The Club at The Saujana

Hotel
Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40150
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
The Club at The Saujana adalah salah satu tempat penginapan yang bertaraf tinggi di Shah Alam. Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan pusat bandar Kuala Lumpur. Para tetamu juga boleh melawat ke beberapa tempat yang menarik seperti pusat membeli-belah, padang golf, pusat peranginan, kemudahan awam dan banyak lagi. Selain itu, hotel ini telah menyediakan perkhidmatan kelas atas dan kemudahan yang terbaik untuk keselesaan tetamu mereka. Hotel ini juga menawarkan pelbagai jenis bilik yang terdiri daripada kemudahan bilik dalam dan bilik mandi yang berkualiti tinggi. Para tetamu juga boleh mencuba pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa di sebuah restoran yang terletak di The Club at The Saujana.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi
Lif

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40150

10

Lokasi Strategik
Lobi The Club at The Saujana
Lobi 2 The Club at The Saujana

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai The Club at The Saujana

The Club at The Saujana adalah salah satu tempat penginapan yang bertaraf tinggi di Shah Alam. Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan pusat bandar Kuala Lumpur. Para tetamu juga boleh melawat ke beberapa tempat yang menarik seperti pusat membeli-belah, padang golf, pusat peranginan, kemudahan awam dan banyak lagi. Selain itu, hotel ini telah menyediakan perkhidmatan kelas atas dan kemudahan yang terbaik untuk keselesaan tetamu mereka. Hotel ini juga menawarkan pelbagai jenis bilik yang terdiri daripada kemudahan bilik dalam dan bilik mandi yang berkualiti tinggi. Para tetamu juga boleh mencuba pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa di sebuah restoran yang terletak di The Club at The Saujana.

Bagaimana untuk ke The Club at The Saujana

The Club at The Saujana terletak di Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, Shah Alam. Cara yang terpantas untuk sampai The Club at The Saujana adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil Lebuhraya KLIA Extension dan ELITE. Kemudian, para pengunjung perlu mengambil laluan keluar dari 104-Subang dari Lebuhraya Baru Lembah Klang. Selepas itu, para pengunjung meneruskan perjalanan mereka ke Jalan Lapangan Terbang Subang. Apabila para pengunjung tiba di Jalan Lapangan Terbang Subang, para pengunjung boleh menemui hotel ini. Perjalanan di atas jalan raya akan mengambil masa selama 40 minit.

Piilihan Bilik di The Club at The Saujana

The Club at The Saujana telah menyediakan 12 jenis bilik untuk tetamu mereka. Antaranya ialah Bilik Superior King, Bilik Deluxe King, Bilik Eksekutif Deluxe King, Bilik Kelab, Bilik Eksekutif Kelab, Bilik Premium Club, Bilik Kelab Teres, Bilik Twin Superior, Bilik Deluxe Twin, Executive Twin Room, Suite Kelab Eksekutif dan Suite Kelab Saujana. Bagi Bilik Superior King, ia mempunyai saiz sebesar 32 meter persegi dengan 1 katil double atau 2 katil single. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, peti keselamatan deposit, telefon, meja, kemudahan menyeterika, ruang tamu, televisyen skrin rata dengan saluran kabel, berkarpet, dok iPod, balkoni dan bilik bersambung. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi atau pancuran mandian, peralatan mandian percuma, pengering rambut, jubah mandi dan bilik mandi peribadi. Seterusnya ialah Bilik Deluxe King. Saiz bilik ini adalah 32 meter persegi. Terdapat perkhidmatan bangun dan Wi-Fi percuma di dalam pakej bilik ini. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Hotel ini telah menyediakan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Bagi Bilik Eksekutif Deluxe King, ia mempunyai keluasan 37 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma dan mendapatkan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya.

Bagi Bilik Kelab, ia mempunyai saiz sebesar 43 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh menikmati akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik sebelumnya. Bagi Bilik Eksekutif Kelab, ia mempunyai kawasan seluas 78 meter persegi dengan 1 katil king. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Bagi Bilik Kelab Premium, ia mempunyai saiz sebesar 88 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun dalam pakej bilik ini. Para tetamu juga boleh menikmati kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Bagi Bilik Kelab Teres, ia mempunyai keluasan 52 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Bagi Bilik Superior Twin, Bilik Deluxe Twin, Bilik Eksekutif Deluxe Twin, mereka mempunyai saiz bilik dan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Bilik berikut adalah Club Executive Suite. Saiz bilik ini adalah 122 meter persegi dengan 1 katil king. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun dalam pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama dengan kemudahan tambahan iaitu ruang makan dan pantri. Bilik yang terakhir ialah Suite Kelab Saujana. Saiz bilik ini adalah 176 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh menikmati perkhidmatan bangun dan Wi-Fi secara percuma untuk pakej bilik ini.

Restoran dan Kafe di The Club at The Saujana

Terdapat sebuah restoran di The Club at The Saujana telah menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa kepada para tetamu hotel. Para tetamu boleh menikmati hidangan yang lazat dalam bufet atau a la carte di restoran ini.

Kemudahan dan Aktiviti di The Club at The Saujana

The Club at The Saujana telah menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk keperluan tetamu mereka. Antaranya adalah perkhidmatan dobi, perkhidmatan bilik, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, tempat penukaran wang asing, concierge, kolam renang, kerusi berjemur, payung, sauna, Wi-Fi secara percuma di kawasan awam, tempat letak kereta untuk para tetamu dan bilik persidangan. Selain itu, para tetamu boleh menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan beberapa aktiviti seperti skuasy, tenis dan golf yang terdapat di The Club at The Saujana.

Tempat Menarik berhampiran The Club at The Saujana

Saujana Golf and Country Club -

Saujana Golf and Country Club terletak di Shah Alam, Selangor. Ia mempunyai dua padang golf yang terdiri daripada 18 lubang. Kedua-dua padang golf ini sangat mencabar untuk para pemain golf dan padang golf ini dijaga dengan baik. Ia juga dikenali sebagai salah satu pukulan tee paling sukar dibuat di negara ini. Selain itu, ia merupakan padang golf yang pertama menganjurkan acara European & Asia PGA. Tempat ini juga menjadi tuan rumah bagi Malaysian Open. Para pengunjung boleh berpeluang untuk mencuba padang golf yang mencabarkan dan berkunjung ke rumah kelab. Selain itu, Saujana Golf and Country Club juga mempunyai kompleks chalet dan sebuah hotel. Perjalanan dari The Club at The Saujana ke Saujana Golf and Country Club hanya mengambil masa selama 10 minit berjalan kaki.

Glenmarie Golf and Country Club

Satu lagi tempat yang sesuai untuk bermain golf di kawasan Lembah Klang ialah Glenmarie Golf and Country Club. Tempat ini mempunyai dua padang golf yang terdiri daripada 36 lubang. Ia tersenarai sebagai salah satu padang golf yang terbaik di Malaysia. Tempat ini pernah menjadi tuan rumah bagi Piala Eurasia. Para pengunjung boleh mencuba bermain di padang golf yang mencabar sambal melihat pemandangan alam sekitar yang indah. Para pengunjung juga dapat melihat beberapa tasik yang kecil, pokok pain dan beberapa angsa berenang di tasik. Selain daripada padang golf, tempat ini telah menyediakan beberapa kemudahan sukan seperti kolam renang dalam saiz Olimpik, gelanggang tenis, gelanggang skuasy, pusat kecergasan dan kawasan kanak-kanak untuk bermain. Para pengunjung boleh sampai ke Glenmarie Golf and Country Club dengan mengambil masa 10 minit memandu dari The Club at The Saujana.

Paradigm Mall

Paradigm Mall adalah salah satu pusat membeli-belah di kawasan Lembah Klang yang harus dikunjungi oleh para pengunjung. Terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 2012. Pusat membeli-belah ini terdiri daripada enam tingkat dan 300 kedai. Para pengunjung boleh melihat beberapa kedai fesyen daripada jenama antarabangsa dan tempatan seperti Zara, Dorothy Perkins, Springfield, Nichii, Tangoo, Syarakim dan banyak lagi. Selain itu, terdapat beberapa kedai perabot rumah seperti Harvey Norman dan Akemiuchi dan beberapa kedai yang menjual produk IT seperti komputer riba, telefon pintar dan kamera. Para pengunjung juga boleh menonton filem terbaru di pawagam dan bermain permainan arked di pusat membeli-belah ini. Bagi pilihan tempat makan, pusat membeli-belah ini mempunyai lebih daripada 50 restoran yang terdiri daripada masakan tempatan, makanan Asia, makanan Barat dan makanan segera. Bagi para pengunjung yang datang dari The Club at The Saujana, perjalanannya akan mengambil masa selama 15 minit memandu ke Paradigm Mall.

Tropicana Golf & Country Club

Tropicana Golf & Country Club merupakan salah satu tempat kediaman yang berkelas tinggi di Petaling Jaya. Terdapat beribu-ribu penduduk tinggal di kawasan kediaman ini. Tempat ini terdiri daripada rumah pautan separa dan rumah banglo. Para pengunjung juga boleh melihat beberapa kemudahan awam yang berdekatan dengan kawasan kediaman ini seperti sekolah, hospital, pusat membeli-belah, restoran, kemudahan sukan dan lain-lain. Selain itu, para pengunjung boleh mencuba padang golf Timur dan Barat yang terdiri daripada 27 lubang. Perjalanan dari The Club at The Saujana ke Tropicana Golf & Country Club akan mengambil masa selama 13 minit memandu.

Semua Kemudahan

Kolam Renang The Club at The Saujana
Kolam Renang
Kemudahan Hiburan The Club at The Saujana
Kemudahan Hiburan
Pusat Kecergasan The Club at The Saujana
Pusat Kecergasan
Dewan Majlis The Club at The Saujana
Dewan Majlis
Ruang Umum The Club at The Saujana
Ruang Umum

Makanan dan Minuman

  • Restoran dengan penyaman udara
  • Sarapan
  • Makan tengah hari a la carte
  • Menu set makan tengah hari
  • Makan malam a la carte
  • Menu set makan malam

Aktiviti

  • Kolam renang terbuka
  • Kerusi berjemur
  • Parasol
  • Sauna
  • Sauna

Kemudahan Umum

  • WiFi di kawasan umum
  • Parkir
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • Lif

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Keselamatan 24 jam
  • Pengurup wang
  • Pekerja rencam

Umum

  • Bilik bercantum
  • Penyaman Udara
  • Kawasan merokok

Sukan & Rekreasi

  • Golf
  • Skuasy
  • Tenis

Kemudahan OKU

  • Bilik mandi mudah diakses OKU
  • Akses kerusi roda

Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan

  • Haiwan peliharaan kecil dibenarkan
  • Haiwan peliharaan besar dibenarkan

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Bar mini

Pengangkutan

  • Garaj

Kemudahan Perniagaan

  • Bilik persidangan

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai

Kemudahan Internet

  • Internet LAN

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotel yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia. Cukai ini adalah sebagai tambahan kepada cukai-cukai sedia ada yang dikutip di hotel sewaktu mendaftar masuk. Sila buat semakan berkenaan cukai-cukai ini dengan pihak hotel pada hari ketibaan.

Deposit perlu dibayar secara tunai, atau kad kredit semasa daftar masuk.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 18:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.


Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
  • Nama pada kad kredit yang digunakan semasa daftar masuk bagi membayar untuk perkara sampingan hendaklah merupakan nama utama pada tempahan bilik tamu.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 18:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di The Club at The Saujana?
Berikut facilities yang ada di The Club at The Saujana seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di The Club at The Saujana?
Masa check-in di The Club at The Saujana bermula dari Dari 18:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah The Club at The Saujana menyediakan sarapan pagi?
Ya, The Club at The Saujana menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 10 ulasan tetamu yang disahkan
8.8
Mengagumkan
Hebat
4
Bagus
5
Memuaskan
0
Biasa
1
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
md
muhammad d. a.
Percutian Keluarga
10
/ 10
09 Oct 2017
tidak ada hotel romantik ini
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

SL
Samantha L. C. L.
10
/ 10
01 Oct 2017
Resort ini terawat dengan baik, tenang dan selesa.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 The Club at The Saujana

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka