Saya dan keluarga memang selalu bermalam di hotel ini jika datang ke Melaka kerana agak selesa, harga berpatutan dan lokasi sesuai dengan kehendak kami. Beberapa perkara perlu ditambahbaik lagi: (1) Tuala mandi perlu diganti yang baru kerana telah agak lusuh; (2) Kebersihan lantai bilik -harap pastikan vacum lantai secara menyeluruh; (3) Sink di bilik air - aliran air turun sangat perlahan hingga menyebabkan bertakung. Ini boleh dibaiki. Overall, still comfortable and highly recommended.:)