Sandy Beach Resort Langkawi

Resort
Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Satu lagi resort yang hebat di Pantai Cenang untuk penginapan bajet. Hotel 2 bintang ini adalah 0.18 km dari Pantai Cenang yang popular, 0.6 km dari Underwater World Langkawi dan 4 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Seperti yang anda dapat lihat, ia jauh lebih dekat dengan segala-galanya, menjadikannya lebih mudah untuk sampai ke hotel. Terletak di pantai putih yang halus, hotel ini menyediakan suasana santai dan mesra. Ia sesuai untuk pelancong bajet mendapatkan tidur malam yang baik dan menikmati pemandangan pantai kerana itulah tujuan resort pantai di Langkawi ini dibina. Selain dari pemandangan yang menakjubkan, hotel ini juga menyediakan kemudahan dan aktiviti lengkap yang anda akan nikmati untuk mengisi masa lapang yang ada.
Pemenang Traveloka Hotel Awards 2019: Hidangan Terbaik

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Bilik Selesa (6)
Bilik Mandi Bersih (2)
Lokasi Bagus (11)
Harga Berpatutan (2)
8.5
/ 10
Mohd K. B. H.
Percutian family yang menarik. Bilik yang selesa. Tempat parking yang luas.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000
Lobi Sandy Beach Resort Langkawi
Lobi 2 Sandy Beach Resort Langkawi

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Sandy Beach Resort Langkawi

Satu lagi resort yang hebat di Pantai Cenang untuk penginapan bajet. Hotel 2 bintang ini adalah 0.18 km dari Pantai Cenang yang popular, 0.6 km dari Underwater World Langkawi dan 4 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Seperti yang anda dapat lihat, ia jauh lebih dekat dengan segala-galanya, menjadikannya lebih mudah untuk sampai ke hotel. Terletak di pantai putih yang halus, hotel ini menyediakan suasana santai dan mesra. Ia sesuai untuk pelancong bajet mendapatkan tidur malam yang baik dan menikmati pemandangan pantai kerana itulah tujuan resort pantai di Langkawi ini dibina. Selain dari pemandangan yang menakjubkan, hotel ini juga menyediakan kemudahan dan aktiviti lengkap yang anda akan nikmati untuk mengisi masa lapang yang ada.

Cara untuk ke Sandy Beach Resort Langkawi

Anda boleh sampai ke Sandy Beach Resort Langkawi melalui dua pengangkutan utama, iaitu dengan menaiki kapal terbang atau feri. Jika anda memilih untuk menaiki feri, perkhidmatan feri ekspres tetap ke Langkawi dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Pulau Pinang ada disediakan. Dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis, perjalanan akan mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke Langkawi, manakala dari Pulau Pinang pula, ia akan menambah satu jam perjalanan tambahan. Sebaik sahaja anda sampai ke Langkawi, anda boleh menggunakan teksi atau memandu ke hotel menggunakan kereta sewa atau kereta anda sendiri. Dari feri Langkawi, perjalanan ke hotel hanya akan mengambil masa kira-kira 30 minit.

Tempat-tempat umum ini juga boleh membantu anda mencari jalan ke hotel. Tempat-tempat seperti Pantai Cenang itu sendiri sangat popular dengan penduduk tempatan dan pelancong, Underwater World Langkawi dan Cenang Mall. Hotel ini akan berada di tepi jalan raya dan anda tidak akan terlepasnya.

Pilihan Bilik di Sandy Beach Resort Langkawi

Terdapat tujuh jenis bilik yang terdapat di Sandy Beach Resort untuk memenuhi keinginan anda. Jenis-jenis yang disediakan ialah Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Junior Suite, Premier Suite, Junior Residence dan Superior Residence. Semua bilik-bilik ini dilengkapi dengan televisyen kabel, peti keselamatan dalam bilik untuk memastikan semua barang-barang anda terjaga, bilik mandian pancuran dan tab mandi yang berasingan serta pemandangan laut yang sempurna.

Bilik-bilik ini sesuai untuk pelancong berkeluarga dan kumpulan backpackers. Persekitarannya sangat hijau dan dekat dengan alam semula jadi, dengan itu, ia mewujudkan suasana yang segar dan angin yang berterusan di laut membuat penginapan lebih berfaedah. Terdapat dua jenis kawasan yang boleh anda pilih, iaitu kawasan taman (Standard Room, Superior Room dan Deluxe Room) dan kawasan pantai (Junior Suite, Premier Suite, Junior Residence dan Superior Residence). Anda sentiasa boleh memilih antara kedua-duanya yang masing-masing memberi pengalaman hotel yang menarik.

Restoran dan Kafe di Sandy Beach Resort Langkawi

Malangnya, tidak banyak jenis tempat makan yang disediakan di hotel ini, akan tetapi, semua tetamu disediakan dengan pakej sarapan pagi di kafe yang terletak di tepi pantai mereka. Jika anda mencari lebih banyak jenis, anda beruntung kerana di sepanjang Pantai Cenang, anda boleh mencari semua jenis makanan yang anda mahukan.

Jika anda mencari pencuci mulut ringan, Ah Xi Fruit Shop menawarkan pelbagai pilihan buah-buahan dan aiskrim yang disajikan di sini akan menjadi makanan ringan yang indah sebelum dan / atau selepas anda bersiar-siar di sekitar bandar. Pencinta makanan laut akan mendapati bahawa Palm View Seafood Restaurant sebagai tempat yang sempurna untuk menjamu selera kerana ia mempunyai pelbagai hidangan makanan laut serta makanan Cina dan Asia yang sesuai dengan selera makan anda. Restoran lain yang berdekatan adalah Putumayo. Ia adalah sebuah restoran mewah yang menyajikan masakan Cina, Fusion dan Makanan Laut. Restoran ini sesuai untuk anda jika anda lebih suka menjamu selera di tempat yang mewah dengan persembahan makanan yang menakjubkan. Restoran dan kafe lain yang berdekatan termasuk Friends of Burger, Breizh Up, Indian Palace, Nest Rooftop, Viva Italia dan banyak lagi.

Kemudahan dan Aktiviti di Sandy Beach Resort Langkawi

Untuk tempat yang sesuai untuk penginapan, Sandy Beach Resort tidak mengecewakan apabile menyentuh bahagian kemudahannya kerana ia memberikan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada semua tetamu mereka. Kemudahan yang anda akan nikmati seperti kawasan tempat letak kereta yang mencukupi. Ini sangat mudah untuk anda kerana tempat letak kereta biasanya menjadi masalah ketika anda sedang bercuti. Anda juga boleh menikmati kedai kopi di tepi pantai, perkhidmatan bilik, peti deposit keselamatan dan akses Wi-Fi di kawasan awam. Terdapat juga kedai ATM dan kedai hadiah berdekatan untuk menjadikan penginapan anda lebih mudah. Perkhidmatan hotel yang dipuji lain termasuk penyambut tetamu 24 jam dan keselamatan, perkhidmatan dobi dan lawatan di sekitar resort.

Memandangkan resort pantai Langkawi terletak sangat dekat dengan pantai, terdapat banyak aktiviti air dan sukan yang boleh anda lakukan. Anda boleh pergi menyelam skuba, bersnorkel, bermain bola sepak pantai, bola tampar, berjemur di bawah sinaran matahari, barbeku dan banyak lagi. Apabila adanya pantai, macam-macam aktiviti yang anda boleh lakukan.

Tempat Menarik berhampiran Sandy Beach Resort Langkawi

Pantai Cenang

- Pantai Cenang merupakan salah satu pantai yang paling popular di Langkawi yang anda tidak mahu ketinggalan. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti air dan pantai di sini bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Anda boleh menyelam di laut jernih atau bermain bola sepak pantai di pasir putih. Ia juga merupakan tempat terbaik untuk mencari gerai makanan dan kafe yang boleh anda nikmati sambil menikmati pemandangan laut yang menakjubkan.

Underwater World Langkawi

- Ia dikenali sebagai akuarium terbesar di Malaysia, Underwater World Langkawi menyediakan aktiviti terbaik yang boleh anda lakukan dengan keluarga anda. Berjelajahlah untuk menonton lebih daripada 200 spesies kehidupan marin yang berlainan termasuk anjing laut, penguin rockhopper, jerung dan ikan pari gergasi yang berenang di sekeliling. Jika anda bernasib baik, anda juga akan berpeluang untuk melihat Amazon Arapaima, yang terkenal sebagai ikan air tawar terbesar di dunia.

Pusat Spa Tanamera Wellness

- Di sini, anda boleh menikmati rawatan spa khas termasuk rawatan rambut, badan, kaki, urutan dan rawatan muka seperti Tanamera Sengkuang, Tanamera Kacang Hijau dan Tanamera Mangir untuk meneutralkan kulit anda. Selepas hari yang panjang di sekitar pulau, hari spa adalah apa yang anda perlukan untuk mengisi semula diri anda untuk hari-hari akan datang.

Semua Kemudahan

Lobi Sandy Beach Resort Langkawi
Lobi
Luar Bangunan Sandy Beach Resort Langkawi
Luar Bangunan
Bilik Tidur Sandy Beach Resort Langkawi
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Sandy Beach Resort Langkawi
Bilik Mandi dalam Bilik
Restoran Sandy Beach Resort Langkawi
Restoran

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Kedai kopi
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Salun kecantikan
  • Kedai cenderamata
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Makanan dan Minuman

  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Tiada alkohol

Umum

  • Penyaman Udara
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Meja depan
  • Pesanan bilik waktu terhad
  • Penyambut tetamu 24 jam

Pengangkutan

  • Parkir yang selamat

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan OKU

  • Parkir mudah diakses OKU

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Dokumen yang Diperlukan

Semasa daftar masuk, anda dikehendaki membawa Pas Masuk, Kad Pengenalan, Sijil Perkahwinan. Sila bawa dokumen yang diperlukan dalam salinan cetak.

Instruksi Daftar Masuk Umum

Check-in : Hotel collect extra charge for : Key Deposit : MYR 50.00 (Refundable upon check-out) Tourism Tax : MYR 10.00 per room per night (Foreigner) Langkawi Heritage Fees : MYR 1.00 per room per night(Local & Foreigner) Effective from 1st July 2016, the Kedah State Government imposed a mandatory Tourism Tax RM 10.00 per occupied room per night and Langkawi Heritage Fees Collection RM 1.00 per occupied room per night for all hotel accommodation (maximum RM9.00 per room per night).This fee may change without prior notice. This fee will be collected by hotel upon guest arrival(upon check-in)
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Sandy Beach Resort Langkawi?
Berikut facilities yang ada di Sandy Beach Resort Langkawi seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Sandy Beach Resort Langkawi?
Masa check-in di Sandy Beach Resort Langkawi bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Sandy Beach Resort Langkawi menyediakan sarapan pagi?
Ya, Sandy Beach Resort Langkawi menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 489 ulasan tetamu yang disahkan
7.4
Menyenangkan
Hebat
52
Bagus
211
Memuaskan
66
Biasa
160
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
bilik selesa (6)
bilik mandi bersih (2)
lokasi bagus (11)
harga berpatutan (2)
Lihat Lebih 4
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
MN
Muhamad N. F. B. Z. A.
Percutian
8.5
/ 10
27 Mar 2023
Bilik okla la besar. cuma aircond tak servis. berhabuk sgt. saya terpaksa kelua kn filter dulu sebab angin tak lepas. bilik memang tepi pantai cuma nak ke pantai kena lalu jalan lain. kalau ade gate tepi tu lagi memudahkan. malam memang ada live band situ. nak tidur susah la sikit. live bandnya sampai jam 12 agaknya. lagi satu parking susah nak dapat kalau peak season.
Baca Lebih Lanjut

Suka ulasan ini?

MT
Mirtazapine T.
Percutian
9.7
/ 10
22 Jan 2022
Hanya beberapa langkah ke pantai. Bilik bersih. Pemanas air disediakan. Pancaragam langsung Awesone di restoran semasa waktu makan malam.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

SB
Shaifulazli B. A.
8.5
/ 10
22 Jun 2023
Nilai untuk wang anda. Bermakna berapa harga yang anda bayar yang anda akan dapat. Dari pendapat saya hotel ini tidak seperti 5 bintang. Tetapi lokasinya sangat bagus terletak berhampiran dengan pantai dan persekitaran dengan banyak kedai dan restoran.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

KT
KL Tham
Percutian
8.5
/ 10
13 Dec 2022
Lokasi di tengah-tengah Pantai Cenang. Bilik-bilik yang diberikan adalah sangat dekat dengan kawasan live band, yang sangat bising sehingga tengah malam. Tempat letak kenderaan percuma terletak kira-kira 100 m jauhnya.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

sn
siti n.
Percutian
8.5
/ 10
29 Oct 2022
Best sangat dekat dengan shopping walk cenang, parking jauh sikit dari hotel. Sarapan sangat.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

Yh
Yue h. t.
5.4
/ 10
26 Dec 2022
Jangan minum bir, dan bilik lama.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Sandy Beach Resort Langkawi

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka