Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,409 hotel)
  3. Pulau Pinang(1,083 hotel)
  4. Pulau Pinang(988 hotel)
  5. Pulau Jerejak(4 hotel)
  6. Sun Yi Villas, Penang

Sun Yi Villas, Penang

Resort
Sun Yi Villas. Daerah Timur Laut, Pulau Jerejak, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 11900
EXTERIOR_BUILDING Sun Yi Villas, Penang
SWIMMING_POOL Sun Yi Villas, Penang
SWIMMING_POOL Sun Yi Villas, Penang
RESTAURANT Sun Yi Villas, Penang
EXTERIOR_BUILDING Sun Yi Villas, Penang
Lihat semua gambar
NaN
Berdasarkan 32 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Kolam Renang
Meja Depan 24j
WiFi

Tarikan berhampiran
Queensbay Mall
(1.98 km)
Pantai Hospital Penang
(3.23 km)
SPICE Arena
(3.57 km)
Penang Golf Club
(3.68 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Peti sejuk
    • TV
    • Pancuran mandi
    • Bar mini
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Khidmat Shuttle
    • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
  • Aktiviti
    • Kolam renang terbuka
  • Umum
    • Penyaman Udara
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 14.00
      Daftar keluar: 12.00

      Sun Yi Villas yang terletak di Pulau Jerejak menawarkan pilihan penginapan yang sempurna buat anda yang ingin meluangkan masa berharga bersama pasangan tersayang. Villa bertaraf 4 bintang ini memberikan anda pemandangan laut yang mengagumkan dan berhampiran dengan kehidupan ibu kota di Bandar Pulau Pinang. Sun Yi Villas terletak di Daerah Timur Laut, Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Kedudukannya di tengah Pulau Jerejak yang indah dan hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk ke Pusat Bandar Pulau Pinang, anda pasti akan berpuas hati dengan tarikan utama yang berada di pulau dan juga di darat. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga hanya mengambil masa perjalanan selama 10 minit dari Sun Yi Villas. Terdapat 2 jenis bilik penginapan sebagai pilihan para tetamu. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas di bilik dan kemudahan tambahan lain yang unik di setiap bilik yang berlainan. Para tetamu pasti akan teruja dengan hidangan juadah makanan yang terdapat di restoran terbuka di villa ini yang menghadap pemandangan laut dengan matahari terbenam. Restoran ini menawarkan pelbagai juadah makanan yang menarik untuk anda rasai. Sun Yi Villas merupakan pilihan penginapan yang sesuai untuk anda yang ingin beristirahat dalam suasana yang selesa, tenang dan tidak jauh dari bandar.

      Bagaimana untuk ke Sun Yi Villas Penang

      Sun Yi Villas Penang boleh dihubungi dengan menaiki penerbangan dari KLIA terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 10 minit dari lapangan terbang. Anda juga boleh menaiki feri ke Sun Yi Villas. Perjalanan menaiki feri akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 10 minit dari Jeti Pulau Pinang ke Jeti Jerejak. Anda juga boleh memandu ke Terminal Jeti Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Terminal Jeti Pulau Pinang. Dari jeti anda boleh menaiki bot untuk ke Sun Yi Villas yang terletak di Pulau Jerejak. Terdapat beberapa mercu tanda yang terletak berhampiran dengan Sun Yi Villas Penang antaranya ialah Queensbay Mall, Hospital Pantai Penang dan SPICE Arena. Sekiranya anda berada berhampiran dengan tempat-tempat ini bermakna anda telah berada hampir dengan Sun Yi Villas Penang.

      Pilihan Bilik di Sun Yi Villas Penang

      Sun Yi Villas Penang menawarkan penginapan serba mewah dengan bilik yang selesa dan luas dengan hiasan klasik kayu di dalam setiap bilik penginapannya. Setiap bilik mempunyai pemandangan bukit atau laut sesuai untuk pasangan yang mencari penginapan romantik untuk beristirahat. Sun Yi Villas mempunyai 11 bilik yang dihiasi serba moden dan dilengkapi dengan pelbagai keperluan untuk kemudahan para tetamu. Villa ini mempunyai 2 jenis bilik iaitu Premier Villa King dan Premier Villa Twin. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas di bilik. Terdapat sebahagian bilik yang dilengkapi dengan bilik air yang mempunyai mandian spa, manakala terdapat juga bilik yang dilengkapi dengan tuala mandian dan selipar. Terdapat juga sebahagian bilik yang mempunyai ruang rehat untuk kemudahan anda. Anda boleh menikmati keindahan pemandangan bukit atau kolam renang sambil menikmati air kopi di bilik. Setiap bilik penginapan di Sun Yi Villas juga turut dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi percuma, televisyen dan juga pemain DVD.

      Premier Villa King menawarkan pemandangan laut lengkap dengan balkoni untuk anda beristirahat. Bilik ini mempunyai keluasan 205 kaki persegi dan dilengkapi dengan 1 katil saiz permaisuri sesuai untuk tetamu bersama pasangan. Para tetamu boleh menikmati kemudahan yang terdapat di bilik seperti televisyen, DVD, pancuran mandian dan tab mandi, tuala mandi, meja kerja dan juga kawasan rehat.

      Premier Villa Twin menawarkan bilik yang dihias ala klasik dengan keluasan 205 kaki persegi lengkap dengan balkoni. Bilik ini dilengkapi dengan 2 katil bujang untuk memuatkan 2 orang tetamu. Kemudahan asas di bilik termasuklah penghawa dingin, kipas, jaring nyamuk, pancuran mandian dan tab mandian, telefon, televisyen, meja kerja, almari dan banyak lagi.

      Restoran dan Kafe di Sun Yi Villas Penang

      Para tetamu yang menginap di villa boleh menikmati hidangan juadah yang menyelerakan di restoran yang terdapat di sini. Terletak di bahagian teres terbuka, restoran milik villa ini menyajikan makanan tempatan dan juga antarabangsa. Para tetamu pasti akan tenang dengan suasana yang romantik sambil menikmati pemandangan matahari terbenam ketika menikmati hidangan makanan mereka. Bagi para tetamu yang ingin beristirahat sambil menikmati minuman ringan bolehlah berkunjung ke ruang istirahat bar yang terdapat di hotel ini.

      >Kemudahan dan Aktiviti di Sun Yi Villas Penang

      Sun Yi Villas Penang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan serba hebat untuk memastikan para tetamu berpuas hati disepanjang penginapan mereka di sini. Kemudahan dan perkhidmatan hebat yang ditawarkan di sini adalah penyimpanan bagasi, bar dan restoran, bar di kolam renang, kedai mini, spa dan perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang. Kemudahan asas di bilik termasuklah televisyen, DVD, kipas, alat pengering rambut, pancuran mandian dan tab mandi, peti ais mini, jaring nyamuk, meja kerja, kawasan rehat dan banyak lagi. Para tetamu boleh beristirahat di balkoni bilik atau taman yang terdapat berhampiran dengan villa. Perkhidmatan aktiviti lawatan juga turut disediakan kepada para tetamu.

      Tempat Menarik berhampiran Sun Yi Villas Penang

      Jerejak Island – Jerejak Island terletak di antara Pulau Pinang dan Seberang Perai di bahagian darat yang dikelilingi oleh lautan di Selat Selatan. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di sini selain dari menikmati keindahan alam semula jadi dengan udara yang segar. Pelbagai aktiviti luar yang mencabar menanti anda di sini seperti memanjat batu, berbasikal bukit, terjunan musang, trek hutan dan banyak lagi.

      -
      -
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
      Perlu Bantuan?