Tempat Menarik di Selangor untuk Percutian Keluarga

Nak tahu senarai tempat menarik di Selangor? Jom baca perkongsian di bawah.
Mas Bellboy
04 Oct 2023 - 5 min read

Selangor adalah merupakan destinasi percutian di Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara. Tidak hairanlah, ini kerana Selangor menawarkan berpuluh tempat menarik di sekitarnya untuk dikunjungi samada untuk percutian santai mahupun percutian bersama keluarga.

Senarai Tempat Menarik di Selangor Terkini (2023)

1. Hussin Fauzi Farm

Taman mini yang berkonsepkan sebuah zoo ini sangat ideal untuk percutian bersama keluarga terutamanya apabila anda membawa anak-anak. Di taman ini pengunjung boleh bermain dan berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rusa, kambing dan macam-macam lagi.

Pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti menunggang kuda, memanah, memberi makan haiwan dan sebagainya.

2. Kidzania

Lokasi seterusnya yang anda wajib kunjungi ialah Kidzania. Ia adalah merupakan sebuah pusat permainan interaktif khusus untuk kanak-kanak. Di sini, anak-anak anda boleh melakukan bermacam-macam aktiviti yang membantu merangsang minda sambil bermain.

Inilah tempatnya untuk anak anda mengenal pelbagai profession pekerjaan seperti doktor, ahli bomba, juruterbang, peniaga dan sebagainya. Rata-rata aktiviti di sini sesuai untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun.

3. Muzium Coklat

Ehem, siapa je yang tak suka coklat kan terutamanya kanak-kanak dan wanita. Untuk mengetahui lebih banyak perihal coklat, anda disarankan untuk berkunjung ke Muzium Coklat ini.

Muzium ini merupakan muzium pertama di Asia Tenggara yang berkonsepkan sebegini. Walaupun namanya muzium, namun di sini juga terdapat beberapa aktiviti lain yang anda boleh lakukan selain melihat pameran interaktif berkaitan coklat.

Contohnya, melihat demonstrasi pembuatan coklat. Sebelum balik, anda boleh memborong pelbagai jenis coklat yang ada dijual sini. Ada lebih daripada 100 jenama coklat yang terkenal di jual di muzium ini.

4. Kilang Roti Gardenia

Kilang roti nombor 1 ini boleh dijadikan sebagai lokasi percutian sambil belajar. Di kilang ini pengunjung boleh belajar sejarah pembuatan roti, melihat cara-cara melihat roti dibuat dan mengetahui serba serbi mengenai dunia roti.

Menariknya, setiap pengunjung yang datang akan diberikan cenderahati dan roti yang dihasilkan di sini. Masuk adalah percuma.

5. Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Jika anda ingin berinteraksi dengan alam sambil bersantai, Hutan Rekreasi Sungai Tekala ini adalah pilihan yang ideal.

Lokasi hutan ini sangat mudah diakses dan pengunjung tidak perlu mendaki untuk ke kawasan tempat perkelahan atau sungai. Ini menjadikannya sesuai untuk percutian bersama keluarga. Jangan lupa bawa makanan untuk dinikmati setelah puas bermandi-manda.

6. Pantai Morib

Pantai ini merupakan salah satu pantai yang terkenal di Selangor. Di pantai ini juga terdapat tempat penginapan untuk dijadikan destinasi bermalam. Contohnya seperti Villea Morib, OYO 89895 Senses Budget Hotel dan Gold Coast Morib International Resort.

Kemudahan yang ada di sekitar pantai ini juga sangat lengkap. Ada tandas awam, taman permainan kanak-kanak, gerai makan, dan pelbagai lagi. Siap ada menara tinjau lagi untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan air laut Selay Melaka yang terbentang luas.

Walaubagaimanapun, pantai ini bukanlah lokasi yang tepat untuk bermandi-manda. Sekiranya anda ingin membawa anak-anak bermandi-mandi dan berseronok, anda boleh menginap di Gold Coast Morib International Resort. Di resort ini terdapat taman tema air yang sangat menarik untuk percutian bersama keluarga.

Pantai Morib ini juga adalah salah tempat menarik di Selangor untuk family day, team building ataupun trip percutian bersama syarikat.

7. Mah Meri Cultural Village

Mungkin ada yang tidak tahu, di Selangor terdapat sebuah pulau yang merupakan lokasi penempatan masyarakat orang Asli yang dikenali sebagai Mah Meri.

Anda disyorkan untuk ke sini pada bulan Mac-April. Hal ini kerana, pada bulan tersebut terdapat sambutan Hari Moyang, majlis perkahwinan dan puja pantai yang diadakan. Pengunjung berpeluang untuk mempelajari mengenai budaya dan keunikan masyarakat ini dengan lebih dekat.

Bukan itu sahaja, di kampung ini juga terdapat muzium dan galeri kecil yang mempamerkan info dan koleksi seni berkaitan dengan masyarakat asli Mah Meri.

8. Paya Indah Wetlands

Di Paya Indah Wetlands ini terdapat ratusan spesies burung dan mamalia untuk tatapan pengunjung. Selain melihat binatang pengunjung juga boleh bermain basikal, berkayak dan meredah hutan. Jika anda minat fotografi, anda boleh mengambil gambar landskap berlatarbelakangkan alam semulajadi dan haiwan yang ada di sini.

Jangan lepaskan peluang juga untuk memberi makanan kepada haiwan seperti buaya, badak air, rusa dan sebagainya pada waktu yang ditetapkan. Lebih menarik lagi, anda boleh tempat tiket masuk ke sini melalui Traveloka secara dalam talian saja. Mudah kan? Hah, tempah di sini.

9.Ostrich Wonderland Semenyih

Teringin melihat burung unta? Inilah lokasi terbaik untuk anda melihat burung unta secara dekat dan memberi makan mereka. Nak tunggang burung unta pun boleh!

Terdapat lebih 180 ekor burung unta yang diternak di sini.Selain burung unta, terdapat juga pelbagai haiwan lain yang turut ada di sini.

Salah satu tarikan di sini ialah, anda boleh cuba menguji kekuatan sebiji telur unta dengan berdiri di atasnya. Untuk pengetahuan anda, telur unta boleh menahan beban sehingga 200kg tau!

10. WetWorld Water Park Shah Alam

Seperti kebanyakan taman tema yang lain, di sini terdapat kolam dan juga gelongsor air yang pasti membuatkan anak-anak anda teruja. Paras air kolam mandi di sini memang sangat ideal untuk kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun.

Lokasi taman tema berdekatan dengan beberapa hotel yang ada di sekitar Shah Alam seperti Mardhiyyah Hotel and Suites, Pegasus Hotel Shah Alam dan lain-lain. Untuk tempahan tiket masuk ke sini pula, anda boleh beli melalui laman web Traveloka dengan harga yang berpatutan. Beli disini.

11. Sunway Pyramid Ice Skating

Tempat bermain luncur ais ini berada di dalam pusat beli belah Sunway Pyramid yang cukup terkenal di Selangor. Setelah puas membeli belah anda boleh habiskan masa bermain luncur ais di sini.

Sunway Pyramid Ice Skating ini merupakan lapangan ais bertaraf dunia yang sesuai untuk pemula mahupun yang sudah pro.

Walaupun nampak mudah, permainan ini sebenarnya sangat mencabar untuk yang baru pertama kali mencubanya. Tetapi jangan risau, inilah masanya untuk berseronok dan belajar sesuatu yang baru. Jangan lupa bawa sarung tangan dan stokin ya!

12. Air Rider Indoor Skydiving

Bagi yang gemar aktiviti lasak dan mencabar, anda boleh berkunjung ke sini. Untuk ke sini, anda perlu membuat tempahan seminggu sebelum dan beli pakej yang diinginkan secara dalam talian.

Walaupun harga pakej-pakej yang ditawarkan agak mahal, namun untuk pengalaman sekali seumur hidup, ia pasti sangat berbaloi!

13. Amped Malaysia Trampoline Park

Mengisi percutian bersama keluarga dengan melakukan aktiviti bermain trampoline pasti tidak akan mengecewakan anda.

Lompat lah sepuas hati dan tertawalah dengan riangnya sepanjang bermain di sini. Sekaligus, aktiviti ringkas ini dapat mengeratkan hubungan anda sekeluarga secara tidak langsung.

14. City Karting Enterprise

Alang-alang berada di Selangor, anda patut cuba bermain go-kart di City Karting Enterprise ini. Pusat permainan go-kart ini sesuai untuk sesiapa sahaja walaupun yang tidak pernah bermain go-kart sebelum ini.

Menariknya, bagi ibu bapa yang membawa anak-anak, anda boleh memandu go-kart yang mempunyai 2 tempat duduk dan membawa anak-anak anda (berusia 4-12 tahun) untuk mengelilingi litar yang mempunyai 15 selekoh ini. Fuh, pasti mereka senang hati!

15 . Pusat Akuatik Darul Ehsan

Pusat akuatik ini biasanya dijadikan sebagai lokasi pertandingan sukan profesional kategori renang. Namun, ia turut dibuka untuk orang awam sebagai destinasi riadah.

Di sini terdapat dua jenis kolam yang disediakan iaitu kolam bertutup saiz olimpik untuk orang dewasa, dan juga kolam renang khusus untuk kanak-kanak.

Sekiranya anda ingin berenang secara indoor atau cuaca tidak mengizinkan untuk pergi bermandi-manda di alam semulajadi, pusat akuatik ini adalah alternatif yang ideal untuk meneruskan hasrat anda. Kemudahan yang tersedia untuk pengunjung juga lengkap. Memang selesa!

16. Kuala Selangor Fireflies

Untuk pengetahuan anda, Kuala Selangor Fireflies ini merupakan salah satu kawasan yang memiliki koloni kelip-kelip terbesar di dunia tau!

Pastikan anda tidak membuat bising dan mematikan flash kamera anda untuk menyaksikan kelipan yang indah.

17. Blok Space

Blok Space ini merupakan sebuah lokasi yang membolehkan anak-anak anda tenggelam dalam dunia lego!

Terdapat beberapa buah pusat beli-belah yang menempatkan lot kedai Blok Space ini. Antaranya ialah Empire Shopping Gallery, IPC Shopping Centre (Damansara), The School Jaya One, Main Place USJ 21 dan lai-lain. Kesemua pusat beli-belah ini terletak di sekitar Selangor.

18. Zoo Negara

Lengkapkan percutian anda dengan berkunjung ke zoo negara. Zoo ini memiliki kira-kira 476 spesies mamalia, burung, reptilia, ikan dan amfibia.

Balik sahaja dari zoo ini, pasti anak anda mengenali banyak haiwan dan habitat mereka. Pastinya ini adalah tempat yang sangat menarik untuk dibawa kanak-kanak ketika musim cuti sekolah.

Kesimpulan

Selangor sememangnya lokasi percutian bersama keluarga yang sesuai untuk diterokai. Terdapat banyak tempat percutian di Selangor yang mesra keluarga dan kebanyakan harga tiket masuk ke tempat tersebut adalah mampu milik bahkan ada juga yang tidak memerlukan bayaran masuk pun.

Apalagi, jomlah bercuti di Selangor!

Jika anda ingin membuat tempahan penginapan, tiket penerbangan, dan aktiviti perjalanan, anda boleh mendapatkan harga terbaik dari Traveloka.

Teroka lagi idea-idea perjalanan yang lebih menginspirasi:

Hotels
Flights
Things to Do
Always Know the Latest Info
Subscribe to our newsletter for more travel & lifestyle recommendations and exciting promos.
Subscribe

Traveloka Sdn Bhd (Registration No. 201501003122), Level 14 Tower 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved