Daripada 105 ulasan
Lihat ulasan terbaik kami!
Baca ulasan ikhlas yang tersedia untuk mengetahui penginapan ini dengan lebih lanjut!
Berdasarkan 105 ulasan
Daftar masuk: Dari 15:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00
Regalia Residence merupakan sebuah hotel bertaraf satu bintang yang sempurna untuk pelancong perniagaan dan percutian yang mencari penginapan yang selesa. Regalia Residence terletak di Jalan Anjung Putra, Jalan Jalan Sultan Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Kediaman ini praktikal untuk pelancong perniagaan kerana ia terletak di tengah-tengah kota dengan akses kepada pelbagai komoditi yang akan membantu anda dalam urusan korporat anda. Terdapat tiga jenis bilik penginapan utama yang disediakan oleh hotel di mana ketiga-tiga jenis bilik ini mempunyai kemudahan sempurna yang anda perlukan untuk penginapan yang menenangkan. Selain penginapan, kediaman ini juga menawarkan ruang makan yang indah untuk menikmati pelbagai masakan yang terdiri daripada rasa tempatan dan antarabangsa yang asli. Walaupun Regalian Residence kelihatan agak biasa secara umumnya, namun kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel untuk tetamu adalah bertaraf kelas pertama.
Bagaimana untuk ke Regalia Residence
Memandangkan Residence Regalia terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, anda pasti lega untuk ketahui bahawa usaha untuk mencari lokasinya tidak menjadi satu cabaran yang sukar. Sekiranya anda menaiki kapal terbang, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, jarak antara lapangan terbang itu ke hotel adalah sekitar 63 km. Ini akan membawa anda kira-kira satu jam untuk ke hotel jika anda menaiki teksi terus dari lapangan terbang. Sekiranya anda dari Lapangan Terbang Subang, jaraknya separuh dari KLIA. Ia akan membawa anda sekitar 30 minit tempoh memandu untuk ke hotel. Sekiranya anda membuat keputusan untuk menaiki kereta api ke KL Sentral dan pergi ke hotel dari sana, jarak dari stesen kereta api KL Sentral ke hotel adalah sekitar 5 km. Ia akan menjadi 13 minit tempoh perjalanan ke hotel atau anda boleh menukar kereta api di KL Sentral dengan menaiki MRT atau LRT. Perjalanan tersebut akan mengambil masa kira-kira 10 minit ke stesen masing-masing, iaitu Putra MRT, PWTC LRT atau Sultan Ismail LRT. Dari ketiga-tiga stesen ini, anda hanya boleh berjalan kaki saja untuk ke hotel kerana jaraknya kurang dari satu kilometer.
Pilihan Bilik di Regalia Residence
Terdapat tiga jenis bilik penginapan utama yang disediakan oleh Regalia Residence di mana ketiga-tiga mempunyai kemudahan sempurna yang anda perlukan untuk penginapan yang menenangkan. Bilik-bilik tersebut ialah Studio Suite, One Bedroom Suite dan Two Bedroom Suite.
Studio Suite sesuai untuk dua orang. Pasangan berbulan madu atau pelancong perniagaan akan mendapati bilik ini sesuai untuk mereka. Rekaan dalamannya bersifat sederhana dan menyediakan suasana kerja yang selesa jika anda merancang untuk menyelesaikan urusan kerja dengan lancar. Kemudahan dalam bilik yang disediakan di dalam bilik ini termasuk penghawa dingin, dapur kecil yang lengkap dengan peralatan dapur, kemudahan membuat teh/kopi, meja makan, pembakar roti, peti sejuk, televisyen satelit, bilik mandi peribadi dan pengesan asap elektronik. Bilik ini juga menyediakan pemandangan Kenny Hill dan KLCC yang indah.
One Bedroom Suite sesuai untuk tiga orang. Pasangan berbulan madu, pelancong perniagaan atau keluarga bertiga akan mendapati bilik ini sesuai untuk mereka. Rekaan dalamannya bersifat nyaman untuk suasana keluarga dan menyediakan persekitaran kerja yang selesa jika anda ingin memastikan urusan kerja anda berjalan dengan lancar. Bilik-bilik terpilih akan mempunyai Bilik Belajar yang boleh diubah menjadi satu bilik tidur. Kemudahan dalam bilik yang disediakan di dalam bilik ini termasuk penghawa dingin, akses internet, meja kerja, sofa, balkoni di bilik-bilik terpilih, pembakar roti dan peti sejuk. Bilik ini juga menyediakan dua pilihan pemandangan, iaitu pemandangan air pancut atau taman.
Two Bedroom Suite sesuai untuk empat orang. Keluarga berempat akan mendapati bilik ini sesuai untuk mereka. Rekaan dalamannya bersifat sederhana dan menyediakan persekitaran yang selesa untuk percutian keluarga dengan ruang tamu yang luas. Kemudahan dalam bilik yang disediakan di dalam bilik ini termasuk penghawa dingin, peti keselamatan, peti sejuk, skrin televisyen LCD/Plasma, Wi-Fi percuma, mesin basuh dan bilik mandi peribadi. Bilik ini juga menyediakan pemandangan KLCC dan pusat bandar yang indah.
Restoran dan Kafe di Regalia Residence
Selain bilik penginapan yang istimewa ini, Regalia Residence juga menawarkan ruang makan yang indah untuk anda nikmati pelbagai masakan lazat yang terdiri daripada rasa tempatan dan antarabangsa. Di Hemisphere, anda akan dihidangkan dengan masakan hebat sambil dikelilingi oleh pemandangan panoramik Kuala Lumpur. Kawasan makan sangat luas dan selesa untuk kedua-dua tujuan percutiaan dan perniagaan. Setiap inci ruang dalaman dihiasi dengan penggunaan warna putih yang lembut untuk memperlihatkan unsur keselesaan dan ketenangan apabila anda menikmati hidangan anda. Pemandangannya lebih indah apabila pada waktu malam. Menu yang disediakan oleh hotel ini berbeza dari hidangan tempatan dan antarabangsa.
Kemudahan dan Aktiviti di Regalia Residence
Walaupun Regalian Residence kelihatan agak biasa secara umumnya, namun kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel untuk tetamu adalah bertaraf kelas pertama. Beberapa kemudahan hotel yang disediakan di sini termasuk keselamatan kelas pertama dengan penggunaan pengawasan CCTV sepanjang masa, perkhidmatan pengemasan bilik, pusat Wi-Fi yang boleh diakses dan banyak lagi. Jika anda mencari aktiviti yang ingin dilakukan semasa masa lapang anda di hotel, anda boleh pergi ke pusat kecergasan atau kolam renang. Jika anda bercuti di sini, kolam renang pasti akan menjadi tempat yang sempurna untuk menghabiskan bersama dengan keluarga atau rakan anda. Terdapat juga gelanggang skuasy jika anda suka permainan skuasy. Selain itu, terdapat bilik aerobik/yoga, bilik biliard, bilik teater/karaoke dan perpustakaan. Taman hotel adalah tempat yang sempurna untuk anda mencari ketenangan atau anda boleh ke dek balai cerap untuk menikmati pemandangan bandar. Tiada had apabila berbincang tentang bilangan aktiviti yang boleh anda lakukan di Regalia Residence.
Tempat Menarik berhampiran Regalia Residence
Suria KLCC - Suria KLCC adalah salah satu daripada tempat terkenal untuk dikunjungi pelancong di seluruh dunia. Ini bukan sahaja kerana ia terletak di sekitar Menara Berkembar Kuala Lumpur yang popular itu, tetapi tempat ini sesuai untuk mereka yang membeli-belah dan keluarga menghabiskan masa bersama. Dari hotel ini, ia akan mengambil masa kira-kira 15 minit memandu untuk sampai ke sini.
Taman Titiwangsa - Taman Titiwangsa adalah salah satu taman rekreasi tertua di Kuala Lumpur. Banyak generasi telah berada di sini dan taman ini sudah dikenali oleh penduduk tempatan. Ini adalah tempat yang sempurna untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Ia juga sesuai untuk menikmati alam semula jadi dan tarikan lain dalam kawasan itu sendiri. Jaraknya hampir serupa dengan jarak untuk ke Suria KLCC. Ia akan membawa anda sekitar 12 hingga 15 minit memandu untuk tiba ke taman ini.