Terletak betul-betul di tengah-tengah pusat kulinari (Jalan Alor) di kawasan Bukit Bintang, Hotel Galaxy merupakan sebuah pilihan yang ideal bagi mereka yang sedang dalam percutian dengan bajet yang agak kurang. Menginap di Galaxy Hotel adalah suatu keputusan yang baik apabila anda melawat bandar raya Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan kemudahan yang baik serta perkhidmatan yang hebat. Ia sangat disyorkan untuk mereka yang berkelana dan inginkan penginapan yang berpatutan, dengan suasana yang selesa pada masa yang sama. Hotel ini sesuai untuk anda yang menghargai privasi semasa penginapan. Secara keseluruhannya, menginap di Galaxy Hotel pasti akan memuaskan hati anda dengan keramahan staf yang akan membantu anda dalam apa jua perkara dan harganya yang sangat berpatutan.
Jika anda mengambil penerbangan, tidak kira dari mana sahaja, pastikan anda mendarat di Kuala Lumpur atau Subang. Dari sana, naik teksi atau Grabcar untuk terus ke Hotel Galaxy. Anda boleh memulakan perjalanan dari KL Sentral atau stesen kereta api lain. Pastikan anda berhenti di mana-mana stesen pertukaran monorel. Kemudian, ambil monorel yang akan membawa anda terus ke Bukit Bintang. Hotel Galaxy hanyalah 280m dari stesen ini. Mengambil teksi/Grabcar merupakan satu cara yang paling mudah untuk sampai. Cara ini membolehkan anda untuk terus sampai ke hotel ini dari mana-mana sahaja.
Di Hotel Galaxy, terdapat enam jenis bilik untuk dipilih, bergantung kepada bajet dan bilangan kumpulan anda. Jika anda seorang yang berkelana, anda boleh memilih bilik tidur dengan katil bertingkat untuk 2 orang. Mempunyai kemudahan asas seperti penyaman udara, meja, televisyen serta bilik mandi peribadi, ia sangat berbaloi untuk membayar hanya RM 39.82! Terdapat juga bilik tidur yang boleh menampung 3 orang tetamu.
Jika anda inginkan bilik yang lebih besar, terdapat lebih banyak pilihan seperti bilik Double (standard), bilik Twin dan bilik Keluarga. Kesemua bilik-bilik ini dilengkapi dengan kemudahan asas untuk menjadikan penginapan anda selesa.
Tiada restoran atau kafe yang terdapat di hotel ini. Walau bagaimanapun, deretan gerai makanan jalanan yang terkenal di Bukit Bintang, Jalan Alor hanya dalam jarak berjalan kaki dari sini. Terdapat banyak gerai-gerai yang menyajikan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa. Apa yang menarik ialah, kesemuanya dijual pada harga yang sangat berpatutan. Sekiranya anda ingin menikmati makanan mewah, berkunjunglah ke Jalan Bukit Bintang. Jalan ini dipenuhi dengan kebanyakan restoran Timur Tengah, Barat, tempatan serta restoran makanan segera. Bersiaplah untuk dihujani dengan pilihan!
Wi-Fi tersedia di kawasan awam di hotel ini untuk membantu anda berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Terdapat juga kawasan merokok dan kawasan bebas rokok. Ia amat berguna untuk mereka yang tidak tahan dengan asap rokok. Hotel ini menerima daftar masuk awal dan daftar keluar pada waktu yang lewat. Pemindahan ke lapangan terbang disediakan atas permintaan, tetapi ia akan dikenakan dengan bayaran tambahan. Terdapat juga pelbagai kemudahan berhampiran hotel seperti kedai serbaneka, salun rambut, bank dan pusat membeli-belah.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |