Y Hotel adalah salah satu hotel bajet yang terbaik dalam piawaian tarif Ekonomi & Anggaran. Semua kemudahan asas disediakan di hotel ini. Y Hotel menyediakan penginapan yang ekonomik dan berpatutan tetapi tidak berkompromi dalam perkhidmatan yang berkualiti. Ia menawar tetamu penginapan seperti suasana rumah. Dengan hiasan yang bersih dan bergaya, anda akan berasa tenang dan selesa apabila menginap di hotel ini. Tema Y Hotel berasal dari minat pemilik dalam "Seni & Basikal" dan anda akan melihat koleksi-koleksi lukisan artis tempatan, poster hip dan juga basikal-basikal di sekeliling hotel. Setiap bilik dilengkapi dengan perabot-perabot unik yang berwarna-warni. Y Hotel terletak sekitar 4 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan 7 kilometer dari pusat bandar dengan kereta. Perkampungan budaya Kadazan dan pasar tempatan Donggongon hanya 5 minit perjalanan dengan kereta. Hotel ini juga terletak 7 km dari Filipina Market dan sekitar 6 km dari Karamunsing Capital dan 7 km dari Oceanus Waterfront Mall. Imago Shopping Mall juga berjarak 7 km dari hotel, manakala Muzium Negeri & Warisan Negeri Sabah berjarak 7 km dari hotel ini. Hotel ini juga sangat mudah dicari kerana ia berada di kedudukan strategik berdekatan dengan kemudahan awam.
Bagaimana untuk ke Y Hotel
Pelawat yang datang dari Kuala Lumpur mesti terlebih dahulu mengambil penerbangan ke Kota Kinabalu. Penerbangan akan mengambil masa kira-kira 2 jam dan 40 minit. Syarikat penerbangan seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Royal Brunei Airlines, Singapore Airlines dan Royal China Airlines semuanya menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Perjalananan ke bandar dari lapangan terbang agak mudah dengan menggunakan bas lapangan terbang. Bas-bas tersebut akan meninggalkan Lapangan Terbang setiap jam bermula jam 8:00 pagi manakala bas terakhir akan meninggalkan lapangan terbang pada jam 8:30 malam. Harga tiket ialah RM 5 untuk orang dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Teksi juga mudah didapati di lapangan terbang dengan kadar standard RM 30 untuk ke bandarraya. Applikasi ride-hailing, Grab, juga boleh didapati di Kota Kinabalu untuk membawa anda ke bandar. Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel akan mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan kereta.
Bagi mereka yang mempunyai bajet tambahan, anda boleh menyewa kereta atau minivan. Kereta sewa boleh didapati dengan mudah di lapangan terbang itu sendiri tetapi penyewaan kereta di Kota Kinabalu menawarkan harga yang jauh lebih kompetitif. Terdapat pelbagai jenis kereta yang ditawarkan, jadi pengunjung boleh memilih jenis kenderaan mengikut bajet anggaran mereka. Sedan standard seperti Proton Saga FLX akan menggunakan kos sekitar RM 140-150 sehari. Menggunakan kereta persendirian adalah cara terbaik untuk meronda Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Pilihan Bilik di Y Hotel
Pilihan bilik di Y Hotel adalah; Basic, Superior Twin/Queen, Deluxe Twin/Queen, Y Suite dan Keluarga. Semua bilik akan disediakan dengan kemudahan berikut termasuk Wi-Fi, papan seterika, pengering rambut, televisyen, meja, kerusi dan pancuran mandian panas.
Restoran dan Kafe di Y Hotel
Tidak ada restoran atau kafe di premis hotel. Tetamu dijemput untuk meneroka kawasan berdekatan yang menempatkan banyak restoran-restoran yang menawarkan pelbagai hidangan yang berbeza untuk para tetamu untuk mencuba.
Kemudahan dan Aktiviti di Y Hotel
Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan para tetamu. Kakitangan di kaunter penyambut tetamu 24 jam boleh membantu anda dengan pelbagai urusan pengangkutan dengan bayaran tambahan, seperti perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dan sewa kereta. Tempat letak kenderaan percuma tersedia di premis hotel.
Tempat Menarik berhampiran Y Hotel
Pasar Filipina - Pasar Filipina adalah salah satu destinasi paling terkenal di Kota Kinabalu dan ia dikenali sebagai tempat terbaik untuk mendapatkan cenderahati. Terokai kesemua bahagian-bahagian yang berlainan di Pasar Filipina - Pasar Ikan Salai, Pasar Buah-Buahan, Pasar Kraftangan, Pasar Sayur-sayuran, Pasar Ikan dan Gerai Makanan. Pengembara-pengembara yang berani juga boleh mencuba pelbagai hidangan-hidangan tempatan unik berbeza yang dijual di sini. Anda digalakkan untuk mencuba pelbagai makanan tempatan negeri Sabah yang senang didapati di pasar ini.
Jalan Gaya – Jalan Gaya dipenuhi dengan budaya berwarna-warni Sabah. Ia merupakan satu lawatan wajib bagi sesiapa sahaja yang berada di sekitar Kota Kinabalu pada pagi Ahad. Pelbagai produk-produk boleh didapati di sini dari pakaian dan aksesori harian ke produk tempatan dan barang-barang antic. Pasar ini pasti akan membuat anda terus teruja sepanjang hari.
Pusat Membeli-belah Imago – Pusat membeli-belah Imago di KK Times Square adalah salah satu pusat membeli-belah terbesar Kota Kinabalu. Ia adalah pusat membeli-belah sehenti premium yang terletak di tengah Kota Kinabalu. Terdapat 4 kompleks merangkumi pelbagai kedai runcit, pusat hiburan dan tempat makan. Pusat membeli-belah ini mempunyai kawasan seluas 800,000 kaki persegi serta kemudahan lebih kurang 2300 tempat letak kereta yang luas. Pusat membeli-belah Imago benar-benar merupakan salah satu destinasi membeli-belah utama untuk penduduk tempatan dan pelancong.