Suunah Korus Resort

Vila
113, Kg. Pulau Santap, Janda Baik, Bentong, Pahang, Malaysia, 28750
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Janda Baik adalah sebuah perkampung kecil, terletak di Bentong Pahang. Lokasi ini dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi tebal yang merupakan aset terbesar di Janda Baik. Ia adalah tempat yang sempurna bagi mereka yang mencari tempat percutian ringkas jauh dari kesibukan dan kehidupan bandar kerana ia terletak hanya satu jam dari Kuala Lumpur. Angin sejuk dan iklimnya yang agak dingin juga merupakan salah satu tarikan ke tempat itu. Suunah Koruss Resort adalah sebuah resort yang mempunyai vila dan bilik yang terletak di Janda Baik. Suunah Koruss Resort ini dikelilingi oleh hutan yang tebal dan sungai yang cantik dan jernih. Tempat ini sempurna bukan sahaja bagi mereka yang mencari percutian singkat dari bandar tetapi juga untuk pembinaan pasukan dan kumpul keluarga besar bersama-sama.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
113, Kg. Pulau Santap, Janda Baik, Bentong, Pahang, Malaysia, 28750
Lain-lain Suunah Korus Resort
Lain-lain 2 Suunah Korus Resort

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Suunah Korus Resort

Janda Baik adalah sebuah perkampung kecil, terletak di Bentong Pahang. Lokasi ini dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi tebal yang merupakan aset terbesar di Janda Baik. Ia adalah tempat yang sempurna bagi mereka yang mencari tempat percutian ringkas jauh dari kesibukan dan kehidupan bandar kerana ia terletak hanya satu jam dari Kuala Lumpur. Angin sejuk dan iklimnya yang agak dingin juga merupakan salah satu tarikan ke tempat itu. Suunah Koruss Resort adalah sebuah resort yang mempunyai vila dan bilik yang terletak di Janda Baik. Suunah Koruss Resort ini dikelilingi oleh hutan yang tebal dan sungai yang cantik dan jernih. Tempat ini sempurna bukan sahaja bagi mereka yang mencari percutian singkat dari bandar tetapi juga untuk pembinaan pasukan dan kumpul keluarga besar bersama-sama.

Bagaimana untuk ke Suunah Koruss Resort

Suunah Koruss Resort mudah diakses hanya dengan pengangkutan persendirian kerana ia terletak di dalam hutan. Perjalanan ke Suunah Koruss Resort dari Kuala Lumpur akan mengambil masa sejam melalui Lebuhraya Karak. Jalan-jalan yang menuju ke Janda Baik dan Suunah Koruss Resort berliku tetapi ianya telah diturap. Ini memudahkan pemanduan untuk menuju ke sana. Bagi mereka yang memulakan perjalanan dari KL Sentral, boleh mendapatkan teksi atau menyewa kereta di sana untuk pergi ke Janda Baik dan juga ke Suunah Koruss Resort. Tambang teksi adalah sekitar RM 100 hingga RM 180 untuk perjalanan sehala. Adalah disyorkan untuk menyewa kereta untuk pergi ke Suunah Koruss Resort dan sekitar Janda Baik kerana tidak ada pengangkutan awam lain yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.

Pilihan Bilik di Suunah Koruss Resort

Suunah Koruss Resort adalah sebuah tempat yang besar dengan sejumlah bilik yang disediakan untuk memenuhi bilangan terkecil dari satu orang untuk percuatian sebentar, sehinggalah 30 orang untuk aktiviti pembinaan pasukan atau pun pertemuan keluarga. Semua biliknya mempunyai bilik mandi peribadi. Terdapat kemudahan asas di semua bilik seperti meja dan kerusi, dan sebuah televisyen. Tidak ada bilik yang dilengkapi dengan penyaman udara, hanya kipas siling di setiap bilik, kerana Suunah Koruss Resort berusaha untuk mengekalkan ciri-ciri kehidupan tradisional perkampungan. Bilik terkecil di Suunah Koruss Resort adalah bilik Getaran Jiwa yang boleh memuatkan empat orang. Ia mempunyai dua buah katil bersaiz Queen dengan harga RM 190 malam. Bunyi Gitar adalah sebuah rumah yang lebih besar dan ia mempunyai empat buah katil bersaiz Queen di dua biliknya. Ia juga mempunyai dua buah bilik mandi. Bilik Bunyi Gitar mempunyai kawasan BBQ dan pancuran mandian terbuka. Ia adalah RM 350 malam. Retro House adalah sebuah vila yang boleh memuatkan maksimum sepuluh orang dalam tiga buah biliknya. Ia mempunyai dua buah katil bersaiz Queen dan tiga buah katil bersaiz Super Single, dengan empat buah bilik mandi dan satu pancuran terbuka. Ia adalah RM 300 malam. Rumah Classic Suunah Koruss Resort adalah sesuai untuk sebuah keluarga besar yang tinggal kerana ia boleh memuatkan sehingga 15 orang di empat buah bilik tidur dan empat buah bilik mandi dengan harga RM 550 malam. Classic House ini mempunyai sebuah ruang tamu dan sebuah kolah mandian yang besar sebagai kolam mani. Villa Irama dan Villa Panggung adalah vila-vila terbesar di Suunah Koruss Resort. Setiap satunya boleh memuatkan 25 hingga 30 orang dengan selesa dan vila-vila ini sangat sesuai untuk pertemuan keluarga besar atau rakan-rakan atau juga sebagai tempat untuk melakukan aktiviti membina pasukan bersama rakan sekerja. Harga semalam di vila-vila ini adalah RM 950 dan RM 800. Tilam dan bantal tambahan disediakan atas permintaan untuk semua bilik, rumah dan vila.

Kemudahan di Suunah Koruss Resort

Kemudahan di Suunah Koruss Resort adalah cukup untuk membuat penginapan di resort ini terasa seperti berada di kampung, dengan semua yang dibuat dari kayu atau batu-bata. Kemudahan terbaik di Suunah Koruss Resort adalah kawasan BBQ di mana tetamu dialu-alukan untuk memasak makanan mereka di atas api terbuka. Terdapat beberapa kawasan BBQ di Suunah Koruss Resort. Terdapat kawasan duduk kayu yang lengkap dengan meja untuk para tetamu menikmati makanan yang mereka telah di BBQ. Bagi mereka yang ingin berenang, terdapat sebuah sungai di depan resort. Sungai itu luas, dengan air yang jernih dan sangat menyegarkan. Ia dibuka kepada semua tetamu resort.

Tempat Menarik berhampiran Suunah Koruss Resort

Taman Rekreasi Lentang -

Hanya enam kilometer jauhnya, terdapat Taman Rekreasi Hutan Lentang yang terkenal dengan air terjunnya. Taman rekreasi ini mudah diakses dan ia telah dibangunkan secukupya untuk menampung tetamu yang pergi ke sana. Terdapat tempat letak kereta, tapak perkhemahan dan bilik mandi umum untuk orang ramai menggunakannya dengan selesa. Taman Rekreasi Hutan Lentang juga mempunyai gerai yang menjual makanan yang ringan dan snek. Ia dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari. Bagi mereka yang ingin bermalam, tempahan mesti dilakukan sebelum tiba di sana.

Semua Kemudahan

Lain-lain Suunah Korus Resort
Lain-lain

Umum

  • Bilik keluarga
  • Kawasan merokok
  • Penyaman Udara

Kemudahan Umum

  • Parkir

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotel yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia. Cukai ini adalah sebagai tambahan kepada cukai-cukai sedia ada yang dikutip di hotel sewaktu mendaftar masuk. Sila buat semakan berkenaan cukai-cukai ini dengan pihak hotel pada hari ketibaan.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Suunah Korus Resort?
Berikut facilities yang ada di Suunah Korus Resort seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Suunah Korus Resort?
Masa check-in di Suunah Korus Resort bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Tiada ulasan yang kelihatan sepadan dengan penapis anda

Mari cuba tukar penapis atau kosongkannya untuk melihat semua ulasan.
Tetapkan Semula Penapis

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lain-lain 4 Suunah Korus Resort

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka