Teluk Sari Beach Resort

Resort
Jalan Penyabong - Tanjung Resang, Endau, Mersing, Johor, Malaysia, 86900
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Jika anda ingin mencari tempat penginapan yang ideal di Mersing, maka Teluk Sari Beach Resort adalah pilihan yang tepat. Pekerja-pekerja di resort ini telah memberi perkhidmatan yang baik kepada tetamu mereka. Selain itu, terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk keselesaan para tetamu. Di samping itu, semua bilik yang ditawarkan oleh resort ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang sangat bagus. Para tetamu juga boleh menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan beberapa aktiviti luar yang telah dianjurkan oleh resort ini. Selain itu, lokasi resort ini sangat strategik kerana ia berhampiran dengan pantai. Tambahan pula, mereka dapat melihat pemandangan laut dari resort ini.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Jalan Penyabong - Tanjung Resang, Endau, Mersing, Johor, Malaysia, 86900
Lobi Teluk Sari Beach Resort
Luar Bangunan 2 Teluk Sari Beach Resort

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Teluk Sari Beach Resort

Jika anda ingin mencari tempat penginapan yang ideal di Mersing, maka Teluk Sari Beach Resort adalah pilihan yang tepat. Pekerja-pekerja di resort ini telah memberi perkhidmatan yang baik kepada tetamu mereka. Selain itu, terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk keselesaan para tetamu. Di samping itu, semua bilik yang ditawarkan oleh resort ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang sangat bagus. Para tetamu juga boleh menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan beberapa aktiviti luar yang telah dianjurkan oleh resort ini. Selain itu, lokasi resort ini sangat strategik kerana ia berhampiran dengan pantai. Tambahan pula, mereka dapat melihat pemandangan laut dari resort ini.

Bagaimana untuk ke Teluk Sari Beach Resort

Teluk Sari Beach Resort terletak di Jalan Penyabong, Tanjung Resang, Endau, 86900 Mersing, Johor. Cara yang pertama untuk sampai di Teluk Sari Beach Resort adalah dengan memandu kereta. Bagi para pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur, mereka perlu mengambil Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, Cheras -Kajang, Kajang SILK Hwy dan lebuhraya LEKAS. Kemudian, mereka perlu ambil jalan keluar dari Jalan Kuala Pilah yang berada di Laluan 61 di Seremban. Selepas itu, dengan menggunakan laluan 51, mereka harus menuju ke Jalan Dato yang terletak di Laluan 9,Taman Pilah Jaya, Kuala Pilah. Seterusnya, mereka perlu memandu dari Jalan Bahau-Keratong ke Muadzam Shah. Dari jalan Jalan Muadzam-Bukit Ibam, mereka perlu meneruskan perjalanan ke Laluan 3/AH18 di Kampung Leban Condong, Kuala Rompin. Apabila mereka sampai ke Laluan 3/AH18, pelancong perlu ke kanan. Perjalanan itu diteruskan lagi dengan ke Jalan Penyabong-Endau dan terus ke Jalan Penyabong-Tanjung Resang. Para pengunjung dapat menemui Teluk Sari Beach Resort apabila mereka sudah tiba di Jalan Penyabong-Tanjung Resang. Para pengunjung yang menggunakan laluan ini akan menemui beberapa tol di lebuh raya. Perjalanan ini mengambil masa selama 4 jam 30 minit.

Cara yang kedua adalah dengan mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 atau 2. Terdapat beberapa penerbangan yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Perjalanannya akan mengambil masa selama 50 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, mereka perlu mengambil teksi atau menyewa kereta untuk sampai ke resort. Dari Jalan Lapangan Terbang yang berada di Laluan 16, mereka perlu mengambil jalan Senai-Desaru. Kemudian, mereka perlu mengambil Laluan 3/AH18 ke Jalan Tanjung Resang di Hutan Lipur Gunung Aring. Seterusnya, mereka perlu meneruskan perjalanan mereka lagi dengan melalui Jalan Tanjung Resang dan mereka harus memandu terus ke Jalan Penyabong-Tanjung Resang. Oleh itu, mereka dapat menemui resort ini apabila mereka sampai di Jalan Penyabong-Tanjung Resang. Perjalanan yang berada di atas jalan raya mengambil masa selama 2 jam 18 minit.

Pilihan Bilik di Teluk Sari Beach Resort

Teluk Sari Beach Resort telah menawarkan 3 jenis bilik. Antaranya ialah Standard dengan kawalan penyaman udara, Bilik Standard untuk tiga tetamu dan Bilik Keluarga. Semua bilik di resort ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas yang sama seperti penyaman udara, meja dan air botol percuma. Mereka juga mempunyai kemudahan bilik mandi yang sama seperti bilik mandi peribadi bersama air pancuran dan air panas. Para tetamu juga diberikan peralatan mandian percuma. Walau bagaimanapun, sarapan pagi dan Wi-Fi tidak disediakan untuk 3 pakej bilik di resort ini. Bagi Standard Air Conditioning, saiz bilik ini adalah 18 meter persegi. Hotel ini telah menyediakan 1 katil Double dan 2 katil bujang yang boleh memuatkan lebih dari 2 orang. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM 195 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik berikutnya ialah Bilik Standard untuk tiga tetamu. Bilik ini mempunyai saiz sebesar 18 meter persegi dan ia boleh menampung seramai 3 tetamu sahaja. Selain itu terdapat 1 katil Double dan 1 katil bujang yang disediakan untuk para tetamu. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini adalah RM 230 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik yang terakhir ialah Bilik Keluarga. Bilik ini mempunyai 3 katil Double yang boleh memuatkan lebih dari 4 orang. Saiz bilik ini lebih besar daripada bilik sebelumnya iaitu 30 meter persegi. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM 360 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Restoran dan Kafe di Teluk Sari Beach Resort

Teluk Sari Beach Resort memiliki sebuah restoran untuk para tetamu yang menginap di resort ini. Mereka boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh pihak restoran. Restoran ini akan dibuka pada waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Kemudahan dan Aktiviti di Teluk Sari Beach Resort

Teluk Sari Beach Resort telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan untuk tetamu mereka. Terdapat tempat letak kereta disediakan untuk para tetamu yang membawa kereta. Resort ini juga telah menyediakan perkhidmatan bilik supaya bilik-bilik di resort ini sentiasa dalam keadaan bersih dan dijaga rapi. Selain itu, terdapat kaunter penyambut tetamu yang akan beroperasi selama 24 jam untuk mengendalikan daftar masuk dan keluar dan mereka juga akan sedia membantu sekiranya para tetamu memerlukan pertolongan daripada mereka. Para tetamu juga boleh menggunakan peti deposit keselamatan yang telah disediakan oleh resort ini. Selain itu, mereka boleh mendapatkan surat khabar percuma di kawasan lobi. Di samping itu, para tetamu boleh menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan beberapa aktiviti luaran yang telah dianjurkan oleh resort ini. Aktiviti luarannya adalah berkanu, memancing, menyelam dan beberapa sukan air yang lain. Terdapat juga kawasan untuk berkelah dan para tetamu boleh mengadakan aktiviti barbeku di luar resort ini. Seterusnya, terdapat beberapa kedai yang berdekatan dengan resort ini.

Tempat Menarik berhampiran Teluk Sari Beach Resort

Sekolah Penyabong -

Sekolah Penyabong atau dikenali sebagai SK Penyabong adalah sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar dari darjah 1 sehingga darjah 6. Sekolah ini terletak di JKR 803 Jalan Penyabong. Para pelancong akan menemui sekolah ini dengan mengambil masa selama 5 minit dari Teluk Sari Beach Resort. Walau bagaimanapun, pada hari minggu, para pelancong perlu merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya kerana terdapat kesesakan lalu lintas di luar kawasan sekolah ini.

Pantai Penyabong -

Pantai Penyabong terletak di Mersing. Para pelancong boleh sampai di pantai ini dengan hanya 10 minit sahaja memandu dari resort. Pantai ini merupakan salah satu tarikan pelancong di Mersing. Terdapat pelbagai aktiviti luaran yang boleh dilakukan oleh para pelancong di Pantai Penyabung. Antaranya adalah menaiki bot, berkayak, memancing, berkhemah dan meredah hutan. Mereka juga boleh berkunjung ke kampung-kampung Melayu yang berhampiran dengan pantai ini dan melawat di ladang ikan ketika mereka dalam perjalanan balik ke resort. Di samping itu, terdapat juga beberapa gerai, tandas dan kemudahan mandi yang telah disediakan untuk para pelancong.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Endau -

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Endau terletak di Endau, Johor. Tempat ini adalah sebuah pejabat kerajaan yang akan menangani berkenaan dengan ikan di kawasan Endau. Setiap negeri di Malaysia akan mempunyai jabatan perikanan yang tersendiri. Bagi para pelancong yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengeluaran ikan atau cara untuk memelihara dan memulihara ikan, mereka boleh ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Endau. Pejabat kerajaan ini hanya mengambil masa 23 minit perjalanan dengan memandu dari Teluk Sari Beach Resort.

Terminal Feri Tanjung Gemok -

Bagi mereka yang ingin melawat Pulau Tioman, para pelancong boleh mengambil feri dari Terminal Feri Tanjung Gemok. Terminal ini mempunyai keluasan sebesar 25 ekar dan ia telah dibina pada tahun 1994. Para pelawat boleh menemui pelbagai jenis kemudahan seperti tempat letak kereta, pejabat jabatan marin, pejabat jabatan perikanan, pejabat kastam, kaunter bagasi dan kaunter tiket. Selain itu, sekiranya para pelancong ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jadual feri, mereka boleh pergi ke kaunter maklumat. Perjalanan dari Teluk Sari Beach Resort ke Terminal Feri Tanjung Gemok mengambil masa selama 25 minit dengan memandu.

Semua Kemudahan

Lobi Teluk Sari Beach Resort
Lobi
Luar Bangunan Teluk Sari Beach Resort
Luar Bangunan
Bilik Tidur Teluk Sari Beach Resort
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Teluk Sari Beach Resort
Bilik Mandi dalam Bilik
Tempat Tarikan Berdekatan Teluk Sari Beach Resort
Tempat Tarikan Berdekatan

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Suratkhabar di lobi

Sukan & Rekreasi

  • Berkayak
  • Memancing
  • Snorkel
  • Sukan air

Aktiviti

  • Barbeku
  • Kemudahan luar
  • Kawasan berkelah

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

DEAR GUEST, PLEASE CONTACT US IN ADVANCE AND PROVIDE YOUR CONTACT NUMBER AND EMAIL ADDRESS in order to arrange for Check-in and KEY collection. KINDLY NOTE WE DO NOT HAVE 24 HOURS RECEPTION DESK. THEREFORE, PLEASE CONTACT US DIRECTLY IN ORDER FOR SMOOTHER CHECK IN TO AVOID HASSLE AND UNPLEASANT STAY.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Teluk Sari Beach Resort?
Berikut facilities yang ada di Teluk Sari Beach Resort seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Teluk Sari Beach Resort?
Masa check-in di Teluk Sari Beach Resort bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Teluk Sari Beach Resort menyediakan sarapan pagi?
Ya, Teluk Sari Beach Resort menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 12 ulasan tetamu yang disahkan
7.7
Menyenangkan
Hebat
1
Bagus
6
Memuaskan
2
Biasa
3
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
NM
NORWANA M. D.
8.5
/ 10
04 Nov 2018
Pro, Bilik bersih. Host baik hati sangat. Tolong ambil kami di Terminal Bas Mersing, bawa kami ke tempat makan menarik dan turut menghantar kami ke Terminal Bas Mersing selepas kami check out. Bilik kami dekat dengan pantai. Dari bilik boleh dengar bunyi ombak. Percutian pendek yang sangat melegakan. Recommended jika anda ingin lari dari kesibukan kota. Cons, tiada tv, water heater dan kettle. Tiada restoran dan kedai runcit berdekatan. Terima kasih banyak kepada Udin dan ayah beliau yang sangat baik hati 😊
Baca Lebih Lanjut
Imej Ulasan untuk Teluk Sari Beach Resort dari Wana D.

Suka ulasan ini?

RB
Rosliadi B. R.
Percutian Keluarga
8.4
/ 10
25 Mar 2018
Penginapan yang simple tapi menyeronokkan.

Suka ulasan ini?

FA
Fazil A.
6.4
/ 10
11 Sep 2018
Secara keseluruhan ok, cuma ada alatan asas sepatutunya ada spt cattle, tp ok bila kita request, secara keseluruhan sederhana, boleh dikunjungi lagi.

Suka ulasan ini?

SITI K. B. O.
Percutian Keluarga
8.7
/ 10
07 Feb 2017
Ada restoran atau kedai makan berdekatan No televisyen tiada peti sejuk tidak cerek Lain adalah okey. Harus cuba bbq & Tapak perkhemahan dekat dengan pantai
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Teluk Sari Beach Resort

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka