RockBund Fishing Chalet ini terletak di Pulau Marina, Manjung, Perak. Ia berada betul-betul bersebelahan laut yang membolehkan anda membuat aktiviti seperti memancing. RockBund Fishing Chalet ini sangat ideal bagi anda yang mahu bercuti dari kesibukan kerja sambil memancing. RockBund Fishing Chalet menjanjikan penginapan yang selesa sepanjang penginapan anda di sini. RockBund Fishing Chalet terdiri daripada 21 kabin yang mempunyai 2 bilik tidur. Nikmati keindahan alam sementara menetap di RockBund Fishing Chalet dengan menyaksikan keindahan matahari terbit dan matahari terbenam. Oleh itu, untuk apa jua sebab anda berada di Manjung, anda pastinya mahu menetap di RockBund Fishing Chalet.
RockBund Fishing Chalet terletak di Manjung. Terdapat beberapa pilihan pengangkutan awam yang anda boleh gunakan untuk datang ke RockBund Fishing Chalet. Anda boleh menaiki bas, kapal terbang, kereta api atau pun memandu kenderaan anda sendiri.
Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas, anda boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Stesen Bas Lumut. Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perjalanan dari TBS ke Lumut. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut akan mengambil masa selama 3 jam dan 30 minit bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Apabila anda sudah tiba di Stesen Bas Lumut, anda boleh mengambil teksi untuk ke RockBund Fishing Chalet dengan hanya 13 minit perjalanan.
Anda juga boleh menggunakan kereta api untuk datang ke RockBund Fishing Chalet. Anda boleh mengambil Perkhidmatan Kereta api Elektrik (ETS) untuk ke RockBund Fishing Chalet. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil ETS dari Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral untuk ke Stesen Batu Gajah. Tambang ETS adalah dari RM 25 hingga RM 35 bergantung kepada kelas koc yang anda pilih. Apabila anda sudah tiba di Stesen Batu Gajah, anda boleh mengambil teksi untuk ke RockBund Fishing Chalet selama 1 jam dan 19 minit perjalanan.
Sekiranya anda datang dari Johor Bahru pula, anda boleh menggunakan kapal terbang untuk datang ke Perak. Anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah seperti Malindo Air dan AirAsia. Penerbangan dari Johor ke Perak akan mengambil masa selama 55 minit. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, anda boleh mengambil teksi untuk ke RockBund Fishing Chalet selama 1 jam dan 44 minit.
RockBund Fishing Chalet menawarkan dua jenis bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian bajet dan keperluan anda. RockBund Fishing Chalet menyediakan bilik yang bersih, luas dan sangat selesa. Anda pastinya akan berasa sangat selesa dengan menetap di RockBund Fishing Chalet. Bilik yang terdapat di RockBund Fishing Chalet ini adalah Superior Chalet, Standard Chalet Twin Bed dan Superior Bujang. Bilik Superior Chalet mempunyai 1 katil bersaiz Double dan 2 katil bersaiz bujang. Bilik ini dapat memuatkan 4 orang dewasa pada satu-satu masa. Bilik Standard Chalet Twin Bed pula mempunyai 4 katil bersaiz bujang yang juga boleh memuatkan 4 orang dewasa pada satu-satu masa.
Terdapat satu restoran di RockBund Fishing Chalet ini yang dipanggil D Pine Cafe;. Anda boleh menikmati makanan dan minuman di restoran tersebut di sepanjang penginapan anda. Restoran tersebut menyajikan makanan sarapan hingga ke makan malam. Selain daripada itu, anda juga boleh ke pekan Manjung untuk mencari makanan dan minuman di sana. Ia terletak tidak jauh daripada RockBund Fishing Chalet. Anda semestinya perlu mencuba makanan dan minuman yang terdapat di sana kerana rasanya pasti berbeza dari tempat yang lain.
RockBund Fishing Chalet menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang penginapan anda di RockBund Fishing Chalet. Kemudahan yang ada di RockBund Fishing Chalet ini adalah seperti kemudahan Wi-Fi secara percuma dan penghawa dingin di dalam setiap bilik tetamu mereka. Bukan itu sahaja, RockBund Fishing Chalet juga menyediakan dewan serbaguna dan bilik permainan kanak-kanak. Anda juga boleh membuat aktiviti barbeku bersama keluarga atau rakan anda ketika menetap di RockBund Fishing Chalet. RockBund Fishing Chalet juga menyediakan aktiviti seperti selam snorkel di pulau-pulau. Mereka juga menyediakan aktiviti pelayaran matahari terbenam, perjalanan ulang alik ke Pulau Pangkor dan bermacam-macam lagi.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 23:59 - 08:00 - 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |