Studio yang boleh occupied up to 5-6 dewasa, siap bagi toto dalam 3/4 unit, katil queen & katil single, aircond sejuk, cuma TV je tak banyak siaran dimaafkan sebab datang nak berjalan bukan nak tengok TV. Lepas itu condition bilik ok ok since saya tahu dia dah lama dah saya stay sini dari 2019 kalau saya pergi KB, cadar semua bersih, carpark basement foc, saya memang stay kbcp kalau ke Kota Bharu sebab senang saya nak bergerak, kereta park kat basement je lepas itu jalan kaki pergi Pasar Siti Khadijah, night market Dataran Mara, pasar pagi Jumaat area kbcp. Tempat makan dekat-dekat je /grab food pun boleh kalau tak larat nak keluar. Overall 8.5/10. Nice