Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Hotel
Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50250
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Sheraton Hotels and Resort merupakan pesaing utama dalam industri perhotelan berkelas tinggi dan dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Marriott International. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih daripada 400 buah hotel dan resort beroperasi dibawah syarikat tersebut. Pada tahun 1997, Marriott International telah mendirikan sebuah cawangan baru di ibu kota Kuala Lumpur yang dikenali dengan nama Sheraton Imperial Kuala Lumpur.Sejak dari hari tersebut, hotel ini telah menjadi suatu nama besar serta kerap menjadi pilihan bagi menganjurkan acara-acara bertaraf tinggi dan juga majlis perkahwinan dalam kalangan menteri, VIP dan juga selebriti. Sheraton Imperial Kuala Lumpur menawarkan suatu pengalaman mewah yang penuh privasi kepada para tetamunya. Apabila anda menjejakkan kaki ke lobi hotel, anda akan terpegun dengan keunikan dan gaya mewah yang dipamerkan oleh hotel ini. Lobinya juga cukup besar dan mampu menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.Terletak di Jalan Sultan Ismail, hotel ini sememangnya berada di lokasi yang strategik di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Terdapat banyak tempat-tempat menarik dan kawasan tumpuan pelancong yang terletak tidak jauh dari sini. Jika anda mahu ke sini, tanda tempat yang paling mudah bagi anda untuk dijadikan panduan ialah Quill City Mall. Selain itu, terdapat banyak pusat membeli-belah berhampiran dan jika anda datang dengan urusan bisnes, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak pusat komersil di sekitar hotel ini.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Kolam Renang
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi
Lif

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50250

9

Lokasi Strategik
Lobi Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Lobi 2 Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Sheraton Hotels and Resort merupakan pesaing utama dalam industri perhotelan berkelas tinggi dan dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Marriott International. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih daripada 400 buah hotel dan resort beroperasi dibawah syarikat tersebut. Pada tahun 1997, Marriott International telah mendirikan sebuah cawangan baru di ibu kota Kuala Lumpur yang dikenali dengan nama Sheraton Imperial Kuala Lumpur.


Sejak dari hari tersebut, hotel ini telah menjadi suatu nama besar serta kerap menjadi pilihan bagi menganjurkan acara-acara bertaraf tinggi dan juga majlis perkahwinan dalam kalangan menteri, VIP dan juga selebriti. Sheraton Imperial Kuala Lumpur menawarkan suatu pengalaman mewah yang penuh privasi kepada para tetamunya. Apabila anda menjejakkan kaki ke lobi hotel, anda akan terpegun dengan keunikan dan gaya mewah yang dipamerkan oleh hotel ini. Lobinya juga cukup besar dan mampu menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.


Terletak di Jalan Sultan Ismail, hotel ini sememangnya berada di lokasi yang strategik di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Terdapat banyak tempat-tempat menarik dan kawasan tumpuan pelancong yang terletak tidak jauh dari sini. Jika anda mahu ke sini, tanda tempat yang paling mudah bagi anda untuk dijadikan panduan ialah Quill City Mall. Selain itu, terdapat banyak pusat membeli-belah berhampiran dan jika anda datang dengan urusan bisnes, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak pusat komersil di sekitar hotel ini.


Cara untuk ke Sheraton Imperial KL dari KLIA


Jika anda ingin datang ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat beberapa pengangkutan awam yang anda boleh pilih untuk ke hotel ini.


Menggunakan aplikasi Uber dan Grab -

Mereka menawarkan perkhidmatan pada harga yang sangat berpatutan dan pada masa yang sama, ia memberi kesenangan kepada anda.


Menggunakan perkhidmatan teksi lapangan terbang -

Harganya agak tinggi dan ia bergantung kepada keadaan trafik semasa. Kebiasaannya, harga teksi lapangan terbang adalah sekitar RM 80 sehingga RM 200.


Menggunakan perkhidmatan kereta api laju (ERL) -

ia mengenakan bayaran sekitar RM 50 sehingga RM 80 menuju ke KL Sentral. Apabila anda tiba di KL Sentral, anda perlu mengambil teksi ataupun bas untuk ke hotel ini.


Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Jarak perjalanan dari KLIA ke Sheraton Imperial Kuala Lumpur adalah sekitar satu jam.


Jenis-jenis bilik yang disediakan oleh Sheraton Imperial KL


Hotel serba mewah ini menyediakan sebanyak 385 buah bilik untuk tetamu. Bilik-bilik ini dibahagikan kepada enam jenis bilik untuk menepati keperluan dan bajet anda. Enam bilik tersebut ialah Deluxe KL Tower View Room, Sheraton Club Room, Deluxe Suite, Sheraton Club Suite, Ambassador Suite dan Imperial Suite. Faktor utama yang membezakan setiap bilik adalah saiz bilik dan juga kemudahan yang tersedia di dalamnya. Namun, kesemua bilik ini agak luas dan selesa, terutamanya bagi yang bercuti bersama keluarga. Kesemua bilik ini dihiasi dengan hiasan yang bergaya dengan sentuhan ukiran Melayu yang mengembalikan gaya asli Asia. Dari hotel ini, anda dapat menikmati keindahan panorama bandar Kuala Lumpur serta Menara Berkembar Petronas yang merupakan mercu tanda terkenal negara ini.


Restoran & Kafe di Sheraton Imperial KL


Selain biliknya yang menarik, pengalaman menjamu selera di sini turut mengujakan. Terdapat banyak pilihan makanan boleh anda pilih dari lima buah restoran dan kafe yang terdapat di sini iaitu Essence, Celestial Court, Villa Danieli, Pavilions Lounge dan Toastina Café. Restoran ini bukan saja dibuka untuk mereka yang menginap di sini, tetapi boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang ingin mencuba pengalaman menjamu selera terbaik di bandaraya ini.


Kemudahan dan aktiviti menarik yang ditawarkan oleh Sheraton Imperial KL


Sheraton Imperial menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang menarik untuk dinikmati oleh para tetamu. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang mereka yang cukup terkenal kerana rekaannya yang unik dan menawan. Kolam renang ini terletak di sebelah Villa Danieli di aras 5 dan menawarkan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang mengagumkan. Terdapat juga hidangan snek yang boleh dinikmati di bar kolam renang. Kolam renang ini dibuka seawal jam 7 pagi sehingga jam 8 malam. Seterusnya, terdapat juga gimnasium bagi anda yang ingin bersenam dan meneruskan rutin kesihatan anda. Gimnasium ini dipenuhi peralatan senaman yang berjenama terkemuka, sesuai dengan taraf hotel ini. Ia bukan sahaja boleh diakses oleh mereka yang menginap di sini, malahan, ia boleh digunakan bagi mereka yang merupakan ahli berdaftar di sini.


Seterusnya, terdapat sebuah tempat yang wajib anda kunjungi di hotel ini iaitu Mandara Spa. Mandara Spa adalah suatu nama yang besar dalam industi spa di negara ini dan telah menerima banyak pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Di sini juga, terdapat perkhidmatan sauna dan jakuzi untuk anda gunakan. Terdapat beberapa pakej yang boleh anda pilih dan setiap pakej ini menawarkan harga yang berbeza. Jadi, sebelum memilih sebarang pakej, pastikan anda bertanya tentang harga terlebih dahulu. Selain dari itu, terdapat banyak lagi kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini, justeru, anda perlu datang dan rasainya sendiri!


Tempat-tempat menarik di sekitar Sheraton Imperial KL


Hotel ini terletak di lokasi yang amat strategik dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitarnya.


Quill City Mall

-

Pusat membeli-belah ini merupakan syurga bagi mereka yang suka membeli-belah dan menawarkan deretan pilihan kedai dari jenama tempatan sehinggalah jenama terkenal dari luar negara. Quill City Mall ini juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk dinikmati pengunjungnya seperti panggung wayang, kafe dan juga saloon.


Dataran Merdeka & Bangunan Sultan Abdul Samad -

Terletak kira-kira 1.5 km dari hotel. Keduanya merupakan tapak sejarah yang paling kerap dilawati di Malaysia. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1897 dan telah menjadi pusat pentadbiran semasa era kolonisasi British.


Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) -

Lokasi yang wajib anda kunjungi jika berkunjung ke Kuala Lumpur. Di sini, terdapat banyak kedai di sepanjang jalan yang menjual barangan seperti fabrik, pakaian, buku dan banyak lagi pada harga yang berpatutuan. Jalan TAR ini terletak hanya kira-kira 5 hingga 10 minit masa perjalanan dari hotel.


Restoran dan kafe -

Bagi pencinta makanan, Sheraton Hotel amat sesuai untuk anda. Terdapat banyak restoran serta kafe terkenal yang terletak berdekatan antaranya The Row, Nasi Lemak Antarabangsa dan Hutong Lot 1O. Anda hanya perlu berjalan sahaja untuk ke restoran pilihan anda.


Secara keseluruhannya, hotel ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin menikmati penginapan serba mewah di pusat bandar Kuala Lumpur. Jadi, apa yang anda tunggu lagi. Tempahlah bilik anda di Sheraton Hotel menerusi web traveloka.com hari ini juga!

Semua Kemudahan

Bar, Kafe dan Lounge Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Bar, Kafe dan Lounge
Kolam Renang Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Kolam Renang
Kemudahan Hiburan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Kemudahan Hiburan
Pusat Kecergasan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Pusat Kecergasan
Dewan Majlis Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Dewan Majlis

Perkhidmatan Hotel

  • Perkhidmatan dobi
  • Lawatan
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Daftar masuk ekspres
  • Suratkhabar di lobi
  • Perkhidmatan perkahwinan
  • Penyimpanan bagasi
  • Daftar keluar ekspres
  • Penjaga pintu
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Pekerja rencam

Aktiviti

  • Kedai
  • Tab panas
  • Kolam renang terbuka
  • Spa
  • Sauna
  • Bilik wap
  • Kerusi berjemur kolam renang

Umum

  • Parkir
  • Lokar
  • Bankuet
  • Dewan besar
  • Dewan sambutan
  • Teres

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat
  • Bilik persidangan
  • Pusat perniagaan
  • Bilik persidangan
  • Stesen komputer

Kemudahan Umum

  • OTHER
  • Lif
  • Restoran
  • Peti keselamatan

Makanan dan Minuman

  • Bar
  • Bar tepi kolam renang
  • Sarapan

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai cenderamata
  • Kedai runcit
  • Salun rambut

Pengangkutan

  • Perkhidmatan limo atau kereta bandar
  • Parkir valet dengan surcaj

Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan

  • Penjagaan anak dengan surcaj

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Sukan & Rekreasi

  • Kecergasan

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



  • Fi untuk sarapan bufet: kira-kira MYR 48.00–84.00 seorang
  • Fi letak kenderaan valet: MYR29.00 sehari
  • Bayaran katil lipat simpan: MYR 93.0 semalam

Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.

  • Bayaran tetamu tambahan mungkin dikenakan dan berbeza mengikut dasar hartanah
  • Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit, kad debit atau deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan
  • Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Hartanah ini menerima kad kredit; wang tunai tidak diterima
  • Ciri-ciri keselamatan di hartanah ini termasuk pemadam api, pengesan asap, sistem keselamatan dan alat pertolongan cemas

Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
15:00 - 22:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
15:00 - 22:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel?
Berikut facilities yang ada di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel seperti Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel?
Masa check-in di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel bermula dari 15:00 - 22:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel menyediakan sarapan pagi?
Ya, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 115 ulasan tetamu yang disahkan
8.8
Mengagumkan
Hebat
57
Bagus
43
Memuaskan
4
Biasa
11
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
bilik selesa (1)
perkhidmatan yang baik (1)
lokasi bagus (3)
bilik bersih (1)
Lihat Lebih 4
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
A
Abdul
Percutian
10
/ 10
28 Jul 2023
Bilik ini sangat bersih. Kakitangan juga sangat merendah diri. Berhampiran Stesen Monorel, mudah untuk mencari makanan tempatan (jalan chow kit). Sangat disyorkan untuk tinggal.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel dari Abdul A.

1 menyukai ulasan ini

SZ
Siti Z. B. S.
Percutian pendek
8.5
/ 10
24 Feb 2022
Hotel yang sangat awesome. Staff yang sangat mbntu,expecially sorang staf agak berusia di bahagian hadapan (sangat peramah)

1 menyukai ulasan ini

Nur D. A. R.
Percutian pendek
10
/ 10
19 Jun 2023
Menginap semalam untuk menghadiri majlis perkahwinan berhampiran. Perkhidmatan oleh kakitangan sangat baik!-dari pengangkut bagasi kepada penjaga sarapan, semuanya sangat membantu dan mesra. Sangat berharap kami boleh tinggal lebih lama. Sangat mudah dan jarak berjalan kaki ke menara Kuala Lumpur, KLCC, dll. Cuma satu perkara, saya harap mereka akan merombak kolam mereka kepada kolam yang moden dan lebih besar dengan suasana yang lebih hebat. Nantikan penginapan saya yang seterusnya!
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

R
Rudi
Percutian
9.7
/ 10
26 Dec 2023
Perkhidmatan hebat, bilik bersih.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

Balqis B. S.
Perniagaan
8.8
/ 10
25 Feb 2022
Bilik itu OK. Sarapan pagi adalah memuaskan. Tetapi kakitangan baru tersalah caj saya dua kali untuk harga bilik. Nasib baik saya menyemak semula dan pihak hotel meminta maaf dan memberikan bayaran balik.
Translated by Google Icon

6 menyukai ulasan ini

G
Guest
8.7
/ 10
04 Jan 2023
Biliknya bagus dan bersih tetapi Bf begitu.
Translated by Google Icon

3 menyukai ulasan ini

Ronald S. R.
Ini adalah profil peribadi.
Percutian
6.3
/ 10
26 Jul 2022
Keluar dari bilik lewat pada suatu pagi sekitar 11AM dan balik pada sebelah petang sekitar 3-4PM, bilik masih belum dikemas. Difahamkan mungkin kerana meninggalkan bilik lewat. Memanggil perkhidmatan tetamu untuk membersihkan bilik. Keesokan harinya keluar dari bilik awal pagi sekitar 7AM, balik sekitar 3-4PM perkara yang sama berlaku. Dihidupkan tanda "Bilik Bersih" pada kedua-dua masa. Suhu bilik terlalu sejuk, dan semakin sejuk apabila penyaman udara dimatikan, difikirkan pelik atau mungkin terlalu berteknologi tinggi untuk saya. Arahan operasi yang betul diperlukan. Kod QR untuk makan dalam bilik hanya dipaparkan pada TV kabur, oleh itu tidak boleh diimbas. Kod QR bercetak hanya tersedia di meja Concierge (perlu meninggalkan bilik hanya untuk mengimbas kod QR, tidak masuk akal).
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon

5 menyukai ulasan ini

Nh
Nguyen h. h.
Perniagaan
10
/ 10
15 Oct 2022
Khach Sạn tốt, cũ nhưng sạch sẽ và yên tĩnh.

Suka ulasan ini?

FA
Fairina A. M.
9.4
/ 10
19 Feb 2024
The room is super clean. And HUGE! Great location and service. Totally worth it.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved