasing ini penuh dikunjungi para pendaki tidak kiralah sama ada di sebelah pagi mahupun di sebelah petang. Ia turut menjadi tempat keluarga beriadah bersama-sama. Terdapat beberapa tapak berhenti yang cantik yang boleh dijadikan tempat rehat dan berkelah.

Baca Lebih Lanjut
Polisi Hotel
This property offer complimentary parking in Visitor Car Park slots until 12.00 midnight. Guests may choose to park their car in secured parking site (chargeable); or may consider to park at public parking slot.
Baca Lebih Lanjut
Kemudahan
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • TV
    • Pancuran mandi
    • Dapur kecil
    • Kabel TV
  • Aktiviti
    • Tab panas
    • Pusat kecergasan
    • Kolam renang terbuka
    • Taman
    • Sauna
  • Umum
    • Bilik keluarga
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
    • Teres
    • Kolam renang
  • Kemudahan Berhampiran
    • Kedai
    • ATM/Perbankan
    • Kedai runcit
    • Pasar raya
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
    • Lif
  • Sukan & Rekreasi
    • Ping pong
    • Kecergasan
  • Pengangkutan
    • Parkir dengan surcaj
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN
  • Khidmat Shuttle
    • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj
  • Perkhidmatan Hotel
    • Perkhidmatan dobi
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      Perlu Bantuan?