Apa itu Ansuran Kad Kredit?

Traveloka memberikan fleksibiliti kepada pemegang kad kredit untuk membayar secara ansuran.

Adakah saya akan dikenakan fi tambahan?

Tidak. Pemegang kad Maybank boleh menikmati ansuran 0%. Tiada faedah akan dikenakan!

Berikut adalah rakan bank kami yang sah:

Sila tekan logo di bawah untuk melihat Terma & Syarat.

Terma dan syarat ansuran Maybank

  • Pembelian mestilah dilakukan menggunakan kad kredit Maybank/kad Maybank Islamic Visa dan MasterCard (kecuali kad Korporat, Debit atau Visa Debit).
  • Boleh digabungkan dengan promosi lain.
  • Anda boleh memilih tempoh pelan ansuran sehingga 6 bulan. Namun ini bergantung kepada had kredit tersedia anda sewaktu permohonan.
  • Tempoh ansuran 6 bulan tersedia untuk transaksi minimum sebanyak RM500 (tidak termasuk Fi Insurans dan promosi lain dalam satu ID Tempahan).
  • Sah untuk tempahan melalui Traveloka App versi 2.9 dan ke atas (Android/iOS) dan di laman web atau laman mudah alih di www.traveloka.com.
  • Transaksi secara ansuran layak boleh dibayar balik berdasarkan polisi pembayaran balik produk.
  • Permohonan bayaran balik mungkin tidak akan membatalkan secara automatik bayaran ansuran anda yang seterusnya. Anda mungkin masih perlu membuat bayaran untuk tempoh asal ansuran anda setelah menerima bayaran balik.
  • Semua pemohonan dan proses ansuran adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan.
  • Sila maklum yang permohonan ansuran tidak boleh dilakukan melalui Khidmat Pelanggan Traveloka.