Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,409 hotel)
  3. Kuala Lumpur(2,567 hotel)
  4. Kuala Lumpur(2,567 hotel)
  5. Bandaraya Kuala Lumpur(518 hotel)
  6. Vortex on fourty6

Vortex on fourty6

Rumah Tumpangan
12 Jalan Sultan Ismail, Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 50250
BEDROOM Vortex on fourty6
COMMON_SPACE Vortex on fourty6
COMMON_SPACE Vortex on fourty6
COMMON_SPACE Vortex on fourty6
COMMON_SPACE Vortex on fourty6
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Bukit Nanas Monorail Station
(0.34 km)
Kuala Lumpur Convention Centre
(0.49 km)
KL Tower
(0.51 km)
Petronas Twin Tower
(0.52 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • Dapur kecil
    • Ketuhar gelombang mikro
    • Peti sejuk
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Salun kecantikan
    • Kedai cenderamata
    • Kedai runcit
    • Salun rambut
    • Dobi
    • Kedai
    • Pasar raya
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Pengering baju
    • Bilik keluarga
    • Bilik larangan merokok
  • Perkhidmatan Hotel
    • Daftar masuk ekspres
    • Daftar keluar ekspres
    • Kakitangan berbilang bahasa
  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Lif
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 15.00
      Daftar keluar: 12.00

      Vortex on Fourty6 adalah sebuah apartment yang telah diubah suai agar ia bersesuaian untuk pelancong datang dan tinggal di sini apabila melancong di Kuala Lumpur. Memandangkan lokasi hotel ini adalah strategik dengan pelbagai tarikan, ia pasti akan menarik banyak pelancong untuk tinggal di sini. Hotel ini adalah berdekatan dengan tarikan seperti Kafe Hard Rock, Pusat Membeli Belah Quill City, KLCC, Pusat Membeli Belah Pavilion dan juga Bukit Bintang. Kesemua ini mempunyai jarak yang dekat untuk pelancong berjalan kaki.

      Hotel ini juga telah diubah suai untuk mempunyai rekaan dalaman yang mudah, bersih dan juga minima. Ia juga mempunyai rekaan yang sesuai untuk pelancong yang datang untuk tujuan perniagaan. Hotel ini juga adalah sangat selamat kerana ia menggunakan teknologi kad akses yang terkini. Kad itu akan membenarkan pelancong yang menempah bilik untuk pergi ke tingkat di mana terletaknya bilik mereka. Selain daripada itu, ia juga tidak mempunyai kunci. Ia menggunakan kod oleh itu pelancong tidak perlu risau tentang kehilangan kunci.

      Hotel ini mengenakan caj perkhidmatan mencuci oleh itu para pelancong boleh dijamin bahawa bilik mereka adalah bersih dan sentiasa dicuci. Ia adalah sebuah hotel yang patut menjadi pilihan orang ramai apabila melawat Kuala Lumpur.

      Bagaimana untuk ke Vortex on Fourty6

      Ada beberapa cara untuk sampai ke Vortex on Fourty6. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil Jalan Damansara ke Jalan Belfield yang terletak di Kampung Attap. Ia hanya mengambil masa 13 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jarak adalah hanya sejauh 6.9 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini. Bagi pelancong yang ingin berjalan kaki, ini juga adalah boleh dilakukan.

      Cara lain untuk menuju ke Vortex on Fourty6 adalah dengan mengambil Express Rail Link. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil ERL dan menuju Bandar Kuala Lumpur. Dari KL Central, pengunjung boleh mengambil LRT dan pergi ke stesen KLCC. Dari situ pengunjung boleh mengambil teksi atau Grab untuk ke hotel. Mereka juga boleh berjalan kaki sambil melihat pemandangan bangunan KLCC.

      Pilihan lain adalah dengan mengambil teksi atau Grab terus dari lapangan terbang Kuala Lumpur. Dari lapangan terbang kebiasaannya sudah ada jadual menunjukkan harga untuk setiap jarak di Kuala Lumpur. Oleh itu dengan bayaran lebih kurang RM 50 pengunjung boleh mendapat pemandu untuk membawa mereka terus ke hotel.

      Pilihan Bilik di Vortex on Fourty6

      Vortex on Fourty6 adalah sebuah apartment. Oleh itu apabila pelancong menempah hotel ini, mereka akan mendapat seluruh unit apartment. Ia mempunyai 2 buah bilik. Setiap bilik akan dilengkapi dengan 1 katil Queen. Oleh itu hotel ini boleh menempatkan 4 orang dengan selesa. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai 2 buah tandas. Bilik-bilik ini pula dilengkapi dengan penyaman udara dan juga televisyen dengan saluran yang banyak. Tambahan lagi, alat pengering rambut juga di sertakan dengan bilik-bilik ini. Ia adalah bilik zon larangan merokok.

      Bilik-bilik ini juga mempunyai pemandangan bandar Kuala Lumpur oleh itu para tetamu pasti akan menyukai pemandangan ini.

      Kemudahan dan Aktiviti di Vortex on Fourty6

      Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Sebahagian daripada mereka adalah Wi-Fi di semua ruang awam, tempat letak kenderaan bagi tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri dan proses mendaftar masuk dan mendaftar keluar ekspres. Hotel ini juga mempunyai pekerja yang boleh bertutur dalam pelbagai Bahasa. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai kemudahan bagi mereka yang menggunakan kerusi roda. Tetamu mereka yang mahu mencuci pakaian mereka boleh juga dilakukan di sini kerana hotel ini mempunyai mesin mencuci pakaian dan mesin mengeringkan pakaian. Hotel ini juga dilengkapi dengan sebuah dapur kecil. Ada juga alatan seperti peti sejuk, ketuhar gelombang dan cerek elektrik. Para tetamu boleh menyediakan makanan mereka sendiri di sini dan menggunakan kemudahan yang telah di sediakan.

      Tempat Menarik berhampiran Vortex on Fourty6

      Menara Berkembar Petronas - Menara Berkembar Petronas adalah kemuncak lawatan sesiapa yang datang ke Kuala Lumpur. Menara Berkembar Petronas mempunyai ketinggian setinggi 451.9 meter dengan jumlah 88 tingkat. Bagi pelancong yang datang ke sini akan dapat melawat dan menaiki menara itu. Kemudian mereka boleh pergi jambatan yang menghubungkan 2 menara itu. Jambatan itu adalah ketinggian 170 meter. Pelancong kemudiannya boleh menaiki hingga ke tingkat 86. Dari situ pelancong boleh melihat pemandangan seluruh bandar Kuala Lumpur. Pelancong yang mahu menaiki menara ini perlu membeli tiket awal kerana jumlah pelancong yang boleh menaiki menara ini setiap hari adalah agak terhad. Bagi pelancong yang mempunyai MyKad, harga tiket adalah RM 28 manakala bagi pelancong yang tidak mempunyai MyKad harus membayar harga tiket iaitu RM 80. Menara Petronas dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Ini pasti satu pengalaman yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana negara lain.


      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
      Perlu Bantuan?