Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(7,653 hotel)
  3. Selangor(872 hotel)
  4. Sabak Bernam(21 hotel)
  5. Sekinchan(19 hotel)
  6. Shuang Yang Sekinchan Homestay 2

Shuang Yang Sekinchan Homestay 2

Rumah Tumpangan
7-3A-A, Blok Mahsuri Jalan Perdana 1, Sekinchan Perdana, Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor, Malaysia, 45400
EXTERIOR_BUILDING Shuang Yang Sekinchan Homestay 2
EXTERIOR_BUILDING Shuang Yang Sekinchan Homestay 2
BATHROOM Shuang Yang Sekinchan Homestay 2
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
WiFi

Tarikan berhampiran
Pantai Redang
(0.82 km)
Sekinchan Paddy Fields
(3.60 km)
Nan Tian Temple
(5.03 km)
Kuan Yin Temple
(21.98 km)
Log masuk untuk mendapat tawaran hotel hebat sehingga 25%!
Log masuk sekarang.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Salun kecantikan
    • Kedai runcit
    • Salun rambut
    • Dobi
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Peti sejuk
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Pemanas
    • Bilik larangan merokok
    • Bebas rokok
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
  • Kemudahan OKU
    • Parkir mudah diakses OKU
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyimpanan bagasi
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 14.00
      Daftar keluar: 12.00

      Shuang Yang Sekinchan Homestay 2 adalah salah satu tempat yang semua orang akan sukainya. Dengan lokasinya terletak berhampiran dengan pusat bandar Sekinchan, Sabak Bernam. Anda boleh pergi ke bandarnya dengan sangat mudah. Anda pasti akan menyukai pengalaman dan pemandangan bandar Sekinchan. Apabila anda bangun daripada tidur, anda boleh menikmati pemandangan sawah padi Sekinchan dan laut yang menakjubkan. Bersantailah dan berehat sambil menginap di Shuang Yang Homestay Sekinchan. Ini adalah masa untuk anda memanjakan diri anda dari sebarang kerja yang berkaitan. Homestay ini dilengkapi dengan kemudahan asas untuk kemudahan anda. Sekiranya anda mencari tempat percutian untuk berehat daripada kerja atau aktiviti harian anda, Shuang Yang Sekinchan Homestay 2 pastinya ada untuk anda.

      Bagaimana untuk ke Shuang Yang Sekinchan Homestay 2

      Shuang Yang Sekinchan Homestay 2 hanya berjarak 25 km dari Kuala Selangor dan 96.2 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

      Jika anda memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, ambil Lebuhraya Baru Lembah Klang/AH2/E1 di Petaling Jaya dari Jalan Lapangan Terbang Subang/Laluan 15. Kemudian, ikuti AH2/E1 dan LATAR/E25 ke Jalan Kuala Selangor/Laluan 54/Laluan 54. Ambil susur keluar dari LATAR/E25. Selepas itu, bertukar ke Jalan Kuala Selangor/Laluan 54/Laluan 54 lalu belok kanan ke Jalan Klang - Teluk Intan/Laluan 5 sebelum anda tiba di Shuang Yang Sekinchan Homestay 2.

      Pilihan Bilik di Shuang Yang Sekinchan Homestay 2

      Shuang Yang Sekinchan Homestay 2 adalah sebuah pangsapuri 3-bilik tidur. Anda boleh menikmati pemandangan teres peribadi daripada apartment tersebut. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, produk pembersihan, pengering rambut, meja dan banyak lagi. Shuang Yang Homestay Sekinchan 2 mampu menampung sehingga 10 orang pada satu masa. Dasar Polisi bilik untuk Shuang Yang Sekinchan Homestay 2 adalah untuk semua katil kanak-kanak/katil bayi di bawah 2 tahun adalah percuma. Sementara untuk semua kanak-kanak di bawah umur 12 tahun akan dikenakan bayaran RM30 semalam untuk katil tambahan. Caj yang sama dikenakan untuk kanak-kanak atau orang dewasa. Jumlah maksimum katil tambahan bagi setiap bilik ialah 4 katil.

      Restoran dan Kafe di Shuang Yang Sekinchan Homestay 2

      Tidak ada restoran dan kafe di Shuang Yang Homestay Sekinchan 2. Namun, pihak pengurusan menawarkan kemudahan barbeku dengan bayaran tambahan. Terdapat banyak gerai makanan, restoran dan kafe berdekatan Shuang Yang Homestay Sekinchan 2. Anda boleh menerokai bandar dan menikmati makanan tempatan, masakan dan hidangan istimewa di Sekinchan.

      Kemudahan dan Aktiviti di Shuang Yang Sekinchan Homestay 2

      Shuang Yang Sekinchan Homestay 2 mempunyai kolam renang dalaman dan bilik kecergasan. Semasa merehatkan diri anda, anda masih boleh kekal sihat dan cergas dengan pergi ke bilik kecergasan mereka. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyegarkan diri anda dengan berenang di kolam renang. Ia adalah kolam renang dalaman. Oleh itu, jangan risau tentang cuaca di luar. Mereka juga mempunyai kolam renang kanak-kanak, tab mandi awam dan kolam renang luaran. Anda boleh mencuba semua itu untuk pengalaman anda.

      Shuang Yang Sekinchan Homestay 2 juga menyediakan perkhidmatan penyewaan basikal untuk kegunaan anda untuk bersiar-siar di sepanjang bandar Sekinchan. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai bilik permainan, taman permainan kanak-kanak dan gelanggang Tenis untuk para tetamu.

      Perkhidmatan pembantu harian juga disediakan dengan bayaran tambahan. Shuang Yang Sekinchang Homestay 2 juga menyediakan perkhidmatan daftar masuk dan daftar keluar peribadi. Perkhidmatan daftar masuk dan daftar keluar ekspres juga disediakan.

      Tempat Menarik berhampiran Shuang Yang Sekinchan Homestay 2

      Pantai Redang - Pantai Redang di Sekinchan adalah salah satu tempat pelancongan terkenal di Sekinchan. Ia hanya 0.82 km dari Homestay Shuang Yang Sekinchan 2. Terdapat juga beberapa drama tempatan yang membuat pengambaran di pantai ini. Bukan itu sahaja, drama Hong Kong daripada juga pernah membuat pengambaran mereka di sini. Pantai ini tidak sesuai untuk berenang, snorkeling atau menyelam. Tetapi pantai ini terkenal dengan pokok-pokoknya yang dipanggil wishing tree, gerai buah-buahan, gerai-gerai suvenir, dan banyak lagi.

      Sekinchan Paddy Fields - Dengan hanya 3.60 km dari Homestay Shuang Yang Sekinchan 2. Sekinchan terkenal dengan ladang padi. Anda boleh memandu di sepanjang medan padi yang ada di situ. Dari sini, anda boleh pergi ke perkampungan kecil bandar Sekinchan yang terletak di tengah sawah padi. Terdapat juga kilang padi yang boleh anda lawati. Anda boleh memperoleh dan menambah pengetahuan baru tentang cara memproses padi dari awal sehingga ia menjadi beras nasi.

      Perkampungan Memancing Sekinchan - Ia terletak berhampiran dengan sawah padi Sekinchan. Semasa anda bersiar-siar atau melawati kawasan sekitar sawah padi. Anda boleh melawat perkampungan nelayan di seberang jalan yang terletak di seberang jalan sahaja. Anda patut berkunjung ke sini untuk merasai beberapa makanan laut dan luangkan masa untuk menikmati angin laut.

      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.