Winsin Hotel Chinatown terletak di Chinatown, Kuala Lumpur. Hotel ini telah menyediakan tempat penginapan yang sangat selesa dan ianya sesuai bagi mereka yang ingin melancong dalam bajet. Hotel ini telah mengenakan harga yang sangat berpatutan kepada tetamu mereka. Selain itu,mereka juga telah menyediakan beberapa kemudahan untuk keselesaan para tetamu. Tambahan pula, para tetamu telah diberi perkhidmatan yang terbaik oleh pihak hotel. Lokasi hotel ini juga sangat bagus. Ini membolehkan para pelancong untuk meneroka beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur dengan hanya mengambil masa beberapa minit dari hotel.
Terdapat beberapa cara untuk ke Winsin Hotel Chinatown. Cara yang terpantas adalah dengan menaiki kapal terbang. Mereka boleh memilih untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 atau 2 atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Bagi mereka yang memilih untuk mendarat di KLIA 1 atau 2, mereka boleh mengambil teksi dan terus ke hotel. Mereka akan melalui Lebuhraya KLIA Extension dan ELITE ke Lingkaran Putrajaya. Kemudian, mereka perlu keluar dari ELITE dan pergi ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya di Cyberjaya. Selepas itu, mereka harus mengambil jalan keluar Jalan Tun Sambanthan dari Jalan Damansara. Perjalanan diteruskan lagi ke Jalan Petaling Jaya di Pusat Bandar Raya. Sebaik sahaja mereka tiba di Pusat Bandar Raya, para pengunjung dapat sampai ke destinasi mereka di Winsin Hotel Chinatown. Perjalanan di jalan raya mengambil masa selama 59 minit.
Manakala, para pengunjung yang pilih untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, mereka boleh menyewa kereta atau menaiki teksi untuk sampai ke hotel. Mereka perlu mengambil Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya dari Jalan Lapangan Terbang Subang. Kemudian, mereka perlu meneruskan perjalanan ke Kampung Attap, Kuala Lumpur. Selepas itu, mereka perlu pilih untuk mengambil jalan keluar ke KL Sentral, Jalan Tun Sambanthan atau Bangsar dari Jalan Syed Putra. Sekiranya mereka memilih untuk mengambil Jalan Tun Sambanthan, mereka perlu pergi terus ke Jalan Petaling di Pusat Bandar Raya. Perjalanannya mengambil masa selama 35 minit.
Terdapat empat jenis bilik yang telah disediakan di Winsin Hotel Chinatown. Antaranya ialah Bilik Standard, Bilik Deluxe, Bilik Superior dengan tanpa tingkap dan Bilik Superior dengan Pemandangan Bandar. Bilik yang pertama ialah Bilik Standard. Saiz bilik ini adalah 29.9 meter persegi dan ia mempunyai 1 katil Double. Ia telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti cerek elektrik, televisyen, telefon, penyaman udara dan peti keselamatan peribadi. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi bersama pancuran mandian dan tab mandi. Selain itu, para tetamu dapat melihat pemandangan bandar dari bilik mereka. Mereka juga boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak termasuk dalam pakej. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini adalah RM 88.54 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bagi Bilik Deluxe, ia mempunyai saiz sebesar 33.9 meter persegi. Bilik ini boleh memuatkan 1 katil double atau 2 katil bujang. Selain itu, bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara, televisyen, pembuat kopi atau teh dan peti keselamatan peribadi. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai bilik mandi peribadi bersama pancuran mandian dan tab mandi. Selain itu, para tetamu boleh menikmati akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM98.60 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bilik yang berikut ialah bilik Superior dengan tanpa tingkap. Saiz bilik ini adalah 36 meter persegi dan ia boleh menampung 1 katil Double dan 1 katil berkembar. Terdapat beberapa kemudahan dalam bilik seperti televisyen, pembuat kopi atau teh, penghawa dingin dan peti keselamatan peribadi. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan tab mandi. Selain itu, para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, hotel ini tidak menyediakan sarapan pagi untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM 108.66 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bilik terakhir ialah bilik Superior dengan pemandangan bandar. Kawasan bilik ini adalah sebesar 36 meter persegi dan ia boleh memuatkan 1 katil Double dan 1 katil bujang. Bilik ini telah dilengkapi dengan televisyen, pembuat kopi atau teh, peti keselamatan peribadi dan penyaman udara. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi bersama tab dan pancuran mandian. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, pakej bilik ini tidak mempunyai sarapan pagi. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini ialah RM 128.78 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Terdapat sebuah restoran yang dipanggil sebagai Restoran Al Baik Bistro yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur. Al Baik Bistro Restaurant telah menawarkan masakan dari negara India dan Thailand. Restoran telah menyediakan hidangan seperti roti Naan, Tosai, Briyani Ayam, Murtabak, nasi goreng dan banyak lagi. Selain itu, restoran ini telah dibuka pada setiap hari selama 24 jam. Tambahan pula, harga makanannya sangat berpatutan. Para pengunjung boleh ke Restoran Al Baik Bistro dengan hanya mengambil masa selama 3 minit berjalan kaki daripada hotel. Terdapat juga sebuah kafe yang dikenali sebagai Merchant Lane Cafe. Ia terletak di Jalan Petaling. Kafe ini telah dibuka pada bulan Julai 2015. Suasana kafe ini telah dikelilingi dengan seni bina era 1930. Para pengunjung dibenarkan untuk mengambil gambar di kafe ini. Kawasan kafe ini sangat luas dan mereka mempunyai tiga bahagian di dalam kafe ini. Bahagian yang pertama adalah ia mempunyai kerusi rotan, meja dan lantai kayu. Bagi bahagian yang kedua, suasananya lebih kepada gaya Eropah. Bagi bahagian yang ketiga pula, suasananya lebih kepada ruang tamu pada zaman dahulu dan terdapat juga beberapa lukisan yang telah dipaparkan di bahagian ini. Kafe ini telah menawarkan hidangan Barat dan Timur. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis kopi dan teh di dalam menu mereka. Perjalanan dari Merchant Lane Cafe mengambil masa selama 7 minit dengan berjalan kaki dari Winsin Hotel Chinatown.
Winsin Hotel Chinatown telah menawarkan beberapa kemudahan untuk tetamu mereka. Antaranya adalah kaunter penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24-jam, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan dobi dan tempat untuk menukar wang asing. Selain itu, para tetamu boleh melayari internet dengan menggunakan Wi-Fi secara percuma di kawasan awam. Hotel ini juga telah menyediakan kemudahan perniagaan dan bilik komputer. Para tetamu boleh pergi ke beberapa kedai atau pasar raya untuk membeli barangan runcit. Selain itu, terdapat mesin ATM yang berhampiran dengan hotel.
Extra-person charges may apply and vary depending on hotel policy. Government-issued photo identification and a credit card or cash deposit are required at check-in for incidental charges. Special requests are subject to availability upon check-in and may incur additional charges. Special requests cannot be guaranteed.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 12:00 - Sebelum 12:00 |