Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,415 hotel)
  3. Melaka(901 hotel)
  4. Bandaraya Melaka(848 hotel)
  5. Pusat Bandar Melaka(540 hotel)
  6. The Baba House

The Baba House

Hotel
121-127 Jalan Tun Tan Cheng Lock, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75200
LOBBY The Baba House
Hotel Entrance The Baba House
Lihat semua gambar
Menyenangkan
8.0/10
Merujuk kepada 6 tetamu
Berdasarkan 367 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Parkir
Meja Depan 24j
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
Straits Chinese Jewelry Museum Malacca
(0.19 km)
Jonker Street Night Market
(0.23 km)
Cheng Hoong Teng Temple
(0.31 km)
Baba & Nyonya Heritage Museum
(0.34 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
Diterjemahkan oleh Google
8.5
bilik yang bersih ... sesuai untuk membeli-belah walaupun mempunyai untuk berjalan-jalan
10
- Percutian Romantik
tempat yang bagus dan cantik. Berhampiran bandar. Selesa, bersih, kemudahan akses ...
9.7
- Percutian Romantik
great location dan kakitangan yang ramah, masih ada ruang untuk meningkatkan untuk sarapan pagi
5.2
- Membeli-belah & Pemakanan
Bilik bau kayu lama. Dinding adalah lama dan retak. tidur tidak selesa - dengan beberapa serangga kecil didapati. Saya telah digigit apabila bangun pada waktu pagi.
8.8
- Kembara Beg Galas
Lokasi cukup strategik berhampiran dengan jonker street, receptionistnya ramah dan helpfull, siaran TV terhad dan masih pakai TV tabung Hotel bersih, wifi naik turun katilnya kurang selesa. untuk breakfast makanannya variatif ..
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Suratkhabar di lobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
  • Aktiviti
    • Spa
    • Taman
  • Kemudahan Perniagaan
    • Stesen komputer
    • Kemudahan mesyuarat
  • Kemudahan Berhampiran
    • Kedai cenderamata
    • Kedai
  • Kemudahan Umum
    • Kedai kopi
  • Khidmat Shuttle
    • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj
  • Pengangkutan
    • Parkir terhad
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 14.00
    Daftar keluar: 12.00

    The Baba House terletak di 121-127 - Jalan Tun Tan Cheng Lock Melaka, 75200, Malaysia. Ia terletak di kawasan yang sangat strategik kerana The Baba House ini berada berdekatan dengan kawasan tarikan pelancong di Melaka. The Baba House ini terletak di dalam bangunan bersejarah di Melaka dengan mempamerkan budaya tradisional Peranakan. The Baba House masih mengekalkan daya tarikan Baroque tradisional Cina dan rumah gaya Palladian Cina. The Baba House menggunakan perabot yang antic. The Baba House juga mempunyai hiasan dalam Cina dan Belanda yang membuatkan The Baba House ini sangat unik. Anda pastinya akan berasa seperti berada di zaman lama ketika menetap di The Baba House. Oleh itu, untuk apa jua sebab anda berada di Melaka, The Baba House adalah tempat penginapan yang terbaik untuk anda merasai dan mengalamai sendiri sejarah lama di Melaka.

    Bagaimana untuk ke The Baba House

    The Baba House terletak betul-betul di tengah bandar Melaka. Ia terletak di kawasan tarikan pelancong di Melaka dan di kawasan yang sibuk. Terdapat beberapa pengangkutan awam yang anda boleh gunakan untuk datang ke The Baba House. Anda boleh menaiki bas atau pun kapal terbang.

    Sekiranya anda ingin datang ke Melaka dengan menaiki bas, anda boleh membeli tiket bas dari tempat anda untuk ke Melaka Sentral. Jika anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Melaka Sentral. Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka. Perjalanan dari TBS ke Melaka Sentral akan mengambil masa selama 1 jam dan 35 minit bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Apabila anda sudah tiba di Melaka Sentral, anda boleh mengambil teksi untuk ke The Baba House dengan hanya 10 minit perjalanan bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu.

    Anda juga boleh menggunakan penerbangan untuk datang ke The Baba House. Anda boleh memilih untuk mengambil penerbangan daripada tempat anda untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau pun Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Sekiranya anda datang dari Utara seperti Pulau Pinang, anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangan akan mengambil masa selama 55 minit. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur seperti AirAsia, Malaysia Airlines atau pun Malindo Air. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas untuk ke Melaka. Anda boleh mendapatkan bas untuk ke Melaka Sentral dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berdekatan balai ketibaan. Tiket bas dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral adalah berharga RM 35.00. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Melaka Sentral akan mengambil masa selama 1 jam dan 32 minit. Apabila anda sudah tiba di Melaka Sentral, anda boleh mengambil teksi untuk ke The Baba House selama 10 minit.

    Pilihan Bilik di The Baba House

    The Baba House menyediakan 9 jenis bilik untuk tetamunya. Anda boleh memilih untuk menginap di mana-mana bilik yang terdapat di The Baba House. Setiap bilik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ada bilik tradisional, bilik warisan dan juga bilik moden. Bilik-bilik yang terdapat di The Baba House ini adalah seperti bilik superior twin A, superior king A, superior king B, heritage twin, heritage deluxe, heritage deluxe king, heritage couple, heritage heeren dan heritage family. Bilik superior twin A dan heritage twin mempunyai 2 katil bersaiz bujang. Bilik superior king A dan superior king B mempunyai 1 katil bersaiz king. Bilik heritage deluxe mempunyai 1 katil bersaiz queen manakala bilik heritage deluxe king mempunyai 1 katil bersaiz king. Bilik heritage couple dan heritage heeren mempunyai 1 katil bersaiz queen manakala bilik heritage family mempunyai 2 katil bersaiz queen yang membolehkan 4 orang dewasa menetap di dalamnya.

    Restoran dan Kafe di The Baba House

    Terdapat restoran di The Baba House. Anda boleh mendapatkan makanan dan minuman di restoran yang terdapat di sana. Restoran di The Baba House menyajikan masakan tempatan yang terkenal dalam kalangan penduduk di sana. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan makanan di sekitar The Baba House untuk merasai keunikan masakan masyarakat di Melaka. Makanan yang paling terkenal di Melaka adalah asam pedas.

    Kemudahan dan Aktiviti di The Baba House

    The Baba House menyediakan banyak kemudahan untuk tetamunya. Setiap bilik di The Baba House ini dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan juga Wi-Fi. Bilik-bilik di The Baba House ini juga mempunyai televisyen. Bagi anda yang ingin membuat persidangan atau pun majlis perkahwinan, The Baba House mempunyai bilik banquet dan dewan yang boleh digunakan dengan harga yang sangat berpatutan.

    Tempat Menarik berhampiran The Baba House

    Jonker Street Night Market – Anda boleh berkunjung ke sini sementara anda menetap di The Baba House. Ia terletak kurang dari 1 km daripada The Baba House. Anda boleh mendapatkan pelbagai barang dan juga makanan ketika berkunjung ke Jonker Street ini. Jonker Street merupakan salah satu tempat destinasi tarikan pelancong di Melaka.

    Anda mesti menunjukkan ID bergambar semasa mendaftar masuk. Kad kredit anda akan dicaj semasa anda membuat tempahan. Pilihan merokok/jenis katil tidak dijamin. Tempahan anda dibayar dahulu dan dijamin untuk ketibaan lewat. Caj keseluruhan adalah termasuk semua caj bilik dan cukai, serta bayaran tempahan. Sebarang caj sampingan seperti bayaran tempat letak kenderaan, panggilan telefon dan perkhidmatan bilik akan diuruskan terus antara diri anda dan hartanah tersebut.
    Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
    Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
    Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
    Perkhidmatan pengangkutan ulang-alik lapangan terbang tersedia atas permintaan. Sila hubungi hartanah lebih awal untuk membuat persiapan.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?