Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,231 hotel)
  3. Kuala Lumpur(2,478 hotel)
  4. Kuala Lumpur(2,483 hotel)
  5. Mont Kiara(21 hotel)
  6. VERVE Suites

VERVE Suites

Rumah Tumpangan
Jalan Kiara 5, Mont Kiara, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 50480
EXTERIOR_BUILDING VERVE Suites
LOBBY VERVE Suites
LOBBY VERVE Suites
LOBBY VERVE Suites
LOBBY VERVE Suites
Lihat semua gambar
Menyenangkan
8.1/10
Merujuk kepada 5 tetamu
Berdasarkan 13 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Kolam Renang
Lif
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
National Science Museum
(2.01 km)
Publika Solaris Dutamas
(2.20 km)
National Palace of Malaysia
(2.23 km)
Segambut Station
(2.87 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Diterjemahkan oleh Google
8.8
- Percutian keluarga
suite Verve berapa cantik. perabot berkualiti tinggi dalam kondo dimuatkan ke hulu dengan kemudahan rekreasi khas pantai renang, kolam renang infiniti dan jakuzi adalah hebat dan memberi masa santai. ia adalah mudah kerana pasar raya dan restoran di sekitar suite bersemangat. Unit ini dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi, melengkapkan penuh kutleri, pinggan mangkuk dan peralatan memasak dan linen ... dan sebagainya. Sesiapa sahaja akan dapat kekal selesa dan disayangi pemandangan malam dari kolam renang atas bumbung.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Aktiviti
    • Barbeku
    • Tuala pantai
    • Kawasan kanak-kanak bermain
    • Kolam kanak-kanak
    • Pusat kecergasan
    • Taman
    • Tab panas
    • Kolam renang terbuka
    • Kawasan berkelah
    • Pantai persendirian
    • Pantai persendirian berhampiran
    • Sauna
    • Spa
    • Ruang TV
    • Taman air
  • Sukan & Rekreasi
    • Badminton
    • Bola keranjang
    • Biliard
    • Kecergasan
    • Bilik permainan
    • Gelanggang tenis terbuka
    • Biliard
    • Skuasy
    • Ping pong
    • Tenis
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Tab mandi
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Peti besi dalam bilik
    • Dapur kecil
    • Ketuhar gelombang mikro
    • Peti sejuk
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Perkhidmatan Hotel
    • Penjaga pintu
    • Daftar masuk ekspres
    • Daftar keluar ekspres
    • Keselamatan 24 jam
    • Daftar keluar lewat
    • Perkhidmatan dobi
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Kedai kopi
    • Lif
    • Restoran
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Kemudahan Berhampiran
    • Salun kecantikan
    • Kedai runcit
    • Salun rambut
    • Dobi
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Makanan dan Minuman
    • Makan malam a la carte
    • Restoran dengan penyaman udara
    • Bar
    • Sarapan dan makan tengah hari
    • Bar snek
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
    • Kawasan merokok
    • Teres
  • Kemudahan OKU
    • Bilik mandi mudah diakses OKU
    • Parkir mudah diakses OKU
    • Kebolehcapaian dalam bilik
  • Kemudahan Perniagaan
    • Bilik persidangan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Teater/auditorium
  • Pengangkutan
    • Parkir dengan surcaj
    • Parkir yang selamat
    • Shuttle pusat membeli-belah
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14.00
Daftar keluar: 12.00

Terletak di perbandaran Mont Kiara yang mewah, VERVE Suite merupakan sebuah penginapan mewah dan selesa yang sesuai untuk mereka yang bercuti santai atau pelancongan perniagaan. Dibangunkan oleh Bukit Kiara Property, ia dikelilingi oleh kondominium-kondominium mewah, kawasan perumahan, sekolah-sekolah antarabangsa dan pusat membeli-belah. Penginapan di sini dilengkapi dengan perabot berkualiti tinggi yang menjadikan VERVE Suite penginapan yang luar biasa. Walau bagaimanapun, penginapan bertaraf empat bintang ini membolehkan anda mengalami sendiri kehebatannya pada harga yang berpatutan jika anda menempah hanya di Traveloka.com.

Bagaimana untuk ke VERVE Suite

Terletak di Jalan Kiara 5, Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia, 50480, VERVE Suite boleh diakses dengan mudah melalui beberapa laluan dari KL Sentral dan antara jalannya adalah; Jalan Tuanku Abdul Halim dan Kerinchi Link / Lebuhraya SPRINT. Jarak dari KL Sentral ke VERVE Suite apabila anda memandu melalui laluan yang disebutkan adalah masing-masing 8.8 kilometer dan 11.4 kilometer. Perjalanan melalui kedua-dua laluan akan mengambil masa kira-kira 30 minit. Walau bagaimanapun, anggaran masa tersebut mungkin berubah bergantung kepada keadaan trafik. Malah, umum mengetahui keadaan dan kesibukan jalan di Kuala Lumpur yang tidak dapat diramalkan. Tidak ada pengangkutan awam yang mudah seperti bas dan keretapi yang tersedia untuk mencapai VERVE Suite selain daripada teksi, Grab Car atau Uber. Sekiranya anda menggunakan bas atau kereta api, anda perlu berjalan lebih dari 1 kilometer dari hentian bas atau kereta api tersebut.

Pilihan Bilik di VERVE Suite

VERVE Suite mempunyai empat blok dengan jumlah sebanyak 933 unit. Ia dibina dengan beberapa jenis suite yang saiznya berbeza dari 462 kaki persegi dengan 1 bilik tidur hingga 1,394 kaki persegi dengan 3 bilik tidur. Setiap suite dilengkapi sepenuhnya dengan reka bentuk dalaman yang tersendiri dan perabot moden. Antara konsep yang direka untuk suite-suite ini ialah; urban glam, city sleek, classic chic, urban edge, verdant luxe dan beberapa lagi. Suite-suite yang ditempatkan bukanlah tempat untuk menginap semata-mata tetapi ia boleh menjadi tempat peranginan yang tenang dan anda impikan tanpa membawa anda jauh dari bandar Kuala Lumpur. Anda juga digalakkan untuk memasak apabila anda melawat dapur dengan kelengkapan alat makan, pinggan mangkuk dan peralatan memasak. Tidak seperti penginapan lain di mana dapur tidak lengkap dan dibuat hanya sebagai paparan.

Restoran dan Kafe di VERVE Suite

Terdapat beberapa restoran dan kafe di VERVE Suite di mana anda boleh melawat mana-mana dari mereka pada bila-bila masa dari awal pagi hingga tengah malam. Oleh itu, sepanjang penginapan anda di sini, anda tidak perlu risau tentang makanan.

B Lab

B-Lab adalah kedai roti, bistro dan bar yang dikendalikan oleh seorang chef Jepun dan isterinya.Ia memamaorkan dirinya dalam reka bentuk yang ringkas dan menyediakan makanan kasual dan santai. Waktu operasi restoran ini adalah setiap hari seawal 7 pagi hingga tengah malam, kecuali hari Isnin.

La Casa

La Casa menonjolkan dirinya dalam lantai papan, candelier besi dan tempat duduk yang berwarna-warni mengalu-alukan kedatangan para tetamu. Ia menyajikan masakan barat seperti burger, smoked chicken, mozzarella goreng dan beberapa jenis pasta. Ia juga menyediakan kopi segar dan jus segar.

Kemudahan dan Aktiviti di VERVE Suite

Sesebuah hotel atau suite tidak lengkap tanpa pusat kecergasan dan sauna. Pusat kecergasan di VERVE Suite berada di bahagian atas bangunan dengan pemandangan bandar yang panoramik dan dilengkapi dengan semua jenis peralatan kecergasan seperti treadmill, elips, basikal dan banyak lagi. Anda akan bermotivasi untuk bersenam apabila anda melawat pusat kecergasan ini. Bukan itu sahaja, bilik sauna berkonsepkan kayu dengan alat pemanas boleh laras untuk menyediakan haba kering yang selesa juga disediakan. Pasti anda dapat berehat dan meremajakan diri anda di sini. Haba membantu membuka liang-liang pori sehingga membersihkan badan. Selain itu, haba meningkatkan suhu badan di atas paras normal dan merangsang sistem imun badan. Apabila berpeluh, ia membantu menurunkan denyutan nadi dan tekanan darah dan menyebabkan pembuluh darah melebar. Walaupun anda tinggal di tengah-tengah bandar yang sibuk, anda masih boleh melakukan beberapa aktiviti rekreasi apabila VERVE Suite menyediakan anda kemudahan rekreasi khas seperti kolam renang berkonsepkan pantai dan kolam infiniti. Anda tidak perlu pergi ke pinggir bandar atau ke desa hanya untuk mencari ketenangan melakukan sukan rekreasi. Suite VERVE membawa anda dekat dengan alam semula jadi dengan menyediakan kolam renang luaran berkonsepkan pantai dengan pokok-pokok kelapa di tingkat atas dan membuat anda merasai pengalaman manis berkelah di pantai berpasir bersih ini. Sekiranya anda membawa anak-anak anda ke sini, mereka pasti akan bersuka ria membina istana pasir sebelum merendamkan diri di dalam kolam renang.

Di samping itu, terdapat juga kawasan barbeku yang disediakan untuk membolehkan anda menyediakan barbeku anda sendiri untuk keluarga atau rakan-rakan anda. Sebagai pengulangan, di mana lagi anda dapat mencari tempat seperti pantai sebenar di tengah-tengah bandar konkrit selain di VERVE Suite. Sesebuah tempat tidak akan lengkap kemewahannya jika tiada jakuzi. Anda boleh melegakan tekanan anda dengan merendamkan diri anda di dalam tab mandi panas yang dipenuhi dengan air yang dipanaskan pada tahap kepanasan yang selesa. Jakuzi popular sebagai hidroterapi, memberi ketenangan dan keseronokan. Kemudahan sukan rekreasi lain yang turut disediakan termasuklah gelanggang tenis dan alatannya, bilik permainan game elektronik, alatan dan meja bermain pingpong, alatan bermain skuasy, gelanggang bola keranjang, alatan bermain biliard serta gelanggang dan alatan bermain badminton.

 

Tempat Menarik berhampiran Suite Verve

Pusat Sains Kebangsaan - Pusat Sains Negara adalah sebuah pusat sains pendidikan di Kuala Lumpur, Malaysia. Terletak di Bukit Kiara, ia dibuka secara rasmi pada 29 November 1996 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Ia adalah satu langkah besar yang diambil untuk menegaskan kepentingan dan kepentingan sains dan teknologi dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah sebuah tempat yang sangat baik untuk membawa keluarga anda, terutamanya kanak-kanak untuk mengisi masa mereka dengan melawat tempat ini. Ia dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran kemasukan adalah RM6 untuk orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Masjid Wilayah Persekutuan - Masjid Wilayah Persekutuan terletak di Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Kerajaan, 50480, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia juga dikenali sebagai Masjid Jalan Duta. Masjid ini boleh memuat sehingga 17,000 jemaah pada satu masa. Reka bentuk masjid ini sangat dipengaruhi oleh Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Istana Negara Malaysia - Istana Negara adalah kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, raja Malaysia. Ia terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim di daerah Segambut, iaitu barat daya Kuala Lumpur. Istana ini dirasmikan dibuka secara rasmi pada bulan November 2011 dan menggantikan Istana Negara lama yang terletak di sesebuah tempat yang berbeza di pusat Kuala Lumpur. Kompleks istana ini mempunyai keluasan sebesar 97.65 hektar, 22 kubah, dan dibahagikan kepada tiga lot utama: Komponen Formal, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. Semua warganegara tanpa mengira status, pekerjaan, pangkat, bangsa dan agama dialu-alukan untuk membuat lawatan ke istana ini semasa Rumah Terbuka Aidulfitri yang dianjurkan pada setiap tahun.

Publika - Publika adalah pusat membeli-belah di sebuah kawasan kejiranan yang terletak di Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 KL. Direka dalam konsep kreatif dan artistik, Publika mempunyai beberapa butik pakaian mewah, kedai-kedai barangan kreatif dan tempat F & B. Pemandangan seni binanya yang moden dihasilkan daripada kepingan keluli dan kaca-kaca seni yang tergantung di siling, bumbung yang terbuka memancarkan cahaya semulajadi, binaan-binaan geometri dan bangku kawat. Selain memasarkan kedai-kedai kecil dengan barangan berkualiti tinggi, Publika juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai hiburan seperti galeri seni dan banyak lagi. Di bahagian luar pusat membeli-belah terdapat banyak restoran yang sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Upon arrival, inform the guard house that you are checking-in and provide them the name the booking was made under.
Please contact us and provide us your contact number and email address so that we can arrange for check in. We do not have 24-hour front desk so you will need to contact us in advance to ensure smooth check in.
Upon arrival, inform the guard house that you are checking-in and provide them the name the booking was made under.
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?