Hotel Majestic Malacca adalah salah satu hotel eksklusif dan mewah yang terletak Melaka. Ia adalah sebuah tempat yang sangat baik untuk mereka yang mempunyai wang untuk membelanjakan atas penginapan semasa melancong di Melaka. Kadar harga bilik di The Majestic Malacca adalah sekitar tiga kali ganda dari harga purata untuk hotel-hotel di sekitar Melaka. Majestic Malacca ini sesuai untuk mereka yang berada di bandar untuk berbulan madu atau pun sebagai tempat untuk berehat dengan tenang dalam negeri yang paling bersejarah di Malaysia. Hotel itu sendiri terletak di dalam sebuah rumah agam yang dibina pada sekitar tahun 1920-an di Straits Settlement 1920-an. Rumah agam ini masih mengekalkan lantai jubin tanah liat yang asli dan kelengkapan kayu jati.
Memandu ke Melaka dan ke The Majestic Malacca adalah cara yang paling mudah untuk melancong ke sana. Walaupun Melaka sentiasa dipenuhi dengan pelancong, pengangkutan awam di negeri tersebut adalah agak rumit dan tidak merangkumi semua tempat di negeri tersebut. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke pusat bandar Melaka. Majestic Malacca terletak di seberang sungai Melaka, kira-kira sepuluh minit dari pusat bandaraya Melaka. Bagi mereka yang tidak mahu memandu, ambillah bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan Kuala Lumpur ke Melaka Sentral. Harga untuk satu tiket bas ke Melaka bermula dari serendah RM 11 untuk satu perjalanan. Melaka Sentral hanya berjarak sepuluh minit dari The Majestic Malacca. Ambillah teksi dari Melaka Sentral untuk pergi ke Hotel Majestic Malacca tetapi pastikan anda mengambil teksi yang akan menggunakan meter untuk mengira tambang.
Majestic Malacca hanya mempunyai dua jenis bilik di bangunannya. Setiap satu biliknya direka dengan mewah dan dilengkapi dengan perabot yang akan memberikan keselesaan kepada para tetamu. Bilik pertama di The Majestic Malacca adalah jenis bilik Deluxe dengan ruang sebesar 35 meter persegi. Bilik ini mempunyai pilihan untuk mempunyai sama ada untuk mempunyai sebuah katil bersaiz Double atau dua buah katil berkembar. Bilik Deluxe mempunyai konsep terbuka, dengan perabot yang kukuh dan selesa seperti sebuah meja tulis dan kerusi, bersama-sama dengan ruang duduk dan sebuah meja kopi. Jenis bilik Deluxe mempunyai sebuah bilik mandi peribadi sendiri yang dibahagikan dengan sebuah pintu pembahagi kayu yang boleh dibuka sepenuhnya. Kadar bilik adalah RM 532 untuk satu malam.
Satu lagi jenis bilik di Majestic Malacca juga adalah bilik Deluxe tetapi dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz Double. Bilik ini juga berada di dalam bilik seluas 35 meter persegi. Harganya adalah pada RM 627 untuk satu malam dan bilik ini mempunyai kemudahan mewah sendiri yang berbeza dari bilik-bilik lain seperti Internet berkelajuan tinggi dan perkhidmatan kemas bilik antara lainnya. Terdapat juga sebuah ruang duduk yang berasingan dari tempat tidur yang lengkap dengan beberapa buah sofa dan juga sebuah meja kopi. Bilik mandi peribadi di bilik Deluxe ini mempunyai sebuah pancuran mandian air yang berasingan dan tab mandi rendaman dalam. Dengan suasana yang amat romantis, bilik ini sesuai untuk mereka yang sedang berbulan madu.
Semua bilik di The Majestic Malacca mempunyai kemudahan asas dalam bilik yang sama seperti air botol percuma, sebuah set pembuat kopi/teh dan juga sebuah bar mini. Terdapat juga sebuah set televisyen dengan saluran kabel dan sebuah pemain DVD. Dengan ini, penginapan anda di sini semestinya akan menjadi sebuah pengalaman indah!
Hotel Majestic Malacca ini juga mempunyai restorannya sendiri. Restoran ini menyajikan perkhidmatan sarapan secara bufet dan a la carte. Untuk makan tengah hari dan makan malam, restoran menyajikan hidangan a la carte yang merangkumi pelbagai jenis masakan tempatan dan hidangan antarabangsa yang lazat. Anda semestinya tidak akan menyesal. Hotel ini juga mempunyai sebuah bar.
The Majestic Malacca mempunyai kemudahan yang hebat untuk para tetamu mereka. Terdapat perkhidmatan menjaga anak yang datang dengan bayaran tambahan. Hotel ini juga mempunyai perkhidmatan dobi. Terdapat juga spa yang menyediakan urutan yang hebat. Gunakan peluang menginap di sini untuk merehatkan minda dan tubuh anda.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 11:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |