Sahom Valley Resort - Agro & Eco

Vila
Lot 228800 Kg Sahom, Kampar, Kampar, Perak, Malaysia, 31900
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Sahom Valley Resort terletak di Lot 228800 Kg Sahom, Kampar, Perak, Malaysia, 31900. Ia adalah sebuah pusat percutian yang sungguh mendamaikan kerana ianya terletak dalam persekitaran alam semula jadi yang dikelilingi oleh gunung-ganang, air sungai bersih yang mengalir, dan pohon-pohon kehijauan. Keindahan alam semujadi ini diasyikkan lagi dengan bunyian burung-burung berkicauan manakala penduduk tempatan yang bekerja sebagai petani sibuk dengan tugas-tugas mereka. Bangunan-bangunan di sini kebanyakannya diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan tempatan yang terdapat di sekitar kawasannya seperti buluh, kayu balak, batu sungai; dan kesemuanya direka bentuk dalam konsep bangunan hijau. Ia merupakan pusat percutian yang cukup berbeza dengan kesibukkan kota raya dan cukup sederhana dalam aspek wang. Anda tidak perlukan wang beribu untuk membawa keluarga bercuti ke sini tetapi anda masih dapat menenangkan diri dan melepaskan segala tekanan perasaan kerja serta mengeratkan aktiviti kekeluargaan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Kolam Renang
Restoran
Parkir
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Lot 228800 Kg Sahom, Kampar, Kampar, Perak, Malaysia, 31900

9.2

Lokasi Strategik
Lobi Sahom Valley Resort - Agro & Eco
Lobi 2 Sahom Valley Resort - Agro & Eco

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Sahom Valley Resort - Agro & Eco

Sahom Valley Resort terletak di Lot 228800 Kg Sahom, Kampar, Perak, Malaysia, 31900. Ia adalah sebuah pusat percutian yang sungguh mendamaikan kerana ianya terletak dalam persekitaran alam semula jadi yang dikelilingi oleh gunung-ganang, air sungai bersih yang mengalir, dan pohon-pohon kehijauan. Keindahan alam semujadi ini diasyikkan lagi dengan bunyian burung-burung berkicauan manakala penduduk tempatan yang bekerja sebagai petani sibuk dengan tugas-tugas mereka. Bangunan-bangunan di sini kebanyakannya diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan tempatan yang terdapat di sekitar kawasannya seperti buluh, kayu balak, batu sungai; dan kesemuanya direka bentuk dalam konsep bangunan hijau. Ia merupakan pusat percutian yang cukup berbeza dengan kesibukkan kota raya dan cukup sederhana dalam aspek wang. Anda tidak perlukan wang beribu untuk membawa keluarga bercuti ke sini tetapi anda masih dapat menenangkan diri dan melepaskan segala tekanan perasaan kerja serta mengeratkan aktiviti kekeluargaan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini.

Bagaimana untuk ke Sahom Valley Resort

Jika anda dari mana-mana negeri tidak kira lah Johor, Kuala Lumpur atau Perlis sekalipun, untuk ke Sahom Valley Resort yang terletak di Kampar, Perak, anda harus menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan ambil susur keluar di Tol Gopeng-Kampar. Daripada tol tersebut, perjalanan akan mengambil masa kurang dari 30 minit untuk ke Sahom Valley Resort.

Pilihan Bilik di Sahom Valley Resort

Sahom Valley Resort ini telah dibina dengan gaya rumah kayu Malaysia yang tipikal, dengan 3 buah kategori yang dikelilingi oleh taman tropika dan gunung berbatu. Anda boleh berkunjung juga ke kolam peribadi dan sungai bersih dari mana-mana bilik. Antara kategori yang boleh anda pilih adalah; Heritage Village, Riverside Village dan Bamboo & Spa Village. Heritage Village dan Riverside Village, masing-masing dapat menampung maksimum 40 orang, tetapi hanya 10 set katil yang disediakan.

Kampung ini mempunyai satu chalet utama ditambah dengan empat chalet jenis semi-D, dewan terbuka pelbagai guna, lounge, ruang makan, kolam renang persendirian yang lengkap dengan air terjun, tandas biasa, kolam ikan dan kawasan yang luas untuk aktiviti luar. Manakala, Bamboo & Spa Village pula mempunyai 21 chalet, dewan pelbagai guna terbuka (10 'x 20') dan beberapa pondok yang terletak di tepi sungai dan kolam serta kawasan yang besar untuk aktiviti luar. Setiap chalet disediakan dengan 2 tilam bersaiz single dan dapat menampung maksimum 3 orang setiap chalet. Untuk setiap jenis penginapan satu set TV dengan pakej astro, peti sejuk, cerek elektrik dan pit barbeku juga disediakan. Untuk kadar harga bilik, anda boleh lawati Traveloka.com atau lawati laman web rasmi Sahom Valley Resort.

Restoran dan Kafe di Sahom Valley Resort

Popular dan pakar dalam masakan makanan melayu pedas, Sajian Sahom Valley menyajikan pelbagai masakan melayu dengan makanan jenis bakar-bakar yang sungguh menyelerakan. Dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, anda dapat menikmati juadah sambil nikmati pemandangan tasik dan gunung di sekeliling anda.

Kemudahan dan Aktiviti di Sahom Valley Resort

Resort ini menawarkan pelbagai cabaran untuk anda rasai sejurus menjadikan penginapan anda di resort ini sebagai satu kenangan. Terdapat 2 pakej iaitu pakej Eco dan pakej Agro. Pakej Eco menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur, dari permainan pasif hingga permainan aktif, permainan individu atau permainan kumpulan yang akan dikendalikan oleh staf yang telah berpengalaman seperti water rafting, battlefield, treasure hunt dan lain-lain lagi. Yang pasti, anda mesti turut serta dalam permainan-permainan ini agar anda rasai keseronokan kehidupan Petani. Manakala pakej Agro pula menawarkan aktiviti dalam pertanian organik, memetik buah-buahan dan menuai sayur-sayuran, menenun buluh, memberi makan haiwan dan memasak masakan istimewa menu kampung dan beberapa lagi.

Bukan itu sahaja, jika anda datang dalam satu kumpulan yang besar terdapat sebuah acara dalam kumulan yang telah dirancang untuk memenuhi objektif anda ke sini di mana pelbagai jenis aktiviti digunakan untuk meningkatkan hubungan sosial dan menentukan peranan dalam pasukan yang melibatkan tugas kolaboratif. Kemudahan lain yang disediakan termasuk perkhidmatan urut Spa & Sauna, Dewan Seminar, Bengkel, Restoran, Surau Terapung, Pantai Sungai, Kolam Memancing dan beberapa lagi. Bukan itu sahaja, di sini juga menyediakan perkhidmatan untuk anda di luar sana yang ingin menganjurkan kenduri perkahwinan bertemakan alam semula jadi.

Tempat Menarik berhampiran Sahom Valley Resort

Gua Tempurung - Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak dan ia merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini kira-kira 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua ini terdiri daripada lima buah kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza dan unik. Selain itu, setiap kubah juga berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar. Gua Tempurung ini menjadi tumpuan pelancong yang datang melawat negeri Perak.

Semua Kemudahan

Kolam Renang Sahom Valley Resort - Agro & Eco
Kolam Renang
Pusat Kecergasan Sahom Valley Resort - Agro & Eco
Pusat Kecergasan
Ruang Umum Sahom Valley Resort - Agro & Eco
Ruang Umum
Lobi Sahom Valley Resort - Agro & Eco
Lobi
Luar Bangunan Sahom Valley Resort - Agro & Eco
Luar Bangunan

Aktiviti

  • Kolam renang terbuka
  • Kawasan berkelah
  • Taman
  • Barbeku
  • Gelongsor air

Umum

  • Parkir
  • Kolam renang
  • Teres

Kemudahan Umum

  • OTHER
  • Restoran
  • Kawasan bebas rokok

Perkhidmatan Hotel

  • Lawatan
  • Penyimpanan bagasi
  • Meja depan

Makanan dan Minuman

  • Sarapan
  • Bar snek

Pengangkutan

  • Parkir bas/trak

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



  • Fi untuk sarapan bufet: kira-kira MYR 12 untuk dewasa dan MYR 9 untuk kanak-kanak
  • Bayaran katil lipat simpan: MYR 25 semalam

Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.

Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:

    Deposit perlu dibayar menggunakan pindahan wang melalui bank dan perlu dijelaskan dalam masa 72 jam selepas membuat tempahan.

Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.

  • Bayaran tetamu tambahan mungkin dikenakan dan berbeza mengikut dasar hartanah
  • Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan
  • Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Tetamu mesti menghubungi hartanah ini lebih awal untuk menempah katil lipat simpan/tambahan dan akses ke mata air panas
  • Hartanah ini menerima bayaran mudah alih dan wang tunai
  • Penyaman udara tidak disediakan

Meja sambut tetamu dibuka setiap hari dari 8:00 - 17:00. Hartanah ini tidak menawarkan daftar masuk selepas waktu operasi. Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.

Hotel only accepts guests with minimum age of 18

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
15:00 - 17:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Kolam Renang, Restoran, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
15:00 - 17:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Sahom Valley Resort - Agro & Eco?
Berikut facilities yang ada di Sahom Valley Resort - Agro & Eco seperti Kolam Renang, Restoran, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Sahom Valley Resort - Agro & Eco?
Masa check-in di Sahom Valley Resort - Agro & Eco bermula dari 15:00 - 17:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Sahom Valley Resort - Agro & Eco menyediakan sarapan pagi?
Ya, Sahom Valley Resort - Agro & Eco menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
KI
Khairul I.
Percutian pendek
8.8
/ 10
13 Feb 2024
Tempat yang menarik dan tenang. Sesuai untuk mereka yang nak relax dan santai. Banyak aktiviti yang disediakan. Makanan di sini sedap. Pet zoo nampak sedikit tidak terurus. Suggestion: kalau boleh selimut bagi yang besar sikit sebab kecil sangat. Cuaca sejuk 😅

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Sahom Valley Resort - Agro & Eco

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka