Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,290 hotel)
  3. Melaka(892 hotel)
  4. Bandaraya Melaka(839 hotel)
  5. Pusat Bandar Melaka(535 hotel)
  6. Wana Riverside Hotel

Wana Riverside Hotel

Hotel
No. 2, Jalan Munshi Abdullah, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75100
EXTERIOR_BUILDING Wana Riverside Hotel
RESTAURANT Wana Riverside Hotel
EXTERIOR_BUILDING Wana Riverside Hotel
BEDROOM Wana Riverside Hotel
Lihat semua gambar
Menyenangkan
7.8/10
Merujuk kepada 192 tetamu
Hotel yang selesa dan mesra pelanggan.
Intan N. A.
Lihat semua ulasan
Berdasarkan 268 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
The Shore Oceanarium
(0.32 km)
Cheng Hoong Teng Temple
(0.38 km)
Kampung Keling Mosque
(0.39 km)
Villa Sentosa (Malay Living Museum)
(0.40 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 192 ulasan

7.8
Menyenangkan
Hebat
31
Bagus
86
Memuaskan
42
Biasa
27
Teruk
6
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
6.0
- Percutian keluarga
Kemudahan dalam bilik kurang, tiada plug tambahan untuk masak air dan kegunaan lain, wifi yang tiada connection, sarapan yang ala kadar.
7.0
Bilik ok, besar dan selesa, puas hati dengan harga, cuma hotel nampak classic.
10
- Percutian keluarga
Hotel yg menarik dgn harga yg berpatutan.
8.5
- Percutian Romantik
Hotel yang selesa dan mesra pelanggan.
9.7
- Percutian keluarga
Kedudukan hotel dkt dgn bandar, bilik besar dan selesa, pemandangan sungai yg cantik.
8.5
- Percutian keluarga
Bilik ok ada breakfast lg, so far semuanya ok.
7.0
- Percutian keluarga
Berbaloi dengan ringgit yang dibelanjakan.
8.5
- Percutian keluarga
Hotel yang selesa, cuma masa check-in ambil masa yang agak lama.
8.7
- Kembara Beg Galas
Bilik yang baik dan bersih, perkhidmatan meja depan yang mesra tetapi iron lambat sampai.
8.7
- Percutian Romantik
Percutian yang berbeza, tapi best.
1
2
3
13
Seterusnya
Akhir
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Kedai kopi
    • Restoran
    • Pesanan bilik
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Bilik persidangan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Mesin fotokopi
    • Teater/auditorium
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Dewan besar
    • Bankuet
    • Pemanas
    • Bilik larangan merokok
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Pancuran mandi
    • TV
  • Makanan dan Minuman
    • Bar
    • Kafe
    • Ruang makan
  • Perkhidmatan Hotel
    • Meja depan
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Penyimpanan bagasi
  • Kemudahan Berhampiran
    • Kedai cenderamata
    • Dobi
    • Kedai
  • Khidmat Shuttle
    • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj
    • Pengangkutan dari lapangan terbang
  • Pengangkutan
    • Pengangkutan dari lapangan terbang
    • Shuttle kawasan berhampiran dengan surcaj
  • Kemudahan Internet
    • Sudut internet
    • WiFi percuma

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 15.00
      Daftar keluar: 12.00

      Wana Riverside Hotel terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka di tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO hanya 5 minit masa berjalan kaki dari Melaka River Cruise. Hotel ini terletak di pertengahan jarak antara Jalan Jonker dan Pusat Membeli-belah The Shore. Hanya berada pada jarak 0.5 km dari pusat bandar, kedudukan strategik ini telah menjadikan ianya berhampiran dengan kebanyakan destinasi pelancongan. Hotel ini mempunyai ruang yang luas serta bersih. Kaunter hadapan serta kakitangan khidmat mengemas bilik mereka sangat membantu serta mesra pelanggan. Wana Riverside Hotel menawarkan 170 buah bilik yang merangkumi kategori Bilik Superior, Bilik Deluxe, Bilik Eksekutif dan Suite. Setiap bilik mempunyai saiz yang luas serta dilengkapi dengan peralatan yang lengkap seperti penyaman udara, televisyen satelit, peti ais kecil, bilik air di dalam, Wi-Fi percuma, televisyen skrin rata, pembancuh kopi/teh, ruang simpanan bagasi, meja kerja, pancuran mandian, perkhidmatan mengemas bilik harian, kelengkapan mandian percuma dan banyak lagi. Sebahagian dari biliknya mempunyai pemandangan sungai dan sarapan pagi disediakan secara percuma untuk tetamu bilik. Para tetamu pasti akan merasai pengalaman makan di hotel di kawasan ruang makannya. Ianya menawarkan pelbagai jenis makanan seperti makanan tempatan dan Barat. Restoran Riverside menyajikan makanan dijamin halal dan mempunyai teres serta bar. Walau apa pun tujuan lawatan anda, Wana Riverside Hotel merupakan pilihan yang terbaik ketika anda berkunjung ke Melaka.

      Bagaimana untuk ke Wana Riverside Hotel

      Anda boleh memandu, menaiki teksi, bas atau menaiki penerbangan untuk ke Wana Riverside Hotel. Hotel ini dihubungkan dengan penerbangan dalam negeri dan juga antarabangsa. Lapangan terbang yang berhampiran dengan Wana Riverside Hotel ialah di Batu Berendam yang juga menjadi penghubung untuk penerbangan ke bahagian Utara Johor. Malindo Air dan juga Xpress Air membuat penerbangan ke Melaka. Penerbangan China Southern Airlines juga menghubungkan Guangzhou ke Melaka. Bagi mereke yang tiba di Lapangan Terbang Melaka, anda boleh menaiki teksi atau bas ke Wana Riverside Hotel yang berada hanya 8 km atau 15 minit masa pemanduan. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan yang akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 58 minit. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan bas ekspres yang menghubungkan Melaka dengan Kuala Lumpur, Seremban, Johor Bharu, Singapura atau lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan yang terletak bersebelahan dengan Stesen LRT dan Stesen Komuter KTM Bandar Tasik Selatan. Dari Singapura, terdapat banyak perkhidmatan bas yang berlepas dari City Plaza ke Melaka Sentral. Anda juga boleh menaiki kereta api untuk ke Wana Riverside Hotel. Melaka tidak mempunyai sebarang stesen kereta api. Stesen kereta api yang berhampiran dengan Wana Riverside Hotel terletak di Pulau Sebang Tampin yang berada lebih kurang 36 km. KTM membuat perjalanan ke Tampin dari lain-lain stesen di Semenanjung Malaysia setiap hari. Anda boleh menaiki bas atau teksi dari stesen keretapi untuk ke Wana Riverside Hotel.

      Pilihan Bilik di Wana Riverside Hotel

      Wana Riverside Hotel menawarkan bilik penginapan yang selesa, bergaya, moden dan kemas untuk para tetamunya. Bilik penginapannya mempunyai pemandangan bandar atau sungai dengan kelengkapan moden dan ruang yang luas untuk keselesaan para tetamunya. Hotel ini mempunyai 170 buah bilik yang lengkap serta selesa untuk para tetamunya. Terdapat 5 jenis bilik disediakan sebagai pilihan untuk para tetamu termasuk Bilik Superior, Bilik Deluxe, Bilik Eksekutif dan Bilik Suite. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dan keperluan tambahan yang unik bagi setiap jenis bilik. Kemudahan asas yang disediakan termasuk meja kerja, pengering rambut, perkhidmatan bilik, television, bilik air serta perti ais kecil. Hotel ini memberikan keseimbangan dari segi keunikan rekabentuk serta keselesaan para tetamu untuk memastikan penginapan mereka menjadi sebagai sebuah kenangan yang manis.

      Bilik Superior mempunyai keluasan 312 kaki persegi yang boleh memuatkan 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bilik ini mempunyai sebuah katil saiz raja dan dua buah katil bujang yang sesuai untuk para tetamu dengan keluarga atau bersama sahabat handai. Kemudahan yang terdapat di bilik termasuk TV Skrin rata, Wi-Fi percuma, pembancuh kopi/teh, kunci bilik elektronik, meja kerja, pancuran mandian sejuk dan panas, kelengkapan mandian percuma, penghawa dingin berpusat dan banyak lagi.

      Bilik Deluxe Pemandangan Bandar menawarkan TV LCD dengan satelit, penghawa dingin berpusat, jam loceng, peti sejuk mini dan pembancuh kopi/teh. Ianya mempunyai pemandangan ke arah Bandar Melaka Bersejarah. Bilik ini memuatkan 3 dewasa dan 2 kanak-kanak lengkap dengan 1 katil bersaiz raja atau 2 katil bujang. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma lengkap dengan hidangan pelbagai jenis roti, cereal, telur, sosej, kacang merah, buah-buahan, yogurt, kek, sarapan tempatan, kopi/teh, susu dan jus.

      Bilik Deluxe Pemandangan Sungai pula menawarkan TV LCD dengan Satelit, penghawa dingin berpusat, jam loceng, peti sejuk mini dan pembancuh kopi/teh. Ianya mempunyai pemandangan ke arah Sungai Melaka dan bandar lama Melaka. Bilik ini boleh memuatkan 3 dewasa dan 2 kanak-kanak lengkap dengan 1 katil bersaiz raja atau 2 katil bujang. Para tetamu juga boleh menikmati sarapan pagi secara percuma.

      Bilik Eksekutif mempunyai keluasan 312 kaki persegi sesuai untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Bilik ini mempunyai pemandangan bandar lengkap dengan 1 katil bersaiz raja. Para tetamu boleh menikmati kemudahan Wi-Fi percuma di dalam bilik. Kemudahan lain yang terdapat di dalam bilik termasuk air minuman percuma, pembancuh kopi/teh, tandas peribadi, pancuran mandian, penghawa dingin, khidmat mengemas bilik harian dan banyak lagi. Bilik Eksekutif juga mempunyai pintu penghubung untuk bilik bersambung yang boleh dimohon ketika mendaftar masuk.

      Bilik Suite mempunyai keluasan 312 kaki persegi dihiasi dengan bergaya untuk memberikan para tetamu ruang dan keselesaan lengkap dengan kawasan rehat dan juga kemudahan asas yang lain. Bilik ini mempunyai katil bersaiz raja yang boleh memuatkan 2 dewasa dengan seorang kanak-kanak. Para tetamu pasti akan terpukau dengan pemandangan bandar yang boleh dilihat dari bilik ini.

      Restoran dan Kafe di Wana Riverside Hotel

      Para tetamu boleh menikmati pengalaman menjamu selera di hotel di sepanjang penginapan mereka di Wana Riverside Hotel. Restoran di hotel ini bersih serta luas bagi memastikan keselesaan para tetamu mereka untuk menikmati sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam mereka terjamin. Para tetamu hotel ini boleh menjamu selera di restoran hotel, kafe serta bar yang terdapat di sini. Anda boleh menjamu selera di The Riverside Café yang terletak di aras bawah berhadapan dengan Sungai Melaka. Restoran ini menyajikan makanan secara bufet atau ala carte dengan menu tempatan dan juga antarabangsa. Para tetamu juga boleh berehat di Piazza yang terletak di luar hotel bersebelahan dengan Sungai Melaka. Restoran ini menawarkan makanan tempatan yang terkenal di mana para tetamu boleh berehat sambil menikmati keindahan pemandangan Sungai Melaka. Bagi para tetamu yang ingin beristirahat sambil menikmati hidangan snek ringan dan minuman, anda boleh bersantai di Sky Bar. Anda pasti akan teruja dengan keindahan pemandangan Bandar Melaka dan Selat Melaka sambil menikmati hidangan anda di sini.

      Kemudahan dan Aktiviti di Wana Riverside Hotel

      Wana Riverside Hotel menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang hebat dengan layanan kakitangannya yang mesra pelanggan kepada para tetamu bagi memastikan keselesaan dan kepuasan tetamu mereka di sepanjang penginapan mereka di Wana Riverside Hotel. Kemudahan dan perkhidmatan yang di sediakan termasuklah penyimpanan bagasi, kaunter hadapan 24 jam, restoran, bilik mesyuarat dan persidangan, penghantaran ke lapangan terbang, perkhidmatan pengangkutan disekitar bandar, kemudahan meletak kenderaan secara percuma, Wi-Fi percuma di kawasan awam, bantuan tiket dan lawatan, bilik kerja dan banyak lagi. Manakala kemudahan bilik terdiri dari penyaman udara, televisyen satelit, pancuran mandian panas/sejuk, kelengkapan mandian secara percuma, air minuman percuma, pengering rambut, pembancuh kopi/teh, cerek elektrik, peti ais sejuk, khidmat mengemas bilik harian, peti simpanan keselamatan dan banyak lagi.

      Tempat Menarik Berhampiran Wana Riverside Hotel

      Jonker Street - Ia merupakan destinasi yang mesti anda kunjungi ketika berada di Melaka. Jonker Street terkenal dengan kedai menjual barangan antik seperti artifaks dan barangan purba yang asli. Terletak di bahagian lama Bandar Melaka, Jonker Street merupakan destinasi terkenal di kalangan penggemar koleksi barangan antik.

      Melaka River Cruise - Ia merupakan destinasi yang mesti anda kunjungi ketika menginap di Wana Riverside Hotel. Cruise sungai ini hanya berada pada jarak 5 minit berjalan kaki dari hotel ini. Sepanjang pelayaran di sungai ini anda boleh melihat deretan gudang lama, rumah kedai, jambatan dan kampung Morten yang merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional.

      -
      Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
      Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
      Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
      Perlu Bantuan?