Saya bermalam di hotel ini untuk 4 hari 3 malam. 1. Malam pertama, tuala tidak disediakan, apabila maklum kepada pihak hotel, hampir 40 minit baru dihantar, itu pun setelah saya hubungi kali kedua. 2. Malam kedua, tuala tidak diganti pula, sedangkan bilik semua dikemas elok, terpaksa telefon hotel kembali. 3. Pada pagi sebelum malam ketiga itu, saya telah sampai kan pesan kepada pihak hotel untuk pastikan bilik dikemas dan kejadian pada dua malam tersebut tidak berulang. 4 Pada malam ketiga, sabun pula tidak diberikan. Pihak pengurusan Hotel Riverside, you must do something with your staff, perkhidmatan Kemas bilik (room service) sangatlah teruk.