Notis Privasi Traveloka

Dikemaskini pada: November 2023

Kandungan

Anda seharusnya boleh membuat keputusan terbaik mengenai Data Peribadi anda. Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana Traveloka Sdn, Bhd, anak syarikat, sekutu dan entiti yang dikawal bersamanya ("Traveloka", "kami") memproses Data Peribadi anda. Pemprosesan termasuk mengumpul, merekod, memegang, menyusun, menstruktur, menyimpan, penyesuaian, pengubahan, mendapatkan kembali, merujuk kepada, menggunakan, penzahiran, pemadaman atau pemusnahan Data Peribadi (“Pemprosesan”), melalui laman web kami www.traveloka.com dan aplikasi mudah alih Traveloka (masing-masing "Laman Web" atau “Aplikasi”).


Notis Privasi ini terpakai untuk pengguna, pemohon, penjual, pembekal dan rakan kongsi Traveloka ("anda”).


Sila luangkan masa untuk memahami Notis Privasi ini dan hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

1. Data Peribadi yang Kami Kumpul

Data Peribadi bermaksud sebarang maklumat mengenai anda atau dari mana anda boleh dikenal pasti. Ini termasuk satu maklumat atau gabungan daripada maklumat lain mengenai anda - seperti nama, alamat, tarikh lahir, pekerjaan, nombor telefon, alamat e-mel, imej, butiran akaun bank dan kad kredit, jantina atau pengecam yang dikeluarkan oleh kerajaan, maklumat berkaitan kewangan anda ("Data Peribadi").


Kami mengumpul dan memproses Data Peribadi, sebagai pengawal atau pemproses data (seperti yang berkenaan), melalui kaedah yang disenaraikan di bawah:-

1.1 Data Dikumpul Setiap Kali Anda Menggunakan Laman Web/Aplikasi

  • Jika Anda Seorang Pengguna

    Kami mengumpul Data Peribadi yang mengenal pasti atau boleh digunakan untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengesan anda. Tanpa mengumpul Data Peribadi tersebut, kami tidak dapat memberikan anda kesemua perkhidmatan yang anda minta di Laman Web atau Aplikasi. Data Peribadi yang kami kumpul secara langsung daripada anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

    • (i) Nama penuh anda
    • (ii) Alamat e-mel anda
    • (iii) Nombor telefon anda
    • (iv) Tarikh lahir anda
    • (v) Jantina anda
    • (vi) Nombor kad pengenalan atau pasport anda
    • (vii) ID tempahan anda
    • (viii) Butiran tempahan anda (seperti nama hotel, lokasi hotel dan tempoh penginapan)
    • (ix) Keutamaan perlancongan anda
    • (x) Butiran keahlian penerbangan kerap syarikat penerbangan anda
    • (xi) Ulasan anda

    Dalam keadaan tertentu, kami akan meminta pengguna untuk memberikan kepada kami dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada proses mengenali-pelanggan-anda jika diperlukan menurut undang-undang yang terpakai atau Terma & Syarat kami untuk mengenal pasti anda dan memproses permintaan anda dan/atau perkhidmatan tambahan seperti perkhidmatan kewangan, proses bayaran balik, tuntutan insurans dan pembatalan tempahan.

  • Jika Anda Seorang Penjual atau Pembekal

    Bagi memastikan Laman Web dan ciri-cirinya dapat berfungsi, kami mengumpul Data Peribadi yang mengenal pasti atau boleh digunakan untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengesan seseorang atau mana-mana harta atau perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Penjual di Laman Web. Kami juga mengumpul Data Peribadi lain yang diperlukan untuk melaksanakan sebarang kewajipan pembayaran di antara anda dengan kami termasuk sebarang kewajipan cukai yang berkaitan.

  • Jika Anda Menggunakan Sebarang Perkhidmatan Pembayaran dan/atau Transaksi di Laman Web atau Aplikasi

    Kami akan mengumpul Data Peribadi yang berkaitan dengan perkhidmatan pembayaran dan/atau transaksi yang anda gunakan. Data tersebut termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nombor kad pembayaran atau pengecam akaun, kad pembayaran atau pemegang akaun, butiran penghantar dan penerima serta sejarah transaksi.

  • Jika Anda Membuat Permohonan Kerja

    Kami akan mengumpul resume, pengalaman kerja dan kelayakan pendidikan anda sebagai sebahagian daripada proses permohonan bakat, suai tugas dan pertimbangan/penerimaan kami.

1.2 Data Dikumpul daripada Peranti Anda

Setiap kali anda menggunakan Laman Web, kami akan mengumpul Data Peribadi dalam bentuk data teknikal berkenaan peranti dan penggunaan peranti anda seperti maklumat mengenai halaman web yang dilihat, tempoh sesi, identiti peranti internet dan mungkin termasuk:

  • Lokasi Geografi: Kami mungkin mengumpul maklumat mengenai lokasi sebenar anda untuk memberikan anda tawaran di lokasi yang berkaitan seperti yang tersedia dalam Laman Web. Kami juga mungkin memperoleh lokasi anggaran anda daripada alamat IP, GPS anda dan maklumat lain yang dibekalkan oleh peranti mudah alih anda.
  • Maklumat Log: Apabila anda menggunakan Laman Web, kami akan mengumpul maklumat yang kami rujuk sebagai "maklumat log". Maklumat log tersebut boleh dikumpul walaupun anda tidak mendaftar akaun di Laman Web. Maklumat log ini mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) alamat IP, jenis pelayar, sistem operasi, negara, halaman yang dilawati, pembekal jaringan mudah alih, maklumat peranti, serta maklumat berkaitan penggunaan Internet yang lain. Kami menggunakan maklumat log tersebut untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik semasa menggunakan Laman Web.
  • Cookies (“Kuki”) dan teknologi yang serupa: Kuki ialah data kecil yang disimpan dalam komputer atau peranti mudah alih anda untuk membantu kami menjejaki penggunaan internet anda. Kami menggunakan kuki dalam notifikasi e-mel tertentu yang kami hantar selepas pembelian/tempahan barangan/perkhidmatan di Laman Web dibuat. Sila nyahaktifkan pilihan kuki jika anda ingin kami menghentikan ciri kuki dan sila ambil perhatian bahawa jika anda menyahaktifkan kuki, anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau sebahagian daripada Laman Web atau untuk menggunakan semua atau sebahagian daripada fungsi melalui Laman Web.
  • Maklumat Peranti dan Aplikasi yang Dipasang: Data dan maklumat daripada telefon anda dan/atau daripada aplikasi yang dipasang pada peranti anda mungkin dikumpul bagi menyediakan profil risiko tersegmen dan menjana maklumat statistik agregat hanya apabila perlu dan termasuk apabila diperlukan untuk penyemakan perkhidmatan kewangan Traveloka. Untuk melindungi identiti anda, kami menyingkirkan semua pengecam peribadi (jika ada) dan menamakan maklumat tersebut dengan nama samaran. Sebarang metadata yang diproses dengan kaedah ini tidak boleh digunakan untuk menghasilkan semula data asal yang dikumpul.

1.3 Data yang Kami Kumpul Daripada Pihak Ketiga

Secara amnya, kami mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada subjek data, kecuali dalam keadaan tertentu di mana kami mengumpul Data Peribadi daripada pihak ketiga (“ Pihak Ketiga ”) seperti:-

  • Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai penjual dan pihak lain yang melakukan apa-apa proses bagi pihak kami, menyediakan perkhidmatan di Laman Web, menyediakan perkhidmatan kepada kami atau pihak yang bekerjasama dengan kami di bawah sebarang kontrak atau komitmen lain;
  • Penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional lain) yang telah diberi kuasa oleh anda;
  • Mana-mana individu yang dimaklumkan oleh anda sebagai wakil sah anda; atau
  • Mana-mana individu, pihak berkuasa, pengawal selia atau pihak ketiga yang kami dibenarkan atau dikehendaki untuk mendedahkannya menurut undang-undang.
  • Sebarang Data Peribadi yang diperoleh daripada majikan anda, sebagai sebahagian daripada pendaftaran anda untuk perkhidmatan di Laman Web melalui perkhidmatan perniagaan atau korporat kami, yang telah diberikan kebenaran yang sewajarnya daripada pekerja.
  • Data Peribadi dikumpul mengenai maklumat dan sejarah kewangan tertentu apabila anda mendaftar, mengakses, menambah, dan/atau memaut (seperti yang berkaitan) untuk kad pembayaran, produk pinjaman, insurans atau produk atau akaun perkhidmatan kewangan lain melalui Laman Web. Data Peribadi ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kad pembayaran atau sejarah transaksi akaun, kad pembayaran atau butiran akaun, dan pemetaan dan/atau kad pembayaran atau status akaun daripada pembekal perkhidmatan pembayaran atau kewangan yang berkaitan atau mana-mana pihak ketiga yang lain.

Dalam keadaan sedemikian, pengumpulan akan dilakukan atas pengakuan/arahan anda kepada pihak ketiga yang berkaitan, atau tertakluk kepada persetujuan nyata daripada anda sebelum pengumpulan tersebut.

1.4 Data Peribadi Pihak Ketiga yang Anda Berikan kepada Kami

Anda boleh memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga yang lain (termasuk apabila anda menambah apa-apa data pihak ketiga sebagai penumpang penerbangan atau pelawat hotel). Dalam keadaan sedemikian, anda mengaku janji dan memberi jaminan kepada kami bahawa anda telah memperolehi persetujuan yang didokumenkan secara sah daripada pihak ketiga yang berkaitan tersebut dan dengan ini bersetuju bagi pihak tersebut kepada pengumpulan, penggunaan, penzahiran dan pemprosesan Data Peribadinya oleh kami. Jika kami tidak dapat mengumpul Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan kami kepada anda.

2. Bagaimana Kami Kumpul, Process, Guna atau Zahir Data Peribadi Anda

2.1 Penggunaan Data Peribadi

Kami mungkin memproses dan menggunakan Data Peribadi anda berdasarkan permintaan anda dan/atau perjanjian atau Syarat Penggunaan yang telah anda terima dan bersetuju untuk diikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, tujuan berikut (“Tujuan”):-

  • Mengenal pasti anda sebagai pengguna atau penjual dan termasuk mendaftar, menyelenggara dan mengurus akaun anda di Laman Web kami;
  • Menawarkan anda pakej pelancongan dan gaya hidup yang sesuai mengikut keutamaan anda;
  • Mengesahkan akaun, transaksi dan/atau pendaftaran anda seperti yang kami mungkin, mengikut budi bicara kami yang diperlukan sebelum menyediakan perkhidmatan di Laman Web (jika anda seorang penjual) atau jika anda seorang pengguna, sebelum memberikan sebarang perkhidmatan daripada kami;
  • Mengurus, mengendalikan dan mentadbir Laman Web;
  • Menghubungi anda mengenai penggunaan anda dan akses kepada Laman Web dan menguruskan pertanyaan dan permintaan yang dikemukakan oleh anda melalui Laman Web;
  • Menyesuaikan pengalaman anda semasa menggunakan Laman Web;
  • Mengukur dan meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan anda termasuk mengurus mata ganjaran anda, menyediakan anda dengan aktiviti pemasaran langsung atau yang diperibadikan, dan menyediakan atau menawarkan perkhidmatan daripada kami atau penjual dan rakan kongsi perniagaan kami;
  • Memantau dan menganalisis aktiviti anda, data demografi, tingkah laku, pertanyaan carian, masa tindak balas untuk pelbagai perkhidmatan yang disediakan di Laman Web, dan sebarang Data Peribadi yang anda berikan kepada Laman Web untuk menyokong dan meningkatkan prestasi, pengalaman pengguna, pertumbuhan dan fungsi daripada Laman Web. Kami akan menamakan semula (anonymize) Data Peribadi anda (atau menggunakan kaedah lain seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai) sebelum kami memprosesnya untuk tujuan ini;
  • Mengesan dan mencegah pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, penipuan, tingkah laku kesat dan aktiviti berbahaya atau yang menyalahi undang-undang termasuk mematuhi undang-undang yang terpakai, menjawab permintaan undang-undang dan melindungi hak kami;
  • Menerbitkan ulasan anda tentang perkhidmatan kami serta produk yang disenaraikan di Laman Web;
  • Menguatkuasakan peruntukan Syarat Penggunaan Traveloka;
  • Menyelesaikan pertikaian, mengutip bayaran tertunggak dan menyelesaikan masalah; dan
  • Lain-lain tujuan yang kami maklumkan kepada anda apabila kami mengumpul Data Peribadi.

2.2 Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda untuk Aktiviti Pemasaran:-

  • Pemasaran digital termasuk, tetapi tidak terhad kepada, media sosial, pemaparan iklan, Pengoptimuman Enjin Carian, Pemasaran Enjin Carian dan notifikasi cth., menggunakan teknik graf terbuka, dsb;
  • Tujuan pemasaran konvensional yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menghantar e-mel atau komunikasi kepada anda tentang produk baharu, tawaran istimewa, produk Traveloka yang mungkin relevan dengan anda, surat berita, kemas kini, bahan promosi, keistimewaan istimewa, ucapan perayaan, tinjauan dan/atau maklumat lain yang kami fikir anda mungkin berminat;
  • Mendaftarkan penggunaan anda, akses kepada dan pendaftaran akaun/akaun ke laman web/aplikasi anak syarikat dan/atau syarikat gabungan kami;
  • Memindahkan ulasan anda di Laman Web kami ke laman web/aplikasi anak syarikat dan/atau syarikat gabungan kami (“Proses Pemindahan”);
  • Kami mungkin menyampaikan pemasaran sedemikian kepada anda melalui pelbagai kaedah, jika berkenaan (termasuk melalui SMS, WhatsApp, notifikasi atau e-mel).

Sila ambil perhatian bahawa anda boleh menarik diri daripada menerima bahan pemasaran daripada kami termasuk Proses Pemindahan dengan mengikuti arahan nyahlangganan yang ditetapkan dalam bahan pemasaran kami atau dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah dan kami akan menghormati kehendak anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa penarikan diri akan berkuat kuasa dalam masa 7 (tujuh) hari bekerja selepas anda berjaya menyahlanggan perkhidmatan tersebut.

2.3 Asas Pemprosesan

Selain itu, kami mungkin mengumpul, memproses, menggunakan atau menzahirkan Data Peribadi anda, setakat yang perlu, menurut asas undang-undang yang terpakai dan Notis Privasi ini seperti berikut:-

  • Persetujuan:

    Secara amnya, kami mengumpul, menggunakan, menzahirkan atau sebaliknya memproses Data Peribadi anda menurut Notis Privasi ini dengan persetujuan anda apabila anda mengakses Laman Web kami dan/atau membuat tempahan dengan kami.

  • Kontrak:

    Data Peribadi anda mungkin diproses untuk memenuhi kewajipan kontrak apabila anda terlibat dalam transaksi atau tempahan dengan kami, seperti yang tertakluk kepada Terma dan Syarat kami dan Notis Privasi ini apabila menggunakan perkhidmatan kami yang tersedia di Laman Web/Aplikasi.

  • Kewajipan Undang-undang:

    Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin memproses Data Peribadi anda untuk mematuhi kewajipan dan keperluan yang dikenakan oleh undang-undang, pihak berkuasa kerajaan atau agensi kawal selia yang berkenaan.

  • Kepentingan Anda:

    Kami mungkin memproses Data Peribadi anda apabila perlu untuk melindungi kepentingan anda atau kepentingan orang lain.

  • Kepentingan Sah Kami:

    Data Peribadi mungkin diproses berdasarkan kepentingan sah kami, seperti menambah baik perkhidmatan kami, mengurus keselamatan dan mencegah penipuan, sambil mempertimbangkan hak dan kepentingan anda, seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.

3. Perkongsian Data Peribadi Anda

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat, organisasi dan individu lain termasuk anak syarikat dan syarikat gabungan kami, yang telah bersetuju untuk mengendalikan Data Peribadi anda dengan kaedah yang setaraf daripada piawaian yang ditetapkan dalam Notis Privasi ini ("Pihak Ketiga" bagi setiap satu) dalam menyediakan perkhidmatan kami kepada anda dan pelanggan kami yang lain dan untuk mana-mana tujuan berikut serta untuk tujuan lain jika dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai:-

  • Jika anda seorang pengguna, untuk membantu memudahkan tempahan atau interaksi lain di antara pengguna dan/atau Penjual;
  • Jika anda seorang pengguna, untuk tujuan membolehkan kami dan/atau Penjual, melaksanakan atau menyampaikan perkhidmatan/ciri dalam Laman Web;
  • Jika anda seorang Penjual, untuk tujuan membolehkan pengguna meminta, menerima dan melengkapkan sebarang tempahan daripada pengguna kepada anda;
  • Kepada Pihak Ketiga berhubung dengan sebarang pengesahan, pensahihan, penilaian risiko, pencegahan penipuan dan pembangunan dan penyelenggaraan produk sebagaimana yang kami atau Pihak Ketiga lain mungkin anggap perlu sebelum memberikan perkhidmatan kepada anda termasuk sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan dan semakan kelayakan kredit;
  • Berhubung dengan proses transaksi dalam bentuk penggabungan, penyatuan, perubahan kawalan atau pemilikan, penstrukturan semula dan/atau penjualan aset perniagaan syarikat Traveloka, maka Data Peribadi anda mungkin dizahirkan dan dipindahkan sebagai sebahagian daripada transaksi tersebut (walaupun transaksi tersebut tidak diteruskan selepas itu);
  • Berhubung dengan perkhidmatan kami, kami berkongsi Data Peribadi dengan pembekal dan Penjual pengehosan Laman Web, analisis data, pemasaran, promosi, pemprosesan transaksi kad kredit, penilaian kelayakan kredit dan perkhidmatan lain yang berkaitan;
  • Jika anda seorang pengguna, untuk membantu memudahkan proses bayaran balik atau tuntutan insurans dengan Penjual atau pembekal perkhidmatan kami; dan/atau
  • Jika anda seorang pengguna, untuk membantu memudahkan proses pengesahan dengan mana-mana pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan di Laman Web kami.

Kami akan memberitahu anda jika kami perlu meminta persetujuan anda untuk mengumpul, menggunakan atau memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain selain daripada yang dinyatakan secara nyata dalam Notis Privasi ini.

4. Pemindahan Data Merentas Sempadan

Perkhidmatan yang disediakan melalui Laman Web boleh digunakan di seluruh dunia. Untuk membolehkan tujuan tersebut, anda mengakui dan bersetuju bahawa Data Peribadi anda mungkin dipindahkan atau diakses oleh entiti di seluruh dunia. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan dari negara (“Negara Asal”) di mana anda berada semasa menggunakan Perkhidmatan kami ke negara lain (“Negara Penerima”).


Apabila kami memindahkan Data Peribadi anda dari Negara Asal anda ke Negara Penerima, kami akan dengan tekun mematuhi semua kewajipan undang-undang dan kawal selia mengenai data anda untuk memastikan data anda dilindungi. Ini termasuk mewujudkan alasan yang sah untuk pemindahan tersebut dan melaksanakan langkah-langkah yang sesuai untuk mengekalkan tahap perlindungan yang setaraf untuk Data Peribadi anda. Selain itu, kami akan memastikan bahawa penerima di Negara Penerima adalah terikat untuk melindungi Data Peribadi anda dengan kaedah yang konsisten dengan piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang yang terpakai. Dalam apa jua keadaan, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan Data Peribadi anda kekal tertakluk pada piawaian perlindungan yang setanding dengan peruntukan menurut undang-undang negara anda.

5. Hak Berkenaan dengan Data Peribadi Anda

Mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkaitan, anda mempunyai hak berikut berhubung dengan Data Peribadi anda:-

  • Anda boleh meminta maklumat tentang pemprosesan Data Peribadi anda dan mendapatkan salinannya.
  • Anda boleh mendaftar akaun pengguna berdasarkan maklumat yang anda berikan. Dengan memberikan maklumat tersebut, mendaftar dan mencipta akaun anda, anda juga menjamin bahawa maklumat yang anda berikan adalah benar dan tepat, terkini dan lengkap.
  • Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak untuk meminta pembetulan dan/atau pemadaman Data Peribadi anda.
  • Dalam keadaan tertentu, anda boleh meminta sekatan atau membantah pemprosesan Data Peribadi anda.
  • Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda, dengan syarat pemprosesan kami adalah bergantung kepada persetujuan anda.
  • Anda boleh meminta untuk menerima atau memindahkan Data Peribadi anda kepada organisasi lain dalam format yang boleh dibaca oleh mesin, di mana data anda diproses berdasarkan persetujuan anda atau sebagai sebahagian daripada pelaksanaan kontrak.
  • Jika hak privasi data anda dilanggar atau anda telah mengalami kemudaratan akibat pemprosesan Data Peribadi anda yang menyalahi undang-undang, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa data peribadi yang berkaitan.

Apabila anda diberi pilihan untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan kami, ia sentiasa merupakan pilihan anda. Jika anda sebelum ini telah memberikan persetujuan untuk pemprosesan dan memutuskan untuk membatalkannya, kami akan menghormati keputusan anda selaras dengan kewajipan undang-undang kami.


Namun begitu, elakan daripada berkongsi Data Peribadi anda dengan kami atau menarik balik persetujuan anda atau tidak bersetuju dengan Notis Privasi kami boleh menjejaskan keupayaan kami untuk melakukan tindakan yang perlu bagi tujuan yang dinyatakan dalam atau menyekat penggunaan anda dalam Aplikasi atau Laman Web.


Sila ambil perhatian bahawa semua permintaan akan menjalani pemeriksaan dan pengesahan yang menyeluruh. Untuk mengesahkan identiti dan kuasa anda untuk membuat permintaan, kami mungkin meminta anda memberikan maklumat atau dokumentasi sokongan. Setelah disahkan, kami akan memproses permintaan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang yang terpakai.

6. Pindaan & Kemas Kini Notis ini

Dari semasa ke semasa, Traveloka boleh menyemak semula Notis Privasi ini untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang dan peraturan, amalan penggunaan kami, ciri Laman Web kami dan/atau kemajuan dalam teknologi. Jika kami membuat semakan yang mengubah kaedah kami mengumpul atau menggunakan Data Peribadi anda:-

  • Kami akan memberitahu anda tentang sebarang pindaan melalui notis umum yang diterbitkan di Laman Web, atau sebaliknya ke alamat e-mel anda yang dinyatakan dalam akaun anda.
  • Perubahan tersebut akan dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan tarikh kuat kuasa akan dicatat pada permulaan Notis Privasi ini.
  • Penggunaan berterusan dalam Laman Web oleh anda, komunikasi dengan kami atau akses kepada dan penggunaan perkhidmatan berikutan sebarang pindaan kepada Notis Privasi ini merupakan persetujuan anda kepada Notis Privasi ini dan semua pindaannya.

Penggunaan berterusan perkhidmatan Traveloka oleh anda, Aplikasi dan/atau Laman Web berikutan tarikh kuat kuasa pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan pada Notis Privasi ini, sama ada disemak atau tidak oleh anda, merupakan persetujuan anda untuk terikat dengan pindaan tersebut.

7. Pemadaman Data Peribadi Anda

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, anda mempunyai hak untuk meminta kami memadam Data Peribadi anda yang kami pegang daripada sistem kami. Anda boleh menghantar permintaan pemadaman kepada kami di butiran hubungan kami yang dinyatakan di bawah.


Kami, tanpa kelewatan yang tidak wajar atau dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang yang terpakai, akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan Data Peribadi anda atau akan menggunakan usaha yang munasabah untuk membatalkan kaedah atau pengecam peribadi yang mana Data Peribadi tersebut boleh dikaitkan dengan anda sebagai individu, jika:-

  • Tujuan Data Peribadi dikumpul tidak lagi dilaksanakan oleh pengekalan Data Peribadi tersebut.
  • Kami tidak dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai untuk mengekalkan Data Peribadi.
  • Sekiranya ia diwajibkan oleh undang-undang yang terpakai, berdasarkan permintaan anda untuk memadamkan Data Peribadi anda.

Sila ambil perhatian bahawa dengan meminta kami untuk memadam Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat terus memberikan anda sesetengah perkhidmatan kami dan anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penamatan perkhidmatan tersebut.

8. Penyimpanan Data Peribadi Anda

Melainkan kami memadam Data Peribadi anda daripada sistem kami selepas menerima permintaan anda, Data Peribadi anda akan disimpan oleh kami selagi akaun anda masih wujud dan seperti yang diperlukan untuk memberikan anda perkhidmatan kami dan/atau untuk kepentingan perniagaan kami yang sah atau selagi penyimpanan tersebut diwajibkan atau dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.


Kami akan memadamkan Data Peribadi anda selepas 5 (lima) tahun atau tempoh yang lebih lama seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai dari tarikh anda menamatkan/menyahdaftar akaun anda dengan kami.

9. Perlindungan Data Peribadi Anda

Kami akan melindungi Data Peribadi anda dengan mengekalkan pengaturan keselamatan yang munasabah, termasuk langkah fizikal, teknikal dan organisasi untuk menghalang akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan tanpa kebenaran atau risiko yang serupa. Sila ambil maklum bahawa walaupun kami mempunyai beberapa perlindungan yang disediakan untuk melindungi maklumat anda, tiada apa pun dalam internet adalah 100% terjamin dan kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda.


Jika kami tertakluk kepada pelanggaran data yang berkaitan dengan Data Peribadi anda, setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang terpakai, kami akan memberitahu anda melalui saluran kami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk memberi anda maklumat yang mencukupi mengenai pelanggaran data tersebut dan akan berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda daripada salah guna.

10. Pautan ke Laman Web Lain

Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Anda harus ambil perhatian bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas laman web lain tersebut. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas notis privasi atau amalan laman web lain tersebut dan menasihati anda untuk membaca notis privasi setiap laman web yang anda lawati yang mengumpul apa-apa Data Peribadi anda.

11. Aduan

Jika anda mempunyai aduan mengenai layanan Data Peribadi anda oleh kami, sila hubungi kami di Butiran Hubungan kami yang dinyatakan di bawah. Kami akan melayan aduan anda secara sulit. Kami akan menghubungi anda dalam masa yang munasabah selepas menerima aduan anda untuk membuat perbincangan dan menawarkan pilihan mengenai kaedah aduan anda boleh diselesaikan.


Jika anda mempunyai aduan mengenai layanan Data Peribadi anda yang tidak diselesaikan oleh kami, anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan. Sebarang Data Peribadi yang kami kumpul semasa memproses atau menyelesaikan aduan anda akan digunakan untuk tujuan itu sahaja.

12. Butiran Hubungan

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau aduan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data yang berkaitan untuk negara anda:-

  • Traveloka Group DPO and Legal Compliance team

    E-mel: privacy@traveloka.com

    Alamat: PT Traveloka Indonesia
    Traveloka Campus (d/h Green Office Park 1) North Tower, Jl Grand Boulevard, BSD Green Office Park, Kel. Sampora, Kec. Cisauk, Kab.Tangerang, Prov. Banten, 15345

  • Traveloka Singapura

    Alamat: Robinson 77, 77 Robinson Rd, Level 9 & 11 Singapore 068896

  • Traveloka Vietnam

    E-mel: dpo.vn@traveloka.com

    Alamat: 2nd Floor, An Phu Plaza, 117-119 Ly Chinh Thang Street, Vo Thi Sau Ward, District 3, Ho Chi Minh, Vietnam

  • Traveloka Filipina

    E-mel: dpo.ph@traveloka.com

    Alamat: Level 10-1 Fort Legend Tower, 31st Street & 3rd Avenue, Bonifacio Global City, Taguig, 1634, Metro Manila

  • Traveloka Thailand

    Alamat: 3 Rajanakarn Building 28th floor, South Sathorn Rd, Sathorn, Bangkok 10120

  • Traveloka Malaysia

    Alamat: Tower 2 Level 14 Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat, Brickfields, KL

13. Bahasa & Tafsiran

Notis Privasi ini adalah tertakluk kepada terjemahan ke dalam pelbagai bahasa. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris Notis Privasi ini dan terjemahannya dalam bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.


Sebarang istilah berhuruf besar yang tidak ditakrifkan dalam dokumen ini akan membawa takrifan yang sama seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Traveloka serta dalam Notis Privasi ini.

14. Keperluan Khusus Negara

14.1 Singapura

Kad Pengenalan Pendaftaran ("KPP") atau nombor pengenalan kebangsaan lain untuk tujuan berkaitan permohonan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengumpul, menggunakan dan menzahirkan nombor KPP atau Nombor Pengenalan Asing (FIN) anda mengikut undang-undang yang terpakai untuk memenuhi kewajipan kami dan untuk mencegah, mengesan dan menyiasat aktiviti penipuan dalam aplikasi.

14.2 Vietnam

Sila ambil maklum bahawa antara Data Peribadi yang mungkin kami kumpulkan seperti di atas, mungkin terdapat beberapa data peribadi yang sensitif menurut peraturan dalam Dekri 13/2023/ND-CP mengenai Perlindungan Data Peribadi. Dalam keadaan sedemikian, kami menasihatkan anda untuk menyemak data yang anda ingin kongsi dengan teliti sebelum meneruskan transaksi anda dengan kami.


Melainkan undang-undang menyatakan sebaliknya, jika terdapat pihak ketiga yang merupakan kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas, anda mengaku janji dan memberi jaminan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang didokumenkan dengan sah daripada kanak-kanak tersebut dan ibu bapanya atau penjaga yang sah bagi pemprosesan Data Peribadinya oleh kami. Data Peribadi yang kami kumpul termasuk tarikh lahir untuk pengesahan umur dan lain-lain bergantung pada pertanyaan atau perkhidmatan yang anda ingin perolehi. Kami komited bahawa pemprosesan data peribadi kanak-kanak sentiasa dilakukan mengikut prinsip melindungi hak dan demi kepentingan terbaik kanak-kanak.

15. Notis Privasi Negara Lain

Sila semak Notis Privasi ini yang disesuaikan atau diterjemahkan ke negara/bahasa anda:-

Jika terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris Notis Privasi ini dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.