Promosi Jadi Rakan KamiSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(9,566 Hotel)
  3. Kelantan(257 Hotel)
  4. Kota Bharu(180 Hotel)
  5. Pusat Bandar Kota Bharu(102 Hotel)
  6. Ridel Hotel

Ridel Hotel

Hotel
Lot A-05-01 Blok A, Pelangi Mall, Jalan Pasar Lama, Seksyen 9, Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, 15000
COMMON_SPACE Ridel Hotel
LOBBY Ridel Hotel
LOBBY Ridel Hotel
Lihat Semua Gambar
Tiada gambar
Tiada gambar
Traveloka
7.8 Menyenangkan

Daripada 182 ulasan

Lihat ulasan terbaik kami!

Baca ulasan ikhlas yang tersedia untuk mengetahui penginapan ini dengan lebih lanjut!

Memuaskan dan sungguh selesa, terbaik.
Tarmizi B. K.
Kemudahan
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
See More Facilities
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan




Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 182 ulasan

7.8
Menyenangkan
Hebat
21
Bagus
100
Memuaskan
16
Biasa
45
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
AH
Abdul H. B. A. J.
0 Ulasan
5.7
/ 10
5.7
21 Ogs 2020
Layan an kaunter tidak mmuaskn, slow.. Bilik tidak slesa, safety bilik low, remote econ, remote TV tiada, kittle tidak disdiakn..field..

Suka ulasan ini?

AMIR B. H.
9 Ulasan
9.1
/ 10
9.1
27 Dis 2019
Percutian keluarga
Lokasi yang sangat strategik kerana berada di tengah pusat bandar, cuma bilik terlalu kecil.

Suka ulasan ini?

NB
Nurazmah B. A.
3 Ulasan
6.0
/ 10
6.0
07 Okt 2019
Bilik luas. Cuma bilik air kotor.

Suka ulasan ini?

SS
Secreto S.
1 Ulasan
4.5
/ 10
4.5
14 Ogs 2019
No parking. Tidak ada tempat letak kereta

Suka ulasan ini?

MA
Mohamad A. H.
15 Ulasan
8.2
/ 10
8.2
25 Jun 2019
Perjalanan perniagaan
Proses cek in lambat, tidak mesra pelanggan, nasib baik mood abam ok.

1 menyukai ulasan ini

MF
Mohd F. B. Z.
5 Ulasan
8.3
/ 10
8.3
27 Mei 2019
Percutian keluarga

1 menyukai ulasan ini

MZ
Mohd Z. M. A.
13 Ulasan
9.7
/ 10
9.7
28 Mac 2019
Perjalanan perniagaan
Sangat hebat namun parking kena bayar.

Suka ulasan ini?

MB
Madiana B. A.
2 Ulasan
8.5
/ 10
8.5
07 Feb 2019
Percutian keluarga
Hotel mengadap sungai kelantan. Berbaloi dengan harga.

Suka ulasan ini?

KK
KHALIJAH K.
1 Ulasan
6.0
/ 10
6.0
30 Dis 2018
Bilik ada bau yang kurang menyenangkan. Mungkin karpet yang agak berbau hapak. Mungkin sebab lama. Berbeza dengan 7 tahun lalu, saya menginap di sini.

Suka ulasan ini?

MF
Mohd F. W.
1 Ulasan
6.1
/ 10
6.1
04 Nov 2018
Hotel tempat strategik tapi bilik berbau tingkap boleh dibuka dari luar makanan tiada pilihan.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
6
An icon button
Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, tidak akan ada Cukai Pelancongan yang dikenakan dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 untuklihat lagi
Keterangan Hotel
Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: Dari 14:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00

Ridel Hotel adalah tempat penginapan yang sempurna semasa percutian di Kelantan. Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia berdekatan dengan lapangan terbang dan banyak tempat yang menarik seperti muzium, pantai dan pasar. Di samping itu, hotel ini telah menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk membuatkan tetamu mereka berasa lebih selesa semasa menginap di hotel ini. Hotel ini juga telah menyediakan beberapa jenis bilik yang dilengkapi dengan kemudahan yang bagus. Para tetamu dapat sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan menggunakan Wi-Fi percuma di dalam bilik mereka dan di kawasan awam. Selain itu, terdapat juga sebuah restoran yang menawarkan hidangan tempatan kepada para tetamu hotel ini. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis kopi yang ditawarkan di kedai kopi yang terletak di dalam Ridel Hotel.

Bagaimana untuk ke Ridel Hotel

Ridel Hotel terletak di bandar Kota Bharu, Kelantan. Cara yang pertama untuk ke Ridel Hotel adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang, Jalan Central Spine dan Laluan Persekutuan 8 ke Kota Bharu. Kemudian, para pengunjung perlu mengambil Jalan Post Office Lama ke Jalan Pasar Lama, Kota Bharu. Apabila para pengunjung tiba di Jalan Pasar Lama, para pengunjung boleh menemui Ridel Hotel. Keseluruhan perjalanan di atas jalan raya dianggarkan dalam 6 jam dan 38 minit tanpa sebarang kesesakan lalu lintas.

Cara yang kedua adalah cara terpantas bagi para pengunjung untuk tiba di Ridel Hotel iaitu dengan menaiki pesawat. Para pengunjung perlu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Terdapat dua penerbangan yang akan mendarat di Kelantan iaitu AirAsia dan Malaysia Airlines. Harga tiket penerbangannya adalah dari RM 169 hingga RM 318. Harganya akan berbeza pada musim perayaan dan pada cuti sekolah. Perjalanannya akan mengambil masa selama 55 minit. Apabila para pengunjung mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, terdapat beberapa teksi dan kereta sewa di pintu masuk lapangan terbang. Para pelawat boleh memilih antara dua jenis pengangkutan dan kemudian, meneruskan perjalanan ke Ridel Hotel.

Pilhan Bilik di Ridel Hotel

Terdapat tiga jenis bilik yang telah disediakan oleh Ridel Hotel. Antaranya ialah Standard Twin, Superior Twin dan Bilik Deluxe. Bagi Standard Twin, ia mempunyai saiz sebesar 9 meter persegi dan 2 katil single. Bilik ini tidak mempunyai tingkap. Terdapat beberapa kemudahan dalam bilik di dalam bilik ini seperti penghawa dingin, televisyen dan pembuat kopi atau teh. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian, air panas dan peralatan mandian. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dan mendapatkan sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Seterusnya ialah Superior Twin. Saiz bilik ini adalah 9 meter persegi. Jenis katilnya ialah 2 katil single. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma dan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, peti sejuk, pembuat kopi atau teh dan televisyen. Bagi bilik mandi, ia adalah bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, air panas dan peralatan mandian. Bilik yang berikutnya ialah Bilik Deluxe. Keluasan bilik ini adalah 10 meter persegi. Para tetamu boleh memilih untuk mempunyai 1 katil double atau 2 katil single. Terdapat sarapan pagi secara percuma dan akses Wi-Fi secara percuma turut disediakan dalam pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, peti sejuk, meja, pembuat kopi atau teh dan televisyen. Bagi bilik mandi, ia mempunyai pancuran mandian, air panas, peralatan mandian dan bilik mandi peribadi.

Restoran dan Kafe di Ridel Hotel

Ridel Hotel mempunyai sebuah restoran yang menawarkan pelbagai jenis masakan tempatan untuk para tetamu. Para tetamu boleh menikmati bufet pada sarapan pagi dan mendapatkan hidangan a la carte untuk makan tengah hari dan makan malam. Selain itu, para tetamu juga boleh singgah di kedai kopi di hotel ini dengan menikmati kopi pilihan mereka.

Kemudahan dan Aktiviti di Ridel Hotel

Ridel Hotel telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk keperluan tetamu mereka. Antaranya adalah kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan dobi, perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dengan bayaran tamnbahan, tempat penyimpanan bagasi, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa, bilik persidangan, kemudahan mesyuarat, mesin fotostat, projektor, tempat letak kereta untuk para tetamu, Wi-Fi di kawasan awam. Selain itu, terdapat beberapa bank, salun rambut dan beberapa kedai yang berhampiran dengan hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Ridel Hotel

Craft Museum and Handicraft Centre - Craft Museum and Handicraft Centre atau dikenali sebagai Balai Getam Guri terletak di Jalan Sultan Kota Bharu yang berhampiran dengan Istana Balai Besar dan Buluh Kubu Bazar. Para pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kesenian dan kraf tangan Kelantan di tempat ini. Ia telah mempamerkan beberapa koleksi kraftangan Kelantan kepada para pengunjung. Selain itu, para pengunjung dapat mempelajari proses pembuatan batik dan melihat layang-layang Kelantan yang disebut The Wau dipamerkan di tempat ini. Para pengunjung juga boleh mengetahui sejarah proses pembuatan layang-layang. Terdapat juga demonstrasi secara langsung bagi ukiran kayu dan tenunan songket. Yuran kemasukan bagi tempat ini adalah percuma. Balai Getam Guri dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang. Ia terletak hanya 9 minit dari Ridel Hotel.

Pasar Siti Khadijah - Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena nama isteri Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama pasar ini sesuai kerana ramai penjaja adalah wanita. Sebelum ia dikenali sebagai Pasar Siti Khadijah, pasar tersebut dinamakan sebagai Pasar Buluh Kubu dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai oleh Sultan Ismail Petra pada tahun 1985. Pada tahun 1997, namanya ditukar kepada Pasar Siti Khadijah oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Menteri Besar Kelantan. Pasar ini mempunyai empat tingkat dan ia telah dibina dalam bentuk segi lapan. Para pengunjung dapat mencari pelbagai jenis makanan dan barang di setiap tingkat. Tingkat paling bawah pasar ini menjual makanan-makanan segar seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan banyak lagi. Di tingkat pertama, para pengunjung boleh mendapatkan makanan kering dan masakan tradisional seperti Serunding, Nasi Kerabu, Laksam, Tahi Itik, Tepung Pelita dan banyak lagi. Di tingkat kedua dan ketiga, para pengunjung juga boleh mendapatkan beberapa barangan bukan makanan. Perjalanan dari Ridel Hotel ke Pasar Siti Khadijah akan mengambil masa selama 8 minit berjalan kaki.

Pantai Cahaya Bulan - Salah satu destinasi yang harus dikunjungi di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan. Pantai Cahaya Bulan adalah pantai paling terkenal yang telah menarik perhatian ramai penduduk tempatan dan pelancong asing pada hujung minggu dan cuti umum. Para pengunjung dapat melihat lautan biru yang jernih dan pemandangan laut yang sangat indah di pantai ini. Selain itu, para pengunjung juga boleh melakukan beberapa aktiviti seperti bermain layang-layang, bermain bola tampar dan berjalan-jalan di sepanjang pantai. Di samping itu, para pengunjung boleh melawat di beberapa kedai yang menjual kraftangan, cenderahati dan karya seni. Tambahan pula, para pengunjung boleh mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan dengan melakukan tawar-menawar dengan para penjual. Terdapat juga hotel-hotel dan pusat peranginan yang terletak berhampiran dengan pantai ini. Para pengunjung dari Ridel Hotel boleh sampai di Pantai Cahaya Bulan dengan mengambil masa 22 minit memandu.

Baca Lebih Lanjut
Polisi Hotel
Effective from 01st January 2017, the Kelantan State Government imposed a mandatory RM2.00 (maximum RM 5 per room per night) Heritage Tax Fee per occupied room per night for all hotel accommodation. This fee may change without prior notice. This fee will be collected by hotel upon guest arrival.
Baca Lebih Lanjut
Kemudahan
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti sejuk
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Perkhidmatan Hotel
    • Meja depan
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
    • Bebas rokok
  • Kemudahan Umum
    • Kedai kopi
    • Lif
    • Restoran
    • Restoran sarapan pagi
    • WiFi di kawasan umum
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Kedai runcit
    • Salun rambut
    • Dobi
    • Kedai
  • Makanan dan Minuman
    • Makan malam a la carte
    • Makan tengah hari a la carte
    • Sarapan
    • Sarapan bufet
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah
    • Parkir mudah diakses OKU
    • Kebolehcapaian dalam bilik
    • Akses kerusi roda
  • Kemudahan Perniagaan
    • Bilik persidangan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Mesin fotokopi
    • Projektor
  • Kemudahan Internet
    • Sudut internet
    • WiFi percuma
  • Pengangkutan
    • Parkir terhad
  • Khidmat Shuttle
    • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    Perlu Bantuan?