Sun Inns Hotel D'Mind 1 Seri Kembangan adalah sebuah hotel 2 bintang yang terletak di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan Mines Resort City yang terkenal di situ. Ia juga agak dekat dengan Stadium Bukit Jalil dan Universiti Putra Malaysia. Lokasinya adalah sangat strategik.
Hotel ini adalah hotel bajet yang sesuai untuk mereka yang mahukan tempat yang selesa pada harga yang berpatutan di kawasan Serdang, Sungai Besi atau pun Seri Kembangan.
Dengan harga yang diletakkan untuk hotel ini, para pelancong boleh menetap dengan selesa sambil menikmati kesemua kemudahan yang telah di sediakan bersama dengan bilik itu.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Sun Inns Hotel D'Mind 1 Seri Kembangan. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dan meneruskan perjalanan ke Lebuhraya Sungai Besi. Ia hanya mengambil masa 14 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jarak adalah hanya sejauh 15.6 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini.
Cara lain untuk menuju ke Sun Inns Hotel D'Mind 1 Seri Kembangan adalah dengan mengambil Express Rail Link. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil ERL dan menuju Bandar Kuala Lumpur. Dari KL Sentral, pengunjung boleh mengambil KTM dan pergi ke stesen Serdang. Selain KTM, pengunjung juga boleh mengambil LRT ke stesen Sungai Besi. Dari situ pengunjung boleh mengambil teksi atau Grab untuk ke hotel.
Pilihan lain adalah dengan mengambil teksi atau Grab terus dari lapangan terbang Kuala Lumpur. Dari lapangan terbang kebiasaannya sudah ada jadual menunjukkan harga untuk setiap jarak di Kuala Lumpur. Oleh itu dengan bayaran lebih kurang RM 50 pengunjung boleh mendapat pemandu untuk membawa mereka terus ke hotel.
Hotel ini mempunyai banyak jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu. Bilik pertama adalah bilik Single. Bilik ini sesuai untuk seorang tetamu sahaja. Ia mempunyai 1 katil Single, tandas, penghawa dingin dan juga televisyen. Bilik seterusnya adalah bilik Deluxe. Ia sesuai untuk dua orang kerana ia mempunyai 1 katil Double. Ia juga mempunyai tandas dan penghawa dingin serta televisyen dengan saluran yang banyak. Kemudian terdapat bilik Deluxe No Window. Bilik ini mempunyai keluasan yang besar sedikit berbanding bilik Deluxe. Ia boleh memuatkan 2 orang dan juga boleh memuatkan orang ketiga juga oleh itu katil tambahan boleh dimuatkan di dalam bilik ini. Ia mempunyai 1 katil Double. Sama seperti bilik lain ia mempunyai tandas tersendiri, penghawa dingin dan juga televisyen tetapi bilik ini tidak ada tingkap.
Bilik lain yang terdapat di hotel ini adalah Superior No Window. Bilik ini mempunyai 2 katil Single dan boleh memuatkan 2 orang. Ia juga mempunyai tandas, penghawa dingin dan juga televisyen. Bilik ini juga tidak mempunyai tingkap. Ada juga bilik yang sama Cuma bilik itu mempunyai tingkap. Bilik ini adalah bilik Superior with Window. Sama juga seperti bilik Deluxe, ada juga bilik Deluxe yang mempunyai tingkap. Ia adalah bilik Deluxe with Window. Tetapan lain bilik-bilik ini adalah sama.
Bilik terakhir adalah bilik Queen. Bilik ini boleh memuatkan 2 dewasa dan 1 katil tambahan. Ia mempunyai 1 katil King. Ia mempunyai tandas, penghawa dingin, televisyen dan juga tingkap.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat membuatkan tetamu mereka selesa. Sebahagian daripada mereka adalah wifi di semua ruang awam, tempat letak kenderaan bagi tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri dan penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Hotel ini juga mempunyai pekerja yang boleh bertutur dalam pelbagai Bahasa. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai kemudahan bagi mereka yang menggunakan kerusi roda. Tetamu hotel ini juga boleh menyimpan bagasi mereka di hotel ini jika mereka tiba awal atau harus ke tempat lain setelah mendaftar keluar kerana hotel ini menawarkan perkhidmatan simpanan bagasi. Tetamu juga tidak perlu risau kerana hotel ini mempunyai kawalan sekuriti selama 24 jam. Hotel ini juga dilengkapi dengan lif oleh itu tetamu tidak perlu risau tentang membawa bagasi mereka ke tingkat yang tinggi. Hotel ini adalah zon larangan merokok oleh itu mereka ada menyediakan ruang bagi mereka yang merokok.
Kemudahan Popular | AC, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 08:00 - 20:00 - 01:00 - 12:00 |