Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
KLM Royal Dutch Airlines, juga dikenali sebagai KLM, ialah syarikat penerbangan terkemuka di Belanda. KLM adalah sebahagian daripada Air France-KLM Group dan ahli perikatan syarikat penerbangan SkyTeam. Ditubuhkan pada tahun 1919, KLM, iaitu syarikat penerbangan tertua di dunia yang telah mengekalkan nama asalnya hingga ke hari ini. Pada waktu ini, syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan kelas ekonomi dan perniagaan ke 145 destinasi di seluruh dunia.
Kelas Ekonomi KLM dilengkapi dengan kerusi ergonomik untuk memastikan keselesaan penumpang. Bagi penumpang penerbangan jarak jauh, syarikat penerbangan itu menyediakan bantal dan selimut untuk keselesaan tambahan. Penumpang juga boleh memilih pelbagai kemudahan untuk kekal terhibur di dalam pesawat, daripada membeli-belah hingga ke pilihan filem, muzik, siri TV dan surat khabar antarabangsa. Holland Herald, majalah penerbangan syarikat penerbangan ini juga boleh didapati di dalam pesawat.
Penumpang dapat menikmati pelbagai makanan dan minuman, sama ada yang beralkohol atau bukan alkohol, dalam Kelas Ekonomi. Makanan ringan dan sandwic segar dihidangkan dalam penerbangan kontinental, sementara menu penuh dihidangkan dalam penerbangan antara benua. Penumpang yang menaiki penerbangan antara benua juga boleh meminta menu khas yang sesuai dengan diet pemakanan mereka.
Penumpang Kelas Perniagaan disediakan dengan tempat duduk yang lebih luas, peruntukan bagasi yang lebih besar dan akses kepada KLM Crown Lounges atau rakan syarikat penerbangannya. Kerusi 190 cm boleh dicondongkan sehingga 175 darjah, membolehkan penumpang berehat dengan selesa. Set soket elektrik dan kit keselesaan yang direka oleh pereka fesyen Belanda, Jan Taminiau disediakan di setiap tempat duduk untuk keselesaan penumpang, sementara set hiburan, majalah dan surat khabar akan menemani penumpang sepanjang penerbangan. Penumpang Kelas Perniagaan juga akan diberi ganjaran sebanyak 175% dari Flying Blue miles apabila melakukan penerbangan antarabangsa dan 250% ketika melakukan penerbangan di sekitar Eropah.
Penumpang Kelas Perniagaan dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lebih banyak, daripada sandwic, salad, makanan ringan dan tapas hingga tiga hidangan lengkap dengan segelas wain atau pilihan minuman penumpang. Syarikat penerbangan ini berkolaborasi dengan beberapa chef terkemuka Belanda bagi menghasilkan menu dan memilih produk terkemuka serta reka bentuk dalaman studio Marcel Wanders untuk kutleri.
Flying Blue adalah program keistimewaan untuk pelanggan setia KLM. Ahli Flying Blue berhak mendapat pelbagai manfaat dan keistimewaan yang eksklusif. Penumpang berumur 2 tahun ke atas layak mendapat keahlian dan boleh mendapat miles setiap kali mereka terbang dengan KLM atau rakan syarikat penerbangan SkyTeam, seperti Air France, Aircalin, Kenya Airways dan Tarom. Penumpang boleh menebus miles yang dikumpul untuk mendapatkan antaranya, tiket penerbangan, penggunaan kereta sewa dan penginapan hotel. Untuk mendapatkan miles, pelanggan hanya perlu menyebut nombor Flying Blue mereka sewaktu membuat tempahan penerbangan atau menggunakan perkhidmatan rakan syarikat penerbangan SkyTeam.
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
KLM mengemas kini pakaian seragam kru penerbangannya setiap lima hingga 10 tahun. Pakaian seragam terkini yang direka pada tahun 2010, terdiri daripada blaus putih, dilengkapi dengan skarf dan pin. Baju putih mungkin diseragamkan dengan jaket, blazer berlengan panjang, kot atau baju panas dan sepasang seluar panjang atau skirt rasmi. Pada waktu tertentu, kru penerbangan juga memakai skarf tebal berwarna hitam, terutama pada musim sejuk.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Domestik | Kelas Ekonomi (Light Ticket) | Maks. 12 kg (1 bagasi tangan + 1 barang peribadi) | Bagasi berbayar |
Kelas Ekonomi (Standard Ticket dan Flex Ticket) | Maks. 23 kg (Dimensi: maks. 158 cm) | ||
Kelas Perniagaan | Maks. 18 kg (2 bagasi tangan + 1 barang peribadi) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Antarabangsa | Kelas Ekonomi | Maks. 12 kg (1 bagasi tangan + 1 barang peribadi) | Maks. 23 kg (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Perniagaan | Maks. 18 kg (2 bagasi tangan + 1 barang peribadi) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan KLM boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan KLM. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Domestik | 1 jam 30 minit sebelum berlepas | 40 minit sebelum berlepas |
Antarabangsa | 2 jam sebelum berlepas | 1 jam sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan KLM. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik KLM untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula KLM untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi KLM secara terus.
KLM (kod IATA: KL) ialah singkatan untuk Koninklijke Luchtvaart Maatschappij yang diterjemahkan kepada Royal Airplane Company. Ratu Belanda Wilhelmina telah memberikan istilah “Royal” dalam namanya pada tahun 1919. Syarikat penerbangan itu yang mempunyai pejabat di Amstelveen, Belanda, adalah salah satu syarikat penerbangan pertama di dunia. Sepanjang 97 tahun operasinya, KLM telah membuat beberapa inovasi dan pencapaian. Salah satu pencapaian yang disenaraikan di Dow Jones Sustainability (DJSI) sebagai syarikat terkemuka yang paling bertahan lama dan berjaya di dunia. Kini, KLM menawarkan penerbangan dalam tiga jenis kelas, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan Eropah dan Kelas Perniagaan Dunia, iaitu bersamaan dengan Kelas Pertama. Dengan lebih daripada 115 pesawat miliknya, KLM telah melakukan penerbangan ke 145 destinasi di seluruh dunia. Selaras dengan slogan, “Journeys of Inspiration”, KLM sentiasa berusaha untuk memberi inspirasi kepada penumpang melalui perkhidmatan yang disediakan. Di udara, contohnya, KLM memanjakan penumpangnya dengan pelbagai jenis makanan, majalah dalam penerbangan dan surat khabar antarabangsa, serta set hiburan elektronik untuk menemani penumpang sepanjang penerbangan mereka. Sementara itu, di darat pula, KLM menawarkan semua penumpangnya peluang untuk menjadi ahli Flying Blue, iaitu program penumpang kerap syarikat penerbangan itu - dan penumpang kelas perniagaan dengan keistimewaan SkyPriority daripada SkyTeam. Penumpang KLM yang memilih untuk mendaftar masuk di kaunter lapangan terbang dinasihatkan untuk berbuat demikian dalam tempoh dua jam sebelum waktu berlepas. KLM juga menawarkan kemudahan daftar masuk dalam talian, yang dibuka dari 30 jam hingga satu jam sebelum berlepas. Walau bagaimanapun, bagi penerbangan ke Amerika Syarikat, daftar masuk dalam talian hanya tersedia 24 jam sebelum waktu berlepas. Penumpang dinasihatkan untuk mengetahui waktu daftar masuk dalam talian untuk penerbangan ke Delhi, Paramaribo, Lagos, Eropah, Osaka, Guayaquil, Bandar Raya Mexico dan Moscow. KLM membuka daftar masuk untuk bagasi tiga jam hingga 40 minit sebelum berlepas bagi penerbangan dalam Eropah dan hingga 60 minit sebelum berlepas untuk penerbangan antarabangsa. Daftar masuk bagasi untuk penerbangan ke Accra, Nairobi, Lagos, Almaty, Astana, Amsterdam, Bonaire, Colombo, Guayaquil, Osaka dan Paramaribo, mungkin tutup lebih awal. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak peraturan daftar masuk pada laman web rasmi KLM atau menelefon khidmat pelanggan syarikat penerbangan itu.
KLM Royal Dutch Airlines secara rasminya ditubuhkan pada 7 Oktober 1919. Syarikat penerbangan itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 1920 dan penerbangan antara benua pertama pada tahun 1924 dari Amsterdam, Belanda ke Batavia (sekarang Jakarta), Indonesia. Laluan ini telah menjadi laluan tetap syarikat penerbangan tersebut sejak tahun 1929. Kemudian, pada tahun 1934, KLM menyeberangi Lautan Atlantik untuk kali pertama dengan penerbangan ke Curacao di Caribbean. Pada tahun pertama operasinya, KLM telah menerbangkan seramai 345 penumpang dan 25 tan kargo, iaitu satu perbezaan yang ketara dengan kini lebih daripada 400 penumpang dan 20 tan kargo untuk setiap penerbangan dengan menggunakan pesawat propeller daripada Douglas Aircraft Company. Pesawat KLM kemudian mengalami peningkatan selepas tahun 1960, ketika syarikat penerbangan itu mula menggunakan pesawat enjin jet. Walaupun saiznya sama, pesawat baru ini lebih cepat, dengan itu, mengambil waktu yang singkat untuk sampai ke destinasinya. Dengan kapal terbang baru ini, KLM memecahkan rekod sebagai syarikat penerbangan pertama yang terbang di seluruh benua dalam waktu kurang dari 24 jam. Pada tahun 1971, ketika Boeing 747 pertama dilancarkan, KLM menjadi salah satu syarikat penerbangan pertama yang menggunakan pesawat tersebut. Dirujuk sebagai “Jumbo Jet” kerana saiznya yang besar, malah Boeing 747 yang pertama pun dapat membawa lebih banyak penumpang dan kargo. Syarikat penerbangan itu sebenarnya telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat sejak awal operasinya. Berikut ialah senarai pesawat KLM yang pernah digunakan dan tahun-tahun operasi mereka:
Berikut ialah cara menempah tiket KLM secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket KLM anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket KLM ialah bukti tempahan penerbangan KLM. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter KLM di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.