Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,411 hotel)
  3. Pulau Pinang(1,083 hotel)
  4. Pulau Pinang(989 hotel)
  5. Batu Ferringhi(131 hotel)
  6. Resort Condos

Resort Condos

Pangsapuri
G Block, Jalan, Miami Green Resort Condominium, Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 11100
Featured Image Resort Condos
Living Area Resort Condos
Living Area Resort Condos
In-Room Dining Resort Condos
In-Room Kitchen Resort Condos
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Kolam Renang
Lif

Tarikan berhampiran
Tanjung Bungah Floating Mosque
(1.34 km)
Batu Ferringhi Beach
(2.35 km)
Mount Miriam Hospital
(3.96 km)
Penang Botanic Gardens
(4.62 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Lif
  • Aktiviti
    • Kolam renang terbuka
  • Umum
    • Kawasan merokok

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 15.00
Daftar keluar: 12.00

Resort Condos merupakan sebuah penginapan jenis konodminium yang terletak di G Block, Jalan, Miami Green Resort Condominium, Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 11100. Tempatnya yang sangat strategik di tengah-tengah pusat tarikan pelancongan membuatkan penginapan ini sentiasa ditempah dan didiami oleh pelancong tempatan mahupun pelancong asing. Terdapat banyak daya tarikan di sekitar penginapan ini. Namun begitu, kadar harga penginapan ini ditawarkan tidak terlalu mahal dan berpatutan.

Bagaimana untuk ke Resort Condos

Dari lapangan terbang KLIA2 atau Subang, terdapat penerbangan ke Pulau Pinang yang disediakan oleh Malaysia Airlines, Firefly dan Air Asia. Dari lapangan terbang Bayan Lepas, pelancong boleh menaiki teksi untuk sampai ke Batu Ferringhi. Setibanya tiba di Batu Ferringhi, terus ke Jalan Miami Green Resort di mana terletaknya kondominium ini.

Electric Train Service (ETS) menyediakan laluan harian ke Butterworth dari Kuala Lumpur Sentral. Perjalanan mungkin mengambil masa kira-kira 4 jam. Dari Stesen Kereta Api Butterworth, pelancong boleh menaiki teksi untuk sampai ke Batu Ferringhi. Perjalanan dengan teksi mungkin akan mengambil masa kira-kira 50 minit.

Jika memandu dari Kuala Lumpur, memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), ambil susur keluar ke George Town sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Ferringhi. Perjalanan dengan kenderaan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Pilihan Bilik di Resort Condos

Resort Condos adalah sebuah kondominium yang memuatkan 3 buah bilik tidur. 3 buah bilik tidur ini cukup luas dan masing-masing dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz Queen. Kondominium ini sering kali dikunjungi oleh keluarga besar yang datang untuk meneroka pusat-pusat tarikan di Pulau Pinang.

Kemudahan dan Aktiviti di Resort Condos

Seperti penginapan-penginapan lain, Resort Condos turut menyediakan tetamunya dengan kemudahan-kemudahan terkini agar tetamu menginap dengan selesa. Antaranya adalah, Wi-Fi yang menjadi keperluan utama tetamu yang datang melancong untuk sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga. Selain itu, peralatan asas memasak di dapur, pendingin hawa di setiap bilik tidur, tuala mandi, perkakas mandian dan beberapa lagi. Tambahan lagi, kondominium ini turut dilengkapi kolam renang dan gimnasium. Dengan adanya semua ini, ia membuatkan tetamu berasa seperti menginap di hotel bertaraf 4 atau 5 bintang.

Tempat Menarik berhampiran Resort Condos

Masjid Terapung Tanjung Bungah - Masjid Terapung Tanjung Bungah terletak di Tanjung Bungah berhampiran George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Kerja-kerja pembinaan masjid ini bermula dari tahun 2005 hingga 2007 di mana ia menggantikan masjid lama yang berdekatan dengannya. Masjid ini dibuka pada 16 Mac 2007 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Masjid ini mempunyai landskap berpemandangan laut yang cukup indah. Ia menarik perhatian bukan hanya umat Islam untuk beribadat tetapi juga orang bukan Islam untuk menangkap gambar sebagai memori pelancongan mereka ke Pulau Pinang.

Batu Ferringhi - Pantai Batu Ferringhi merupakan antara pantai yang popular di Pualu Pinang. Penduduk tempatan dari utara biasanya akan membawa keluarga mereka untuk berkelah di pantai ini. Selain dari duduk dan berkelah di pantai, terdapat juga aktiviti air yang pengunjung boleh lakukan seperti meluncur angin, berkayak, jet-ski, parasailing dan sebagainya. Apabila terbenam matahari, terdapat bazar terbuka yang menjual cenderamata untuk pelancong dan pengunjung untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Selain itu, bazar ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran artis tempatan mempamerkan dan membuat seni kraf halus dan lukisan batik.

Hospital Kanser Mount Miriam - Hospital Kanser Mount Miriam terletak di 23, Jalan Bulan, Tanjong Tokong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Hospital ini hanya merawat pesakit kanser dan tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan, ia menyembuhkan pesakit dengan menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan rawatan, diagnosis dan penjagaan kanser yang berpatutan tanpa mengira status kewangan pelanggan. Persekitaran hospital turut disemaikan dengan rasa kasih sayang, hormat dan belas kasihan.

Taman Herba Tropika - Taman Herba Tropika terletak di Lot 595, Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang. Ia adalah habitat bagi lebih daripada 500 spesies flora dan fauna yang eksotik. Dibina ole David dan Rebecca Wilkinson dan mendapat dana daripada Bertam Consolidated Rubber Co. Ltd. dan dibantu oleh pasukan yang cukup berbakat, di berjaya dibina sebagai pusat ekopelancongan. Ekopelancongan ini telah yang menerima anugerah berprestij seperti Gold Award, Laman Floral Garden Award, The Malaysia International Landscape & Garden Festival 2004 and Merit Award, Tourism Malaysia ‘Best Man-Made’ tourism attraction 2005/06. Dengan anugerah yang dimenangi, tempat ini telah menjadi titik tarikan yang mesti dikunjungi oleh pelancong yang melawat Pulau Pinang. Pasukan pengurusan sentiasa memelihara flora dan fauna di sini bagi mengekalkan taman ini sebagai habitat mereka. Dengan melawat taman ini, para pelancong akan dapat mengetahui dan belajar tentang flora dan fauna, terutama sekali tentang rempah-rempah dan dapat menenangkan fikiran mereka dari bandar-bandar yang sibuk. Taman ini beroperasi setiap hari 9:00-18:00 dan waktu kemasukan terakhir adalah pada 5.15 petang. Kadar kemasukan bermula daripada RM15 kepada RM35.

Anda mesti menunjukkan ID bergambar semasa mendaftar masuk. Kad kredit anda akan dicaj semasa anda membuat tempahan. Pilihan merokok/jenis katil tidak dijamin. Tempahan anda dibayar dahulu dan dijamin untuk ketibaan lewat. Caj keseluruhan adalah termasuk semua caj bilik dan cukai, serta bayaran tempahan. Sebarang caj sampingan seperti bayaran tempat letak kenderaan, panggilan telefon dan perkhidmatan bilik akan diuruskan terus antara diri anda dan hartanah tersebut.
Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?