TH Hotel Kelana Jaya adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin menginap di kawasan Kelana Jaya. Hotel ini telah menyediakan beberapa jenis bilik untuk tetamu mereka. Semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas. Selain itu, semua bilik di dalam hotel ini sentiasa dalam keadaan bersih dan dijaga dengan rapi Hotel ini juga telah menawarkan layanan yang baik dan kemudahan yang berguna untuk tetamu mereka. Lokasi hotel ini juga sangat bagus kerana ia berhampiran dengan stesen KTM dan LRT. Para tetamu juga dapat berkunjung ke tempat-tempat yang menarik di kawasan Lembah Klang dengan hanya mengambil pengangkutan awam yang berdekatan dengan hotel.
Para pengunjung yang menaiki kapal terbang, lapangan terbang yang terdekat bagi mereka ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Sebaik sahaja mereka mendarat di lapangan terbang tersebut, mereka boleh mengambil teksi dan meneruskan perjalanan mereka ke TH Hotel Kelana Jaya. Dari lapangan terbang, para pengunjung perlu mengambil Lebuhraya KLIA Extension dan ELITE dan mengambil laluan keluar 104-Subang dari Lebuhraya Baru Lembah Klang. Kemudian, mereka perlu memandu ke Jalan SS 7/19 dan selepas itu, mereka perlu mengambil Jalan SS 7/26a ke Jalan SS 6/1 di SS 5 di Petaling Jaya. Mereka dapat menemui hotel tersebut sebaik sahaja tiba di Jalan SS 6/1. Sepanjang perjalanan ke TH Hotel Kelana Jaya mengambil masa selama 40 minit.
Terdapat 6 jenis bilik di TH Hotel Kelana Jaya. Antaranya ialah Bilik Superior Twin (Bilik Sahaja), Bilik Superior Queen (Bilik Sahaja), Bilik Superior Queen (Dengan Sarapan), Bilik Superior Twin (Dengan Sarapan), Bilik Keluarga (Bilik Sahaja). Bagi Bilik Superior Twin (Bilik Sahaja), ia mempunyai saiz sebesar 15 meter persegi dan jenis katil adalah 2 katil bujang. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara, cerek elektrik, televisyen, air botol percuma, bar mini dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi berkongsi bersama peralatan mandian percuma, pancuran mandian dan air panas. Seterusnya ialah Bilik Superior Queen (Bilik Sahaja). Saiz bilik ini adalah 15 meter persegi dan ia mempunyai 1 katil Queen. Terdapat akses Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Bagi Bilik Superior Queen (Dengan Sarapan), ia mempunyai saiz sebesar 15 meter persegi dan jenis katil adalah 1 katil Queen. Hotel ini telah menyediakan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Bagi Bilik Superior Twin (Dengan Sarapan), ia mempunyai keluasan 15 meter persegi dan jenis katil adalah 2 katil bujang. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma dan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik berikutnya ialah Bilik Keluarga (Bilik Sahaja). Saiz bilik ini adalah 27 meter persegi. Jenis katil ialah 1 katil Double dan 1 katil bujang. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Selain itu, mereka juga dapat menikmati kemudahan dalam bilik dan bilik mandi seperti bilik-bilik sebelumnya. Bilik yang terakhir adalah Bilik Keluarga (Dengan Sarapan). Para tetamu boleh menikmati sarapan secara percuma dan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Selain itu, bilik ini mempunyai saiz dan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya.
TH Hotel Kelana Jaya mempunyai sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan tempatan untuk tetamu mereka. Semua makanan di dalam restoran ini telah memenuhi selera dan citarasa para tetamu di hotel. Selain itu, para tetamu boleh menikmati secawan kopi atau makanan ringan di sebuah kedai kopi di dalam TH Hotel Kelana Jaya.
TH Hotel Kelana Jaya telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang bagus untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta untuk para tetamu, perkhidmatan bilik selama 24 jam, akses Wi-Fi secara percuma di kawasan awam, concierge, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam dan kemudahan untuk mesyuarat. Selain itu, terdapat juga bank, pasar raya dan beberapa kedai berhampiran hotel ini.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |