amaran
Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
 
Qatar Airways: Pengenalan

Sebagai ahli oneworld® airline alliance, Qatar Airways merupakan salah satu syarikat penerbangan 5 bintang yang terbaik di dunia. Dari tahun 2011 hingga 2016, Qatar Airways memegang kedudukannya secara konsisten di tempat kedua teratas sebagai World’s Best Airlines Ranking mengikut Skytrax. Qatar Airways menyediakan penerbangan ke lebih 160 destinasi merentasi 70 negara dalam tiga jenis kelas penerbangan: kelas ekonomi, kelas perniagaan dan kelas pertama.


Tempahan & E-tiket Qatar Airways

Cari dan tempah tiket penerbangan Qatar Airways secara dalam talian melalui Traveloka untuk mendapatkan harga promosi terbaik.

Cara Menempah

Berikut ialah cara menempah tiket Qatar Airways secara dalam talian:

  1. Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App anda
  2. Isi butiran penerbangan dalam kotak carian
  3. Pilih dan tempah penerbangan anda
  4. Isi maklumat penempah dan butiran penumpang
  5. Jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan anda
  6. Dapatkan e-tiket Qatar Airways di Tempahan Saya atau dalam emel anda

Cara Membayar

Pembayaran untuk tiket Qatar Airways anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.

Rakan Syarikat Penerbangan Traveloka - Domestik & Antarabangsa

AirasiaFireflyMalindo AirJetstar ScootMalaysia AirlinesGaruda IndonesiaSingapore AirlinesSilkAirCathay PacificBangkok AirwaysVietnam AirlinesPhilippine AirlinesBatik AirCitilinkEmiratesLion AirNok AirQatar AirwaysThai Airasia XThai AirwaysThai SmileVietjetAll Nippon AirlinesAsiana AirlinesChina AirlinesEgypt AirEtihad AirwaysEVA AirKLMKorean AirQantas AirlinesTurkish AirlinesUnited AirlinesAir FranceAmerican AirlinesChina Southern AirlinesJet AirwaysLufthansaRoyal BruneiVirgin AustraliaXiamen AirlinesAir ChinaAir New ZealandFinnairOman AirSaudi Arabian AirlinesShanghai AirlinesSrilankan Airlines

Rakan Pembayaran Rasmi Traveloka


Penarafan Qatar Airways

berdasarkan 1008 ulasan

Standard perkhidmatan: Full Service

Kelas Penerbangan Qatar Airways

Kelas Ekonomi

Kelas Ekonomi Qatar Airways menawarkan penerbangan berpatutan dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan berkualiti premium untuk menjamin keselesaan penumpang. Kawasan tempat duduk dalam pesawat Qatar Airways adalah antara yang paling luas dalam industri penerbangan dengan tujuan supaya penumpang akan berasa selesa walaupun semasa penerbangan jarak jauh. Penumpang juga dapat menikmati hiburan dalam penerbangan melalui monitor peribadi di tempat duduk mereka. Kit kemudahan juga disediakan untuk memastikan bahawa perjalanan dengan Qatar Airways sentiasa menyeronokkan.

Hidangan dalam Penerbangan

Qatar Airways bekerjasama dengan chef selebriti Nobu Matsuhisa untuk menyediakan hidangan lazat dalam penerbangannya. Chef memastikan bahawa rasa makanan bersesuaian dengan perubahan selera penumpang pada ketinggian 30,000 kaki di udara. Makanan yang dihidangkan adalah halal dan segar, bersama pelbagai minuman panas dan sejuk. Penumpang yang mengamalkan pemakanan tertentu perlu menempah hidangan mereka selewat-lewatnya 24 jam sebelum berlepas.

Kelas Perniagaan

Tempat duduk penumpang di Kelas Perniagaan Qatar Airways sesuai untuk mereka yang ingin menyiapkan kerja semasa penerbangan. Tempat duduk dan meja di Kelas Perniagaan direka seperti ruang kerja yang dilengkapi dengan lampu LED, komputer riba, dan port USB. Sambungan WiFi percuma juga tersedia dalam beberapa pesawat. Apabila penumpang Kelas Perniagaan memilih untuk berehat, mereka boleh menikmati hiburan dalam penerbangan melalui monitor dwi skrin di tempat duduk, atau berbaring di tempat duduk yang boleh diubah menjadi katil rata.

Hidangan dalam Penerbangan

Penumpang Kelas Perniagaan boleh menikmati menu istimewa Qatar Airways dan minuman untuk memastikan mereka berasa segar semasa penerbangan, seperti mocktail dan makanan pedas. Qatar Airways sentiasa menyediakan makanan halal dalam setiap penerbangan, oleh itu, penumpang Muslim tidak perlu membuat tempahan khas. Walau bagaimanapun, tempahan menu istimewa boleh dibuat terlebih dahulu selewat-lewatnya sehari sebelum waktu berlepas.

Kelas Pertama

Kelas Pertama Qatar Airways menawarkan pengalaman penerbangan mewah dengan perkhidmatan eksklusif. Kabin kelas pertama adalah luas dengan jarak antara tempat duduk yang cukup jauh untuk memberikan keselesaan dan privasi kepada setiap penumpang ketika mereka tidur, menonton filem, mendengar lagu, bermain permainan, malah menyiapkan kerja semasa penerbangan. Setiap tempat duduk boleh diubah menjadi katil rata dan dilengkapi dengan bantal, duvet dan selimut linen. Semasa penerbangan, kru kabin sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan penumpang.

Hidangan dalam Penerbangan

Penumpang Kelas Pertama Qatar Airways boleh menikmati hidangan istimewa Chef Matsuhisa yang disediakan dengan kutleri yang mewah. Terdapat pelbagai jenis minuman seperti wain dan minuman tidak beralkohol yang boleh dinikmati sebelum, semasa dan selepas makan. Penumpang juga boleh memesan menu khas untuk bayi dan kanak-kanak, serta makanan vegetarian dan pemakanan berasaskan kesihatan. Namun, menu khas ini perlu dimaklumkan kepada Qatar Airways selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu berlepas.

Program Keistimewaan Qatar Airways

Privilege Club

Program penumpang kerap syarikat penerbangan Qatar Airways yang dikenali sebagai Privilege Club, menawarkan empat peringkat keahlian: Burgundy, Silver, Gold dan Platinum. Keahlian Privilege Club diperoleh berdasarkan harga dan jarak perjalanan yang dilalui oleh penumpang menggunakan Qatar Airways. Terdapat juga Family Privilege Club yang membolehkan ahli keluarga mengumpul Qmiles dan Qpoints supaya mereka boleh menebus mata ganjaran dengan lebih cepat. Ahli Privilege Club boleh menebus mata ganjaran mereka untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma, diskaun sewa kereta, diskaun hotel dan banyak lagi.

Ruang Istirahat Lapangan Terbang

Pemegang kad Gold dan Platinum Privilege Club boleh menikmati kemudahan di ruang istirahat lapangan terbang oneworld® yang tersedia di lebih daripada 600 lapangan terbang di seluruh dunia. Qatar Airways juga mempunyai ruang istirahat lapangan terbang sendiri di Hamad Doha, Heathrow London, Dubai, dan Charles de Gaulle Paris bagi penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan. Penumpang boleh menikmati kemudahan premium seperti perkhidmatan yang mesra kakitangan, restoran, spa, bahan bacaan, dan kemewahan kawasan lapang untuk berehat di ruang istirahat yang tersedia.

Pesawat Qatar Airways

Airbus A330-200
Kelas penerbangan:

  • Ekonomi
  • Perniagaan
  • Kelas Pertama

Tata kursi:

  • 2-4-2 (Ekonomi)
  • 2-2-2 (Perniagaan)
  • 1-2-1 (Kelas Pertama)

Jarak antar kursi:

  • 32 inci (Ekonomi)
  • 60 inci (Perniagaan)
  • 79 inci (Kelas Pertama)

Hiburan di pesawat:

Tersedia


WiFi:

Tersedia


Soket/port USB:

Tersedia

Airbus A380-800
Kelas penerbangan:

  • Ekonomi
  • Perniagaan
  • Kelas Pertama

Tata kursi:

  • 3-4-3 (Ekonomi)
  • 1-2-1 (Perniagaan)
  • 1-2-1 (Kelas Pertama)

Jarak antar kursi:

  • 32 inci (Ekonomi)
  • 80 inci (Perniagaan)
  • 83 inci (Kelas Pertama)

Hiburan di pesawat:

Tersedia


WiFi:

Tersedia


Soket/port USB:

Tersedia

Boeing 787-8
Kelas penerbangan:

  • Ekonomi
  • Perniagaan

Tata kursi:

  • 3-3-3 (Ekonomi)
  • 1-2-1 (Perniagaan)

Jarak antar kursi:

  • 31 inci (Ekonomi)
  • 80 inci (Perniagaan)

Hiburan di pesawat:

Tersedia


WiFi:

Tersedia


Soket/port USB:

Tersedia

Anak Kapal Qatar Airways

Seragam Pramugari Qatar Airways

Kru kabin Qatar Airways memakai kemeja putih dan pakaian luar berwarna merah. Pramugari pula memakai skirt paras lutut atau seluar panjang dan topi, manakala pramugara memakai seluar hitam berserta tali leher. Terdapat logo kecil Qatar Airways yang diilhamkan oleh kepala oryx di atas topi mereka. Pakaian seragam Qatar Airways kelihatan biasa tetapi sangat elegan dan profesional. Kadangkala, kru tidak mengenakan kot dan topi mereka ketika berada di dalam pesawat. Matlamatnya adalah supaya mereka dapat bergerak dengan lebih selesa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penumpang.


Peruntukan Bagasi Qatar Airways

Kelas Penerbangan

Kelas Penerbangan

Bagasi Kabin

Bagasi Yang Didaftar Masuk

Semua Laluan

Kelas Ekonomi

Maks. 7 kg (Dimensi: 50 x 30 x 25 cm )

Maks. 30 kg

Kelas Perniagaan

2 bagasi (maks. 15 kg) (Dimensi: 50 x 37 x 25 cm)

Maks. 40 kg

Kelas Pertama

Maks. 50 kg

Semua penerbangan ke Amerika

Kelas Ekonomi

Maks. 7 kg (Dimensi: 50 x 30 x 25 cm)

2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi ) (Dimensi: maks. 158 cm )

Kelas Perniagaan

2 bagasi (maks. 15 kg) (Dimensi: 50 x 37 25 cm)

2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm)

Kelas Pertama

Polisi Penumpang Qatar Airways

Polisi Penumpang Bayi (0-2 Tahun)
  • Penumpang bayi berumur kurang daripada 8 hari dibenarkan untuk menaiki pesawat hanya jika doktor penumpang bayi tersebut mengisi Borang Maklumat Perubatan (MEDIF) yang disediakan oleh Pusat Perubatan Qatar Airways.
  • Penumpang bayi mestilah membawa dokumen perjalanan yang berkaitan.
  • Penumpang bayi mestilah ditemani oleh ibu bapa atau pengiring dewasa yang berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
  • Seorang penumpang dewasa hanya dibenarkan untuk menemani seorang penumpang bayi.
  • Penumpang bayi berumur kurang daripada 12 bulan boleh duduk di atas riba penjaga mereka semasa penerbangan, dan akan dikenakan bayaran sebanyak 10% daripada tambang penumpang dewasa.
  • Penumpang bayi berumur lebih daripada 12 bulan perlu ditempatkan di tempat duduk yang berasingan atau tempat duduk kereta dan menggunakan tiket penumpang kanak-kanak. Tiada fi tambahan dikenakan untuk penggunaan tempat duduk kereta.
  • Penumpang yang membawa seorang bayi mestilah memaklumkan kepada syarikat penerbangan semasa membuat tempahan.
Polisi Penumpang Kanak-kanak (2-18 Tahun)
  • Penumpang kanak-kanak berumur antara 2 hingga 5 tahun mestilah ditemani oleh seorang penumpang dewasa yang berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
  • Penumpang kanak-kanak akan dikenakan tambang tiket penumpang kanak-kanak yang berbeza mengikut laluan penerbangan yang diambil.
  • Penumpang yang menaiki pesawat bersama kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun dibenarkan membawa tempat duduk kereta sendiri, tanpa dikenakan fi tambahan.
  • Penumpang kanak-kanak berumur lebih daripada 12 tahun mestilah membayar mengikut tambang penumpang dewasa.
  • Penumpang kanak-kanak mestilah membawa dokumen perjalanan yang berkaitan.
  • Penumpang kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun boleh menaiki pesawat sebagai golongan bawah umur tanpa pengiring. Atas permintaan, Qatar Airways boleh menyediakan pengiring profesional untuk menemani penumpang kanak-kanak tersebut semasa penerbangan. Pengiring tersebut akan menyerahkan penumpang kanak-kanak itu kepada penjaganya setelah mereka tiba di lapangan terbang destinasi.
  • Golongan bawah umur tanpa pengiring mestilah membawa surat daripada penjaga mereka yang menyatakan bahawa mereka dibenarkan untuk menaiki pesawat bersendirian. Penjaga mereka mestilah memaklumkan kepada Qatar Airways mengenai kanak-kanak tersebut semasa membuat tempahan tiket atau selewat-lewatnya 72 jam sebelum berlepas.
  • Tambang tiket penumpang golongan bawah umur tanpa pengiring adalah sama seperti tambang tiket penumpang dewasa. Penjaga juga mungkin perlu membuat bayaran untuk perkhidmatan pengiring profesional dan tiket penerbangan balik.
Polisi Penumpang Hamil
  • Penumpang dengan kehamilan 28 minggu tanpa sejarah komplikasi dibenarkan menaiki pesawat tanpa sebarang keperluan khas. Walau bagaimanapun, penumpang disarankan supaya membawa surat doktor untuk mengelakkan kelewatan semasa mendaftar masuk di lapangan terbang.
  • Penumpang dengan kehamilan 29 hingga 32 minggu, dan hanya mengalami komplikasi satu kali dibenarkan menaiki pesawat jika disertakan dengan surat pengesahan daripada doktor. Borang MEDIF tidak diperlukan.
  • Penumpang dengan kehamilan 29 sehingga 32 minggu, dan mengalami beberapa komplikasi dikehendaki mengemukakan surat doktor dan mengisi borang MEDIF.
  • Penumpang dengan kehamilan 33 hingga 35 minggu, dan hanya mengalami hanya satu komplikasi atau tidak pernah mengalami komplikasi dibenarkan untuk menaiki pesawat jika surat doktor dikemukakan. Borang MEDIF tidak diperlukan.
  • Penumpang dengan kehamilan 33 hingga 35 minggu, dan mengalami beberapa komplikasi tidak dibenarkan menaiki pesawat.
  • Penumpang dengan kehamilan 36 minggu dan ke atas tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Polisi Penumpang Kurang Upaya
  • Penumpang kurang upaya mestilah membawa kad pengenalan dan dokumen yang berkaitan.
  • Penumpang kurang upaya mestilah memaklumkan permintaan khas mereka dengan menghubungi pejabat tempatan Qatar Airways selewat-lewatnya 24 jam sebelum berlepas, atau melalui menu “Urus Tempahan” (“Manage Booking”) dalam laman web rasmi Qatar Airways.
  • Qatar Airways akan membawa kerusi roda dan alat bantuan pergerakan lain seperti topang ketiak dan tongkat tanpa fi tambahan.
  • Penumpang kurang upaya dibenarkan untuk menaiki pesawat bersendirian kerana Qatar Airways menyediakan bantuan pergerakan. Syarikat penerbangan ini juga bekerjasama dengan pihak pengurusan lapangan terbang untuk membantu penumpang kurang upaya sepanjang masa mereka berada di lapangan terbang.

Polisi Daftar Masuk Qatar Airways

Waktu Daftar Masuk Qatar Airways

Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Qatar Airways boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Qatar Airways. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.

Laluan Penerbangan

Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan

Tempoh Waktu Daftar Masuk

Semua laluan

3 jam sebelum berlepas

1 jam sebelum berlepas

Daftar Masuk Qatar Airways Secara Dalam Talian

Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Qatar Airways. Sila ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Pergi ke halaman daftar masuk web Qatar Airways
  2. Masukkan kod tempahan anda atau butiran tempahan lain mengikut arahan yang diberi.
  3. Lengkapkan butiran daftar masuk anda.
  4. Simpan dan/atau cetak pas masuk anda.

Polisi Pembayaran Balik Qatar Airways

Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Qatar Airways untuk maklumat lengkap.

Polisi Penjadualan Semula Qatar Airways

Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu. Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Qatar Airways untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Qatar Airways secara terus.


 

Profil Qatar Airways

Qatar Airways (Kod IATA: QR) ialah sebuah syarikat penerbangan global yang terkenal dengan perkhidmatan dan kemudahan yang selesa. Pejabat utama Qatar Airways terletak di Doha dengan beberapa pejabat tempatan merentasi pelbagai negara. Sejak tahun 2014, syarikat penerbangan ini menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad sebagai hab bagi kebanyakan penerbangan hariannya. Qatar Airways ialah syarikat penerbangan milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1993, dan telah diperbaharui pada tahun 1997 untuk menjadi salah satu syarikat penerbangan yang terbaik di dunia. Syarikat penerbangan ini mempunyai slogan “Going Places Together”' dan telah berjaya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan sementara mengembangkan bilangan pesawat serta destinasi. Kejayaan Qatar Airways terbukti melalui pelbagai anugerah yang diterimanya. Dari tahun 2011 hingga 2016, Qatar Airways secara konsisten menduduki dua tempat teratas dalam senarai syarikat penerbangan terbaik di dunia mengikut penilaian Skytrax. Qatar Airways menduduki tempat pertama pada tahun 2011, 2012, dan 2015. Pada tahun 2016, Qatar Airways juga memperoleh anugerah lain daripada Skytrax, termasuk World’s Best Business Class, Best Business Class Airport Lounge, dan Best Airline Service in The Middle East. Program penumpang kerap Qatar Airways juga telah memperoleh Freddie Awards sebanyak dua kali pada tahun 2006 dan 2007. Qatar Airways menyediakan peruntukan bagasi 50 kg kepada penumpang Kelas Pertama, 40 kg bagi Kelas Perniagaan, dan 30 kg bagi Kelas Ekonomi. Penumpang Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan juga dibenarkan membawa 2 bagasi tangan ke dalam kabin dengan jumlah berat maksimum 15 kg. Sementara itu, penumpang Kelas Ekonomi dibenarkan membawa satu beg kabin dengan berat maksimum 7 kg. Di samping itu, penumpang dibenarkan membawa beg tangan kecil untuk masuk ke kabin. Selain daripada peruntukan bagasi istimewa, Qatar Airways juga menyediakan hiburan dalam penerbangan di semua kabin yang dipanggil Oryx One. Ia menawarkan lebih daripada 3,000 judul filem, lagu dan permainan yang boleh dimainkan pada monitor peribadi dan fon kepala. Sebagai alternatif, kit pendidikan kreatif juga disediakan kepada penumpang kanak-kanak. Selain itu, port USB yang tersedia di setiap tempat duduk membolehkan penumpang menggunakan gajet mereka pada tempoh yang lama. Qatar Airways menyarankan penumpang untuk tiba di lapangan terbang tiga jam sebelum waktu berlepas. Penumpang juga boleh mendaftar masuk secara dalam talian 48 jam hingga 90 minit sebelum waktu berlepas jika ingin mengelak daripada beratur di kaunter lapangan terbang pada tempoh yang lama. Walau bagaimanapun, penumpang masih disyorkan untuk tiba di lapangan terbang tiga jam sebelum waktu berlepas untuk melalui pemeriksaan keselamatan lapangan terbang, imigresen dan menaiki pesawat.

Sejarah Qatar Airways

Qatar Airways bermula sebagai sebuah syarikat penerbangan kecil di negara Teluk Parsi, Qatar. Syarikat penerbangan ini telah ditubuhkan pada 22 November 1993 dan mula beroperasi pada 20 Januari 1994. Pada mulanya, syarikat penerbangan ini dimiliki oleh keluarga diraja Qatar. Pada masa itu, syarikat penerbangan ini hanya mempunyai 4 unit pesawat terpakai yang dibeli daripada syarikat penerbangan lain dan menyediakan laluan serantau di Timur Tengah. Apabila Akbar Al Baker mengambil alih peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways pada tahun 1997, syarikat penerbangan ini mengalami reformasi untuk menjadi sebuah syarikat penerbangan peringkat antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik. Salah satu strategi reformasi adalah untuk menambah lebih banyak pesawat dan destinasi. Dari tahun 1997 hingga 2003, Qatar Airways telah menambah lebih daripada 40 pesawat baharu. Syarikat penerbangan ini juga telah menambah laluan baharu ke Jakarta, Indonesia, dan Basra, Iraq. Pada masa itu, separuh daripada saham Qatar Airways dimiliki oleh kerajaan dan separuh lagi oleh sektor swasta. Pada tahun 2003, Qatar Airways menjadi syarikat penerbangan pertama yang lulus penilaian IATA Operational Safety Audit (IOSA) yang ketat. Satu tahun kemudian, syarikat penerbangan ini diiktiraf secara rasmi sebagai syarikat penerbangan 5 bintang dunia oleh Skytrax. Ia adalah detik terpenting yang menandakan peristiwa penting Qatar Airways. Satu tahun kemudian, pada tahun 2004, kumpulan pesawat Qatar Airways telah melakukan penerbangan ke lebih 54 destinasi. Pada tahun berikutnya, syarikat penerbangan ini membuka laluan baharu, Doha – Osaka dan membeli 50 buah pesawat Airbus A340-600 yang baharu. Hasilnya, Qatar Airways telah berjaya menerbangkan 5.6 juta penumpang pada tahun fiskal 2004 – 2005 dan meningkatkan bilangan penumpang kepada 6.3 juta orang pada tahun fiskal berikutnya. Syarikat penerbangan ini juga menjadi syarikat penerbangan rasmi Sukan Asia ke-15 yang diadakan di Doha pada tahun 2005. Pada tahun 2006, Qatar Airways menerima 50 pesawat Airbus A340-600 versi terbaru dengan kapasiti bahan api yang lebih tinggi bagi penerbangan jarak jauh. Pesawat jenis ini boleh digunakan untuk penerbangan dari Doha ke pantai timur Amerika Syarikat tanpa persinggahan melepasi Eropah dan Lautan Atlantik. Selepas satu tahun, dua laluan baharu ke Newark dan Washington, D.C. telah dilancarkan. Qatar Airways juga telah menempah 32 unit pesawat Boeing 777 baharu untuk membawa lebih ramai penumpang. Dengan laluan dan bilangan pesawat yang bertambah, Qatar Airways juga telah meningkatkan kualiti perkhidmatannya. Hasilnya, syarikat penerbangan ini telah memenangi banyak anugerah, baik di peringkat serantau atau antarabangsa. Qatar Airways menjadi syarikat penerbangan awam yang pertama di dunia yang menggunakan bahan api gas ke cecair (GTL) pada tahun 2009. Pesawat yang digunakan untuk mencuba bahan api itu merupakan pesawat Airbus 340-600 yang melakukan penerbangan laluan Gatwick London – Doha. Syarikat penerbangan ini kemudian cuba melakukan penerbangan pertamanya ke Melbourne pada tahun yang sama. Pada Jun 2010, Qatar Airways membuka laluan pertamanya ke Amerika Latin, terutamanya ke Sao Paulo dan Buenos Aires. Pada tahun tersebut, Qatar Airways mula menerbangkan pesawat Boeing 777 yang ke-20 dan menjadikan jumlah pesawat sebanyak 86 unit. Pertumbuhan Qatar Airways berterusan sehingga satu pencapaian baharu diperoleh pada tahun 2011 apabila syarikat penerbangan ini membuka destinasi ke-100 dan mengendalikan pesawatnya yang ke-100. Destinasinya yang ke-100 ialah Aleppo di Syria, manakala pesawat ke-100 ialah pesawat Boeing 777-200. Pada tahun 2012, Qatar Airways menjadi syarikat penerbangan pertama yang memperoleh peralatan pemulihan pesawat yang lengkap. Kit baharu berteknologi tinggi tersebut bernilai AS$ $3.2 juta. Ia boleh digunakan untuk membaik pulih pesawat penumpang terbesar yang digunakan pada masa ini, iaitu pesawat Airbus A380. Ia juga boleh diangkut dan membolehkan pembaikpulihan pesawat Qatar Airways boleh dibuat dari mana-mana lokasi kejadian. Selain itu, tahun 2012 juga menandakan kewujudan laluan baharu dari Doha ke Perth dan pameran pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Qatar Airways di England. Qatar Airways merupakan syarikat penerbangan pertama di Timur Tengah untuk memiliki jenis pesawat berbadan lebar. Pada akhir tahun 2012, syarikat penerbangan ini telah berjaya mengendalikan tiga unit pesawat Boeing 787 Dreamliner. Pada tahun 2013, Qatar Airways menjadi syarikat penerbangan pertama di Timur Tengah untuk menyertai perikatan penerbangan dunia, oneworld®. Perikatan ini mengendalikan lebih daripada 14,000 penerbangan di lebih 1,000 bandar setiap hari. Penumpang Qatar Airways boleh menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh perikatan tersebut. Sebagai contoh, penumpang yang mempunyai kad Gold Privilage Club atau Platinum Privilage Club boleh menikmati ruang istirahat lapangan terbang oneworld® di lebih 600 lapangan terbang di seluruh dunia. Selepas menjadi ahli oneworld®, Qatar Airways melancarkan laluan penerbangan kelas perniagaan yang pertama dari Doha ke London. Pesawat yang digunakan ialah jet Airbus A319LR dengan 40 tempat duduk kelas perniagaan. Pelancaran itu menandakan komitmen Qatar Airways untuk menyediakan perkhidmatan kelas perniagaan terbaik. Kemudian, pada tahun 2014, kerajaan Qatar telah mengambil alih 50% saham Qatar Airways dari pemegang saham swasta. Sejak itu, Qatar Airways telah dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Pada tahun yang sama, Qatar Airways melancarkan aplikasi mudah alih bagi memastikan maklumat mengenai Qatar Airways boleh diakses dengan mudah melalui telefon mudah alih. Setahun kemudian, populariti Qatar Airways meningkat dan menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang memperoleh sejuta “like” daripada peminatnya di akaun rasmi Facebook. Pada Disember 2015, Qatar Airways menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang menggunakan pesawat Airbus A350 untuk penerbangan ke tiga benua. Benua ketiganya ialah Amerika, iaitu tempat pelancaran kempen penjenamaan dengan slogan yang digunakan sehingga hari ini, “Going Places Together”. Pada Julai 2016, Qatar Airways melaporkan bahawa mereka mendapat keuntungan terbesar dalam sejarah mereka sendiri, iaitu QAR 3 bilion sepanjang tahun fiskal 2015 – 2016. Dalam tahun fiskal yang sama, syarikat penerbangan yang mempunyai sekurang-kurangnya 40,000 pekerja di seluruh dunia, dengan 25,000 pekerja berada di bawah pengurusan Qatar Airways. Pada tahun itu, Qatar Airways menambah 14 destinasi baharu dan 19 pesawat, termasuk lebih lebih banyak pesawat Airbus A350 yang kemudiannya dikendalikan oleh Qatar Airways untuk laluan Doha – Adelaide yang baru dibuka. Disebabkan oleh pertumbuhan besar-besaran sepanjang tempoh 18 tahun, pada Januari 2017, Qatar Airways telah memiliki 192 pesawat dan 166 destinasi. Namun, syarikat penerbangan ini merancang untuk memulakan operasi di 8 laluan baharu, iaitu laluan ke Las Vegas (Amerika Syarikat), Tabuk dan Yanbu (Saudi Arabia), Canberra (Australia), Dublin (Ireland), Medan (Indonesia), Rio de Janeiro (Brazil) dan Santiago (Chile).

Hubungi Qatar Airways

+603 2118 6100

Pejabat Qatar Airways

Qatar Airways
Ground Floor, Central Plaza No. 34 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Share

Google Plus Share Scroll Top

Hanya Tinggal Satu Langkah!

24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?