Hotel ini terletak di lokasi yang baik, Tapi, saya sudah booking melalui Online sehari awal dan bayaran pun dah proceed. Receipt byrn pun, saya sudah terima melalui E-mail. Bila dah sampai DKT reception tu, pekerja dia bagi tahu bilik semua sudah penuh. Aikhhh, Bukan bilik yang kena booking memang kena bagi NGN orang baru nak menginap. Tolong lah, asingkan bilik yang dah kena booking tu. Jangan bagi orang. Perbaiki sistem perkhidmatan Hotel tersebut ni. Utamakan orang yang dah booking secara online, SBB byrn pun dah terima kan. Dan 1 lagi, Bilik yang saya terpaksa untuk menginap yang bukan bilik yang saya booking. Tahap kebersihan sangat teruk, lantai bilik berdebu dan habuk. Bilik mandi sinki bocor. Tingkatkan perkhidmatan Hotel dan penginapan agar memuaskan. Sebab, booking melalui online semua bayar terus.