1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9166 Hotel)
    >
  3. Perlis
    (58 Hotel)

Hotel Mewah di Perlis, Malaysia

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 21 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
EXTERIOR_BUILDING The Putra Regency Hotel Kangar Perlis

The Putra Regency Hotel Kangar Perlis

Hotel
Kangar, Perlis
Menyenangkan
8.2
(438 Reviews)
Bilik bersih, luas dan cantik.
Lihat Harga
See all 58 Hotels near Perlis

Facts about hotel in Perlis

Popular City
Kuala Perlis, Kangar
Popular Hotel
The Putra Regency Hotel Kangar Perlis
Popular Landmark
Utama Stadium, Perlis State Park

Ulasan Tetamu dari Hotel di Perlis

8.3
Mengagumkan
2,594 ulasan dari hotel di Perlis dengan purata penarafan 8.3/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Perlis akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
SUDIRMAN B. I.
Ini adalah profil peribadi.
7 Sep 2023
Bilik bersih, selesa dan kemas. Lantai area katil berkarpet. TV kecil tetapi siaran TV banyak. Kolam renang sederhana besar dan bersih. Lokasi hotel yang damai. Overall berpuas hati dan akan datang lagi.
mohd a. b. u.
Ini adalah profil peribadi.
29 Dec 2021
Hotel ni sudah lama, generally selesa tetapi semuanya lebih baik jika ditambah baik Dan diganti. Kelihatan suda terlalu tua walau pun bertraf 4 bintang.
Suhaila A. H.
Ini adalah profil peribadi.
16 Feb 2022
Sangat sesuai kalau nak transit ke Pulau Langkawi memang depan jeti sahaja. Tekanan air di bilik air rendah dan terus tak ada air, kena tunggu untuk air penuh semula. Berhampiran kedai ikan bakar.
jeffri j.
Ini adalah profil peribadi.
24 Feb 2024
Lokasi ok. Bilik ok. Yang tak ok bilik air. Kotor sekali. Nak tidur malam pun payah sebab bau yang kurang menyenangkan dari dalam bilik air. Exhaust fan langsung tidak berfungsi. Maaf ya.
Shima A.
Ini adalah profil peribadi.
23 Sep 2019
Strategik berdekatan dengan kedai-kedai dan dobi serta mudah untuk pergi ke terminal bas kangar.
Suhaizat N.
Ini adalah profil peribadi.
24 May 2023
OK tempat tenang bilik selesa
MOHD K. F. B. M.
Ini adalah profil peribadi.
26 Sep 2019
Air terlalu perlahan. Harap dapat baiki.
Mohd F. B. M. N.
Ini adalah profil peribadi.
8.3
/ 10
26 Dec 2023
Bolehlah, cuma parking jelas susah sikit kena pusing belakang. Kelengkapan mandian tak ada, cuma ada shampoo rambut dan shampoo badan

Hotel di bandar popular

Tentang

Negeri Perlis terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ianya juga merupakan negeri yang terkecil di Malaysia yang berkeluasan hanya 800 kaki kilometer. Ianya dikelilingi oleh Negara Thailand di bahagian Utara dan Negeri Kedah di bahagian Selatan. Ibu Negeri Perlis ialah Kangar yang juga merupakan Bandar DiRaja dan Istana Sultan Perlis terletak di Arau. Perlis mempunyai cuaca monsun tropika dengan suhu purata di antara 21 darjah Celcius ke 32 darjah Celcius. Dari bulan Januari sehingga April, Negeri Perlis akan mengalami musim panas dan kering.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan terbang berhampiran dengan Negeri Perlis ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala batas, Kedah yang mengambil masa perjalanan selama 45 minit dari lapangan terbang untuk sampai ke Perlis. Penerbangan pergi dan balik disediakan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Perlis.

Menggunakan Kereta

Memandu ke Perlis amat mudah dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan anda boleh menikmati pemandangan yang indah disepanjang perjalanan. Anda boleh mengambil susur keluar di persimpangan Changloon dan meneruskan perjalanan menggunakan lebuhraya Changloon-Kuala Perlis ke Perlis. Anda juga boleh menggunakan jalan persekutuan 7 yang menghubungkan Alor Setar, Kedah dengan Kangar dan Padang Besar di sempadan Thai-Malaysia.

Menggunakan Bas

Anda juga boleh menaiki bas atau teksi dari Johor, Terengganu, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah dan turun di Terminal Bas Bukit Lagi di Kangar. Bas ke lain-lain negeri juga disediakan di terminal ini di mana ianya berlepas dari Perhentian Bas Kangar dan Kuala Perlis.

Menggunakan Kereta Api

Perlis boleh dihubungi dengan menaiki keretapi dari Kuala Lumpur dan Butterworth menggunakan Keretapi Tanah Melayu Senandung Langkawi dan juga boleh dihubungi dari Bangkok, Thailand dengan menaiki Keretapi Ekspress Antarabangsa Negara Thailand. Terdapat dua stesen keretapi di Perlis iaitu di Arau dan Padang Besar yang terletak di kawasan persepadanan Malaysia dan Thailand.

Tarikan Pelancongan

Muzium Kota Kayang

Muzium Kota Kayang juga dikenali sebagai Muzium Negeri Perlis yang merupakan antara destinasi utama pelancongan yang anda boleh kunjungi ketika berada di Perlis. Muzium ini mempamerkan elemen sejarah dan kebudayaan Negeri Perlis serta sejarah kesultanannya. Anda boleh melawat makam DiRaja yang menarik, gua kecil serta taman yang terdapat di muzium ini.

Gua Kelam

Gua Kelam merupakan destinasi yang mesti anda kunjungi semasa berada di Perlis. Gua ini antara gua yang terunik di Malaysia dan mempunyai pelantar pejalan kaki sepanjang 370 meter di dalamnya. Gua ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kumpulan penggemar eksplorasi gua. Anda akan memasuki gua dari pintu masuk utama dan keluar pada pintu yang berlainan.

Taman Negeri Perlis

Bagi penggemar alam semulajadi pula, anda boleh melawat Taman Negeri Perlis untuk melihat keindahan dan kekayaan flora dan fauna yang terdapat didalamnya. Taman ini dikelilingi dengan hutan tebal yang cantik, tebing gunung yang redup serta jaringan gua yang luas. Taman ini juga sesuai untuk penggemar burung kerana terdapat pelbagai spesis burung yang hidup di taman ini. Pada kebiasaannya mereka akan berkhemah untuk beberapa hari di taman ini bagi melihat spesis burung yag terdapat di sini.

Kuala Perlis

Sekiranya anda merupakan seorang kaki pancing, Kuala Perlis merupakan destinasi yang sesuai buat anda ketika berada di Perlis. Kuala Perlis merupakan jeti perikanan yang sibuk terletak di Muara Sungai Perlis dan juga mempunyai terminal feri untuk mereka yang ingin ke Pulau Langkawi. Ianya terkenal dengan makanan laut seperti ikan bakar dan juga laksa asam.

Pasar Minggu Wang Kelian

Bagi penggemar aktiviti membeli belah pula, anda boleh meluangkan masa dengan membeli belah di Pasar Minggu Wang Kelian untuk membeli barangan buatan tempatan atau Thailand dan juga cenderamata pada harga yang murah. Memandangkan lokasinya yang terletak disempadan Thailand-Malaysia, rakyat Malaysia dan Thailand boleh memasuki ke kawasan masing-masing pada hujung minggu tanpa menggunakan passport antarabangsa.

Hotel

The Putra Regency Hotel Kangar

Hotel Putra Regency ialah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah pusat Bandar Kangar. Hotel ini merupakan pilihan penginapan yang hebat buat anda yang berkunjung ke Perlis. Hotel ini sesuai untuk pengunjung yang bercuti atau urusan pekerjaan. Bagi para pengunjung yang mencari penginapan selesa pada harga yang berpatutan, Hotel Putra Regency merupakan pilihan yang tepat buat anda kerana menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik.

Metro Inn Arau

Arau Metro Inn merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di tengah Arau, Perlis. Ianya terletak berhampiran dengan tarikan utama pelancongan seperti Muzium Kota Kayang pada jarak 13 km dan Taman Negeri Perlis pada jarak 23 km. Arau Metro Inn merupakan pilihan hebat buat anda yang berkunjung ke Negeri Perlis.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka