Tempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,364 hotel)
  3. Terengganu(351 hotel)
  4. Kuala Terengganu(173 hotel)
  5. Gong Badak(24 hotel)
  6. TH Hotel & Convention Centre Terengganu

TH Hotel & Convention Centre Terengganu

HOTEL
Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, 21300
EXTERIOR_BUILDING TH Hotel & Convention Centre Terengganu
EXTERIOR_BUILDING TH Hotel & Convention Centre Terengganu
EXTERIOR_BUILDING TH Hotel & Convention Centre Terengganu
EXTERIOR_BUILDING TH Hotel & Convention Centre Terengganu
LOBBY TH Hotel & Convention Centre Terengganu
Lihat semua gambar
Mengagumkan
8.6/10
Merujuk kepada 579 tetamu
Baik untuk percutian keluarga. Bilik selesa dan memuaskan.
Bacho A. K.
Lihat semua ulasan
Berdasarkan 172 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Kolam Renang
Meja Depan 24j
Lif
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
Sultan Mahmud Airport (TGG)
(1.07 km)
Mydin Mall
(7.60 km)
Istana Badariah
(10.08 km)
Ibai Golf & Country Club
(11.88 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 579 ulasan

8.6
Mengagumkan
Hebat
188
Bagus
318
Memuaskan
30
Biasa
43
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
5.4
- Percutian keluarga
Lama menunggu, tiada potongan harga breakfast untuk senior citizen, bilik hotel bau asap rokok, bilik ke-2 bersemut, swimming pool tidak terjaga terutama sekali swimming pool for muslimah dan layanan agak tidak memuaskan. Makanan ok. saya tidak akan pergi lagi kerana kecewa.
7.0
Semuanya baik kecuali sinki yang bertakung air. Anak-anak pun sula dan selesa.
8.5
- Percutian keluarga
Sesuai dengan penginapan keluarga. Hidangan sarapan boleh dipelbagaikan menu lagi. Kolam untuk kanak-kanak harap diperbaiki.
8.5
- Percutian keluarga
Penginapan yang selesa, tuala dan cadar katil bersih dan wangi ssangat, cuma pool kanak-kanak under construction.
8.5
- Percutian keluarga
Bilik yang amat selesa. Tuala, cadar dan bantal sungguh wangi dah bersih. Makanan yang sedap dan layanan staf yang peramah dan sangat membantu. Thank you very much.
9.1
- Percutian keluarga
Biliknya luas dan mempunyai kolam renang sesuai untuk kami datang dengan anak-anak.
9.1
Bilik bersih, wifi-nya pun bagus.
6.6
- Percutian keluarga
Staff bagus. Bilik pun bagus cuma wifi tak boleh digunakan, makanan semasa breakfast tidak variety.
6.0
- Percutian keluarga
Persekitaran bilik ok just x memuaskan kolam, indah dari khabar, datang dari jauh untuk keseronokkan anak tapi sebaliknya, hope perbaiki mutu dan jika berlaku kerosakkan maklum awal-awal sebelum tawaran dibuat.
5.4
- Percutian keluarga
Mintak resit pun masalah, mintak voucher breakfast asing pun tak boleh. Ntah ape-ape hotel. Tak de class.
1
2
3
24
Seterusnya
Akhir

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Lif
    • Pesanan bilik 24 jam
    • Restoran
    • Restoran sarapan pagi
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Bar mini
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Perkhidmatan Hotel
    • Pekerja rencam
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Keselamatan 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Suratkhabar di lobi
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
    • Bebas rokok
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Mesin fotokopi
  • Aktiviti
    • Kolam renang tertutup
    • Kolam renang terbuka
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN
    • WiFi percuma
  • Sukan & Rekreasi
    • Kecergasan
  • Pengangkutan
    • Shuttle kawasan berhampiran

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14.00
Daftar keluar: 12.00

TH Hotel dan Convention Centre merupakan sebuah hotel terkenal bertaraf empat bintang. Hotel ini terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. TH Hotel dan Convention Centre ini dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia. Kejayaan Lembaga Tabung Haji dalam sektor perhotelan terbukti apabila TH Hotel dan Convention Centre telah dibuka di beberapa negeri seperti Kedah, Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu sendiri.

Bagaimana untuk ke TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Dari Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan tiket bas anda dan berlepas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk terus ke Kuala Terengganu. Perjalanan itu akan mengambil masa kira-kira enam jam. Dari terminal bas, dapatkan teksi untuk membawa anda ke hotel ini.

Dari Lapangan Terbang Subang atau KLIA2, dapatkan penerbangan domestik ke Kuala Terrenganu. Terdapat beberapa syarikat penerbangan domestik yang mengoperasikan penerbangan ke Kuala Terengganu seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Firefly dan Malindo Air. Dari lapangan terbang, anda perlu mengambil teksi untuk ke hotel ini.

Pilihan Bilik di TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Bilik penginapan merupakan elemen pertama yang mesti dijaga oleh sesebuah hotel. Bagi TH Hotel dan Convention Centre, bilik-bilik penginapan yang disediakan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan ekslusif. Hotel ini menyediakan sebanyak 7 kategori bilik penginapan. Setiap kategori datang dengan saiz, kelengkapan dan reka bentuk yang berbeza mengikut kadar harga bilik yang berbeza. Kadar harga bilik yang ditawarkan bermula dari RM176 semalam.

Restoran dan Kafe di TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Bagi memastikan para tetamu mendapat pengalaman yang menakjubkan di hotel ini, dua buah restoran hebat disediakan. Lagenda Restoran dibuka seawal jam 6 pagi sehingga jam 11 malam. Manakala Menanti Lounge dibuka pada jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah malam. Dengan adanya dua buah restoran yang bersaing di tingkat yang sama, ia menambahkan lagi kualiti dan kesedapan makanan yang disajikan oleh restoran masing-masing. Sejurus dapat menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan untuk para tetamu hotel memilih.

Kemudahan dan Aktiviti di TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Setanding dengan hotel-hotel bertaraf empat bintang yang lain, TH Hotel dan Convention Centre juga menyediakan kemudahan yang unggul bagi memastikan para tetamu berasa selesa dan berpuas hati. Antara kemudahan yang disediakan adalah, bilik seminar dan mesyuarat yang dilengkapi teknologi canggih, kolam renang yang luas dan bersih, gimnasium yang dipenuhi peralatan senaman dan pelbagai lagi. Dengan kemudahan-kemudahan yang ada, terbuktilah bahawa hotel bukan sahaja sesuai untuk tetamu berehat dan bersantai malah untuk tetamu yang datang atas urusan kerja juga.

Tempat Menarik berhampiran TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Mydin Mall - Mydin adalah rangkaian hypermarket, pasaraya dan emporium yang diasaskan orang tempatan Malaysia. Ia merupakan rangkaian hypermarket terbesar di negaranya sendiri Malaysia sebagai pemborong dan peruncit. Mydin ditubuhkan pada tahun 1918 oleh Gulam Husen Jamal di negeri Pulau Pinang. Setelah beliau meninggal, anaknya mengambil alih perniagaannya dan mengembangkan Mydin ke tahap yang lebih berjaya. Mydin mula memperluaskan cawangannya ke negeri-negeri lain di Malaysia dan sekarang Mydin telah berkembang dengan mantap dengan sejumlah 267 buah cawangan termasuk pasar raya besar, emporium, kedai serbaneka, kedai F & B dan beberapa lagi.

Green Acres Golf and Country Resort - Green Acres Golf and Country Resort diuruskan oleh Kelab Golf & Country Ibai. Ia terletak di Kuala Ibai, yang hanya 15 minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Terletak di tengah-tengah perairan bebas Sungai Ibai, Green Acres telah direka untuk memanfaatkan sepenuhnya kecantikan dan keindahan semulajadi di sekelilingnya. Seluas 7,150 meter dengan 18 lubang Championship Golf pasti akan mewujudkan persekitaran yang mencabar namun menarik untuk kedua-dua acara golf samada kejohanan atau santai.

Istana Badariah - Istana Badariah pertama kali dikendalikan pada jam 8.00 pagi pada hari Isnin, 22 Januari 1940 atau 12 Zulhijjah 1358 mengikut kalendar Islam. Kawasan istana ini meliputi kawasan seluas 41,844 ekar atau seluas 16,933 hektar di Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu. Istana Badariah menjadi kediaman rasmi kepada Sultan ke-14 dan ke-15 Terengganu. Reka bentuk struktur yang menarik dan indah yang dipamerkan di istana menjadi warisan kebangsaan dan negeri. Istiadat-istiadat rasmi kerajaan dan upacara sambutan pelawat negeri yang penting-penting sering diadakan di istana ini.

Masjid Tengku Tengah Zaharah - Masjid Tengku Tengah Zaharah dikenali sebagai Masjid Terapung. Ia adalah masjid terapung yang pertama di Malaysia. Ia terletak di Kuala Ibai Lagoon yang terletak 4 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Masjid ini dibuka secara rasmi pada bulan Julai 1995 oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Masjid putih ini menggabungkan seni bina moden yang menggabungkan penggunaan marmar, seramik, mozek dan brominat. Ia meliputi kawasan seluas 5 ekar dan mampu menampung sehingga 2000 pelawat pada satu masa.

Please be informed that the hotel's Children Pool is permanently closed. However, main and muslimah swimming pool are open and available to hotel guests.
Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?