Ren I Tang Heritage Inn adalah penginapan yang terbaik bagi mereka yang ingin melancong di George Town, Pulau Pinang. Lokasi hotel ini sangat bagus kerana para tetamu boleh dengan mudah menjelajahi tempat-tempat menarik seperti muzium, tempat keagamaan dan lain-lain lagi. Selain itu, tempat tarikan pelancong ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari hotel. Hotel ini telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu mereka supaya para tetamu berasa lebih selesa untuk menginap di sini. Para tetamu juga dapat melihat pemandangan George Town bergantung kepada bilik yang dipilih oleh mereka. Selain itu, bilik-bilik di hotel ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan dalam bilik dan tandas yang boleh digunakan oleh para tetamu.
Terdapat pelbagai cara untuk para pelancong pergi ke Ren I Tang Heritage Inn. Cara yang pertama adalah dengan memandu. Para pelancong yang datang dari Kuala Lumpur, mereka perlu melalui Lebuhraya KLIA/E6 dari Jalan Pekeliling. Kemudian, mereka perlu mengambil AH2 / E1 kepada Tun Dr. Lim Chong Eu yang berada di Laluan 3113 di Gelugor. Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi di atas lebuh raya menuju ke Penang St di George Town. Apabila mereka sudah sampai Penang St, mereka akan tiba di destinasinya dalam masa beberapa minit sahaja lagi. Sepanjang perjalanan ini, ia mengambil masa selama 4 jam dan 24 minit. Mereka juga akan menemui tol di lebuh raya.
Seterusnya, cara terpantas untuk sampai ke Ren I Tang Heritage Inn adalah dengan mengambil kapal terbang. Para pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Terdapat beberapa penerbangan yang boleh didapati seperti AirAsia, Malaysia Airlines dan Malindo Air. Perjalanannya akan mengambil masa selama 50 minit. Apabila para pelancong telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, terdapat beberapa teksi dan kereta sewa yang akan disediakan untuk mereka. Perjalanan diteruskan lagi di jalan raya menggunakan Jalan Sultan Azlan. Kemudian, mereka perlu melalui jalan raya Tun Dr. Lim Chong Eu dan memandu terus ke Penang St. Setelah mereka masuk di jalan Penang St., mereka akan menemui Ren I Tang Heritage Inn.
Terdapat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan oleh Ren I Tang Heritage Inn kepada para tetamunya. Antaranya ialah Bilik Penang (Tingkat 2), Bilik Loft 19 (Tingkat 2), Bilik Airwell (Tingkat 2), Bilik Loft 18 (Tingkat 2), Studio Flat dengan Dapur Kecil (Tingkat 2) dan Bilik Keluarga (Tingkat 1). Untuk Bilik Penang (Tingkat 2), bilik ini mempunyai saiz sebesar 22.5 meter persegi dan ia mempunyai 1 katil king yang boleh memuatkan sehingga 2 tetamu sahaja. Bilik ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti meja, kemudahan menyeterika, pembuat kopi atau teh, air botol percuma, televisyen LCD dan penghawa dingin. Para tetamu juga boleh meminta katil tambahan dari pihak hotel. Hotel ini juga telah menyediakan perkhidmatan pengemasan bilik pada setiap hari. Di bilik mandi pula, mereka mempunyai bilik mandi peribadi bersama pancuran mandian. Para tetamu juga telah diberikan peralatan mandian percuma dan pengering rambut bagi mereka ingin menggunakannya. Selain itu, mereka boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka. Tambahan pula, mereka dapat melihat pemandangan bandar George Town dari bilik mereka. Walau bagaimanapun, para tetamu tidak akan diberikan sarapan pagi secara percuma kerana ia tidak berada dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini adalah RM 262.73 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Seterusnya ialah Bilik Loft 19 (Tingkat 2). Saiz bilik ini adalah 25 meter persegi dan boleh memuatkan sehingga 2 tetamu sahaja. Hotel ini telah menyediakan 1 katil King untuk bilik ini. Selain itu, bilik ini telah dilengkapi dengan banyak kemudahan asas . Untuk kemudahan dalam bilik, bilik ini mempunyai meja, telefon, kemudahan menyeterika, penghawa dingin, cerek elektrik, air botol percuma dan televisyen skrin rata. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai bilik mandi peribadi bersama air pancuran, peralatan mandian percuma dan pengering rambut yang disediakan untuk para tetamu. Mereka juga boleh meminta katil tambahan tetapi katil bayi tidak boleh diminta oleh mereka kerana tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Bilik mempunyai kawasan tempat duduk yang berasingan dan akses Wi-Fi percuma untuk para tetamu. Walau bagaimanapun, tiada sarapan pagi termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM 333.17 termasuk caj perkhidmatan.
Bilik berikutnya ialah Bilik Airwell (Tingkat 2). Bilik ini mempunyai 1 katil Queen dan ia mempunyai saiz sebesar 34.5 meter persegi. Para tetamu dapat berpeluang untuk melihat pemandangan bandar dari bilik ini. Selain itu, hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan asas di bilik ini seperti cerek elektrik, air botol percuma, televisyen LCD skrin rata, kemudahan menyeterika, penghawa dingin dan pengemasan bilik secara harian. Hotel ini juga akan menyediakan katil tambahan tetapi tiada katil bayi disediakan untuk mereka jika mereka memerlukannya. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai peralatan mandian percuma dan pengering rambut. Terdapat juga bilik mandi peribadi dan air pancuran yang telah disediakan untuk para tetamu. Susunan kawasan bilik ini adalah bilik ini akan mempunyai ruang duduk secara berasingan. Selain itu, para tetamu boleh mengakses Wi-Fi percuma secara mudah di dalam bilik mereka. Walau bagaimanapun, para tetamu tidak akan mendapat peluang untuk mendapat sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM 333.17 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bilik Loft 18 terletak di tingkat 2. Saiz bilik ini adalah 32 meter persegi dan boleh memuatkan 1 katil Queen yang boleh memuatkan 2 tetamu sahaja. Bagi mereka yang memilih bilik ini, mereka dapat melihat pemandangan halaman hotel ini. Selain itu, hotel ini telah menyediakan kemudahan yang sama bagi kemudahan dalam bilik dan bilik mandi jika dibandingkan dengan bilik sebelum ini. Tambahan pula, para tetamu tidak perlu bimbang tentang kebersihan bilik ini kerana terdapat perkhidmatan pengemasan bilik secara harian. Mereka juga boleh melayari internet dengan Wi-Fi percuma yang terdapat di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM 333.17 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bagi Studio Flat dengan Dapur kecil, bilik ini mempunyai saiz sebesar 34.5 meter persegi dan boleh memuatkan 1 katil King. Para tetamu dapat menikmati pemandangan George Town dari bilik ini. Berbanding dengan bilik-bilik yang lain, bilik ini telah dilengkapi dengan banyak kemudahan seperti dapur kecil, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, cerek elektrik, katil sofa, meja, kemudahan menyeterika, penyaman udara dan televisyen. Para tetamu boleh membuat permintaan untuk katil bayi atau katil tambahan. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan pengemasan bilik yang dilakukan pada setiap hari. Selain itu, terdapat Wi-Fi secara percuma yang disediakan untuk para tetamu. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk tinggal di bilik ini, mereka perlu membayar RM 393.14 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Akhir sekali ialah Bilik Keluarga yang terletak di tingkat 1. Saiz bilik ini adalah 33.5 meter persegi dan bilik ini mempunyai 1 katil bersaiz Queen dan 2 katil bujang. Yang paling istimewa tentang bilik ini ialah para tetamu boleh melihat pemandangan George Town. Bagi kemudahan dalam bilik, bilik ini mempunyai pembuat kopi atau teh, televisyen, kemudahan menyeterika, air botol percuma, penyaman udara dan pengemasan bilik secara harian. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai bilik mandi peribadi bersama air pancuran, peralatan mandian percuma dan pengering rambut yang turut disediakan untuk para tetamu. Mereka juga boleh membuat permintaan untuk katil bayi atau katil tambahan dari pihak hotel. Tambahan pula, mereka berpeluang menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, tiada sarapan pagi yang disediakan untuk bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini ialah RM 484.53 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Ren I Tang Heritage Inn mempunyai sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan. Para tetamu dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak restoran pada waktu makan tengah hari dan makan malam. Bagi mereka yang suka ke kafe, mereka boleh melawat The Mugshot Café. Kafe ini hanya mengambil masa selama 7 minit dengan berjalan kaki dari hotel. Para pengunjung boleh merasa hidangan istimewa mereka iaitu Bagel dan yogurt buatan sendiri. Selain itu, rasa kopi yang dihidangkan oleh kafe ini sangat berbeza berbanding kopi di kedai kafe yang lain di George Town. Walau bagaimanapun, The Mugshot Café telah menawarkan harga kopinya lebih tinggi kepada para pelanggannya.
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh hotel ini. Para tetamu dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka dengan menggunakan Wi-Fi secara percuma di kawasan awam hotel ini. Terdapat juga tempat simpanan bagasi dan peti deposit keselamatan yang turut disediakan untuk para tetamu. Selain itu, hotel ini turut menyediakan sebuah perpustakaan untuk mereka yang suka membaca. Tambahan pula, para tetamu boleh mengunjungi ke beberapa kedai, mesin ATM dan pasar raya yang berdekatan dengan Ren I Tang Heritage Inn.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |