Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
30 kg |
Bagasi Kabin |
---|
8 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Turkish Airlines, iaitu salah satu syarikat penerbangan terkemuka dan terkenal di dunia, mempunyai rangkaian penerbangan keempat terbesar. Syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan ke 290 destinasi di 119 negara di seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Amerika. Turkish Airlines membawa penumpang ke destinasi eksotik dalam kelas ekonomi dan kelas perniagaannya.
Tempat duduk dalam kabin ekonomi Turkish Airlines berkeluasan 31 - 32 inci dengan tempat duduk yang boleh dicondongkan sehingga 6 inci dan boleh digerakkan ke depan sehingga 1.5 inci, membolehkan penumpang duduk dengan selesa semasa penerbangan jangka pendek dan jangka panjang. Turkish Airlines juga memastikan penumpang Kelas Ekonomi mendapat hiburan sepanjang penerbangan mereka dengan menyediakan pelbagai kemudahan, daripada hiburan dalam penerbangan yang boleh diakses melalui TV di hadapan tempat duduk mereka hingga pas Wi-Fi 24 jam yang boleh dibeli oleh penumpang untuk terus berhubung sepanjang penerbangan. Setiap penumpang Kelas Ekonomi layak mendapat peruntukan 20 kg untuk bagasi. Pada 2016, Kelas Ekonomi Turkish Airlines mendapat tempat ketujuh dalam kedudukan Kelas Ekonomi Terbaik Dunia oleh Skytrax.
Turkish Airlines bangga dengan tradisi masakan Turki, maka masakan Turki boleh didapati di hampir semua penerbangannya, termasuk Kelas Ekonomi. Selain makanan Turki, Turkish Airlines juga menyajikan masakan cita rasa dunia dalam penerbangan antarabangsa dan sandwic panas dalam penerbangan domestik. Penumpang yang melakukan perjalanan di laluan antarabangsa juga boleh membuat permintaan hidangan khas bagi memenuhi diet khas dan agama mereka.
Turkish Airlines memastikan keselesaan sepenuhnya bagi penumpang Kelas Perniagaan di darat dan di dalam pesawat. Sebelum penerbangan, penumpang Kelas Perniagaan boleh mengelak daripada beratur dalam barisan panjang dengan beratur terus di kaunter Kelas Perniagaan, manakala semasa penerbangan, mereka dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan di tempat duduk mereka. Setiap tempat duduk di Kelas Perniagaan termasuk sebuah kusyen otoman yang boleh bertukar menjadi tempat tidur berukuran 75 inci apabila dibaringkan sepenuhnya. Tempat duduk juga dilengkapi dengan skrin privasi yang membolehkan penumpang untuk menikmati pelbagai filem, muzik dan permainan. Penumpang Kelas Perniagaan diberi peruntukan bagasi sebanyak 30 kg dan dua bagasi kabin.
Penumpang disambut dengan minuman sebagai tanda selamat datang apabila mereka menaiki penerbangan Turkish Airlines dan menikmati hidangan berkualiti tinggi yang dihidangkan oleh Flying Chefs milik syarikat penerbangan itu. Penumpang juga akan mendapat menu bar penuh yang mengandungi minuman beralkohol dan bukan beralkohol, termasuk Kopi Turki yang terkenal. Set peralatan makanan jenis porselin dan gelas eksklusif akan digunakan untuk menghidangkan makanan.
Miles & Smiles, program penumpang kerap Turkish Airlines, membolehkan ahli-ahlinya mendapatkan miles melalui Turkish Airlines dan rakan syarikat penerbangannya, bermalam di hotel rakan syarikat penerbangannya, membeli-belah di kedai-kedai Alliance dan menyewa kereta daripada rakan syarikat penerbangannya yang sah. Pemegang kad klasik Miles & Smiles akan mendapat miles tambahan sebanyak 15%, pemegang kad Classic Plus akan mendapat lebih 25% dan pemegang kad Elite dan Elite Plus, lebih 50%.
Akses ke ruang istirahat lapangan terbang Turkish Airlines diberikan kepada penumpang Kelas Perniagaan dan pemegang kad Miles & Smiles. Mereka juga boleh menjemput keluarga atau tetamu ke ruang istirahat ini. Tersedia di terminal berlepas dan ketibaan di destinasi lapangan terbang Turkish Airlines, ruang istirahat ini menawarkan kemudahan yang pelbagai seperti Wi-Fi percuma, bilik mesyuarat, makanan dan minuman, surat khabar, majalah dan surau.
Tersedia
Tidak tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak tersedia
Tersedia
Pakaian seragam penerbangan Turkish Airlines didominasi dengan warna biru laut. Pakaian seragam ini dilengkapi dengan jaket, vest, jaket dan skirt paras bawah lutut. Kru kabin memakai kemeja putih bersama sut ini. Jaket mereka mempunyai kolar lebar yang dihiasi dengan butang emas di bawah bahu kiri dan kanan serta pin yang mengandungi kod syarikat penerbangan itu. Selendang biru yang memaparkan tafsiran moden Turki diikat dengan bentuk tali leher berbentuk riben pada leher mereka.
Kelas Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Domestik | Kelas Ekonomi | Maks. 8 kg (Dimensi: 55 x 40 x 23 cm) | Maks. 20 kg |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 8 kg/bagasi) (Dimensi: 55 x 40 x 23 cm) | Maks. 30 kg | |
Antarabangsa | Kelas Ekonomi | Maks. 8 kg (Dimensi: 55 x 40 x 23 cm) | Maks. 20 kg |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 8 kg/bagasi) (Dimensi: 55 x 40 x 23 cm) | Maks. 30 kg | |
Semua penerbangan ke Amerika | Kelas Ekonomi | Maks. 8 kg (Dimensi: 55 x 40 x 23 cm) | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 8 kg/bagasi) (Dimensi: 55 x 40 x 23 cm) | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Turkish Airlines boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Turkish Airlines. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Domestik | 1 jam sebelum berlepas | 45 minit sebelum berlepas |
Antarabangsa | 2 jam sebelum berlepas | 1 jam sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Turkish Airlines. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Turkish Airlines untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Turkish Airlines untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Turkish Airlines secara terus.
Turkish Airlines (kod IATA: TK) ialah sebuah syarikat penerbangan dengan rangkaian penerbangan keempat terbesar di dunia yang menyediakan penerbangan ke lebih dari 290 destinasi di lebih dari 116 negara. Syarikat penerbangan tersebut yang dinamakan Best Airline in Europe oleh Skytrax untuk enam kali berturut-turut pada tahun 2016, telah memenangi banyak anugerah, termasuk Best Airline in Southern Europe, Best Business Class Dining Lounge dan Best Business Class Onboard Catering. Sementara itu, hidangan dalam Kelas Ekonomi telah menduduki tempat kedua dalam kategori 2017 World’s Best Economy class Airline Catering. Pesawat Turkish Airlines terdiri daripada 338 buah pesawat. Pesawat terkecil ialah Boeing 737-700 yang mempunyai kapasiti sebanyak 124 tempat duduk, manakala yang terbesar ialah Boeing 737-900ER yang mempunyai sebanyak 169 tempat duduk. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan soket di bawah tempat duduk yang boleh digunakan oleh penumpang untuk mengecas alat elektronik mereka semasa penerbangan. Sambungan juga tersedia di dalam pesawat melalui port USB dan kabel Ethernet. Untuk lebih keselesaan dalam Kelas Ekonomi, syarikat penerbangan itu melengkapkan setiap tempat duduk dengan tempat letak kaki yang boleh dilaras dan tempat letak kepala yang boleh dipanjangkan. Di hadapan tempat duduk penumpang terdapat skrin yang menawarkan pelbagai hiburan melalui perkhidmatan audio dan video atas permintaan (Audio-Video-on-Demand - AVOD). Walau bagaimanapun, Kelas Perniagaan syarikat penerbangan tersebut memberikan lebih banyak faedah. Turkish Airlines kini merupakan satu-satunya syarikat penerbangan utama yang menawarkan peluang kepada penumpang Kelas Perniagaan untuk menyaksikan pembentangan daripada syarikat-syarikat baru di dalam pesawat, yang dihasilkan daripada ciri Invest on Board yang disediakan. Dengan bekerjasama eTohum, penggerak untuk pembangunan syarikat-syarikat baru di Turki. Platform ini membolehkan penumpang untuk menilai pembentangan selama dua minit daripada beberapa syarikat baru yang berpangkalan di Turki. Dengan cara ini, penumpang akan mendapat peluang untuk melabur di beberapa syarikat berpotensi itu. Turkish Airlines telah menempa namanya dalam industri ini dengan membuat satu siri pembelian pesawat berskala besar. Dengan moto “Globally Yours”, Turkish Airlines menawarkan rangkaian penerbangan paling komprehensif serta membolehkan perjalanan lebih jauh untuk penumpangnya. Syarikat penerbangan itu kini berpengkalan di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul.
Perjalanan Turkish Airlines bermula pada 20 Mei 1933 apabila State Airlines Administration, iaitu nama asal syarikat penerbangan itu sebelum mengalami pertukaran, telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan Nasional Turki. Jabatan ini hanya mempunyai seramai 24 orang pekerja untuk mengendalikan dua King Birds, iaitu dua pesawat Junker F-13 dan sebuah pesawat ATH-9. Menjelang tahun 1938, pesawat syarikat penerbangan itu berkembang menjadi lapan buah pesawat dan menjadi sebahagian daripada Kementerian Pengangkutan. Dari tahun 1943 hingga 1945, State Airlines Administration membuat lebih banyak pembelian pesawat dengan menambah enam pesawat D-Havilland Domini, lima pesawat Junker 52, 30 pesawat Douglas DC-3 dan tiga pesawat C-47, menjadikan sejumlah 52 pesawat dalam syarikat penerbangannya. Kemudian, pada tahun 1947, syarikat ini mempunyai penerbangan antarabangsa pertama yang menyediakan penerbangan melalui laluan Ankara-Istanbul-Athens. Dan menambah lebih banyak penerbangan pada tahun 1951 untuk mencapai destinasi baru seperti Nicosia, Beirut dan Kaherah. Pada tahun 1953, syarikat penerbangan itu mengendalikan penerbangan haji yang pertama. Pada tahun yang sama, syarikat itu juga menyelesaikan penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa daerah Yesilkoy, Istanbul. Lapangan terbang ini dilengkapi dengan landasan bertaraf antarabangsa, terminal penumpang, bangunan penyelenggaraan dan peralatan radio elektronik. State Airlines Administration menukar namanya menjadi Turkish Airlines Inc. pada 1 Mac 1956 dan menyertai Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Setahun kemudian, syarikat penerbangan itu memulakan perkongsiannya dengan British Overseas Airways Corporation (BOAC), yang memberikan sokongan teknikal selepas memperoleh 6% saham syarikat penerbangan itu. Pada tahun yang sama, syarikat itu juga menyertai SITA (Syarikat Telekomunikasi dan Perkhidmatan Maklumat Dunia) untuk membangunkan sistem komunikasinya. Pada masa tersebut, Turkish Airlines mempunyai 28 lagi kapal terbang, termasuk 19 DC-3, tujuh pesawat penumpang Heron dan dua pesawat kargo C-47. Lima pesawat Viscount 794 dengan enjin turboprop menyertai koleksi pesawat syarikat penerbangan ini pada tahun 1958 yang juga menandakan pertukaran daripada enjin piston ke enjin jet yang lebih pantas. Dengan pesawat tambahan, syarikat penerbangan itu membuka lebih banyak laluan ke Rom dan Athens. Pada tahun 1960, Turkish Airlines membuat pembelian tambahan enam pesawat enjin turboprop F-72 baru. Pembelian ini telah menandakan pembukaan laluan Ankara-Istanbul-Vienna-Frankfurt. Setahun kemudian pada tahun 1961, dua juruterbang Turki, Zihni Barin dan Nurettin Gurun membawa dua pesawat F-27 dari Amerika Syarikat. Juga pada tahun 1961, pereka Mesut Manioğlu memenangi pertandingan yang diadakan oleh syarikat itu untuk mencipta logo syarikat penerbangan itu. Lambang angsa liar yang direka menjadi logo syarikat penerbangan tersebut sehingga ke hari ini. Dari 1964 hingga 1965, syarikat penerbangan itu membuka lebih banyak laluan ke Brussels, Munich, Tel Aviv, Amsterdam, Belgrade dan Tabriz. Dua tahun kemudian pada tahun 1967, ia menambah tiga pesawat McDonnell Douglas DC-9 dan membuka laluan ke Zurich, Budapest dan Geneva. Turkish Airlines juga menggunakan kapal terbang jet antarabangsa yang pertama untuk laluan Ankara-Istanbul-Brussels. Untuk meningkatkan prestasinya, Turkish Airlines membuat persetujuan dengan Petrol Ofisi untuk membekalkan bahan api. Pada tahun 1968, saham modal syarikat penerbangan meningkat daripada TL 90 juta kepada TL 200 juta dan antara 1969 dan 1971, syarikat itu menambah tujuh pesawat DC-9, tiga pesawat Viscount, tujuh pesawat F-27, lapan pesawat DC-9-30, satu pesawat DC-9-10 dan tiga pesawat B-707. Ini diikuti dengan pembukaan destinasi baru Cologne, Düsseldorf dan Stuttgart. Turkish Airlines mencapai kejayaan besar yang pertama pada tahun 1972, ketika modal saham syarikatnya meningkat 100% daripada TL 200 juta kepada TL 400 juta. Dua pesawat tambahan DC-10 telah dibeli dan Hannover serta Hamburg ditambah sebagai destinasi baru pada tahun yang sama. Pada tahun 1973, 40 tahun selepas penubuhannya, bilangan kakitangan Turkish Airlines telah direkodkan pada 4,437 kakitangan. Untuk meraikan tahun ke-40, syarikat itu membeli lima pesawat Fokker F28 dan membuka laluan ke Copenhagen, Berlin dan Nuremberg. Turkish Airlines memperluaskan perniagaannya dengan menubuhkan Cyprus Turkish Airlines pada 4 Disember 1975. Pada tahun 1978, laluan ke Baghdad, Tehran, Dharan dan Tripoli dibuka dan jumlah penumpang pada masa itu mencapai 3 juta orang. Pada tahun 1980 - 1985, syarikat penerbangan itu mengembangkan perniagaannya di bidang lain seperti perkhidmatan, stok modal dan saiz pesawat. Ia membuka laluan ke Kaherah, Mesir pada tahun 1980 dan tiga tahun kemudian, ia telah mengendalikan penerbangan ke tiga benua dengan 30 pesawat. Pada tahun yang sama pada tahun 1983, syarikat penerbangan itu melancarkan THY, majalah penerbangan pertama syarikat itu. Kemudian, pada tahun 1984, Turkish Airlines menjadi sebuah syarikat milik negara yang bernilai TL 60 bilion. Sebanyak empat pesawat Airbus A310 menjadi sebahagian daripada Turkish Airlines pada tahun 1985 yang membolehkan ia menawarkan penerbangan ke Asia Timur. Operasi Asia yang pertama bermula pada bulan Jun 1986 dengan Singapura sebagai destinasi. Pada tahun yang sama Turkish Airlines menyediakan perkhidmatan Kelas Pertama ke Jeddah dan London. Tempoh 1987 - 1999 menyaksikan peningkatan perniagaan dan peningkatan perkhidmatan daripada Turkish Airlines. Menjelang tahun 1988, syarikat penerbangan itu telah berkhidmat dengan empat benua apabila ia membuka laluan ke New York. Laluan tambahan lain termasuk bandaraya utama dunia, seperti New Delhi, Kuala Lumpur, Lyon, Helsinki, Tunisia, Algiers, Oslo, Basel, Tokyo, Bangkok, Moscow, Benghazi, Budapest, Bahrain, Strasbourg dan banyak lagi. Pada tahun 1989, majalah penerbangan di Turki telah dinamakan semula sebagai Skylife. Juga pada tahun 1989, syarikat itu menubuhkan perkongsian yang sama dengan Lufthansa Airlines untuk membangunkan SunExpress Airlines. Kemudian, pada tahun 1998, syarikat Turki menandatangani siri Block Space Agreement dengan syarikat penerbangan lain, termasuk Austrian Airlines, Swissair, Croatia Airlines dan Japan Airlines. Semasa tempoh perkembangannya pada tahun 2000 - 2010, Turkish Airlines mengalami krisis dan terpaksa mengurangkan penerbangan domestiknya. Walaupun mengalamai kerugian sebanyak TL 1.9 bilion pada separuh pertama 2016, syarikat penerbangan itu kekal kukuh sebagai salah satu syarikat penerbangan terbaik di Eropah. Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan hampir 340 pesawat dan mempunyai sekitar 26,676 kakitangan.
Berikut ialah cara menempah tiket Turkish Airlines secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Turkish Airlines anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Turkish Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Turkish Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Turkish Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.