Putra Place Home Inn

Hotel
B2-12B-09, Putra Place Condominium, Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Queensbay, Penang, Malaysia, 11900
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Putra Place Home Inn merupakan sebuah tempat penginapan yang terletak di Bayan Lepas. Ia adalah penginapan yang terletak di sebuah kondominium dengan nama Putra Place Condominium. Ia adalah tempat yang sangat bagus untuk tinggal ketika berada di Bayan Lepas, jauh dari kesibukan kehidupan bandar Pulau Pinang. Putra Place Home Inn ini dikelilingi dengan bebebrapa buah kawasan kediaman lain dan juga terletak berhampiran beberapa destinasi menarik di Bayan Lepas. Putra Place Home Inn adalah satu pilihan yang baik untuk mereka yang melancong ke Pulau Pinang dengan keluarga atau secara berkumpulan tanpa perlu membayar kadar yang mahal mendapatkan tempat penginapan yang besar.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
B2-12B-09, Putra Place Condominium, Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Queensbay, Penang, Malaysia, 11900
Bilik Tidur Putra Place Home Inn
Bilik Tidur 2 Putra Place Home Inn

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Putra Place Home Inn

Putra Place Home Inn merupakan sebuah tempat penginapan yang terletak di Bayan Lepas. Ia adalah penginapan yang terletak di sebuah kondominium dengan nama Putra Place Condominium. Ia adalah tempat yang sangat bagus untuk tinggal ketika berada di Bayan Lepas, jauh dari kesibukan kehidupan bandar Pulau Pinang. Putra Place Home Inn ini dikelilingi dengan bebebrapa buah kawasan kediaman lain dan juga terletak berhampiran beberapa destinasi menarik di Bayan Lepas. Putra Place Home Inn adalah satu pilihan yang baik untuk mereka yang melancong ke Pulau Pinang dengan keluarga atau secara berkumpulan tanpa perlu membayar kadar yang mahal mendapatkan tempat penginapan yang besar.

Bagaimana untuk ke Putra Place Home Inn

Putra Place Home Inn ini terletak di Bayan Lepas, di sebelah timur Pulau Pinang. Pergi ke Putra Place Home Inn adalah sangat mudah, dengan lokasinya berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang. Ia hanya lima minit dari pintu masuk Jambatan Pulau Pinang yang terletak di bahagian pulau it. Bagi mereka yang melancong dari tanah besar Malaysia, Jambatan Pulau Pinang ini bermula dari Perai, Pulau Pinang yang bersempadan dengan Kulim, Kedah. Masa perjalanan untuk menyeberangi Jambatan Pulau Pinang ini mengambil masa kira-kira 10-15 minit, bergantung kepada keadaan trafik semasa. Bagi mereka yang lebih memilih untuk memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan itu akan mengambil masa kira-kira tiga jam dan empat puluh minit melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Terdapat perkhidmatan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan tiket ke Butterworth berharga lebih murah, bermula dari RM 28. Harga tiket bas yang menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dan berakhir di Terminal Bas Sungai Nibong pula bermula dari RM 33. Terminal Bas Sungai Nibong terletak hanya enam minit dari Putra Place Home Inn. Pulau Pinang mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak tidak jauh dari Putra Place Home Inn, hanya lima belas minit. Terdapat beberapa buah penerbangan yang ke lapangan terbang tersebut dari KLIA setiap hari.

Pilihan Bilik di Putra Place Home Inn

Putra Place Home Inn adalah sejenis tempat penginapan yang menyewa seluruh unit daripada bilik. Sebuah unit Putra Inn Home Inn mempunyai tiga buah bilik tidur. Dua buah bilik tidur di Putra Place Home Inn ini mempunyai sebuah katil berukuran double manakala yang satu lagi mempunyai dua buah katil bersaiz bujang. Bilik tidur utama di Putra Place Home Inn mempunyai sebuah bilik mandi peribadi, lengkap dengan sebuah pancuran mandian dengan air panas dan tandas. Terdapat juga sebuah tab mandi di dalam bilik mandi utama. Bilik tidur lainnya berkongsi bilik mandi. Semua bilik tidur mempunyai sebuah kipas berdiri dan juga sebuah almari pakaian. Bilik tidur utama mempunyai set televisyen.

Bahagian lain di Putra Place Home Inn juga dilengkapi sepenuhnya. Ruang tamu unit ini dilengkapi dengan sebuah set televisyen dan sebuah set sofa. Ruang makan pula adalah sebuah kawasan yang selesa yang boleh diduduki oleh empat orang di meja makan. Masih terdapat banyak ruanglebih disekitar kawasan makan tersebut. Dapur di Putra Place Home Inn juga dilengkapi dengan sebuah dapur gas dua-pembakar dan juga sebuah peti sejuk bersaiz sederhana. Terdapat juga beberapa buah kuali dan periuk, dengan pinggan dan peralatan lain untuk kegunaan para tetamu untuk digunakan semasa menginap di Putra Place Home Inn. Keseluruhan unit Putra Place Home Inn mempunyai sambungan Wi-Fi percuma.

Restoran dan Kafe di Putra Place Home Inn

Tidak ada restoran atau kafe di Putra Place Home Inn kerana ia adalah kondominium kediaman. Walau bagaimanapun, terdapat banyak restoran yang terletak berdekatan dengan kondominium tersebut.

Kemudahan dan Aktiviti di Putra Place Home Inn

Kemudahan di Putra Place Home adalah terhad. Terdapat sebuah tempat letak kereta untuk para tetamu gunakan semasa menginap di sana. Terdapat sebuah gimnasium dan juga sebuah kolam renang yang terletak di luar dan terbuka kepada semua orang untuk digunakan secara bebas. Kawasan kondominium ini mempunyai pengawal keselamatan 24 jam.

Tempat Menarik berhampiran Putra Place Home Inn

Akuarium Pulau Pinang -

Penang Aquarium juga dikenali sebagai Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan. Ia adalah tempat yang hebat untuk menikmati dunia laut yang indah. Akuarium Pulau Pinang mempunyai 25 buah tangki ikan yang dipenuhi dengan spesies ikan eksotik seperti ikan lionfish dan sejenis ikan keli gergasi antara lainnya. Tangki-tangki ikan ini terletak di bahagian dalam kawasan akuarium. Akuarium Pulau Pinang juga mempunyai beberapa buah kolam dan tangki yang terletak di luar. Kolam-kolam ini menempatkan ikan-ikan koi dan juga karp bersama-sama dengan beberapa ekor kura-kura. Akuarium Pulau Pinang juga menempatkan beberapa jenis invertebrata seperti bintang laut dan hidupan anemone yang indah. Akuarium Pulau Pinang terletak kira-kira sepuluh minit dari Putra Place Home Inn. Ia dibuka setiap hari, kecuali pada hari Rabu dan dari 10 pagi hingga 5 petang. Tiket kemasukan hanya RM 5 untuk seorang dewasa dan RM 2 untuk seorang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Bagi pelajar yang datang dengan kumpulan sekolah, tiket masuk adalah semurah RM 1.50 untuk setiap pelajar.

Semua Kemudahan

Kolam Renang Putra Place Home Inn
Kolam Renang
Ruang Umum Putra Place Home Inn
Ruang Umum
Bilik Tidur Putra Place Home Inn
Bilik Tidur
Lain-lain Putra Place Home Inn
Lain-lain
Bilik Mandi dalam Bilik Putra Place Home Inn
Bilik Mandi dalam Bilik

Pengangkutan

  • Akses ke stesen bas

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Perkhidmatan Hotel

  • Lawatan

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:

  • Deposit: MYR 100.00 sepenginapan
  • Cukai bandar raya dikenakan: MYR 2.00 setiap penginapan semalam

Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.

  • Bayaran tetamu tambahan mungkin dikenakan dan berbeza mengikut dasar hartanah
  • Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan
  • Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Hartanah ini menerima kad kredit

Hotel only accepts guests with minimum age of 18

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
14:00 - 22:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
14:00 - 22:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Putra Place Home Inn?
Berikut facilities yang ada di Putra Place Home Inn seperti WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Putra Place Home Inn?
Masa check-in di Putra Place Home Inn bermula dari 14:00 - 22:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Tiada ulasan yang kelihatan sepadan dengan penapis anda

Mari cuba tukar penapis atau kosongkannya untuk melihat semua ulasan.
Tetapkan Semula Penapis

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Putra Place Home Inn

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved