PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(12,733 hotel)
  3. Melaka(986 hotel)
  4. Bandaraya Melaka(922 hotel)
  5. Pusat Bandar Melaka(586 hotel)
  6. Sentral Melaka Hotel @ City Centre

Sentral Melaka Hotel @ City Centre

Hotel
No. 20 Jalan Tun Sri Lanang, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75100
Exterior / Building Sentral Melaka Hotel @ City Centre
Swimming Pool Sentral Melaka Hotel @ City Centre
Lihat Semua Gambar
Traveloka
8.0 Menyenangkan

Daripada 1,353 ulasan

TripAdvisor
-

Belum ada ulasan

Lihat ulasan terbaik kami!

Baca ulasan ikhlas yang tersedia untuk mengetahui penginapan ini dengan lebih lanjut!

Terbaik, memuaskan, bilik yang besar, bersih dan.selesa.
Fadzil B. S.
Kemudahan
Penyaman Udara
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24j
Parkir
Lif
WiFi
Butiran Lokasi
No. 20 Jalan Tun Sri Lanang, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75100
Kawasan Berhampiran
St. Peter's ChurchTempat Ibadat
138 m
Putra Specialist HospitalPerkhidmatan Awam
197 m
Melaka AirportPusat Pengangkutan
5.77 km
Popular di Kawasan ini
Jonker Street Night MarketKedai & Hadiah
1.08 km
A'FamosaTapak Bersejarah
1.36 km
Melaka River CruiseAlam Semula Jadi
1.45 km
Mahkota Medical CentrePerkhidmatan Awam
1.80 km
Jarak yang ditunjukkan dikira mengikut jarak garis lurus, dan mungkin berbeza dengan jarak perjalanan sebenar.
Terokai Tempat Lain di Peta
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan




Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 1,353 ulasan

8.0
Menyenangkan
Hebat
216
Bagus
746
Memuaskan
97
Biasa
294
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
YY
3 Ulasan
Percutian keluarga
TARAF
8.5
/ 10
Bilik yang luas dan selesa, sesuai untuk seisi keluarga 😘

Suka ulasan ini?

rb
4 Ulasan
Perjalanan perniagaan
TARAF
8.5
/ 10
Bagus untuk perniagaan, layan yang baik.

Suka ulasan ini?

QH
1 Ulasan
TARAF
6.3
/ 10
Staff hotel memang rajin tapi tak peramah. Muka masam.

Suka ulasan ini?

AR
1 Ulasan
TARAF
6.1
/ 10
Hotel ni ok bilik pun luas harga pun murah jugak yang x tahan nyer pepijat, x dapat tidur lena duk hisap darah jer kerjanya, yang ada anak kecik x suggest la hotel ni.

Suka ulasan ini?

25 Ulasan
Perjalanan perniagaan
TARAF
6.0
/ 10
Banyak pepijat. Habis kene gigit kaki dan badan. Bilik semua ok just banyak pepijat.

Suka ulasan ini?

3 Ulasan
Percutian keluarga
TARAF
6.0
/ 10
Review banyak pepijat adalah benar. Bilik tidur banyak pepijat, masuk loby berbau n panas. Restoran tak boleh campur dengan loby..Kena buat tempat lain. Breakfast sedap.

Suka ulasan ini?

SZ
1 Ulasan
Percutian keluarga
TARAF
10
/ 10
Servis tip top, bilik selesa, breakfast yang disedia menyelerakan! Next pasti akan datang lagi. Tq Hotel Sentral Melaka 👍

Suka ulasan ini?

Rb
1 Ulasan
Percutian keluarga
TARAF
9.1
/ 10
Hotel ini berdekatan dengan semua tempat yang kami ingin pergi iaitu UITM Kampus Bandar Melaka, AEON dan banyak lagi.

Suka ulasan ini?

EJ
1 Ulasan
TARAF
6.0
/ 10
Check in 2.00pm tapi start 2.00pm beratur panjang 2.30pm baru boleh dapat kunci dan selesai urusan pendaftaran. Sekiranya check in 2.00 pm urusan pendafaran boleh buka lebih awal sejam atau setengah jam untuk elakkan pelanggan beratur panjang. Harap dapat diperbaiki lagi, pertama dan terakhir menginap di hotel sentral.

Suka ulasan ini?

6 Ulasan
TARAF
8.5
/ 10
Sungguh selesa. Sesuai untuk yang berkeluarga.

Suka ulasan ini?

1
2
3
...
53
Keterangan Hotel
Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: Dari 14:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00

Hotel Sentral Melaka menyediakan keselesaan yang anda perlukan semasa anda bercuti atau semasa anda melakukan urusan perniagaan. Hotel bertaraf tiga bintang ini memberikan anda pengalaman hotel terbaik pada harga yang berpatutan. Hotel Sentral Melaka dibina di Jalan Tun Seri Lanang, Bandaraya Melaka. Memandangkan betapa dekatnya keduduakn hotel ini ke bandar utama, anda pasti tidak akan merasa bosan sepanjang tempoh penginapan anda di sini kerana selain terdapat beberapa lokasi tarikan pelancongan berdekatan, hotel itu sendiri dilengkapi dengan kemudahan dan perkhidmatan yang boleh anda gunakan. Terdapat lima jenis bilik utama untuk semua tetamu yang menginap di sini. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik serta ciri-ciri tambahan yang unik untuk bilik-bilik tertentu. Di bahagian ruang makan, tetamu pasti akan mempunyai pengalaman menjamu selera yang elegan di restoran utama hotel ini. Hotel Sentral Melaka mempraktikkan pelbagai gaya memasak dalam hidangan mereka, yakni menjadikannya menarik untuk para tetamu mencubanya. Kedua-dua pelancong yang datang bercuti dan datang atas urusan perniagaan akan mendapati kemudahan hotel yang disediakan memenuhi keperluan mereka dan banyak lagi.

Bagaimana untuk ke Hotel Sentral Melaka

Anda akan lega untuk ketahui bahawa Melaka bukan negeri yang besar, oleh itu, anda tidak akan mempunyai masa yang sukar untuk mencari lokasi Hotel Sentral Melaka. Untuk ke Melaka, anda boleh pilih sama ada ingin memandu, menaiki bas atau kapal terbang ke sini. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan ke hotel akan mengambil masa sekitar 1 jam 58 minit. Masa mungkin berubah bergantung pada keadaan lalu lintas pada masa itu. Melaka terkenal dengan jalanrayanya yang sibuk, oleh itu, mungkin tempoh perjalanan anda akan ada beberapa minit tambahan untuk tiba ke destinasi anda. Sekiranya anda menaiki bas, anda akan diturunkan di Melaka Sentral. Ia adalah terminal bas utama di Melaka. Dari terminal ini, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 10 minit. Jika anda menaiki kapal terbang, anda akan mendarat di Lapangan Terbang Melaka. Dari sana, jarak ke hotel adalah sekitar 7 km, jadi, ia akan mengambil masa sekitar 16 minit untuk tiba ke hotel. Memandangkan Hotel Sentral Melaka terletak betul-betul di pusat Bandaraya Melaka, terdapat beberapa tanda tempat terkenal yang boleh membantu anda mencari hotel ini. Tanda tempat yang dimaksudkan ialah Kuil Cheng Hoong Teng, Muzium Budaya Cheng Ho dan Jalan Jonker. Tempat-tempat ini berada dalam jarak satu kilometer dari hotel. Tanda tempat yang paling dekat dengan hotel ialah Bukit China. Jika anda dapat mencari tempat-tempat ini, anda sudah hampir dengan hotel ini.

Pilihan Bilik di Hotel Sentral Melaka

Terdapat lima jenis bilik utama yang disediakan untuk semua tetamu yang menginap di Hotel Sentral Melaka, iaitu Superior Twin, Deluxe Room, Superior Triple, Deluxe Family dan Executive Suite. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik Hotel Sentral Melaka serta ciri-ciri tambahan yang unik untuk bilik-bilik tertentu. Kemudahan asas dalam bilik yang disediakan di semua bilik termasuk meja kerja, alat pengering rambut, perkhidmatan dalam bilik, televisyen, bilik mandian pancuran dan bar mini.

Superior Twin merupakan bilik bersaiz 18 meter persegi yang sesuai untuk dua orang. Bilik ini menyediakan dua katil bujang, oleh itu, jika anda melancong dengan rakan atau berada dalam urusan perniagaan, bilik ini sesuai untuk anda. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk bidet, kelengkapan membuat teh dan kopi, kunci pintu elektronik dan penghawa dingin.

Deluxe Room merupakan bilik bersaiz 20 meter persegi yang sesuai untuk pengantin baru atau pengembara korporat. Bilik ini menyediakan satu katil bersaiz King yang menjadikannya sempurna untuk dua orang. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk televisyen skrin LCD/Plasma, perkhidmatan dobi, seterika bersama-sama dengan papan besi dan kunci pintu elektronik.

Superior Triple merupakan bilik bersaiz 25 meter persegi yang sesuai untuk keluarga kecil atau orang dalam kumpulan tiga. Bilik ini menyediakan satu katil bersaiz Queen dan satu katil single. Sekiranya anda melakukan perjalanan bersama kanak-kanak, dia akan mempunyai katilnya sendiri. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk akses percuma Wi-Fi, penghawa dingin, kelengkapan membuat teh dan kopi serta seterika bersama-sama dengan papan besi yang akan disediakan atas permintaan.

Deluxe Family merupakan bilik bersaiz 28 meter persegi yang sesuai untuk keluarga besar. Bilik ini menyediakan dua katil bersaiz Queen, oleh itu, jika anda melancong dalam keluarga berempat, anda akan mendapati diri anda berada dalam bilik yang selesa. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk penghawa dingin, bilik bebas rokok, bilik mandian pancuran mandian, bidet dan televisyen skrin LCD/Plasma.

Executive Suite merupakan suite bersaiz 28 meter persegi yang sesuai untuk keluarga besar. Bilik ini menyediakan anda dengan dua pilihan katil. Anda boleh memilih sama ada inginkan satu katil bersaiz Queen atau dua katil berkembar. Bilik ini sesuai untuk lima orang atau ke atas memandangkan terdapat ruang tambahan yang disediakan. Kemudahan lain yang disediakan dalam bilik ini termasuk bilik bebas rokok, kelengkapan membuat teh dan kopi, kunci pintu elektronik, Wi-Fi percuma, televisyen skrin LCD/Plasma dan bilik mandian pancuran.

Restoran dan Kafe di Hotel Sentral Melaka

Di ruang makan, para tetamu akan menikmati pengalaman menjamu selera yang elegan di restoran utama Hotel Sentral Melaka ini, Sudut Selera. Hotel Sentral Melaka mempraktikkan pelbagai gaya memasak dalam hidangan mereka, yakni menjadikannya menarik untuk para tamu untuk mencubanya. Rekaan dalaman kelihatan sangat lembut dan sederhana. Restoran ini sangat luas, lalu menjadikannya selesa untuk anda menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama ahli keluarga yang lain. Restoran ini terletak di tingkat bawah dan mereka menyediakan beberapa menu hidangan yang terdiri daripada hidangan tradisional Melaka dan masakan Barat untuk menambahkan kepelbagaian kepada selera anda. Waktu operasi bermula pada pukul 7:00 pagi hingga 11:00 petang.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Sentral Melaka

Hotel ini juga menyediakan kemudahan hotel dan awam kelas pertama untuk semua tetamu yang menginap. Ia adalah objektif utama hotel untuk memastikan setiap kemudahan disediakan dengan baik untuk memenuhi keperluan tetamu. Kemudahan hotel yang boleh didapati termasuk concierge, perkhidmatan dobi, surat khabar di lobi, tuan rumah, penyambut tetamu 24 jam dan tempat simpanan bagasi. Kemudahan awam lain yang boleh anda gunakan adalah kawasan letak kereta yang mencukupi, Wi-Fi yang boleh diakses di kawasan awam, lif, bilik keluarga dan bilik bebas rokok. Mereka yang menjalani urusan perniagaan juga boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti kemudahan mesyuarat, faks, perkhidmatan pos, serta bankuet jika anda perlu menganjurkan seminar atau apa-apa acara lain. Jika anda sedang mencari beberapa aktiviti yang menyeronokkan untuk anda nikmati dengan keluarga dan rakan anda. Anda boleh mencuba kolam luaran mereka yang bukan sahaja memberikan keseronokan di dalamnya tetapi juga pemandangan kota yang indah.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Sentral Melaka

A'Famosa Fort - Melaka terkenal dengan lokasi bersejarahnya. A'Famosa merupakan seni bina Eropah tertua yang masih berdiri hingga ke hari ini. Ia mempunyai begitu banyak cerita dan rahsia yang perlu ditemui apabila anda melawat tapak ini. Tapak bersejarah ini hanya 5 minit pemanduan dari hotel.

The Stadthuys - Ini adalah satu lagi tapak bersejarah yang masih berdiri teguh merentasi zaman. Ini adalah bangunan Belanda tertua yang masih kukuh di Melaka. Di sinilah anda dapat melihat seni bina Belanda secara dekat. Waktu operasinya ialah 9:00 pagi sehingga 5:00 petang pada Isnin hingga Khamis dan 9:00 pagi hingga 8:30 petang pada hari Jumaat hingga Ahad. Tapak bersejarah ini hanya 4 minit memandu dari hotel.

Baca Lebih Lanjut
Polisi Hotel
Please note that from 1 April 2014, all bookings are subjected to a MYR 2 Heritage Tax per room per day. <br />Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel. <br />Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan. <br />Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin. <br />
Baca Lebih Lanjut
Kemudahan
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Kopi/teh di lobi
    • Kedai kopi
    • Lif
    • Pesanan bilik 24 jam
    • Restoran
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Dewan besar
    • Bilik keluarga
    • Pemanas
    • Bilik larangan merokok
    • Bebas rokok
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Perkhidmatan Hotel
    • Tukang angkut barang
    • Pekerja rencam
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Dobi
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Makanan dan Minuman
    • Sarapan bufet
    • Hidangan vegetarian
  • Kemudahan Perniagaan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Mesin fotokopi
  • Aktiviti
    • Kolam renang terbuka
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
24 Jam Khidmat Pelanggan+6037 7243 501 atau +6032 1091 800
Perlu Bantuan?