Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
SilkAir, merupakan anak syarikat Singapore Airlines dan sebuah syarikat penerbangan serantau eksklusif yang menyediakan perkhidmatan kepada pasaran Asia dan Australia. Dengan rangkaian laluan yang meluas merentasi 15 negara dan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman, SilkAir memberikan layanan istimewa dan keselesaan optimum kepada penumpang di kedua-dua Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan.
Kelas Ekonomi SilkAir menyediakan tempat duduk ergonomik, lengkap dengan ruang letak kaki yang luas dan penyandar kepala boleh laras untuk keselesaan tambahan. Penumpang yang menginginkan hiburan boleh membaca Silkwinds, majalah dalam penerbangan yang terkenal, atau menikmati SilkAir Studio, sistem hiburan dalam penerbangan yang menawarkan berpuluh-puluh koleksi filem, program TV dan muzik. SilkAir Studio boleh dimuat turun ke dalam peranti penumpang dengan menggunakan sambungan WiFi dalam penerbangan tetapi fungsi muat turun tersebut hanya boleh didapati pada Android sahaja.
Salah satu hidangan istimewa SilkAir ialah nasi lemak Singapura yang dihidangkan bersama kek ikan bakar, ayam goreng dan ikan bilis serta sambal pedas. Walau bagaimanapun, penumpang yang gemar masakan Barat boleh mencuba hidangan stik salmon SilkAir yang disediakan dengan lobak merah serta kacang, dan disaluti dengan sos cendawan. Selain itu, SilkAir juga menyediakan hidangan bagi penumpang yang mengamalkan pemakanan tertentu.
Semua tempat duduk Kelas Perniagaan SilkAir dilengkapi dengan ruang pemisah umpama bentuk meja yang ditempatkan di antara dua tempat duduk untuk memberi ruang tambahan. SilkAir juga menyediakan bantal dan selimut, serta tempat merehatkan tangan yang boleh laras untuk keselesaan. Setiap tempat duduk Kelas Perniagaan adalah 39 inci lebar dan dilapik dengan kulit berkualiti tinggi. Penumpang juga dimanjakan dengan perkhidmatan peribadi daripada kru kabin yang akan memenuhi keperluan mereka sepanjang penerbangan. Penumpang Kelas Perniagaan juga akan dapat merasa pengalaman hiburan dalam penerbangan yang lebih menyeronokkan dengan tersedianya peralatan tablet yang ditawarkan secara eksklusif untuk mereka dalam penerbangan dua jam dan ke atas.
Penumpang Kelas Perniagaan akan menerima keutamaan sepenuhnya dalam pelbagai aspek termasuk hidangan makanan. SilkAir memenuhi keperluan pelbagai pilihan pemakanan, termasuk makanan rendah lemak, bebas gula dan rendah kalori, serta makanan bebas kacang, bukan makanan laut dan rendah laktosa. Syarikat penerbangan ini juga menghidangkan makanan untuk penumpang yang menghidap penyakit diabetes.
Ahli KrisFlyer akan mendapat miles setiap kali mereka menaiki penerbangan bukan sahaja SilkAir, tetapi juga termasuk 30 rakan syarikat penerbangannya. Mereka juga akan mendapatkan miles setiap kali mereka membuat pembayaran dengan lebih daripada 170 syarikat penerbangan lain yang bukan terdiri daripada rakan syarikat penerbangan SilkAir di seluruh dunia. Setiap S$1 yang dibelanjakan menggunakan kad keahlian KrisFlyer akan diberi ganjaran sebanyak 1.5 miles. Ahli KrisFlyer boleh menginap di hotel, menyewa kereta, membeli-belah dengan kad kredit, atau membuat panggilan antarabangsa dengan mudah, malah akan menerima bonus dan diskaun. Ahli-ahli juga dapat membeli-belah di rakan kedai SilkAir yang kebanyakannya dikenali sebagai KrisShop dan menikmati KrisFlyer Spree, iaitu pusat membeli-belah dalam talian Singapore Airline yang membolehkan penumpang mencari lebih daripada 2,000 jenama dari seluruh dunia.
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tersedia
Pakaian seragam pramugari SilkAir ini direka dalam dua warna, iaitu warna biru air untuk kru junior dan warna plum merah untuk kru senior. Kedua-dua jenis pakaian seragam tersebut digandingkan dengan skirt biru gelap yang mencerminkan hubungannya dengan syarikat induk. Gabungan warna gelap dan terang memancarkan tenaga muda di kalangan kru penerbangan. Pakaian seragam yang mempunyai potongan leher tidak simetri dengan ikatan kupu-kupu pada bahagian bahu kanan ini memberi sentuhan moden lagi klasik bergaya. Pin berbentuk burung camar pada pakaian seragam melambangkan logo syarikat penerbangan ini dengan cara yang feminin.
Laluan Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Semua Laluan | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: maks. 115 cm) | Maks. 30 kg |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 7 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm) | Maks. 40 kg | |
Semua penerbangan ke Amerika | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: maks. 115 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 7 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 115 cm) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan SilkAir boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan SilkAir. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Semua laluan | 2 jam sebelum berlepas | 40 minit sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan SilkAir. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik SilkAir untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula SilkAir untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi SilkAir secara terus.
SilkAir (Kod IATA: MI) telah diiktiraf sebagai salah satu syarikat penerbangan serantau terbaik di Asia Pasifik meskipun usianya yang masih muda. Pada April 2017, SilkAir telah mengendalikan penerbangan berjadual ke 53 bandar di 15 negara merentasi Asia dan Australia. Sebelum berpindah ke pejabat Airline House di Singapura, ibu pejabat SilkAir terletak di tingkat lima SIA Superhub. Syarikat penerbangan ini mula mengupah pramugara pada tahun 2015. Pada akhir tahun 2016, syarikat ini mempunyai seramai 1,575 staf. Semua kemudahan dan perkhidmatan SilkAir direka untuk memastikan keselesaan penumpang sebelum dan sepanjang penerbangan mereka. Syarikat penerbangan ini menawarkan kelas ekonomi dan kelas perniagaan yang direka untuk memenuhi keperluan penumpang. Penumpang Kelas Ekonomi layak mendapat 30 kg bagasi berdaftar, manakala penumpang Kelas Perniagaan akan mendapat 40 kg bagasi berdaftar serta akses ke ruang istirahat di lapangan terbang SilkAir. Membawa moto “A Joy to Fly”, SilkAir menawarkan pengalaman penerbangan yang menyenangkan dengan layanan mesra kru penerbangan dan hiburan dalam penerbangan. Penumpang boleh menonton lebih daripada 20 filem Hollywood dan antarabangsa serta 43 saluran televisyen, dan mendengar 100 lagu popular secara terus daripada telefon pintar menggunakan akses WiFi dalam pesawat. Untuk melengkapkan pengalaman penerbangan terbaik, SilkAir juga menyediakan satu set lengkap menu dalam penerbangan untuk penumpang mereka, daripada pembuka selera dan roti gulung hingga hidangan utama, pencuci mulut dan minuman beralkohol. Semua disediakan dan dihidangkan untuk menaikkan selera para penumpang. Terdapat lebih daripada 20 jenis hidangan utama yang ada, dan penumpang boleh menempah terlebih dahulu hidangan tertentu. Selain itu, SilkAir juga memudahkan penumpang yang menaiki pesawat bersama kanak-kanak dengan menyediakan beberapa pilihan menu yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. SilkAir dan syarikat induknya, Singapore Airlines, menawarkan program penumpang kerap yang dipanggil KrisFlyer. Penumpang SilkAir yang juga ahli KrisFlyer boleh menikmati keistimewaan eksklusif yang akan menjadikan penerbangan mereka lebih menyeronokkan. Penumpang yang menaiki penerbangan ke Singapura juga layak mendapat beberapa tawaran menyeluruh di negara ini, seperti diskaun membeli-belah, diskaun tiket masuk ke beberapa tempat tarikan pelancong dan tawaran penginapan lain. Untuk mendapatkan keistimewaan ini, penumpang hanya perlu menunjukkan pas masuk SilkAir mereka yang sah selama sebulan apabila tiba di Singapura dan menunjukkan kad keahlian mereka kepada staf yang bertugas. Ahli KrisFlyer juga diberikan akses ke ruang istirahat lapangan terbang SilkAir di 13 negara. Di situ, mereka boleh menikmati kemudahan seperti tempat duduk empuk dan sambungan Internet dalam persekitaran yang selesa. Selain itu, pemegang kad KrisFlyer juga boleh membawa seorang tetamu bersama mereka untuk menikmati keistimewaan ini. Penumpang boleh menunggu penerbangan mereka sambil menyiapkan urusan kerja atau sekadar menikmati suasana yang selesa. Satu lagi keistimewaan menaiki penerbangan SilkAir ialah keistimewaan pas masuk. Program ini direka untuk memberi penumpang setianya kepuasan optimum, termasuk pelbagai diskaun dan keistimewaan lain dengan rakan syarikat penerbangan. Penumpang yang menaiki penerbangan ke Australia, China, Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina dan India layak mendapat diskaun tambahan untuk makanan dan minuman, perkhidmatan hiburan, tarikan pelancong, hotel, dan perkhidmatan lain di negara-negara yang dituju. Untuk menikmati keistimewaan ini, penumpang yang menaiki penerbangan dengan SilkAir atau Singapore Airlines hanya perlu mengemukakan pas masuk dan mereka akan dapat menikmati pelbagai diskaun yang sah dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan. Disebabkan oleh inovasi dan perkhidmatannya, SilkAir telah dinamakan sebagai syarikat penerbangan serantau terbaik untuk 10 tahun berturut-turut, dan calon penganugerahan Travel Hall of Fame daripada TTG Asia pada tahun 2016. Pada tahun yang sama, SilkAir juga telah dianugerahkan sebagai Indonesia’s Leading Regional Airline of the Year 2015/2016 oleh Indonesian Travel and Tourism Awards, Airline of the Year oleh airlineratings.com, Best Regional Airline di South India Travel Awards oleh DDP Publications, Best Regional Airline di East India Travel Awards oleh DDP Publications, dan banyak lagi.
Sebelum memperoleh nama dan reputasi sebagai Best Regional Airline, SilkAir tidak bermula sebagai sebuah syarikat penerbangan serantau. Ditubuhkan pada tahun 1975, SilkAir ialah sebuah syarikat menyewa pesawat yang dikenali sebagai Tradewinds Charters. Pada awal penubuhannya, SilkAir menggunakan pesawat yang disewa daripada syarikat penerbangan induknya, Singapore Airlines. Pada tahun 1980-an, Tradewinds mengembangkan perniagaannya dengan menyediakan perkhidmatan percutian dan menjual SIA Holiday Package dengan menggunakan pesawat daripada Singapore Airlines. Pada 21 Februari 1989, Tradewinds Airlines memulakan operasinya ke destinasi percutian menggunakan pesawat McDonnell Douglas MD-87. Pada masa ini, penumpang boleh menaiki penerbangan ke Pattaya, Phuket dan Hat Yai di Thailand dan Kuantan di Malaysia dari Lapangan Terbang Changi Singapura, dan tiba di Pulau Tioman dari Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura yang pertama, Seletar. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang dan membuka lebih banyak laluan ke Jakarta, Yangon dan Phnom Penh untuk memenuhi kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian. Masih menggunakan pesawat yang sama, syarikat penerbangan ini berjaya memberikan pengalaman yang lebih baik dengan keselesaan yang lebih baik. Syarikat Tradewinds menjalani rombakan besar pada tahun 1991, apabila syarikat ini menukar namanya kepada SilkAir. Ia memperkenalkan logo perniagaan baharu yang telah digunakan sehingga hari ini dan mula menunjukkan kedudukannya dalam kalangan pesaing syarikat penerbangan. SilkAir telah mengendalikan pesawat Airbus A310-200 dari tahun 1993 hingga 1995 sebelum dipindahkan ke Singapore Airlines. Operasi pesawat Airbus A310-200 menandakan pengembangan SilkAir untuk melakukan penerbangan di laluan yang lebih luas termasuk India dan China. Syarikat penerbangan ini juga menjadi syarikat penerbangan pertama dalam sejarah untuk menyediakan perkhidmatan Video on Demand (VOD) melalui DigEplayer 5500. Perkhidmatan ini boleh didapati dalam penerbangan ke India dan China. Pada tahun 1994, SilkAir telah memperbaharui pakaian seragam pramugara/pramugari. Ia telah menggantikan pakaian bertemakan burung camar yang direka oleh pereka tempatan Celia Loe dengan pakaian Balenciaga yang menampilkan blaus bunga, skirt biru dan jaket. Penampilan baharu ini bertujuan untuk membuat kru penerbangan kelihatan lebih profesional kerana syarikat penerbangan ini kian berkembang ke pasaran global. Pada tahun 1997, SilkAir membeli pesawat Boeing pertama yang telah beroperasi selama satu tahun. Pada tahun 1998, SilkAir mengendalikan pesawat Airbus A320-200 bagi laluan utamanya. Demi mengekalkan prestasinya, syarikat ini kemudian membeli pesawat Airbus A319-100 yang lebih kecil pada tahun 1999. Pesawat itu melakukan penerbangan di laluan Asia Tenggara dan beberapa destinasi di India. Syarikat penerbangan ini terus menambah pesawat baharu antara tahun 2009 hingga 2012 apabila ia membeli 11 pesawat Airbus A320-200. Pada Ogos 2012, syarikat penerbangan ini menandatangani surat hasrat untuk membeli 23 pesawat Boeing 737-800, 31 pesawat Boeing 737 MAX 8 dan 14 pesawat lain yang terdiri daripada model yang berbeza. Sehingga Januari 2017, SilkAir telah mengendalikan 31 pesawat. Selepas lebih daripada 10 tahun memakai pakaian seragam yang sama, SilkAir akhirnya membuat perubahan pada 15 April 2015. Kali ini, SilkAir bekerjasama dengan Alexandria Chen, alumni Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA) untuk mewujudkan penampilan yang lebih bergaya dan elegan. Beliau juga telah menambah sentuhan moden dengan menambah elemen garis pinggang pada pakaiannya bagi mewujudkan ilusi kewujudan dua jenis pakaian dan potongan leher tak simetri dengan ikatan kupu-kupu pada bahagian bahu kanan lengkap dengan pin berbentuk burung camar. Rekaan pakaian seragam ini bertujuan untuk memudahkankan pergerakan kru penerbangan semasa menguruskan keperluan penumpang sepanjang perjalanan. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SilkAir Leslie Thng menyatakan bahawa kru penerbangan ialah duta syarikat penerbangan, oleh itu, adalah penting bahawa pakaian seragam mereka membezakan syarikat penerbangan ini daripada pesaing lain. Pakaian seragam yang mewakili jenama syarikat penerbangan ini menggabungkan gaya dan kesopanan dengan sedikit sentuhan kemodenan bersesuaian dengan perubahan masa. Pada tahun 2016, SilkAir meneruskan evolusi dengan melancarkan aplikasi dalam talian yang memudahkan proses tempahan dan penginapan penumpang. Aplikasi itu telah dicipta dengan kerjasama MTT, sebuah syarikat pelancongan digital terkemuka untuk memberi penumpang beberapa kelebihan dengan membuat tempahan, mendapatkan maklumat jadual perjalanan dan penerbangan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Aplikasi ini membolehkan penumpang untuk memeriksa jumlah miles mereka, bertindak sebagai peringatan untuk proses daftar masuk dan juga menyediakan Mobile Boarding Pass kepada mereka yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.
Berikut ialah cara menempah tiket SilkAir secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket SilkAir anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket SilkAir ialah bukti tempahan penerbangan SilkAir. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter SilkAir di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.