Masa kami sampai, cuaca ketika itu tidak dalam keadaan baik. Sekeliling hotel sangat berangin sehinggakn pihak hotel terpaksa menutup pintu utama dan beberapa keping bumbung berterbangan. Saya sangat bertuah kerana staff yang bertugas ketika itu memudahkan segala proses c.in dan membantu saya mengangkat barang - barang walaupun keadaan cuaca ketika itu sangat menakutkan. Kemudian, kami terus naik ke bilik kami ( 905 ). Ketika masuk ke bilik, semuanya kelihatan ok tetapi ada bau yang kurang menyenangkan. kami sekeluarga mencari bau tersebut dan ternyata baunya datang daripada tandas dengan bau hancing yang sangat kuat. Selain itu, keadaan koridor sebelah kolam renang jgk kotor dengan sampah. Selain itu, pintu tutup ke bilik air jugak ada yang terkoyak, peti sejuk yang suhunya kurang sejuk dan alat kawalan jauh television yang kurang berfungsi. Saya terus menelefon operator dan meminta tandas dibersihkan secepat mungkin dan kami terus keluar makan. Balik daripada makan malam, tandas tidak lagi berbau. Masa kami mandi kolam, ada sampah di buang daripad penghuni bilik lain..kami kecewa