Xplorer Residence

Hostel
1st Floor, 106/108, Jalan Gaya, , Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
X-Plorer Backpackers ialah sebuah tempat penginapan hostel yang bertaraf 1 bintang. Ia bertujuan untuk membantu para pelancong yang mempunyai bajet untuk penginapan mereka. Ia terletak di bandar Kota Kinabalu di negeri Sabah, Malaysia. Memandangkan ia adalah sebuah hostel, harganya adalah murah tetapi ia masih menawarkan kemudahan asas yang para pelancong perlukan. Hostel ini terletak di lokasi yang sangat strategik. Ia hampir dengan banyak tempat makan tempatan dan juga makanan Barat. Hostel ini juga terletak hanya 15 minit dari jeti Jesselton Point di mana pelancong boleh menaiki bot untuk ke pulau-pulau berdekatan yang dinamakan Taman Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. Selain itu, hostel ini juga terletak berdekatan dengan pasar terbuka setiap hari Ahad. Pekerja di hostel ini mengalu-alukan semua pelancong untuk datang ke hostel ini dan mereka bersedia untuk membantu semua tetamu mereka.
Pekerja hotel telah menerima vaksinasi untuk COVID-19.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
1st Floor, 106/108, Jalan Gaya, , Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000
Lobi Xplorer Residence
Luar Bangunan 2 Xplorer Residence

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Xplorer Residence

X-Plorer Backpackers ialah sebuah tempat penginapan hostel yang bertaraf 1 bintang. Ia bertujuan untuk membantu para pelancong yang mempunyai bajet untuk penginapan mereka. Ia terletak di bandar Kota Kinabalu di negeri Sabah, Malaysia. Memandangkan ia adalah sebuah hostel, harganya adalah murah tetapi ia masih menawarkan kemudahan asas yang para pelancong perlukan.

Hostel ini terletak di lokasi yang sangat strategik. Ia hampir dengan banyak tempat makan tempatan dan juga makanan Barat. Hostel ini juga terletak hanya 15 minit dari jeti Jesselton Point di mana pelancong boleh menaiki bot untuk ke pulau-pulau berdekatan yang dinamakan Taman Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. Selain itu, hostel ini juga terletak berdekatan dengan pasar terbuka setiap hari Ahad.

Pekerja di hostel ini mengalu-alukan semua pelancong untuk datang ke hostel ini dan mereka bersedia untuk membantu semua tetamu mereka.

Bagaimana untuk ke X-Plorer Backpackers

Ada beberapa cara untuk sampai ke X-Plorer Backpackers. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Kota Kinabalu, Sabah dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pelancong boleh mengambil teksi atau aplikasi Grab untuk ke hotel itu.

X-Plorer Backpackers terletak di pusat bandar Kota Kinabalu oleh itu bagi mereka yang mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, mereka boleh mengambil teksi dari lapangan terbang untuk ke hotel. Teksi itu akan mengambil Jalan Tunku Abdul Rahman dan pergi ke Pusat Bandar Kota Kinabalu. Ia akan mengambil masa lebih kurang 22 minit sahaja kerana jarak antara hostel dan lapangan terbang adalah 10.4 kilometer. Harga teksi pula akan bergantung kepada jarak dan akan ditentukan di kaunter tempahan teksi.

Pilihan Bilik di X-Plorer Backpackers

X-Plorer Backpackers mempunyai banyak jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu yang mahu tinggal di sini. Bagi pelancong yang mahu tinggal di hostel ini mereka pasti mahukan bilik yang murah. Oleh itu bilik yang ditawarkan di X-Plorer Backpackers adalah sangat sesuai kerana bilik yang ada adalah Male Dormitory dan Female Dormitory. Ada bilik yang terletak di bangunan asal manakala ada juga asrama yang terletak di bangunan baru. Asrama ini adalah katil dua tingkat yang memuatkan 6 orang dalam bilik yang sama. Tandas pula harus dikongsi dan terletak di luar bilik itu. Pelancong yang menempah bilik ini akan mendapat sarapan pagi percuma dan mendapat Wi-Fi percuma.

Bilik lain selain asrama ini adalah Double Room Shared Bathroom. Bilik ini adalah untuk 2 orang sahaja kerana ia mempunyai 1 katil Double. Akan tetapi tetamu yang tinggal di sini harus berkongsi tandas dengan tetamu dari bilik lain.

Bilik yang terakhir adalah bilik Family Room Shared Bathroom. Ia boleh memuatkan 4 orang. Ia mempunyai 1 katil Double dan 2 katil bujang. Tetamu masih perlu berkongsi tandas dengan tetamu lain. Tetamu bilik ini mendapat sarapan pagi percuma.

Kemudahan dan Aktiviti di X-Plorer Backpackers

Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Sebahagian daripada kemudahan itu adalah Wi-Fi di kesemua tempat dan juga bilik di hostel ini. Kemudian hotel ini juga menyediakan kemudahan untuk tetamu mereka mencuci baju. Hostel ini juga menyediakan tempat simpanan bagasi bagi tetamu mereka yang tiba sebelum waktu daftar masuk ataupun mempunyai destinasi lain setelah mendaftar keluar. Tetamu yang tiba pada lewat malam juga tidak perlu risau kerana hostel ini mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Oleh itu mereka boleh mendaftarkan tetamu pada bila-bila masa. Selain daripada itu, hostel ini juga menyediakan kemudahan seperti televisyen dan perpustakaan di ruang kongsi. Ada juga dapur, mesin air panas dan sejuk, balkoni, ruang kongsi, ruang simpanan barang, snek dan juga teh dan kopi.

Tempat Menarik berhampiran X-Plorer Backpackers

Pasar Ahad Jalan Gaya -

Pada awalnya Jalan Gaya dikenali sebagai Jalan Bond. Ia terletak di Kawasan Pusat Bisnes Kota Kinabalu. Di sini dahulunya terdapat kedai kayu dengan atap daun nipah tetapi kini ia telah digantikan dengan perniagaan keluarga turun-temurun. Kemudian setiap hari Ahad, jalan ini ditutup pada kenderaan bermotor untuk memberi laluan kepada Pasar Terbuka. Sini dijual pelbagai jenis barangan seperti batik sarong, buah-buahan, bunga, alat seni, kasut, barangan antik, kraftangan, kek dan juga termasuk haiwan peliharaan dan juga herba. Peniaga ini akan menjual barangan mereka di bawah payung yang besar sepanjang jalan Gaya. Pelancong boleh tawar – menawar harga barangan sebelum membelinya. Pasar Ahad ini beroperasi seawal 6.30 pagi hingga 1 tengah hari.

Menara Jam Atkinson -

Menara Jam Atkinson adalah mercu tanda Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Signal Hill berdekatan Balai Polis. Menara Jam ini dibina pada tahun 1905. Menara ini dibina dengan hanya menggunakan kayu dan tiada paku. Ia adalah untuk memperingati Francis George Atkinson yang merupakan pegawai British yang pertama di Sabah. Menara ini juga adalah mercu tanda tertua di keseluruhan Sabah yang. Hingga sekarang, ia masih berfungsi untuk menunjukkan waktu pada penduduk Sabah.

Semua Kemudahan

Dewan Majlis Xplorer Residence
Dewan Majlis
Ruang Umum Xplorer Residence
Ruang Umum
Lobi Xplorer Residence
Lobi
Luar Bangunan Xplorer Residence
Luar Bangunan
Bilik Tidur Xplorer Residence
Bilik Tidur

Perkhidmatan Hotel

  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Penyambut tetamu 24 jam

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Internet

  • Internet LAN

Kemudahan Umum

  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Sarapan

Sarapan di penginapan akan disediakan dari 00:00 - 00:00.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Xplorer Residence ?
Berikut facilities yang ada di Xplorer Residence seperti AC, Meja Depan 24 jam, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Xplorer Residence ?
Masa check-in di Xplorer Residence bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 34 ulasan tetamu yang disahkan
7.9
Menyenangkan
Hebat
5
Bagus
18
Memuaskan
2
Biasa
9
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
lokasi strategik (1)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
EA
Edjie A.
Backpacking
9.7
/ 10
29 Aug 2018
X-plorer melebihi jangkaan kami. Kami mempunyai penginapan yang selesa semasa bercuti. Kakitangan sangat bagus dan mudah diuruskan. Mereka tidak membiarkan kami membayar caj tambahan yang sepatutnya untuk pemeriksaan awal kami. Dan perkara yang baik mereka bercakap dan memahami bahasa Inggeris dengan baik.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Xplorer Residence dari Edjie A.
Imej Ulasan untuk Xplorer Residence 2 dari Edjie A.
Imej Ulasan untuk Xplorer Residence 3 dari Edjie A.
Imej Ulasan untuk Xplorer Residence 4 dari Edjie A.
Imej Ulasan untuk Xplorer Residence 5 dari Edjie A.

1 menyukai ulasan ini

MM
Melanie M.
Backpacking
9.7
/ 10
14 May 2018
Lokasi yang hebat dan penginapan yang selesa.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

FH
Fazri H.
Backpacking
9.1
/ 10
17 Apr 2018
mungkin murah di bandar ... tempat yang bagus untuk transit, jarak berjalan kaki ke pusat membeli-belah dan beberapa tempat yang baik di bandar kk ... beberapa perkara perlu ditingkatkan termasuk air perlu diisi ulang secara tetap dan ia akan menjadi baik jika tv berfungsi tetapi yang peduli
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

AI
Ariff I. B. A.
Backpacking
8.8
/ 10
03 Mar 2018
Bilik yang hebat .. sesuai untuk backpackers ... dan mempunyai wanita cantik
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

AT
Ahmad T.
Backpacking
8.5
/ 10
22 May 2018
Disyorkan. Tempat strategik, berhampiran Todak Plain, Suria KK, KK Pasar Tamu.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

Muhammad Y. B. M.
Backpacking
8.5
/ 10
14 Apr 2018
baik untuk pengembara muda, kakitangan yang ramah dan sangat membantu
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

MA
Muizzuddin A.
Backpacking
8.5
/ 10
15 Mar 2018
Tempat yang cantik. Terjangkau. Sesuai untuk backpacker. Tidak baik untuk muslimah kerana perkongsian tandas di luar
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

TJ
TAN J. Q.
Backpacking
8.4
/ 10
29 Oct 2017
Cukup bagus kerana bersih dan murah.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

SB
Selvina B.
Backpacking
8.3
/ 10
29 Aug 2017
Lokasi strategik. Berhampiran pasar jalan gaya.
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

MF
Mohammed F. F.
Backpacking
6
/ 10
10 Sep 2018
1. tiada tuala 2. tiada sabun 3. tidak dapat mencari mana-mana tong sampah 4. bantal yang sangat nipis 5. hanya dua soket kuasa di dalam bilik 6 penghuni 6. tiada lampu di beberapa bilik tandas
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Xplorer Residence

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved