Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,415 hotel)
  3. Melaka(901 hotel)
  4. Bandaraya Melaka(848 hotel)
  5. Pusat Bandar Melaka(540 hotel)
  6. SS Palace Hotel

SS Palace Hotel

Hotel
201 Jalan Munshi Abdullah, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75100
EXTERIOR_BUILDING SS Palace Hotel
BEDROOM SS Palace Hotel
BATHROOM SS Palace Hotel
BATHROOM SS Palace Hotel
Lihat semua gambar
NaN
Berdasarkan 3 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
WiFi

Tarikan berhampiran
Bukit China
(0.28 km)
St. Francis Xavier Church
(0.57 km)
St. Peter's Church
(0.57 km)
Putra Specialist Hospital
(0.57 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
5.7
Kurang selesa dengan rambut yang banyak dijumpai di cadar.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • WiFi di kawasan umum
  • Umum
    • Bilik keluarga
    • Penyaman Udara
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • TV
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    Jika anda terfikir untuk pergi ke Melaka hujung minggu ini untuk sebuah percutian singkat pada hujung minggu dan bercadang untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga dan rakan-rakan, SS Palace Hotel boleh menjadi tempat yang tepat untuk dipilih sebagai tempat bermalam, dengan tawaran bilik-bilik pada harga ekonomi. Hotel bertaraf satu bintang ini boleh didapati dengan mudah di antara pelbagai lot-lot bangunan lain di alamat 201 Jalan Munshi Abdullah, Melaka City Center, Melaka City yang tidak jauh dari kawasan pelancongan Banda Hilir. Memandangkan keadaan geografi hotel ini yang menjadikannya dekat dengan kawasan bandar, anda seharusnya menjangkakan sebuah penginapan yang sangat menarik kerana jarak yang berdekatan dengan beberapa tarikan pelancong yang sering dikunjungi di sekitar Melaka. Di samping itu, hotel ini turut memudahkan pelancong untuk mengakses tempat-tempat lain di sekitar bandar, yang pasti akan membantu dalam merancang perjalanan untuk bersiar-siar di sekitar bandar.

    Bagaimana untuk ke SS Palace Hotel

    Anda boleh berasa lega untuk mengetahui bahawa mencari SS Palace Hotel tidak perlu membuatkan anda berada di atas untuk masa yang lama kerana saiz bandar Melaka yang agak kecil. Untuk sampai ke Melaka pada mulanya, anda boleh memilih untuk memandu, mengambil bas atau menaiki kapal terbang. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan lalu lintas dan cuaca pada masa itu. Oleh itu, sila faham dan bersabarlah jika lalu lintas tidak berjalan lancar dan hujan pula. Di samping itu, Melaka sentiasa sibuk dengan pelancong semasa hujung minggu dan cuti umum, jadi jumlah kereta di jalan raya mungkin lebih tinggi pada waktu tersebut. Sekiranya anda menggunakan bas, anda akan diturunkan di Melaka Sentral, sebuah terminal bas utama di bandar yang menjadi tempat perhentian utama bagi pelbagai perjalanan masuk dan keluar dari bandar. Perjalanan ke hotel dari terminal tersebut akan mengambil masa kira-kira 15 minit menggunakan teksi atau aplikasi perkongsian perjalanan. Jika anda berfikir untuk menaiki kapal terbang, anda akan mendapati diri anda mendarat di kompleks terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, di mana jarak ke hotel adalah sekitar 9 kilometer, maka ia akan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai. Semasa anda sedang melakukan perjalanan di sekitar bandar, terdapat beberapa mercu tanda dan tempat-tempat tarikan pelancong yang terkenal yang dapat anda temui untuk membantu anda mencari hotel. Mercu tanda yang dimaksudkan adalah Gereja St. Francis Xavier dan Hospital Pakar Putra, semuanya dalam lingkungan satu kilometer atau kurang dari hotel.

    Pilihan Bilik di SS Palace Hotel

    Terdapat sejumlah tiga jenis bilik utama yang boleh dipilih untuk semua tetamu yang memutuskan untuk menginap di SS Palace Hotel bergantung kepada jumlah bilik yang masih kosong. Jenis-jenis bilik adalah Standard Twin, Standard Double dan Deluxe Family. Di dalam bilik-bilik ini telahpun terdapat pelbagai kemudahan dalam bilik asas yang disediakan dengan baik di semua bilik yang termasuk penyaman udara, peralatan mandian, almari, kemudahan menyeterika, televisyen dan sambungan Wi-Fi. Kedua-dua jenis Standard Twin dan Standard Double mempunyai saiz yang sama seluas 19.32 meter persegi, namun Standard Twin akan memperuntukkan dua katil bujang dan Standard Double akan memperuntukkan satu katil Queen. Sementara itu, Deluxe Family adalah bersaiz 26.57 meter persegi dan akan memperuntukkan tiga katil bujang.

    Restoran dan Kafe di SS Palace Hotel

    Apabila waktu makan semakin dekat dan perut mula berkeroncong dengan kuat akibat kelaparan, para tetamu tidak perlu berlengah untuk mengisi perut lagi, sebaliknya mereka boleh pergi ke luar untuk makan di pelbagai restoran dan warung yang berhampiran hotel yang akan dapat menyediakan makanan yang pasti memuaskan selera mereka.

    Kemudahan dan Aktiviti di SS Palace Hotel

    Sebagai sebuah hotel bertaraf satu bintang, terdapat beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh para tetamu semasa daftar masuk mereka, antaranya termasuk penyambut tetamu 24 jam, jarak berdekatan dengan kedai, bilik keluarga, tempat letak kereta dan akses internet awam melalui sambungan Wi-Fi dan LAN.

    Tempat Menarik berhampiran SS Palace Hotel

    Bukit Cina – Terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh yang betul-betul kurang daripada lima minit dari hotel dengan berjalan kaki, ia adalah lereng bukit dengan nilai sejarah yang begitu penting. Ini kerana ia adalah perkuburan orang Cina terbesar yang boleh ditemui di luar negara China, dengan lebih daripada 12,000 buah kubur yang tersebar di kawasan seluas lebih dari 250,000 meter persegi di sekeliling bukit. Beberapa kubur tersebut dapat ditelusuri asal-usulnya kembali ke Dinasti Ming. Berdekatan kaki bukit, ada terdapat sebuah perigi yang kini dikenali ramai sebagai Perigi Hang Li Po yang dibina oleh para pengikut Hang Li Po untuk kegunaan peribadinya pada pertengahan abad ke-15. Pada masa kini, ia menjadi tempat tumpuan pelancong untuk membuat hajat, di mana terdapat kepercayaan bahawa sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam telaga akan ditakdirkan untuk kembali ke negeri Melaka.

    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?