Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Thai Airways atau lebih dikenali sebagai THAI merupakan salah satu ahli pengasas Star Alliance, perikatan syarikat penerbangan yang pertama dan terbesar di dunia. Thai Airways telah dianugerahkan World’s Best Airline Lounges Spa Facility oleh Skytrax pada tahun 2016. Thai Airways menawarkan penerbangan ke hampir 84 destinasi di lebih daripada 37 negara dengan empat kelas penerbangan yang berbeza, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium, Kelas Royal Silk (Kelas Perniagaan) dan Kelas Royal First (Kelas Pertama).
Thai Airways menawarkan kelas ekonomi yang lebih baik dengan kabin yang lebih luas, perkhidmatan yang cemerlang dan hidangan yang memenangi anugerah. Penerbangan Thai Airways menyediakan 1,000 filem, lagu, permainan, berita dan maklumat yang boleh dinikmati oleh penumpang semasa penerbangan melalui monitor skrin sentuh di tempat duduk mereka. Reka bentuk kabin yang baharu menawarkan tempat duduk yang lebih luas serta ruang letak kaki tambahan, dan memberikan penumpang keadaan tempat duduk yang lebih selesa. Penumpang akan dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan berasa lebih segar apabila mereka tiba di destinasi mereka. Semua kemudahan ini ditawarkan supaya penumpang boleh menikmati layanan terbaik dari The Land of Smiles ketika menaiki penerbangan Thai Airways.
Penumpang Kelas Ekonomi boleh menikmati makanan yang dimasak khas oleh chef yang memenangi anugerah. Rasa unik dari Thailand dan dunia memberi inspirasi kepada menu yang menekankan penggunaan bahan-bahan bermusim. Thai Airways menawarkan pelbagai pilihan minuman, daripada wain dan jus hingga minuman panas dan sejuk semasa penerbangan. Penumpang yang mengamalkan pemakanan tertentu boleh menghubungi Thai Airways untuk membuat tempahan awal selewat-lewatnya 48 jam sebelum waktu berlepas.
Kelas Ekonomi Premium Thai Airways menyediakan tempat duduk yang lebih luas kepada penumpang berbanding kelas ekonomi. Selesa khususnya bagi penumpang penerbangan jarak jauh, Kelas Ekonomi Premium hanya tersedia dalam pesawat Boeing 777-300ER Thai Airways yang menawarkan kabin eksklusif berasingan yang terdiri daripada 18 tempat duduk Kelas Ekonomi Premium. Dilengkapi dengan hiasan moden, cahaya lampu yang selesa dan ruang yang cukup luas, penumpang boleh berehat di tempat duduk dengan kelebaran 20 inci dan boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya. Tempat duduk Kelas Ekonomi Premium juga dilengkapi dengan tempat merehatkan tangan dan kaki yang lebih luas serta mudah dikawal dengan hujung jari sahaja. Soket yang ditempatkan di tempat duduk juga disediakan untuk keperluan elektronik penumpang, dan sistem Audio Visual On Demand (AVOD) skrin besar interaktif menawarkan pelbagai pilihan hiburan, maklumat dan permainan.
Setiap hidangan dalam pesawat Thai Airways sentiasa dihidangkan dengan seri dan keanggunan. Chef Thai Airways menyediakan hidangan Asia dan Barat berkualiti tinggi yang kaya dengan penggunaan bahan bermusim dan kegemaran sepanjang tahun. Tersedia juga pelbagai pilihan wain yang dipilih khas, minuman beralkohol, jus dan minuman panas dan sejuk yang akan melengkapkan pengalaman penumpang sepanjang penerbangan.
Kelas Royal Silk merupakan Kelas Perniagaan yang diilhamkan oleh budaya dan warisan Thailand. Penumpang Kelas Royal Silk boleh menggunakan ruang yang disediakan sebagai ruang istirahat, pejabat ataupun katil sepanjang penerbangan. Tempat duduk Kelas Royal Silk boleh dicondongkan sehingga 180 darjah dan menyediakan keselesaan kepada penumpang ketika tidur. Penumpang juga boleh memilih variasi hiburan daripada koleksi muzik, filem dan pelbagai saluran televisyen hanya dengan menyentuh skrin di hadapan mereka. Bagi mereka yang ingin menyiapkan kerja menggunakan komputer riba ketika berada di dalam pesawat, soket dan port USB turut disediakan di semua tempat duduk.
Penumpang Kelas Royal Silk boleh menikmati pelbagai hidangan lazat, termasuk terrine yang pasti akan membuat anda terliur. Terdapat pelbagai minuman, termasuk pilihan wain, minuman ringan dan jus yang tersedia untuk melengkapi pengalaman merasai hidangan dalam penerbangan yang sempurna. Penumpang yang memerlukan menu khas kerana mengamalkan pemakanan tertentu boleh membuat tempahan awal selewat-lewatnya 48 jam sebelum berlepas.
Penumpang yang memiliki tiket kelas Royal First layak untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada Thai Airways. Sebaik tiba di dalam pesawat, penumpang disambut dengan champagne sejuk. Kabin Kelas Royal First juga direka khas bagi menyediakan suasana yang tenang untuk penumpang merasai pengalaman penerbangan yang semi-peribadi semasa perjalanan. Kabin Kelas Royal First dibina luas dan tempat duduknya boleh dicondongkan sehingga 180 darjah menjadi katil rata yang empuk. Dimensi yang luas ini memberikan keselesaan kepada penumpang. Penumpang juga boleh menikmati perkhidmatan urutan Touch of Silk di ruang istirahat khas Lapangan Terbang Suvarnabhumi, iaitu Royal First Lounge. Sementara itu, semasa penerbangan, penumpang disediakan dengan hiburan yang menarik, termasuk beratus-ratus filem, program televisyen, cakera padat muzik, permainan dan keistimewaan lain pada skrin rata berukuran 23 inci.
Penumpang Kelas Royal First dibenarkan untuk memesan hidangan utama sebelum penerbangan. Makanan boleh ditempah secara dalam talian bagi kebanyakan penerbangan jarak jauh, dan menu yang tersedia berbeza mengikut laluan penerbangan. Penumpang yang berlepas dari Bangkok boleh menikmati pilihan premium masakan dari Thai, Timur, dan Eropah klasik seperti nasi kukus thai hom mali, ikan kering sup pedas ala Thai (tom-khlohng), daging lembu massaman, udang dan sup tom yam kelapa muda dan pelbagai pencuci mulut Thai.
Royal Orchid Plus merupakan satu program luar biasa yang eksklusif untuk penumpang setia Thai Airways. Terdapat empat jenis keahlian Royal Orchid Plus, iaitu Basic, Silver, Gold dan Platinum. Penumpang kerap akan mendapat miles apabila menaiki penerbangan Thai Airways, rakan syarikat penerbangan Star Alliance atau Thai Airways yang lain. Mata ganjaran boleh ditebus untuk menaik taraf kelas penerbangan Thai Airways atau mana-mana rakan kongsi syarikat penerbangan Star Alliance dan juga untuk penginapan hotel. Ahli Royal Orchid Plus juga akan mendapat banyak keistimewaan seperti akses ke ruang istirahat lapangan terbang, naik taraf percuma, dan peruntukan bagasi lebihan serta keutamaan ketika membuat tempahan, mendaftar masuk dan mengendalikan bagasi.
Ruang Istirahat Thai Airways di lapangan terbang juga menawarkan keselesaan optimum kepada penumpang untuk menikmati makanan yang lazat atau membaca majalah sambil bersantai dalam persekitaran yang tenang. Terdapat tiga jenis ruang istirahat, iaitu First Royal Lounge, Royal Silk Lounge dan Royal Orchid Lounge. First Royal Lounge direka khas untuk penumpang Kelas Royal First dengan kapasiti untuk menampung 134 penumpang pada satu masa. Manakala Royal Silk Lounge dan Royal Orchid Lounge boleh diakses oleh penumpang Kelas Royal First dan Kelas Royal Silk serta pemegang kad Royal Orchid Plus Platinum dan Royal Orchid Plus Gold. Ruang istirahat tersebut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bilik VIP, sudut peribadi, ruang makanan a-la-carte, sambungan WiFi, bilik tidur, bilik mandi pancuran serta tandas akses kerusi roda.
Royal Orchid Spa direka untuk menyediakan perkhidmatan spa kepada penumpang Kelas Royal First dan Kelas Royal Silk. Waktu operasinya bermula dari jam 6:00 hingga 23:30. Royal Orchid Spa menawarkan ruang istirahat, snek sihat dan minuman herba. Penumpang Kelas Royal First layak untuk menikmati Kemudahan Zon Kelas Pertama yang menyediakan bilik urut, bilik wap, bilik sauna dan bilik mandi pancuran. Penumpang boleh memilih daripada pelbagai jenis rawatan tersedia untuk melegakan badan dan minda mereka daripada Touch of Silk, Royal Thai Massage, Urutan Leher & Bahu serta Urutan Kaki.
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Pramugari Thai Airways dikehendaki memakai pakaian seragam yang dihiasi dengan bunga ungu terkini di bahagian lapel yang diilhamkan oleh pakaian tradisional Thai ketika berada di dalam pesawat. Manakala pramugara memakai jaket berbeza daripada yang dipakai di luar pesawat. Pakaian seragam yang bergaya, abadi dan elegan ini menghidupkan moto syarikat penerbangan “Smooth as silk”. Thai Airways menonjolkan budaya Thai yang unik tanpa menjejaskan perkhidmatannya kepada penumpang semasa penerbangan.
Laluan Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Domestik | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (1 bagasi tangan + 1 barang peribadi) | Maks. 30 kg |
Kelas Ekonomi Premium | |||
Kelas Perniagaan | Maks. 40 kg | ||
Antarabangsa | Kelas Ekonomi | Maks. 30 kg | |
Kelas Ekonomi Premium | Maks. 40 kg | ||
Kelas Perniagaan | |||
Kelas Pertama | Maks. 50 kg | ||
Semua penerbangan menuju Amerika | Kelas Ekonomi | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Kelas Ekonomi Premium | 2 bagasi (Maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | ||
Kelas Pertama |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Thai Airways boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Thai Airways. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Semua laluan | 2 jam sebelum berlepas | 1 jam sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Thai Airways . Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Thai Airways untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Thai Airways untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Thai Airways secara terus.
Thai Airways (Kod IATA: TG) atau kadang-kadang dikenali sebagai THAI merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang membawa bendera kebangsaan Thailand. Syarikat penerbangan ini mempunyai visi untuk menjadi syarikat penerbangan pilihan nombor satu dan membawa slogan “I FLY - Smooth as silk”. Dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thai Airways menyediakan penerbangan ke 84 destinasi di seluruh dunia, disokong oleh 94 pesawat dan 22,684 kru. Laluan penerbangan Thai Airways kebanyakannya tertumpu di Eropah, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Syarikat penerbangan ini juga menyediakan penerbangan ke lima bandar di Oceania. Thai Airways merupakan syarikat penerbangan Asia Pasifik pertama yang membuka laluan ke Lapangan Terbang Heathrow di London. Di Eropah, Thai Airways mempunyai pengendalian penumpang terbesar. Sejak kehadirannya pada tahun 1988, syarikat penerbangan ini telah menghasilkan dan menggunakan teknologi inovasi dalam perniagaannya, di samping menggalakkan budaya yang mengagumkan dan tradisi Thailand seluruh dunia. Hasilnya, syarikat penerbangan ini telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk Best Economy Class Seats dan Best Premium Economy Class Catering pada tahun 2011, Asia’s Best Cabin Staff pada tahun 2014 dan Most Improved Airline dan Best Airline Spa Facility pada 2016. Pada operasi seharian, Thai Airways menawarkan empat kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Ekonomi Premium, Kelas Royal Silk (Kelas Perniagaan) dan Kelas Royal First. Thai Airways terkenal dengan tambang tiket yang berpatutan dan perkhidmatan yang terbaik dalam Kelas Ekonomi. Kelas Ekonomi Thai Airways menyediakan susunan tempat duduk yang luas dan dilengkapi dengan sistem Audio VIsual on Demand (AVOD). Ia menyediakan pelbagai pilihan hiburan yang terdiri daripada filem hingga video amalan meditasi. Penumpang Kelas Ekonomi juga layak mendapatkan 20 kg bagasi berdaftar dalam kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa. Sementara itu, penumpang Kelas Royal Silk layak mendapatkan 40 kg bagasi berdaftar dan penumpang Kelas Royal First pula sebanyak 50 kg. Penumpang bayi yang tidak membeli tiket individu layak mendapatkan 10 kg bagasi, kecuali alat pembawa bayi dan kereta sorong bayi, manakala penumpang kanak-kanak akan diperuntukkan berat bagasi yang sama seperti penumpang dewasa. Thai Airways juga menawarkan program Royal Orchid Plus kepada penumpang yang ingin mendapatkan mata ganjaran dalam bentuk Qualifying Miles (Q Miles) semasa menaiki pesawat dengan Thai Airways dan rakan syarikat penerbangan Star Alliance yang lain. Mata ganjaran yang dikumpul boleh ditebus untuk pelbagai keistimewaan, seperti menaik taraf kelas penerbangan Thai Airways atau rakan syarikat penerbangan Star Alliance atau untuk penginapan hotel. Terdapat empat jenis keahlian Royal Orchid Plus, iaitu Basic, Silver, Gold dan Platinum. Ahli Gold untuk Royal Orchid Plus layak mendapatkan 20 kg bagasi tambahan, sementara ahli Silver layak mendapatkan 20 kg. Untuk menaiki penerbangan antarabangsa, penumpang dinasihatkan untuk mendaftar masuk di lapangan terbang selewat-lewatnya 40 minit sebelum berlepas dan tiba di pintu perlepasan selewat-lewatnya 10 minit sebelum berlepas. Manakala bagi penerbangan domestik, penumpang mestilah mendaftar masuk selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan kerana pintu akan ditutup 10 minit sebelum pesawat berlepas.
Thai Airways pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai syarikat usaha sama dengan Scandinavian Airlines (SAS) yang memegang 30% saham Thai Airways. Kerjasama ini menyasarkan untuk membina sebuah unit perniagaan penerbangan antarabangsa daripada unit penerbangan domestik yang sedia ada. SAS menyediakan latihan dari segi operasi, pengurusan dan pemasaran supaya Thai Airways boleh menjadi sebuah syarikat penerbangan nasional yang berdikari dalam masa yang singkat. Secara beransur-ansur, Kerajaan Thai mengambil alih tanggungjawab pengurusan dan mengurangkan bilangan pekerja asing dalam syarikat penerbangan ini. Pada 1 April 1977, selepas 17 tahun kerjasama antara THAI dan SAS, warga Thailand membeli baki saham yang dimiliki oleh SAS dan Thai Airways menjadi sebuah syarikat penerbangan milik Kerajaan Thailand. Pada masa itu, Thai Airways telah mengendalikan penerbangan ke 9 negara dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok. Pada tahun 1987, bilangan ekspatriat telah dikurangkan kepada hanya 1% daripada jumlah staf Thai Airways. Thai Airways telah disenaraikan dalam Bursa Saham Thailand sejak tahun 1991 dan kini Kementerian Kewangan Thailand memiliki 51% daripada sahamnya, iaitu 47% daripadanya ditawarkan kepada orang ramai. Pada tahun 1997, Thai Airways merancang untuk menjalani program penswastaan yang pertama dalam sejarah Thailand. Sepanjang tahun 2000, Thai Airways membangunkan perniagaannya dengan menambah lebih banyak laluan dan pesawat. Pada tahun 2005, Thai Airways telah mencipta perkhidmatan penerbangan tanpa henti dari Bangkok ke New York dan dari Bangkok ke Los Angeles dengan menggunakan pesawat Airbus A340-500. Pada masa itu, laluan ini merupakan laluan paling lama penerbangan tanpa henti di dunia. Walau bagaimanapun, laluan tersebut telah dibubarkan pada tahun 2008 kerana kos penggunaan bahan api yang tinggi, sekatan ke atas berat bagasi, dan harga tiket yang semakin tinggi. Perkhidmatan penerbangan ke Los Angeles telah ditukar menjadi sebuah perkhidmatan sehenti di Seoul pada 1 Mei 2012 dan tidak lagi menggunakan pesawat A340, sebaliknya mula menggunakan pesawat Boeing 777-200ER. Pada tahun 2006, Thai Airways memindahkan hab operasinya ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok baharu. Syarikat penerbangan ini juga melancarkan imej jenama baharu dengan memperkenalkan reka bentuk pakaian seragam baharu, tempat duduk pesawat baharu dan perkhidmatan di darat dan udara yang lebih baik. Dalam dekad ini, Thai Airways juga telah mengembangkan rangkaian laluannya di luar hab Bangkok dan mula menyediakan penerbangan dari Phuket ke Tokyo-Narita, Seoul, dan Hong Kong. Walau bagaimanapun pada tahun 2000-an, pertumbuhan Thai Airways terhalang kerana harga minyak dunia yang semakin meningkat, pergolakan politik domestik di Thailand dan krisis ekonomi global yang berlaku lewat tahun 2000-an. Buat pertama kali, Thai Airways mengalami kerugian pada tahun 2008 selepas mencapai keuntungan berturut-turut selama 40 tahun. Selepas mengambil beberapa inisiatif penstrukturan semula, termasuk penangguhan penghantaran pesawat Airbus A380 selama 2 tahun, syarikat ini mula mendapat kembali keuntungan. Untuk meraikan hari jadinya yang ke-50 pada tahun 2010, Thai Airways telah membeli pesawat Boeing 787 dan Airbus A350 serta menaik taraf kabin pesawat Boeing 747 dan Boeing 777 bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya. Pada Disember 2011, Thai Airways melancarkan penerbangan ujian sebagai sebahagian daripada Corporate Social Responsibility yang kemudiannya dipanggil Travel Green. Program ini bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dalam perjalanan udara serantau dan mengukuhkan kedudukan Thailand sebagai “hab bio” di Asia. Thai Airways telah memulakan langkah pertama untuk menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia yang menggunakan bahan api biologi dalam penerbangan komersil.
Berikut ialah cara menempah tiket Thai Airways secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Thai Airways anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Thai Airways ialah bukti tempahan penerbangan Thai Airways. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Thai Airways di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.