amaran
Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2

Hotel Mewah di Kuala Lumpur, Malaysia

Tentang

Kuala Lumpur bermaksud 'pertemuan berlumpur'. Perkataan 'kuala' memberi makna suatu titik di mana dua sungai bergabung. 'Lumpur' pula bermaksud tanah yang berair. Pada tahun 1824, Sungai Lumpur merupakan salah satu penempatan terpenting yang menghasilkan bijih timah.

Kuala Lumpur merupakan ibu kota Malaysia. Nama rasminya ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala nama pendeknya pula ialah KL. KL adalah bandar terbesar di Malaysia. Kebanyakan aktiviti perniagaan dan pentadbiran dilakukan di Kuala Lumpur. Pemerintah tertinggi Malaysia atau Yang di-Pertuan Agong, tinggal di sini. Parlimen juga terletak di sini selain mempunyai pusat untuk kebudayaan, kewangan dan ekonomi.

Kuala Lumpur mempunyai banyak pengangkutan awam seperti Mass Rapid Transit (MRT), Light Metro (LRT), monorel, Bas Rapid Transit yang tergantung, rel komuter dan juga keretapi untuk ke lapangan terbang. Oleh itu, untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat adalah agak mudah terutamanya apabila semua mod pengangkutan berhubung. Beberapa stesen MRT, LRT dan komuter disambungkan dengan pusat membeli-belah. Ini menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu bandar terkemuka di dunia untuk pelancongan dan membeli-belah.

Kebanyakan penduduk tempatan di sini menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi tetapi bahasa Melayu tidak pernah dilupakan. Cuma, ia kurang digunakan oleh golongan muda. Bahasa lain seperti Cina dan Tamil juga dituturkan di Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat pelbagai penerbangan ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh pelbagai jenis syarikat penerbangan. Antaranya adalah Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Airways. Dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 1 atau 2, pengunjung boleh menyewa teksi untuk ke pusat bandar.

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari negeri lain di Malaysia boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan mengambil susur keluar ke Kuala Lumpur. Perjalanan ke sini tidak begitu sukar kerana kebanyakan sistem navigasi akan mempunya kawasan ini tersenarai dalam system mereka.

Menggunakan Komuter

Pengunjung boleh menggunakan komuter untuk sampai ke Kuala Lumpur dari bandar – bandar utama negeri lain seperti Ipoh, Pulau Pinang, Melaka malah Singapura juga. Tren berhenti di stesen lama Kuala Lumpur atau di Sentral Kuala Lumpur yang kini merupakan hub pengangkutan terbaru di Kuala Lumpur.

Tarikan Pelancongan

Menara Kuala Lumpur

Menara ini adalah salah satu bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 421 meter. Ia menduduki tempat ke-7 sebagai menara tunggal tertinggi di dunia. Ia juga mempunyai restoran berputar yang membolehkan pengunjung melihat seluruh Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan dalam pusingan 360 darjah.

Hotel

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences

Hotel ini terletak betul-betul di kawasan segitiga emas. Ia terletak 1.2 kilometer dari stesen LRT di mana dari sana, pengunjungan boleh pergi ke mana-mana di tempat di dalam bandar Kuala Lumpur. Hotel ini juga mempunyai kemudahan yang pelbagai untuk melengkapkan penginapan. Terdapat kaunter menyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam yang boleh membantu pengunjung dengan sebarang permintaan. Ia sememangnya memenuhi tema mewah yang mereka mahukan.

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Hotel ini terletak berhampiran dengan beberapa stesen pengangkutan awam yang kurang dari 500 meter jauhnya. Stesen-stesen tersebut adalah seperti Stesen LRT PWTC dan juga Stesen MRT Putra. Hotel ini menyediakan penginapan kelas pertama dan juga sesuai untuk penginapan perniagaan atau percutian santai. Mereka mempunyai 560 buah bilik dan suite bagi memenuhi semua permintaan tetamu.

Sunway Putra Hotel

Hotel ini menjanjikan keselesaan serta kemewahan kepada mereka yang menginap di sini. Dekorasi bilik juga mewujudkan suasana yang damai dan santai kepada para tetamu. Terdapat restoran Jepun untuk tetamu yang ingin mencuba makanan lain selain daripada makanan tempatan yang disediakan di sana.

Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Hotel ini hanya 0.18 kilometer dari Menara KL yang merupakan salah satu tarikan di Malaysia. Ia meyediakan rawatan spa yang terbaik dan juga pusat kecergasan berkualiti tinggi. Bilik-bilik di sini besar dan selesa. Tambahan pula, ia dilengkapi dengan Wi-Fi bagi membuatkan penginapan tetamu lengkap dan sempurna.

Dorsett Kuala Lumpur

Hotel ini mempunyai banyak kemudahan untuk memenuhi permintaan tetamu. Salah satunya adalah bilik serbaguna yang dilengkapi dengan baik dan boleh digunakan untuk acara perniagaan atau acara sosial.

24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?