OYO Home 89484 Teluk Batik Resort

Resort
Persiaran Teluk Batik, Teluk Batik, Lumut, Manjung, Perak, Malaysia, 32200
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Teluk Batik Resort adalah sebuah resort bertaraf tiga bintang yang dibina di sepanjang Persiaran Teluk Batik, Teluk Batik, Lumut, 32200 Manjung, Perak, Malaysia. Tempat peranginan tepi pantai ini tidak pernah membosankan. Pemandangannya indah, lokasinya strategik dan kemudahan serta perkhidmatannya berkualiti tinggi. Resort ini terletak 90 km dari lapangan terbang terdekat, iaitu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Resort ini sesuai untuk kedua-dua tujuan percutian dan perniagaan. Terdapat sejumlah 100 bilik bervariasi yang terdiri daripada Standard Room, Superior Room, Deluxe Quad Room, Executive Superior Room, Superior Family Room dan Executive Family Room. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik, terdapat juga kemudahan tambahan yang anda akan dapati. Beralih ke perihal makanan pula, Teluk Batik Resort menawarkan dua ruang makan utama, Garden Cafe dan Beach Cafe untuk anda nikmati pelbagai menu yang terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa serta minuman yang menakjubkan sepanjang hari. Seperti yang disebutkan, selain daripada tempat penginapan yang disediakan, kemudahan dan perkhidmatan hotel juga berada dalam keadaan terbaik. Memandangkan betapa strategiknya lokasi hotel ini, terdapat pelbagai tempat tarikan pelancongan berhampiran termasuk Quiver Dive Centre dan Damai Laut Golf & Country Club. Resort tepi pantai ini pasti menjadikan percutian dan perjalanan perniagaan anda lebih diingati.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Lif
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Persiaran Teluk Batik, Teluk Batik, Lumut, Manjung, Perak, Malaysia, 32200
Lobi OYO Home 89484 Teluk Batik Resort
Lobi 2 OYO Home 89484 Teluk Batik Resort

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai OYO Home 89484 Teluk Batik Resort

Teluk Batik Resort adalah sebuah resort bertaraf tiga bintang yang dibina di sepanjang Persiaran Teluk Batik, Teluk Batik, Lumut, 32200 Manjung, Perak, Malaysia. Tempat peranginan tepi pantai ini tidak pernah membosankan. Pemandangannya indah, lokasinya strategik dan kemudahan serta perkhidmatannya berkualiti tinggi. Resort ini terletak 90 km dari lapangan terbang terdekat, iaitu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Resort ini sesuai untuk kedua-dua tujuan percutian dan perniagaan. Terdapat sejumlah 100 bilik bervariasi yang terdiri daripada Standard Room, Superior Room, Deluxe Quad Room, Executive Superior Room, Superior Family Room dan Executive Family Room. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik, terdapat juga kemudahan tambahan yang anda akan dapati. Beralih ke perihal makanan pula, Teluk Batik Resort menawarkan dua ruang makan utama, Garden Cafe dan Beach Cafe untuk anda nikmati pelbagai menu yang terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa serta minuman yang menakjubkan sepanjang hari. Seperti yang disebutkan, selain daripada tempat penginapan yang disediakan, kemudahan dan perkhidmatan hotel juga berada dalam keadaan terbaik. Memandangkan betapa strategiknya lokasi hotel ini, terdapat pelbagai tempat tarikan pelancongan berhampiran termasuk Quiver Dive Centre dan Damai Laut Golf & Country Club. Resort tepi pantai ini pasti menjadikan percutian dan perjalanan perniagaan anda lebih diingati.

Bagaimana untuk ke Teluk Batik Resort

Resort Teluk Batik terletak 90 km dari lapangan terbang terdekat, iaitu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Dari lapangan terbang tersebut, anda boleh menaiki teksi atau menggunakan aplikasi pengangkutan mudah alih Uber/Grab. Tempoh perjalanan dari lapangan terbang ke resort dianggarkan mengambil masa sekitar 1 jam 47 minit. Walau bagaimanapun, tempoh perjalanan mungkin mengalami kelewatan tertentu bergantung kepada keadaan lalu lintas pada waktu itu.

Arah jalan mungkin sukar bagi anda untuk menavigasi jalan anda ke hotel ini terutamanya jika anda tidak biasa dengan kawasan tersebut. Terdapat beberapa tanda tempat di sekitar kawasan yang boleh membantu anda mencari hotel ini dengan mudah. Tanda tempat termasuk Quiver Dive Centre (2.4 km), Pantai Hospital Manjung (7.3 km), Pusat Pakar KPJ Seri Manjung (7.5 km) dan Kelab Desa & Golf Damai Laut (7.8 km). Jangan berasa ragu-ragu untuk bertanya arah jalan daripada penduduk setempat kerana hotel ini dikenali oleh mereka.

Pilihan Bilik di Teluk Batik Resort

Terdapat sejumlah 100 bilik bervariasi yang terdiri daripada Standard Room, Superior Room, Deluxe Quad Room, Executive Superior Room, Superior Family Room dan Executive Family Room tersediaf di Teluk Batik Resort. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik. Kemudahan dalam bilik yang disebut termasuk tab mandi, televisyen kabel, meja, peti sejuk dan bilik mandi pancuran. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik, terdapat juga kemudahan tambahan yang menenangkan sepanjang tempoh penginapan anda.

Standard Room menawarkan ruang yang sempurna untuk berehat sama ada anda menjelajah secara bersendirian atau bersama-sama dengan rakan-rakan. Bilik ini memberikan pemandangan taman hotel yang indah dan pantai tanpa had ke dari balkoni bilik. Bilik ini menawarkan keselesaan hebat dalam suasana kesederhanaannya. Bilik ini mengandungi katil bersaiz Queen yang sesuai untuk dua penghuni. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik yang dinyatakan sebelum ini, kemudahan lain yang anda boleh dapati di dalam bilik termasuk televisyen dengan siaran satelit, akses Wi-Fi di kawasan awam dan cerek. Bilik ini juga termasuk pakej sarapan pagi.

Superior Room menawarkan ruang yang sempurna untuk berehat sama ada anda menjelajah secara bersendirian atau bersama-sama dengan rakan-rakan. Bilik ini memberikan anda pemandangan pantai tanpa had dari balkoni bilik. Bilik ini menawarkan keselesaan hebat dalam suasana kesederhanaannya. Bilik ini mengandungi katil bersaiz Queen yang sesuai untuk dua penghuni. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik yang dinyatakan sebelum ini, kemudahan lain yang anda boleh dapati di dalam bilik termasuk televisyen dengan siaran satelit, akses Wi-Fi di kawasan awam dan cerek. Bilik ini juga termasuk pakej sarapan pagi.

Deluxe Quad Room menawarkan ruang yang sempurna untuk berehat sama ada anda melancong dengan rakan kongsi atau keluarga berempat. Bilik ini memberikan pemandangan taman hotel yang indah dan pantai tanpa had. Bilik ini menawarkan keselesaan hebat dalam suasana kesederhanaannya. Bilik ini mengandungi katil selesa bersaiz Queen yang sesuai untuk empat penghuni. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik yang dinyatakan sebelum ini, kemudahan lain yang anda boleh dapati di dalam bilik termasuk televisyen dengan siaran satelit, akses Wi-Fi di kawasan awam dan cerek. Bilik ini juga termasuk pakej sarapan pagi.

Executive Superior Room menawarkan ruang yang sempurna untuk berehat apabila anda melancong dengan keluarga anda. Bilik ini memberikan pemandangan taman hotel yang indah dan pantai tanpa had. Bilik ini menawarkan keselesaan hebat dalam suasana kesederhanaannya. Bilik ini mengandungi tempat tidur pilihan yang ditetapkan di antara katil bersaiz Queen yang selesa atau dua katil bujang yang kedua-dua sesuai untuk dua penghuni. Bilik ini juga termasuk sofa yang selesa di ruang tamu. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik yang dinyatakan sebelum ini, kemudahan lain yang anda boleh dapati di dalam bilik termasuk televisyen dengan siaran satelit, akses Wi-Fi di kawasan awam, ruang makan, set sofa, kaunter bar mini dan cerek. Bilik ini juga termasuk pakej sarapan pagi.

Superior Family Room menawarkan ruang yang sempurna untuk berehat apabila anda melancong dengan keluarga anda. Bilik ini menawarkan keselesaan hebat dalam suasana kesederhanaannya. Bilik ini mempunyai katil bersaiz Queen yang selesa di setiap bilik yang disediakan. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik yang dinyatakan sebelum ini, kemudahan lain yang anda dapati di dalam bilik termasuk televisyen dengan siaran satelit, akses Wi-Fi di kawasan awam dan cerek. Bilik ini juga termasuk pakej sarapan pagi.

Executive Family Room menawarkan ruang yang sempurna untuk berehat apabila anda melancong dengan keluarga anda. Bilik ini memberikan anda pemandangan pantai yang indah tanpa had dari balkoni bilik . Bilik ini menawarkan keselesaan hebat dalam suasana kesederhanaannya. Bilik ini mempunyai katil bersaiz Queen yang selesa di setiap bilik yang disediakan. Bilik ini juga termasuk sofa yang selesa di ruang tamu. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik yang dinyatakan sebelum ini, kemudahan lain yang anda boleh dapati di dalam bilik termasuk televisyen dengan siaran satelit, akses Wi-Fi di kawasan awam, ruang tamu, set sofa, dapur kering dan cerek. Bilik ini juga termasuk pakej sarapan pagi.

Restoran dan Kafe di Teluk Batik Resort

Beralih ke perihal makanan pula, Teluk Batik Resort menawarkan dua ruang makan utama, Garden Cafe dan Beach Cafe untuk anda nikmati pelbagai menu yang terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa serta minuman yang menakjubkan sepanjang hari.

Di Cafe Garden, anda akan disajikan dengan masakan antarabangsa yang lazat dari seluruh dunia. Persembahannya menarik seperti rasanya. Setiap hidangan disediakan dengan terperinci oleh chef profesional Teluk Batik Resort. Restoran ini sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan kerana persekitarannya sangat santai dan tenang. Di sinilah anda dapat mencari pelbagai jenis makanan dan minuman untuk dinikmati.

Di Beach Cafe, anda akan disajikan dengan masakan antarabangsa yang lazat dari seluruh dunia. Persembahannya menarik seperti rasanya. Setiap hidangan disediakan dengan terperinci oleh chef profesional Teluk Batik Resort. Restoran ini sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan kerana sekitarnya sangat santai dan tenang. Di sinilah anda dapat mencari pelbagai jenis makanan dan minuman untuk dinikmati.

Kemudahan dan Aktiviti di Teluk Batik Resort

Seperti yang disebutkan, selain daripada tempat penginapan yang disediakan, kemudahan dan perkhidmatan hotel juga berada dalam keadaan terbaik. Beberapa kemudahan hotel yang anda boleh dapati di Teluk Batik Resort termasuk daftar masuk awal, penyambut tetamu 24-jam dan daftar keluar lewat. Beberapa kemudahan awam yang anda boleh dapati di hotel ini termasuk kawasan letak kereta yang mencukupi, lif dan akses Wi-Fi di kawasan awam. Beberapa kemudahan perniagaan yang anda boleh dapati di hotel ini termasuk bilik persidangan. Kemudahan dan perkhidmatan lain berdekatan yang terdapat di hotel ini termasuk bilik keluarga, bilik bebas-rokok, teres, kawasan merokok, akses Wi-Fi percuma dan sambungan Internet LAN.

Oleh kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk para tetamu, terdapat juga banyak aktiviti yang dapat dinikmati para tetamu sepanjang penginapan mereka. Aktiviti tambahan yang boleh anda nikmati dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda termasuk barbeku, kawasan bermain kanak-kanak, kolam renang kanak-kanak, kolam renang, karaoke dan kolam renang luaran. Terdapat lebih banyak aktiviti yang boleh anda temui di resort ini.

Tempat Menarik berhampiran Teluk Batik Resort

Quiver Dive Centre -

Quiver Dive Centre terletak 2 km dari resort ini. Sekiranya anda sukakan lautan dan hidupan di dalamnya, ini merupakan destinasi yang sempurna untuk anda kunjungi sepanjang penginapan anda di Teluk Batik. Memandangkan betapa dekatnya pusat tersebut dengan resort ini, anda dapat merasai keseronokan menyelam bawah air dengan mudah. Ini adalah peluang yang sempurna untuk anda melihat hidupan akuatik hidup dalam habitat semula jadi mereka dengan lebih dekat. Ia pasti akan menjadi perjalanan yang menyeronokkan untuk anda dan keluarga anda.

Kelab Golf & Country Damai Laut -

Kelab Desa & Golf Damai Laut terletak 7 km dari resort ini. Jika anda seorang peminat permainan golf, anda pasti akan menikmati padang golf di sini. Selepas seharian bekerja, ini adalah masa yang tepat untuk berehat dengan bermain beberapa pusingan golf bersama rakan-rakan perniagaan anda. Ia tempat yang sesuai untuk pemain baru dan pemain profesional. Reka bentuk padang golf ini kelihatan sangat cantik dan mencabar pada masa yang sama. Ini akan memberi anda masa yang baik sepanjang sesi permainan anda.

Semua Kemudahan

Lobi OYO Home 89484 Teluk Batik Resort
Lobi
Luar Bangunan OYO Home 89484 Teluk Batik Resort
Luar Bangunan

Perkhidmatan Hotel

  • Daftar masuk ekspres
  • Daftar keluar ekspres
  • Meja depan
  • Kakitangan berbilang bahasa

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Pancuran mandi
  • TV

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Umum

  • Lif
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
15:00 - 20:00
Daftar keluar:
01:00 - 12:00

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
15:00 - 20:00 - 01:00 - 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di OYO Home 89484 Teluk Batik Resort?
Berikut facilities yang ada di OYO Home 89484 Teluk Batik Resort seperti AC, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di OYO Home 89484 Teluk Batik Resort?
Masa check-in di OYO Home 89484 Teluk Batik Resort bermula dari 15:00 - 20:00 manakala masa check-out ialah pada 01:00 - 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 70 ulasan tetamu yang disahkan
7.0
Bagus
Hebat
2
Bagus
28
Memuaskan
9
Biasa
31
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
lokasi bagus (1)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
AB
Azlina B. A.
9.7
/ 10
08 Sep 2020
Hotel lama tetapi sangat bersih dan bau segar, dijaga dengan baik. Bilik yang sangat luas, harga rendah. Saya sukakannya.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

AB
Azlina B. A.
8.8
/ 10
04 Jan 2022
Ini adalah kali ke-3 menginap di sini. Seperti biasa, kami mempunyai penginapan yang menyenangkan. Ia adalah hotel lama tetapi bersih, berbaloi dengan harga. Jangan terlalu berharap. Jika anda memerlukan kualiti premium, bersedialah untuk membayar harga premium. Untuk saya. Ia sangat mudah, lif berfungsi dengan baik, lokasinya berhampiran dengan pantai, mudah dinilai dari jalan utama, mudah untuk mencari restoran. Bagi mereka yang tidak cerewet, ini adalah hotel untuk anda.
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

DV
Dharshini V.
Percutian
8.5
/ 10
30 Aug 2020
Kakitangan yang sangat baik, setakat ini ok. Perlu lebih banyak cahaya di koridor. Akan datang lagi pada masa akan datang
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

RN
Reera N.
Percutian
6.3
/ 10
28 Jul 2022
TV mungkin dihidupkan tetapi tidak de channel, tandas ada lipas.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 OYO Home 89484 Teluk Batik Resort

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka