Saya berpuas hati dengan keluasan bilik dan layanan frontdesk serta restoran. Tidak ada masalah dengan parkir kerana lot yang disediakan banyak. Lokasi strategik, hanya 3 km untuk ke bandar teluk intan. Deretan kedai makan diseberang jalan hotel juga memudahkan tetamu kerana hanya perlu berjalan kaki sahaja ke sana.