Penerbangan murah ke Medan (KNO)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Medan (KNO)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Pulau Pinang (PEN) → Medan (KNO)
Lion Air
Selasa, 04 Jun 2024
RM 96.06
Kuala Lumpur (KUL) → Medan (KNO)
Batik Air (Malaysia)
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 114.36
Pulau Pinang (PEN) → Medan (KNO)
AirAsia Berhad (Malaysia)
Selasa, 25 Jun 2024
RM 114.99
Pulau Pinang (PEN) → Medan (KNO)
Firefly
Isnin, 24 Jun 2024
RM 120.03
Pulau Pinang (PEN) → Medan (KNO)
Citilink
Selasa, 04 Jun 2024
RM 122.77
Kota Bharu (KBR) → Medan (KNO)
Penerbangan
Isnin, 10 Jun 2024
RM 159.24
Kuala Terengganu (TGG) → Medan (KNO)
Penerbangan
Rabu, 05 Jun 2024
RM 160.01
Kota Bharu (KBR) → Medan (KNO)
Penerbangan
Jumaat, 28 Jun 2024
RM 163.65
Kuantan (KUA) → Medan (KNO)
Penerbangan
Ahad, 23 Jun 2024
RM 171.62
Kuala Terengganu (TGG) → Medan (KNO)
Penerbangan
Isnin, 10 Jun 2024
RM 173.34

Flights to Medan, Indonesia

Medan merupakan salah satu kota besar di Indonesia yang menawarkan daya tarikan budaya dan keindahan alam semula jadi yang tiada tandingan. Beberapa kawasan pelancongan terkenal seperti Danau Toba dan Bukit Lawang. Selain itu, Anda juga boleh menikmati masakan khas Medan yang lazat, seperti nasi goreng, sate, makanan tradisional Batak, dan banyak lagi. Medan boleh menjadi salah satu destinasi untuk mengisi percutian. Semak maklumat tentang Medan dan penerbangan ke sana!

Lapangan Terbang di Medan

Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (KNO)

Lapangan terbang utama di Medan ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (KNO). Ini adalah lapangan terbang antarabangsa yang melayani kota Medan dan wilayah sekitarnya di Sumatera Utara, Indonesia. Lapangan terbang ini merupakan salah satu lapangan terbang tersibuk di Indonesia dan merupakan pintu masuk udara utama ke Sumatera. Kualanamu terletak sekitar 39 kilometer timur laut pusat bandar Medan.

Masa Terbaik Melawat Medan

Masa terbaik untuk melawat Medan sebenarnya bergantung pada pilihan Anda dan aktiviti yang Anda ingin lakukan di sana. Tetapi secara amnya, bulan Jun hingga Ogos adalah musim kemarau di Medan. Hujan yang sedikit dan suhu panas menjadikan masa ini momen terbaik.

Kemudian, pada bulan September dan November, Medan juga mempunyai cuaca yang agak sejuk, jadi sesuai untuk bercuti di sana. Medan juga akan sesak semasa cuti sekolah dan cuti utama seperti Krismas dan Aidilfitri. Oleh itu, pastikan Anda telah menempah penginapan lebih awal jika Anda ingin melawat pada ketika itu. Sekiranya Anda ingin mengelakkan kesesakan orang ramai, sebaiknya berkunjung ke Medan di luar musim cuti.

Penginapan di Medan

1. Adimulia Hotel Medan

Hotel bertaraf empat bintang ini adalah pilihan tepat bagi Anda yang ingin merasai sensasi kemewahan. Terletak di lokasi yang strategik, berhampiran dengan pelbagai kemudahan awam seperti Stesen Medan, Lippo Plaza, pusat membeli-belah, dan Masjid Al-Mashun.

Alamat: Jl. Pangeran Diponegoro No.8 Medan Kota, Medan City Center, Medan, Sumatera Utara, Indonesia

2. Aryaduta Medan

Tak kurang mewah dari hotel sebelumnya, Aryaduta juga mempunyai empat bintang. Alamatnya tidak jauh dari pelbagai pusat kegiatan umum, seperti pusat perbelanjaan, stesen, pusat membeli-belah, masjid, dan lain-lain. Kemudahan di sini memang mewah dan memberikan perkhidmatan yang menarik. Anda akan berasa selesa apabila menginap di Aryaduta Medan.

Alamat: Jalan Kapten Maulana Lubis No. 8, Medan City Center, Medan, Sumatera Utara, Indonesia

3. De Paris Hotel

De Paris Hotel terletak di kawasan Barat Kota Medan. Lokasinya berdekatan dengan banyak kemudahan awam, seperti Plaza Medan Fair, Pejabat TRAC Medan, Stesen, universiti, masjid, dan banyak lagi. Kemudahan yang disediakan oleh De Paris Hotel juga patut dihargai tau, sebab Anda akan sentiasa berasa selesa seperti berada di rumah sepanjang menginap di sini.

Alamat: Jl. Danau Marsabut No. 90 Medan, Medan Barat, Sumatera Utara

Sorotan Terbaik di Medan

Berikut adalah beberapa tempat pelancongan menarik di kota Medan yang boleh Anda kunjungi.

Tasik Toba (Danau Toba)

Tasik Toba adalah tasik gunung berapi terbesar di dunia. Lokasinya lebih kurang 4-5 jam perjalanan dari Medan. Tasik ini mempunyai pemandangan yang sangat memukau, dengan airnya yang biru dan luas, dikelilingi oleh pergunungan yang menghijau. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti berenang, menaiki bot tradisional, atau sekadar bersantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Bukit Lawang

Bukit Lawang lebih kurang 3-4 jam perjalanan dari Medan. MENJADI salah satu destinasi popular bagi pencinta alam semula jadi dan penggemar hidupan liar. Tempat ini juga terkenal sebagai hutan perlindungan orang utan sumatera. Anda boleh bersiar-siar di dalam hutan sambil melihat orang utan dan pelbagai makhluk hidup lain.

Gunung Sibayak

Tidak jauh dari kota Medan, terdapat Gunung Sibayak, salah satu gunung yang masih aktif di sana. Mendaki Gunung Sibayak akan memberikan pengalaman yang mendebarkan. Pemandangan hutan tropika yang hijau dan segar membuatkan fikiran Anda lebih segar. Di bahagian atas, Anda boleh menikmati pemandangan yang indah dan menghirup udara segar sambil melihat kawah yang masih aktif.

Taman Alam Lumbini

Taman Alam Lumbini ialah taman Buddha terbesar di Asia Tenggara. Taman ini mempunyai replika patung Buddha setinggi 17 meter. Tempatnya yang tenang, cantik dan sejuk adalah tempat yang sesuai untuk bermeditasi.

Istana Maimun

Istana Maimun merupakan bangunan bersejarah yang pernah menjadi kediaman rasmi Sultan Deli. Istana ini mempunyai gaya seni bina campuran antara Melayu, Islam, dan Eropah. Di sini, pengunjung boleh meneroka ruang yang dipenuhi dengan artifak dan barangan bersejarah.

Perkara yang Perlu Disiapkan untuk Percutian ke Medan 

Pakaian yang Sesuai

Medan merupakan kota yang beriklim sejuk terutama pada waktu pagi dan malam. Jadi, pastikan Anda membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca di sana. Bawa jaket atau pakaian tebal untuk menjangka cuaca sejuk.

Kad dan Wang Tunai

Walaupun terdapat banyak tempat pelancongan di Medan yang menerima pembayaran secara debit atau kredit, terdapat juga tempat yang lebih kecil yang mungkin perlu menggunakan wang tunai. Pastikan Anda membawa wang tunai yang mencukupi semasa percutian Anda di sana.

Aplikasi Navigasi

Jika Anda baru ke kawasan Medan, bawa peta atau gunakan aplikasi peta dari telefon bimbit Anda. Ini akan memudahkan Anda mencari tempat yang menarik untuk dikunjungi semasa percutian Anda di sana.

Bagaimana untuk mendapatkan tiket kapal terbang murah ke Medan?

Terdapat banyak cara yang boleh Anda lakukan untuk mendapatkan tiket pesawat murah dari Kuala Lumpur ke Medan. Berikut adalah beberapa petua.

Tempah Awal Waktu

Jika Anda menempah tiket jauh lebih awal, biasanya Anda boleh mendapatkan harga tiket yang lebih murah. Cuba tempah tiket beberapa minggu atau bulan sebelum berlepas.

Gunakan Tapak Perbandingan Harga

Anda boleh menggunakan laman web atau aplikasi perbandingan harga tiket penerbangan untuk melihat harga tiket daripada pelbagai syarikat penerbangan. Dengan cara ini, Anda mungkin akan mendapat tawaran harga terbaik.

Manfaatkan Diskaun dan Promosi

Sentiasa perhatikan diskaun dan promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan. Mereka biasanya sering memberikan promosi istimewa untuk penerbangan tertentu atau semasa perayaan tertentu. Rajin-rajin menyemak, mana tahu bertuah.

Jadual Fleksibel

Cuba fleksibel dengan jadual percutian Anda ke Medan. Kadangkala, memilih tarikh dan masa yang bukan hari cuti sebenarnya boleh membuatkan Anda mendapat harga diskaun.

Elakkan Musim Cuti

Harga tiket penerbangan biasanya lebih mahal semasa musim cuti atau apabila ada acara istimewa. Elakkan menempah tiket dalam tempoh ini kerana biasanya harga akan melonjak.

Gunakan Traveloka Points

Jika Anda mempunyai points daripada program kesetiaan aplikasi, contohnya Traveloka Points, pertimbangkan untuk menggunakan points tersebut. Kemungkinan Anda akan mendapat diskaun, atau tiket percuma.

Berlanggan surat berita

Dengan melanggan surat berita daripada syarikat penerbangan atau tapak perbandingan harga tiket penerbangan, Anda akan mendapat maklumat tentang tawaran istimewa. Mereka akan sentiasa menghantar maklumat terkini berkaitan penerbangan kepada pelanggan mereka.

Dapatkan Tawaran Tiket Penerbangan Terbaik ke Medan dengan Traveloka

Ingin bercuti ke Medan dengan tiket kapal terbang yang murah? Anda boleh mendapatkan tawaran tiket penerbangan terbaik melalui Traveloka. Terdapat banyak lagi tawaran menarik dan diskaun yang akan menjadikan percutian Anda lebih menyeronokkan. Traveloka juga menyediakan banyak penginapan yang selesa di Medan. Anda hanya pilih penginapan yang paling sesuai dengan keperluan Anda. Jom semak Traveloka dan tempah tiket sekarang juga. Untuk maklumat lanjut, klik di sini!

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved